Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   GENERAL_PUNCTUATION    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23233  MAT 1:20  Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23234  MAT 1:21  Maryam akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Isa. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.
23236  MAT 1:23  Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, maka Anak itu akan dipanggil Immanuel bererti, Allah menyertai kita dalam bahasa Ibrani.
23240  MAT 2:2  Mereka bertanya, Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.
23242  MAT 2:4  Raja Herodes memanggil semua ketua imam dan guru Taurat berhimpun lalu bertanya, Raja yang dijanjikan oleh Allah itu, di manakah tempat lahirnya?
23243  MAT 2:5  Mereka menjawab, Di Baitlahim, Yudea. Seorang nabi telah bernubuat tentangnya:
23244  MAT 2:6  Hai Baitlahim di Yudea, Kau bukanlah yang terkecil antara kota utama Yudea, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.
23246  MAT 2:8  Raja Herodes menyuruh ahli-ahli ilmu bintang pergi ke Baitlahim dengan perintah demikian: Pergilah dan carilah Anak itu sedaya upaya. Apabila kamu menjumpai-Nya beritahulah aku, supaya aku juga dapat pergi menyembah-Nya.
23251  MAT 2:13  Selepas itu malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf lalu berkata, Herodes akan mengeluarkan perintah supaya mencari dan membunuh Anak itu. Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di situ hingga Aku berfirman kepadamu.
23253  MAT 2:15  Mereka tinggal di situ hingga kematian Raja Herodes. Maka berlakulah firman Tuhan menerusi nabi-Nya: Aku memanggil Putera-Ku keluar dari Mesir.
23256  MAT 2:18  Satu suara terdengar di Ramah, rintih ratap dan perkabungan. Rahel meratapi anak-anaknya, tidak mungkin dilipur hatinya, kerana mereka tiada lagi.
23258  MAT 2:20  Kata malaikat itu, Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel, kerana orang yang hendak meragut nyawa Anak itu telah mati.
23261  MAT 2:23  Dia menetap di kota yang bernama Nasaret. Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh para nabi: Dia akan dipanggil Orang Nasaret.
23263  MAT 3:2  Dia berseru, Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!
23264  MAT 3:3  Yahyalah yang dimaksudkan dalam nubuat Nabi Yasyaya: Suara seorang berseru di gurun: Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskan jalan untuk-Nya.
23268  MAT 3:7  Ramai orang Farisi dan Saduki datang untuk diimadkan. Apabila melihat mereka, Yahya berkata, Hai orang durjana! Siapakah yang memberitahumu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah kelak?
23270  MAT 3:9  Jangan sangka kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan berkata, Ibrahim moyang kami. Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Ibrahim!
23272  MAT 3:11  Aku mengimadkanmu dengan air untuk menunjukkan bahawa kamu telah bertaubat. Tetapi Dia yang datang selepasku akan mengimadkanmu dengan Roh Suci dan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakan kasut-Nya pun aku tidak layak.
23273  MAT 3:12  Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang dan membakar sekam di dalam api yang tidak mungkin padam.
23275  MAT 3:14  Yahya cuba menolak dengan berkata, Sepatutnya Engkau yang mengimadkanku. Ini Engkau pula datang kepadaku!
23276  MAT 3:15  Tetapi Isa menjawab, Biarkanlah demikian untuk sekarang, kerana dengannya kita akan menunaikan segala kebenaran. Yahya pun patuh.
23278  MAT 3:17  Kemudian kedengaran suara Allah berfirman, Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.
23281  MAT 4:3  Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, Jika Engkau Putera Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.
23282  MAT 4:4  Isa menjawab, Telah tersurat: Manusia hidup bukan dengan roti saja tetapi dengan setiap firman Allah.
23284  MAT 4:6  Iblis berkata kepada Isa, Jika Engkau Putera Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.
23285  MAT 4:7  Isa menjawab, Tetapi telah tersurat: Janganlah engkau menduga Allah, Tuhanmu.
23287  MAT 4:9  Kata Iblis kepada Isa, Semua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.
23288  MAT 4:10  Jawab Isa, Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya saja engkau beribadat.
23293  MAT 4:15  Tanah Zebulon, tanah Naftali, di pinggir laut, seberang Sungai Yordan, Galilea, tanah bangsa-bangsa asing.
