Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   :    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23231  MAT 1:18  Inilah kisah kelahiran Isa al-Masih: Ibu-Nya, Maryam bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, Maryam mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23235  MAT 1:22  Segala ini terjadi supaya berlakulah firman Tuhan melalui nabi-Nya:
23243  MAT 2:5  Mereka menjawab, ‘Di Baitlahim, Yudea. Seorang nabi telah bernubuat tentangnya:
23246  MAT 2:8  Raja Herodes menyuruh ahli-ahli ilmu bintang pergi ke Baitlahim dengan perintah demikian: ‘Pergilah dan carilah Anak itu sedaya upaya. Apabila kamu menjumpai-Nya beritahulah aku, supaya aku juga dapat pergi menyembah-Nya.’
23253  MAT 2:15  Mereka tinggal di situ hingga kematian Raja Herodes. Maka berlakulah firman Tuhan menerusi nabi-Nya: ‘Aku memanggil Putera-Ku keluar dari Mesir.’
23255  MAT 2:17  Oleh yang demikian berlakulah apa yang dinubuatkan oleh Yeremia:
23261  MAT 2:23  Dia menetap di kota yang bernama Nasaret. Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh para nabi: ‘Dia akan dipanggil Orang Nasaret.’
23264  MAT 3:3  Yahyalah yang dimaksudkan dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘Suara seorang berseru di gurun: “Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskan jalan untuk-Nya.” ’
23282  MAT 4:4  Isa menjawab, ‘Telah tersurat: “Manusia hidup bukan dengan roti saja tetapi dengan setiap firman Allah.” ’
23284  MAT 4:6  Iblis berkata kepada Isa, ‘Jika Engkau Putera Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: “Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.” ’
23285  MAT 4:7  Isa menjawab, ‘Tetapi telah tersurat: “Janganlah engkau menduga Allah, Tuhanmu.” ’
23288  MAT 4:10  Jawab Isa, ‘Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: “Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya saja engkau beribadat.” ’
23292  MAT 4:14  Dengan demikian berlakulah nubuat Nabi Yasyaya:
23303  MAT 4:25  Ramai sekali orang mengikut-Nya: dari Dekapolis (bermaksud Sepuluh Kota), dari Baitulmaqdis, dari Yudea, dan dari kawasan di seberang Yordan.
23305  MAT 5:2  Dia pun mula mengajar mereka:
23321  MAT 5:18  Ingatlah: Selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku.
23323  MAT 5:20  Oleh itu ingatlah: Untuk memasuki kerajaan syurga, kamu mestilah melaksanakan kehendak Allah lebih daripada guru Taurat dan orang Farisi.
23324  MAT 5:21  ‘Kamu telah mendengar ajaran daripada nenek moyang kita: “Jangan membunuh. Sesiapa yang membunuh orang akan dihakimi.”
23325  MAT 5:22  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan dihakimi. Sesiapa yang mencaci saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama. Dan sesiapa yang memanggil saudaranya “bodoh” akan dihumbankan ke dalam api neraka.
23330  MAT 5:27  ‘Kamu telah mendengar ajaran ini: “Jangan berzina.”
23331  MAT 5:28  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang memandang seorang wanita dengan berahi, telah berzina dengannya dalam hati.
23334  MAT 5:31  ‘Ada ajaran demikian: “Sesiapa menceraikan isterinya hendaklah memberinya surat cerai.”
23335  MAT 5:32  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa menceraikan isterinya kecuali kerana zina, orang itu menyebabkan wanita tersebut berzina jika berkahwin lagi; dan sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu berzina juga.
23336  MAT 5:33  ‘Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek moyang kita: “Jangan melanggar sumpah. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.”
23337  MAT 5:34  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah bersumpah demi langit, kerana langit itu takhta Allah.
23341  MAT 5:38  ‘Kamu telah mendengar ajaran begini: “Mata diganti dengan mata, gigi diganti dengan gigi.”
23342  MAT 5:39  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu. Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya.
23346  MAT 5:43  ‘Kamu telah mendengar ajaran berikut: “Kasihilah sahabatmu dan bencilah musuhmu.”
23347  MAT 5:44  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu.
23352  MAT 6:1  ‘Ingatlah: Jangan buat kerja amal di muka umum supaya dilihat orang; kamu tidak akan mendapat ganjaran daripada Bapamu yang di syurga.
23360  MAT 6:9  ‘Berdoalah demikian: “Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu.
23396  MAT 7:11  Kamu yang berdosa pun tahu memberikan sesuatu yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan sesuatu yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya.
23419  MAT 8:5  Ketika Isa sampai di Kapernaum, seorang ketua tentera Rom menjumpai-Nya dan merayu kepada-Nya:
23431  MAT 8:17  Isa melakukan semua itu supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yasyaya: ‘Dialah yang membawa kelemahan kita dan menanggung penyakit kita.’
23461  MAT 9:13  Kajilah erti ayat ini: “Aku menghendaki belas kasihan, bukan binatang korban.” Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa.’
23488  MAT 10:2  Dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yahya, iaitu anak-anak Zebedeus;
23491  MAT 10:5  Isa mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk demikian: ‘Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria.
23501  MAT 10:15  Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom dan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu.
23502  MAT 10:16  Dengarlah: Aku mengutusmu seperti domba ke tengah-tengah sekawan serigala. Hendaklah kamu bijak seperti ular dan tulus seperti merpati.
23528  MAT 10:42  Ingatlah: Sesiapa yang memberi minum walau hanya air sejuk kepada seorang pengikut-Ku yang paling rendah pun kerana dia pengikut-Ku, akan menerima ganjaran.’
23532  MAT 11:4  Isa menjawab, ‘Pulanglah, beritahu Yahya segala yang kamu dengar dan lihat:
23535  MAT 11:7  Ketika pengikut-pengikut Yahya beredar dari situ, Isa berkata kepada orang ramai tentang Yahya: ‘Apabila kamu mendapatkan Yahya di gurun, apakah yang ingin kamu lihat? Sehelai rumput mensiang yang ditiup angin?
23538  MAT 11:10  Tentang orang itulah telah tersurat dalam ayat Kitab Suci: “Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu.”
23539  MAT 11:11  ‘Sesungguhnya Aku berkata kepadamu bahawa di antara mereka yang dilahirkan oleh perempuan, belum pernah muncul seorang pun yang lebih besar daripada Yahya. Ketahuilah: Yahya Pengimad lebih utama daripada semua orang yang pernah hidup di dunia. Namun begitu, orang yang paling rendah antara yang menikmati kerajaan syurga lebih utama daripadanya.
23544  MAT 11:16  ‘Dengan apakah dapat Kubandingkan manusia zaman ini? Mereka ibarat anak-anak yang duduk di pasar, satu kumpulan berseru kepada yang lain:
23547  MAT 11:19  Ketika Putera Insan datang, Dia makan dan minum, lalu semua orang berkata, “Lihatlah dia ini: gelojoh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa!” Namun demikian, kebijaksanaan terbukti benar dengan perbuatannya.’
23550  MAT 11:22  Ketahuilah: Pada hari penghakiman itu kelak, Allah akan lebih mengasihani penduduk Tirus dan Sidon daripada kamu!
23552  MAT 11:24  Aku berkata kepadamu: Ketahuilah, pada hari itu kelak, hukuman ke atas Sodom lebih ringan daripada hukuman yang akan kamu terima!’
23564  MAT 12:6  Aku berkata kepadamu: Di sini ada yang lebih besar daripada rumah ibadat.
23565  MAT 12:7  Ada tersurat: “Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban binatang.” Jika kamu benar-benar memahami ayat itu, tentulah tidak kamu salahkan orang yang tidak bersalah;
23575  MAT 12:17  Dengan demikian terjadilah firman Allah melalui Nabi Yasyaya:
23589  MAT 12:31  Ketahuilah: Orang yang berbuat dosa atau mengucapkan kata-kata kufur akan diampuni, tetapi mereka yang mengkufuri Roh Suci tidak akan diampuni.