23294  MAT 4:16  Bangsa yang hidup dalam kegelapan telah melihat cahaya gemilang. Bagi mereka yang di bawah bayangan maut, Cahaya telah bersinar!
23295  MAT 4:17  Isa pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!
23297  MAT 4:19  Isa berkata kepada mereka, Ikutlah Aku. Aku akan mengajarmu menjala manusia menjadi pengikut-Ku.
23306  MAT 5:3  Diberkatilah mereka yang terasa kelemahan rohani, kerana kerajaan syurga untuk mereka.
23312  MAT 5:9  Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.
23314  MAT 5:11  Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu kerana mengikut-Ku.
23316  MAT 5:13  Kamu ialah garam bumi ini. Jika garam menjadi tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang.
23317  MAT 5:14  Kamu ialah cahaya dunia ini. Kota di atas bukit tidak mungkin tersembunyi.
23320  MAT 5:17  Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan tetapi untuk menunaikan segala-galanya.
23324  MAT 5:21  Kamu telah mendengar ajaran daripada nenek moyang kita: Jangan membunuh. Sesiapa yang membunuh orang akan dihakimi.
23325  MAT 5:22  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan dihakimi. Sesiapa yang mencaci saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama. Dan sesiapa yang memanggil saudaranya bodoh akan dihumbankan ke dalam api neraka.
23326  MAT 5:23  Oleh itu, jika kamu sedang meletakkan persembahan kepada Allah di atas mazbah lalu teringat bahawa saudaramu bersanggit hati denganmu,
23328  MAT 5:25  Berdamailah dengan orang yang hendak mendakwamu di mahkamah sewaktu kamu masih dalam perjalanan ke situ. Jika tidak, dia akan menyerahkanmu kepada hakim, kemudian hakim menyerahkanmu kepada pegawai berkenaan, yang akan memenjarakanmu.
23330  MAT 5:27  Kamu telah mendengar ajaran ini: Jangan berzina.
23334  MAT 5:31  Ada ajaran demikian: Sesiapa menceraikan isterinya hendaklah memberinya surat cerai.
23336  MAT 5:33  Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek moyang kita: Jangan melanggar sumpah. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.
23340  MAT 5:37  Katakan saja Ya atau Tidak dan kotakan kata itu. Yang lebih daripada itu datang daripada si durjana.
23341  MAT 5:38  Kamu telah mendengar ajaran begini: Mata diganti dengan mata, gigi diganti dengan gigi.
23346  MAT 5:43  Kamu telah mendengar ajaran berikut: Kasihilah sahabatmu dan bencilah musuhmu.
23352  MAT 6:1  Ingatlah: Jangan buat kerja amal di muka umum supaya dilihat orang; kamu tidak akan mendapat ganjaran daripada Bapamu yang di syurga.
23353  MAT 6:2  Oleh itu, ketika kamu bersedekah kepada orang miskin, jangan heboh-hebohkan seperti orang munafik di saumaah dan di jalan raya, supaya dipuji orang. Orang begitu sudahpun mendapat ganjaran mereka.
23356  MAT 6:5  Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Mereka itu sudahpun mendapatkan ganjaran mereka.
23360  MAT 6:9  Berdoalah demikian: Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu.
23364  MAT 6:13  Janganlah biarkan kami tergoda, Selamatkanlah kami daripada si durjana. Engkaulah yang memiliki kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.
23365  MAT 6:14  Jika kamu mengampuni orang yang bersalah kepadamu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga.
23367  MAT 6:16  Apabila kamu berpuasa, jangan tunjukkan muka lesu seperti orang munafik. Mereka memperlihatkan wajah menderita supaya semua orang tahu mereka berpuasa. Mereka ini sudahpun mendapat ganjaran mereka.
23370  MAT 6:19  Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di sini gegat dan karat merosakkannya serta pencuri memecah masuk untuk mencurinya.
23373  MAT 6:22  Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu dipenuhi cahaya.
23375  MAT 6:24  Seorang hamba tidak mungkin mengabdi diri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan.
23376  MAT 6:25  Oleh itu, janganlah runsing tentang hidupmu, tentang apa yang kamu makan atau minum, atau tentang tubuhmu, dan tentang apa yang akan kamu pakai untuk menutupnya. Bukankah hidup lebih daripada makanan, dan tubuh lebih daripada pakaian?