23594  MAT 12:36  Aku berkata kepadamu: Pada hari penghakiman, setiap orang harus mempertanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya dituturkan.
23611  MAT 13:3  Isa berbicara kepada mereka melalui ibarat: ‘Seorang penyemai benih telah pergi menabur.
23616  MAT 13:8  Namun, ada yang jatuh di tanah yang subur dan memberikan hasil: seratus kali ganda, enam puluh kali ganda, atau tiga puluh kali ganda.
23621  MAT 13:13  Aku bercakap kepada mereka melalui ibarat: ‘ “Kerana mereka melihat tetapi tidak nampak, mereka mendengar tetapi tidak mengerti.”
23622  MAT 13:14  ‘Keadaan mereka ini tepat seperti terdapat dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘ “Kamu terus mendengar tetapi tidak mengerti; kamu akan terus melihat tetapi tidak mengetahui.
23626  MAT 13:18  ‘Oleh itu dengarlah maksud ibarat penyemai benih:
23632  MAT 13:24  Isa menceritakan satu ibarat lagi: ‘Kerajaan syurga ibarat orang menabur benih yang baik di ladangnya.
23639  MAT 13:31  Seterusnya Isa mengisahkan ibarat demikian: ‘Kerajaan syurga seperti sebutir biji sesawi yang dibawa oleh seseorang untuk ditanam di ladangnya.
23641  MAT 13:33  Kemudian Isa menceritakan suatu ibarat lagi, ‘Kerajaan syurga seperti ini: Seorang wanita mencampurkan sedikit ragi dengan tiga sukat tepung sehingga adunan itu naik.’
23643  MAT 13:35  Maka terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi: ‘Aku akan bertutur kepada mereka melalui ibarat, Aku akan menyampaikan kepada mereka hal-hal yang dirahsiakan sejak dunia dicipta.’
23709  MAT 15:7  Kamu munafik! Benarlah nubuat Nabi Yasyaya tentangmu:
23710  MAT 15:8  “Allah berfirman: Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata tetapi hati mereka jauh daripada-Ku.
23771  MAT 17:2  Apabila mereka memandang Isa, mereka mendapati-Nya berubah: Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan.
23799  MAT 18:3  Isa pun berkata: ‘Ketahuilah! Kecuali kamu bersikap seperti kanak-kanak, kamu tidak akan memasuki kerajaan syurga.
23819  MAT 18:23  ‘Kerana kerajaan syurga seperti berikut: Seorang raja hendak menyelesaikan kira-kira dengan para hambanya.
23878  MAT 20:17  Ketika Isa sedang dalam perjalanan ke Baitulmaqdis, Dia mengajak kedua belas orang pengikut-Nya ke tepi dan berkata hanya kepada mereka:
23889  MAT 20:28  Demikianlah Putera Insan: Dia datang bukan untuk dilayan, tetapi untuk melayan, serta menyerahkan nyawa-Nya untuk menjadi tebusan bagi umat manusia.’
23899  MAT 21:4  Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh nabi:
23919  MAT 21:24  Isa menjawab, ‘Aku juga akan bertanya sesuatu kepadamu. Jika kamu memberitahu-Ku, Aku akan menyatakan kepadamu dengan kuasa apa Aku melakukan segala ini:
23928  MAT 21:33  ‘Dengarlah satu ibarat lagi: Seorang tuan punya tanah memiliki ladang anggur. Dia memagar ladang itu, menggali lubang tempat memeras anggur, dan mendirikan menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang, lalu pergi ke luar negeri.
23937  MAT 21:42  Isa berkata kepada mereka, ‘Tidakkah kamu baca apa yang tersurat di dalam Kitab Suci: ‘ “Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru. Demikianlah perbuatan Tuhan; Sungguh hebat di mata kami!”?
23965  MAT 22:24  Mereka berkata, ‘Tuan Guru, ajaran Musa begini: Jika seseorang lelaki meninggal dunia tanpa anak, maka saudara lelakinya harus berkahwin dengan balunya untuk mendapatkan zuriat.