23379  MAT 6:28  Jadi, mengapakah kamu runsing tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun.
23386  MAT 7:1  Jangan hakimi orang lain, supaya kamu tidak dihakimi.
23388  MAT 7:3  Mengapakah kamu perhatikan selumbar di mata saudaramu, sedangkan kayu balak di matamu sendiri tidak kamu sedari?
23389  MAT 7:4  Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada saudaramu, Biarlah aku keluarkan selumbar dari mata saudara, sedangkan kayu balak terpampang di matamu sendiri?
23391  MAT 7:6  Jangan berikan sesuatu yang suci kepada anjing, atau mutiara kepada babi, nanti dipijak-pijaknya lalu berpaling menyerangmu.
23392  MAT 7:7  Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu.
23394  MAT 7:9  Bapa manakah akan memberikan batu kepada anaknya yang meminta roti?
23398  MAT 7:13  Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana pintu gerbang dan jalan ke neraka itu lebar dan luas, maka ramai orang yang memilihnya.
23400  MAT 7:15  Berjaga-jagalah tentang nabi palsu yang datang kepadamu dengan pakaian domba tetapi sebenarnya serigala ganas.
23406  MAT 7:21  Tidak semua orang yang memanggil-Ku, Junjungan kami, Junjungan kami, akan memasuki kerajaan syurga, tetapi hanya mereka yang melaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga.
23407  MAT 7:22  Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, Junjungan kami, Junjungan kami, bukankah kami telah menyampaikan perkhabaran Allah dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?
23408  MAT 7:23  Tetapi aku akan menjawab, Aku tidak mengenalmu. Pergilah dari sini, hai kamu yang mungkar.
23409  MAT 7:24  Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atas batu.
23412  MAT 7:27  Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!
23416  MAT 8:2  Seorang yang mengidap penyakit kusta datang bersujud di hadapan-Nya sambil berkata, Tuan, sekiranya Tuan mahu, Tuan dapat menyembuhkanku.
23417  MAT 8:3  Isa menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh orang itu sambil berkata, Aku rela. Sembuhlah! Pada saat itu juga penyakitnya hilang.
23418  MAT 8:4  Lalu Isa berkata kepadanya, Dengarlah, jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada seorang imam. Selepas itu persembahkan korban sebagaimana diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka.
23420  MAT 8:6  Junjungan, hambaku sakit di rumah, terlantar di katil tidak dapat bergerak, dan amat derita.
23421  MAT 8:7  Isa menjawab, Baiklah, Aku akan pergi menyembuhkannya.
23422  MAT 8:8  Tetapi ketua tentera itu berkata, Usahlah Junjungan datang ke rumahku. Aku tidak layak menyambut Junjungan sebagai tamu. Perintahkanlah sahaja, tentu dia akan sembuh.
23423  MAT 8:9  Aku juga di bawah perintah pegawai atasan tentera, dan ada askar di bawah tanganku. Apabila aku menyuruh seorang askar, Pergi! dia pun pergi. Apabila aku menyuruh askar lain, Mari! dia pun datang. Apabila aku menyuruh hambaku, Buat ini! dia melakukannya.
23424  MAT 8:10  Isa terkagum mendengarnya lalu berkata kepada orang ramai yang mengikut-Nya, Belum pernah Kutemui orang yang demikian teguh imannya, walau di Israel pun.
23426  MAT 8:12  Sebaliknya anak-anak kerajaan itu akan dihumbankan ke dalam kegelapan di luar; di sana akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.
23427  MAT 8:13  Lalu Isa berkata kepada ketua tentera itu, Pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan terjadi. Pada ketika itu juga sembuhlah hamba ketua tentera itu.
23431  MAT 8:17  Isa melakukan semua itu supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yasyaya: Dialah yang membawa kelemahan kita dan menanggung penyakit kita.
23433  MAT 8:19  Seorang guru Taurat mendapatkan Isa lalu berkata, Tuan Guru, aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana saja.
23434  MAT 8:20  Isa menjawab, Musang ada lubangnya dan burung ada sarangnya, tetapi Putera Insan tidak ada tempat untuk berehat.