23972  MAT 22:31  Tentang soal orang mati dibangkitkan semula, tidakkah kamu baca firman Allah:
23976  MAT 22:35  Seorang guru Taurat antara mereka cuba memerangkap Isa dengan suatu soalan:
23980  MAT 22:39  Perintah kedua sama pentingnya: “Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.”
23982  MAT 22:41  Isa bertanya kepada orang Farisi yang berkumpul itu:
23985  MAT 22:44  “Tuhan telah berfirman kepada Junjunganku: ‘Duduklah di kanan-Ku, sehingga Kujadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.’”
23988  MAT 23:1  Isa berkata kepada orang ramai dan para pengikut-Nya:
24014  MAT 23:27  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih: cantik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang dan mayat yang busuk.
24022  MAT 23:35  Dengan demikian darah semua orang benar yang tertumpah di bumi akan ditanggungkan kepadamu: mulai daripada darah Habil yang tidak bersalah itu hingga kepada darah Zekaria anak Berekia, yang kamu bunuh di antara rumah ibadat dan mazbah.
24069  MAT 24:43  Ingatlah: Sekiranya tuan rumah mengetahui bila masanya pencuri akan datang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membiarkan pencuri masuk ke rumahnya.
24091  MAT 25:14  ‘Kerajaan syurga boleh juga diibaratkan demikian: Seorang lelaki hendak pergi ke tanah asing yang jauh, lalu memanggil hamba-hambanya untuk berpesan menjaga hartanya.
24154  MAT 26:31  Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Kamu semua akan goyah kerana-Ku malam ini, sebagaimana telah tersurat: “Aku akan merebahkan Gembala, dan kawanan domba akan bertempiaran.”
24184  MAT 26:61  dengan kesaksian: ‘Orang ini telah berkata, “Aku dapat memusnahkan rumah Allah dan membinanya semula dalam tiga hari.”’
24207  MAT 27:9  Dengan demikian berlakulah kata-kata Nabi Yeremia: ‘Maka mereka pun mengambil tiga puluh keping wang perak itu, harga Dia yang telah dinilai oleh anak-anak Israel,
24233  MAT 27:35  Selepas itu mereka menyalib-Nya, dan membahagikan pakaiannya dengan membuang undi, maka berlakulah seperti yang di nubuatkan: ‘Mereka bahagikan pakaian-Ku antara mereka, untuk mendapat pakaian-Ku mereka membuang undi.’
24235  MAT 27:37  Di atas kayu salib Isa mereka memaparkan tuduhan terhadap-Nya: INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI.
24239  MAT 27:41  Begitu jugalah ketua-ketua imam, guru-guru Taurat dan tua-tua, turut mengejek Isa:
24286  MRK 1:2  Seperti yang tersurat dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘Lihatlah, Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu’
24291  MRK 1:7  Inilah beritanya: ‘Seorang yang lebih besar daripadaku akan datang selepasku. Tali kasut-Nya pun tidak layak kuurai.
24295  MRK 1:11  Lalu kedengaran suara dari syurga: ‘Engkaulah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan.’
24307  MRK 1:23  Ketika itu seorang yang dirasuk roh durjana berada di saumaah. Dia berseru:
24321  MRK 1:37  Setelah menjumpai-Nya, mereka berkata: ‘Semua orang sedang mencari-Mu!’
24327  MRK 1:43  Isa menyuruhnya pergi dengan memberi suatu peringatan keras:
24338  MRK 2:9  Manakah yang lebih mudah dikatakan: “Dosamu telah diampunkan,” atau, “Bangun, angkat tikarmu dan berjalanlah”?
24345  MRK 2:16  Apabila hal ini dilihat oleh sebilangan guru Taurat daripada golongan Farisi, mereka bertanya kepada para pengikut Isa: ‘Mengapa dia makan bersama pemungut cukai dan “orang berdosa”?’
24361  MRK 3:4  Kemudian Dia menyoal orang di situ, ‘Manakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau jahat? Menyelamatkan atau membinasakan orang?’ Tetapi semuanya berdiam diri.
24373  MRK 3:16  Dua belas orang yang dipilih-Nya itu ialah: Simon (yang juga dipanggil-Nya Petrus);