23435  MAT 8:21  Seorang pengikut lain berkata, Junjungan, izinkanlah aku pulang dahulu untuk menguburkan jenazah bapaku.
23436  MAT 8:22  Tetapi Isa menjawab, Ikutlah Aku. Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka.
23439  MAT 8:25  Para pengikut Isa datang membangunkan-Nya. Mereka berkata, Ya Junjungan, selamatkan nyawa kami semua daripada maut!
23440  MAT 8:26  Isa menjawab, Mengapakah kamu takut? Begitu tipis kepercayaanmu kepada-Ku! Dia pun bangun memarahi angin dan ombak itu. Serta-merta semuanya tenang sekali.
23441  MAT 8:27  Para pengikut Isa tercengang lalu berkata, Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya. Siapakah sebenarnya Dia ini?
23443  MAT 8:29  Apabila mereka melihat Isa, mereka berseru, Apakah yang akan Kaulakukan kepada kami, hai Putera Allah? Adakah Engkau hendak menghukum kami sebelum sampai masanya?
23445  MAT 8:31  Roh-roh iblis itu merayu kepada Isa, Jika Engkau hendak menyuruh kami keluar, suruhlah kami masuk ke dalam tubuh babi sekawan itu.
23446  MAT 8:32  Dan Isa memerintah roh-roh itu, Pergilah. Maka roh-roh itu pun keluar lalu memasuki babi-babi itu. Seluruh kawanan babi itu pun lari ke pinggir jurang laut lalu terjun dan mati lemas.
23450  MAT 9:2  Beberapa orang membawa kepada-Nya seorang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Ketika Isa menyedari betapa teguhnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, Tegapkan hatimu, anak-Ku! Dosamu telah diampunkan.
23451  MAT 9:3  Sebilangan guru Taurat di situ berfikir dalam hati, Orang ini mengkufuri Allah!
23452  MAT 9:4  Isa tahu apa yang difikirkan oleh mereka itu lalu Dia berkata, Mengapa kamu fikirkan perkara sejahat itu?
23453  MAT 9:5  Manakah yang lebih mudah dikatakan, Dosamu telah diampunkan, atau Bangun dan berjalan?
23454  MAT 9:6  Aku akan membuktikan kepadamu bahawa di bumi ini Putera Insan berkuasa mengampunkan dosa. Kemudian Isa berkata kepada orang lumpuh itu, Bangun, angkat tikarmu dan pulanglah.
23457  MAT 9:9  Isa meninggalkan tempat itu. Dalam perjalanan Dia melihat seorang pemungut cukai bernama Matius sedang duduk di tempat memungut cukai. Isa berkata, Ikutlah Aku. Lalu Matius berdiri dan mengikut-Nya.
23459  MAT 9:11  Beberapa orang Farisi yang melihat perkara itu bertanya kepada para pengikut Isa, Mengapa gurumu makan bersama pemungut cukai dan orang yang berdosa?
23460  MAT 9:12  Isa terdengar pertanyaan mereka lalu menjawab, Orang sihat tidak memerlukan tabib; hanya orang sakit yang memerlukannya.
23461  MAT 9:13  Kajilah erti ayat ini: Aku menghendaki belas kasihan, bukan binatang korban. Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa.
23462  MAT 9:14  Selepas itu para pengikut Yahya Pengimad mendapatkan Isa lalu bertanya, Mengapakah kami dan orang Farisi sering berpuasa tetapi para pengikut-Mu tidak berpuasa?
23463  MAT 9:15  Isa menjawab, Pada hematmu, patutkah tetamu di jamuan perkahwinan bersedih semasa pengantin lelaki masih bersama mereka? Tentu tidak. Namun akan tiba masanya pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Ketika itulah mereka akan berpuasa.
23464  MAT 9:16  Tiada siapa akan menampal pakaian lama dengan perca kain baru, kerana tampalan itu akan mengecut dan menyebabkan koyak yang lebih besar.
23465  MAT 9:17  Begitu juga, tiada siapa akan menuangkan air anggur yang baru ke dalam bekas kulit yang lama, kerana bekas itu akan pecah dan air anggur itu akan terbuang. Air anggur yang baru patut dituangkan ke dalam bekas kulit yang baru juga supaya kedua-duanya selamat.
23466  MAT 9:18  Sedang Isa berkata-kata dengan para pengikut Yahya Pengimad, seorang ketua saumaah bersujud di hadapan-Nya lalu berkata, Anak perempuanku baru meninggal dunia. Datanglah, letakkan tangan-Mu di atasnya supaya dia hidup kembali.
23469  MAT 9:21  Fikir wanita itu dalam hatinya, Apabila kusentuh jubah-Nya, pasti aku akan sembuh.
23470  MAT 9:22  Isa menoleh dan melihatnya lalu berkata kepadanya, Tetapkanlah hatimu, anak-Ku! Kerana imanmu kamu sembuh. Serta-merta wanita itu sembuh.
23472  MAT 9:24  Dia berkata, Keluarlah kamu semua! Anak ini bukan mati, cuma tidur. Mereka mula mentertawakan-Nya.
23475  MAT 9:27  Ketika Isa meninggalkan tempat itu, dua orang buta mengikut-Nya sambil berseru, Hai Anak Daud, kasihanilah kami!
23476  MAT 9:28  Ketika Isa masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekati-Nya. Isa bertanya, Percayakah kamu bahawa Aku dapat menyembuhkanmu? Percaya, Junjungan! jawab mereka.
23477  MAT 9:29  Isa pun menyentuh mata mereka sambil berkata, Kerana imanmu, terjadilah seperti apa yang kamu inginkan!
23478  MAT 9:30  Pada ketika itu juga mereka menjadi celik. Isa berpesan kepada mereka bersungguh-sungguh, Jangan ceritakan hal ini kepada siapapun.
23481  MAT 9:33  Isa menghalau roh iblis itu dan serta-merta orang itu mula berkata-kata. Semua yang melihatnya tercengang lalu berkata, Belum pernah kami lihat hal begini di Israel!
23482  MAT 9:34  Tetapi orang Farisi berkata, Ketua roh iblis telah memberi Isa kuasa untuk menghalau roh-roh iblis.
23485  MAT 9:37  Kata Isa kepada para pengikut-Nya, Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir.
23486  MAT 9:38  Berdoalah kepada Tuan punya tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk menuai.
23491  MAT 10:5  Isa mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk demikian: Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria.
23497  MAT 10:11  Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu.
23503  MAT 10:17  Berhati-hatilah, kerana kamu akan ditangkap lalu diseret ke mahkamah, dan akan disebat di saumaah mereka.
23507  MAT 10:21  Saudara akan berlaku khianat terhadap saudara, bapa terhadap anak, dan anak terhadap bapa, lalu menyerahkannya untuk dibunuh.
23510  MAT 10:24  Tiada murid yang melebihi gurunya; tiada hamba yang melebihi tuannya.
23512  MAT 10:26  Jangan takut akan manusia. Segala yang tersembunyi akan dinyatakan; setiap rahsia akan didedahkan.
23518  MAT 10:32  Sesiapa mengakui-Ku di hadapan orang ramai, akan Kuakui di hadirat Bapa-Ku di syurga.
23520  MAT 10:34  Jangan sangka Aku datang untuk membawa damai ke dunia. Aku datang bukan untuk membawa damai ke dunia melainkan pedang.
23521  MAT 10:35  Dengan kedatangan-Ku, anak lelaki melawan bapanya, anak perempuan melawan ibunya, dan menantu perempuan melawan ibu mertuanya.
23522  MAT 10:36  Ahli keluarganya sendiri akan menjadi musuhnya.
23523  MAT 10:37  Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku.
23526  MAT 10:40  Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku.
23528  MAT 10:42  Ingatlah: Sesiapa yang memberi minum walau hanya air sejuk kepada seorang pengikut-Ku yang paling rendah pun kerana dia pengikut-Ku, akan menerima ganjaran.
23531  MAT 11:3  Mereka bertanya, Adakah Tuan ini orang yang dijanjikan Allah akan datang, atau perlukah kami menunggu orang lain?
23532  MAT 11:4  Isa menjawab, Pulanglah, beritahu Yahya segala yang kamu dengar dan lihat:
23534  MAT 11:6  Berbahagialah orang yang tidak meragui-Ku!
23535  MAT 11:7  Ketika pengikut-pengikut Yahya beredar dari situ, Isa berkata kepada orang ramai tentang Yahya: Apabila kamu mendapatkan Yahya di gurun, apakah yang ingin kamu lihat? Sehelai rumput mensiang yang ditiup angin?
23538  MAT 11:10  Tentang orang itulah telah tersurat dalam ayat Kitab Suci: Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu.
23539  MAT 11:11  Sesungguhnya Aku berkata kepadamu bahawa di antara mereka yang dilahirkan oleh perempuan, belum pernah muncul seorang pun yang lebih besar daripada Yahya. Ketahuilah: Yahya Pengimad lebih utama daripada semua orang yang pernah hidup di dunia. Namun begitu, orang yang paling rendah antara yang menikmati kerajaan syurga lebih utama daripadanya.
23544  MAT 11:16  Dengan apakah dapat Kubandingkan manusia zaman ini? Mereka ibarat anak-anak yang duduk di pasar, satu kumpulan berseru kepada yang lain:
23545  MAT 11:17  Kami memainkan seruling lagu perkahwinan untukmu, tetapi kamu enggan menari; kami menyanyi lagu ratap, tetapi kamu enggan menangis.
23546  MAT 11:18  Ketika Yahya datang, dia berpuasa dan tidak minum air anggur, lalu semua orang berkata, Dia dirasuk roh iblis!
23547  MAT 11:19  Ketika Putera Insan datang, Dia makan dan minum, lalu semua orang berkata, Lihatlah dia ini: gelojoh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa! Namun demikian, kebijaksanaan terbukti benar dengan perbuatannya.
23549  MAT 11:21  Malangnya kamu, hai Korazin! Malangnya kamu, hai Baitsaida! Sekiranya mukjizat-mukjizat yang Kulakukan di kalanganmu itu Kulakukan di Tirus dan Sidon, tentu sudah lama orang di situ bertaubat, dengan memakai kain guni dan membubuh abu di kepala.
23552  MAT 11:24  Aku berkata kepadamu: Ketahuilah, pada hari itu kelak, hukuman ke atas Sodom lebih ringan daripada hukuman yang akan kamu terima!
23553  MAT 11:25  Selepas itu Isa mengucap syukur, Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil, orang yang tidak terpelajar.
23554  MAT 11:26  Ya Bapa, memang inilah kehendak-Mu.
23555  MAT 11:27  Bapa-Ku telah menyerahkan segala-galanya kepada-Ku. Tiada yang mengenal Putera kecuali Bapa, dan tiada yang mengenal Bapa kecuali Putera dan orang yang diberitahu oleh Putera tentang Bapa.
23556  MAT 11:28  Marilah ke sisi-Ku, wahai kamu yang lelah memikul beban berat; Aku akan membebaskanmu daripada bebanmu.
23558  MAT 11:30  Perintah yang Kuberi kepadamu mudah diturut, dan beban yang Kuberi mudah dipikul.
23560  MAT 12:2  Apabila orang Farisi melihat perkara ini, mereka berkata kepada Isa, Lihatlah, pengikut-Mu melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!
23561  MAT 12:3  Isa menjawab, Tidakkah kamu membaca apa yang dilakukan oleh Daud apabila dia dan anak buahnya lapar?
23565  MAT 12:7  Ada tersurat: Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban binatang. Jika kamu benar-benar memahami ayat itu, tentulah tidak kamu salahkan orang yang tidak bersalah;
23568  MAT 12:10  Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. Beberapa orang di sana cuba mencari salah Isa supaya dapat mendakwa-Nya. Mereka bertanya kepada-Nya, Tidakkah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar hukum?
23569  MAT 12:11  Isa menjawab, Apakah yang akan kamu lakukan jika seorang daripadamu mempunyai seekor domba, dan pada hari Sabat domba itu terjatuh ke dalam lubang yang dalam? Tentulah kamu berusaha menyelamatkannya.
23570  MAT 12:12  Betapa lebih berharganya manusia daripada domba? Oleh itu, berbuat baik pada hari Sabat tidak melanggar hukum.
23571  MAT 12:13  Setelah itu, Isa berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, Hulurkanlah tanganmu. Orang itu pun menghulurkan tangannya yang lumpuh lalu pulih sama seperti tangan yang sebelahnya.
23576  MAT 12:18  Inilah hamba-Ku yang telah Kupilih, Yang Kukasihi dan Kuredai Roh-Ku akan Kuanugerahkan kepada-Nya, dan keadilan-Ku akan diisytiharkan-Nya kepada semua bangsa.
23579  MAT 12:21  Bangsa-bangsa asing akan bersandar harap kepada-Nya.
23581  MAT 12:23  Orang ramai di situ ketakjuban lalu bertanya sama sendiri, Mungkinkah dia ini Anak Daud?
23582  MAT 12:24  Apabila orang Farisi mendengar tentang itu, mereka menjawab, Dia dapat menghalau roh-roh iblis kerana diberi kuasa oleh Beelzebul, ketua roh iblis.
23583  MAT 12:25  Isa mengetahui isi hati orang Farisi itu lalu berkata kepada mereka, Negeri yang berpecah kepada beberapa bahagian yang bermusuhan tidak akan wujud lama. Bandar atau keluarga yang berpecah dan berlawan sesama sendiri akan hancur lebur.
23587  MAT 12:29  Atau bagaimanakah orang dapat memasuki rumah seorang yang gagah dan merampas harta bendanya sekiranya orang yang gagah itu tidak diikat terlebih dahulu? Selepas itu, barulah dia dapat merompak rumahnya.
23588  MAT 12:30  Jika seseorang tidak berpihak kepada-Ku, ini bererti dia menentang-Ku. Jika seseorang tidak mengumpulkan bersama-Ku, ini bererti dia mencerai-beraikan.
23591  MAT 12:33  Jika kamu ingin mendapat buah yang baik, kamu harus mempunyai pokok yang baik. Jika pokok tidak baik, buahnya pun tidak baik. Baik tidaknya pokok diketahui daripada buahnya.
23595  MAT 12:37  Kata-katamu sendiri akan dijadikan ukuran sama ada kamu bersalah atau tidak.
23596  MAT 12:38  Selepas itu beberapa orang guru Taurat dan orang Farisi berkata kepada Isa, Tuan Guru, kami ingin melihat suatu alamat mukjizat daripada-Mu.
23597  MAT 12:39  Tetapi Isa menjawab, Manusia zaman durjana dan tidak setia ini ingin melihat alamat mukjizat. Tetapi satu alamat pun tidak akan ditunjukkan kepadanya kecuali alamat Nabi Yunus.
23601  MAT 12:43  Apabila roh durjana keluar daripada tubuh seseorang, roh itu akan menjelajahi kawasan yang tandus untuk mencari tempat tinggal. Sekiranya tempat tinggal tidak ditemuinya,
23602  MAT 12:44  roh itu akan berkata, Aku akan pulang ke rumah yang telah kutinggalkan. Roh itu pun pulang dan mendapati rumah itu kosong, bersih dan kemas.
23603  MAT 12:45  Roh itu lalu pergi memanggil tujuh roh lain yang lebih durjana daripadanya. Semuanya memasuki tubuh orang itu dan menetap di situ. Akhirnya keadaan orang itu lebih teruk daripada dahulu. Inilah yang akan terjadi kepada manusia durjana zaman ini.
23605  MAT 12:47  Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Isa, Ibu dan saudara-saudara lelaki-Mu hendak bercakap dengan-Mu.
23606  MAT 12:48  Tetapi Isa menjawab, Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara lelaki-Ku?
23607  MAT 12:49  Dia menunjuk kepada para pengikut-Nya lalu berkata, Inilah ibu-Ku dan saudara-saudara lelaki-Ku.
23608  MAT 12:50  Sesiapa yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, merekalah saudara lelaki, saudara perempuan dan ibu-Ku.
23611  MAT 13:3  Isa berbicara kepada mereka melalui ibarat: Seorang penyemai benih telah pergi menabur.
23617  MAT 13:9  Sesiapa yang ada telinga, dengarlah!
23618  MAT 13:10  Para pengikut Isa datang bertanya kepada-Nya, Mengapa Junjungan bercakap kepada mereka melalui ibarat?
23619  MAT 13:11  Isa menjawab, Kamu telah diberi anugerah untuk mengetahui rahsia kerajaan syurga, tetapi mereka tidak.
23621  MAT 13:13  Aku bercakap kepada mereka melalui ibarat: Kerana mereka melihat tetapi tidak nampak, mereka mendengar tetapi tidak mengerti.
23622  MAT 13:14  Keadaan mereka ini tepat seperti terdapat dalam nubuat Nabi Yasyaya: Kamu terus mendengar tetapi tidak mengerti; kamu akan terus melihat tetapi tidak mengetahui.
23623  MAT 13:15  Kerana hati umat ini telah buntu, mereka pekakkan telinga, dan pejamkan mata. Kalau tidak demikian, mereka tentu melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, dan mengerti dengan hati, lalu berpaling kepada-Ku dan Aku menyembuhkan mereka.
23624  MAT 13:16  Tetapi berbahagialah matamu kerana melihat, dan telingamu kerana mendengar.
23626  MAT 13:18  Oleh itu dengarlah maksud ibarat penyemai benih:
23631  MAT 13:23  Tetapi orang yang menerima benih di tanah subur ialah orang yang mendengar perkhabaran itu dan memahaminya lalu menghasilkan seratus kali, enam puluh kali atau tiga puluh kali ganda.
23632  MAT 13:24  Isa menceritakan satu ibarat lagi: Kerajaan syurga ibarat orang menabur benih yang baik di ladangnya.
23635  MAT 13:27  Hamba peladang berkata, Tuan menabur benih yang baik, dari mana pula datangnya lalang itu?
23636  MAT 13:28  Jawab peladang itu, Ini perbuatan musuh. Hamba itu bertanya, Adakah tuan hendak kami mencabut lalang itu?
23637  MAT 13:29  Tidak, jawab peladang itu, takut tercabut gandum juga.
23638  MAT 13:30  Biarkanlah lalang tumbuh di antara gandum hingga sampai musim menuai. Ketika itu aku akan menyuruh orang yang menuai nanti mencabut lalang dahulu, mengikat dan membakarnya. Selepas itu barulah gandum dituai dan disimpan di dalam jelapang.
23639  MAT 13:31  Seterusnya Isa mengisahkan ibarat demikian: Kerajaan syurga seperti sebutir biji sesawi yang dibawa oleh seseorang untuk ditanam di ladangnya.
23640  MAT 13:32  Biji sesawi itu paling kecil di antara semua benih, tetapi apabila tumbuh, menjadi tumbuhan yang lebih besar daripada semua tumbuhan lain sehingga menjadi sebatang pokok tempat burung membuat sarang.
23641  MAT 13:33  Kemudian Isa menceritakan suatu ibarat lagi, Kerajaan syurga seperti ini: Seorang wanita mencampurkan sedikit ragi dengan tiga sukat tepung sehingga adunan itu naik.
23643  MAT 13:35  Maka terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi: Aku akan bertutur kepada mereka melalui ibarat, Aku akan menyampaikan kepada mereka hal-hal yang dirahsiakan sejak dunia dicipta.
23644  MAT 13:36  Selepas itu Isa meninggalkan orang ramai lalu masuk ke rumah. Pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya lalu berkata, Terangkanlah kepada kami maksud ibarat lalang di antara gandum itu.
23645  MAT 13:37  Isa berkata, Orang yang menabur benih baik itu Putera Insan.
23648  MAT 13:40  Sebagaimana lalang dikumpulkan dan dibakar, demikianlah halnya akan terjadi pada hari akhir.
23651  MAT 13:43  Orang yang benar akan bersinar laksana matahari dalam kerajaan Allah, Bapa mereka. Jika kamu mempunyai telinga, dengarlah!
23652  MAT 13:44  Kerajaan syurga ibarat harta yang tersembunyi di dalam sebidang tanah. Seseorang telah menjumpainya lalu menyembunyikannya semula. Setelah itu dengan penuh sukacita dia menjual segala yang dimilikinya lalu membeli tanah itu.
23653  MAT 13:45  Kerajaan syurga juga umpama seorang saudagar yang mencari mutiara yang paling tinggi nilainya.
23655  MAT 13:47  Kerajaan syurga juga seperti pukat yang dilabuhkan ke dalam laut lalu mendapat aneka jenis ikan.