23230 | MAT 1:17 | Dengan demikian, ada empat belas keturunan dari Ibrahim hingga ke Daud; empat belas keturunan dari Daud hingga ke masa pembuangan di Babel; dan empat belas keturunan dari masa itu hingga kelahiran al-Masih. |
23272 | MAT 3:11 | ‘Aku mengimadkanmu dengan air untuk menunjukkan bahawa kamu telah bertaubat. Tetapi Dia yang datang selepasku akan mengimadkanmu dengan Roh Suci dan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakan kasut-Nya pun aku tidak layak. |
23318 | MAT 5:15 | Tiada siapa memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah bekas; tentu dia meletakkannya di atas kaki pelita untuk menerangi seisi rumah. |
23335 | MAT 5:32 | Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa menceraikan isterinya kecuali kerana zina, orang itu menyebabkan wanita tersebut berzina jika berkahwin lagi; dan sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu berzina juga. |
23348 | MAT 5:45 | Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Allah menerbitkan matahari yang dicipta-Nya untuk orang yang benar dan orang yang mungkar. Dia menurunkan hujan untuk orang yang taat mahupun yang ingkar akan kehendak-Nya. |
23352 | MAT 6:1 | ‘Ingatlah: Jangan buat kerja amal di muka umum supaya dilihat orang; kamu tidak akan mendapat ganjaran daripada Bapamu yang di syurga. |
23375 | MAT 6:24 | ‘Seorang hamba tidak mungkin mengabdi diri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan. |
23377 | MAT 6:26 | Lihatlah burung di udara, yang tidak menyemai, menuai atau menyimpan hasil di jelapang; namun Bapamu yang di syurga memberinya makan. Bukankah kamu lebih bernilai daripada burung? |
23384 | MAT 6:33 | Utamakanlah kerajaan Allah dan laksanakan kebenaran-Nya; Allah akan memberikan semua itu kepadamu. |
23392 | MAT 7:7 | ‘Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. |
23393 | MAT 7:8 | Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. |
23426 | MAT 8:12 | Sebaliknya anak-anak kerajaan itu akan dihumbankan ke dalam kegelapan di luar; di sana akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.’ |
23460 | MAT 9:12 | Isa terdengar pertanyaan mereka lalu menjawab, ‘Orang sihat tidak memerlukan tabib; hanya orang sakit yang memerlukannya. |
23488 | MAT 10:2 | Dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yahya, iaitu anak-anak Zebedeus; |
23489 | MAT 10:3 | Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadius; |
23494 | MAT 10:8 | Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkan orang yang mati; ubati orang yang berpenyakit kusta dan halaukan roh-roh iblis. Sebagaimana pemberian dilimpahkan kepadamu, limpahkanlah pemberian. |
23510 | MAT 10:24 | ‘Tiada murid yang melebihi gurunya; tiada hamba yang melebihi tuannya. |
23511 | MAT 10:25 | Murid haruslah berpuas hati menjadi seperti gurunya; hamba haruslah berpuas hati menjadi seperti tuannya. Jika ketua keluarga dipanggil Beelzebul, betapa lagi ahli-ahli keluarganya! |
23512 | MAT 10:26 | ‘Jangan takut akan manusia. Segala yang tersembunyi akan dinyatakan; setiap rahsia akan didedahkan. |
23545 | MAT 11:17 | “Kami memainkan seruling lagu perkahwinan untukmu, tetapi kamu enggan menari; kami menyanyi lagu ratap, tetapi kamu enggan menangis.” |
23556 | MAT 11:28 | ‘Marilah ke sisi-Ku, wahai kamu yang lelah memikul beban berat; Aku akan membebaskanmu daripada bebanmu. |
23565 | MAT 12:7 | Ada tersurat: “Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban binatang.” Jika kamu benar-benar memahami ayat itu, tentulah tidak kamu salahkan orang yang tidak bersalah; |
23599 | MAT 12:41 | Pada hari akhir, penduduk Niniwe akan bangkit bersama kamu, orang zaman ini. Mereka akan menuduhmu, kerana apabila mereka mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Yunus, mereka telah bertaubat; sedangkan kamu tidak, pada hal di hadapanmu sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus. |
23600 | MAT 12:42 | Pada hari akhir, Ratu Syeba dari Selatan akan bangkit bersama kamu, orang zaman ini. Ratu itu akan menuduhmu, kerana dia telah datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran Raja Sulaiman yang bijaksana; sedangkan kamu tidak mendengar ajaran daripada yang ada di hadapanmu sekarang dan yang lebih besar daripada Raja Sulaiman. |
23622 | MAT 13:14 | ‘Keadaan mereka ini tepat seperti terdapat dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘ “Kamu terus mendengar tetapi tidak mengerti; kamu akan terus melihat tetapi tidak mengetahui. |
23646 | MAT 13:38 | Ladang itu dunia; benih yang baik itu orang yang menjadi umat Allah manakala lalang ialah orang yang menyebelahi si durjana. |
23734 | MAT 15:32 | Isa memanggil para pengikut-Nya lalu berkata, ‘Aku kasihan kepada orang ramai ini. Sudah tiga hari mereka bersama-Ku; sekarang mereka kehabisan makanan. Aku tidak mahu menyuruh mereka pulang dengan perut kosong, kalau-kalau pengsan nanti di tengah jalan.’ |
23740 | MAT 15:38 | Jumlah yang makan empat ribu orang lelaki; belum dikira wanita dan kanak-kanak. |
23755 | MAT 16:14 | Mereka menjawab, ‘Ada yang berkata Yahya Pengimad; ada yang berkata Ilyas; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain.’ |
23773 | MAT 17:4 | Petrus berkata kepada Isa, ‘Junjungan, sungguh baik bagi kita berada di sini. Kalau Junjungan mahu, biar kudirikan tiga buah khemah suci; satu untuk Junjungan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Ilyas.’ |
23812 | MAT 18:16 | Jika tidak, bawalah seorang dua bersamamu; kerana telah tersurat, “Setiap tuduhan harus disokong dengan kesaksian dua atau tiga orang saksi.” |
23815 | MAT 18:19 | ‘Ketahuilah juga, setiap kali dua orang daripadamu di dunia ini bersetuju untuk memohon sesuatu daripada-Ku, permohonan itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku di syurga; |
23849 | MAT 19:18 | Pemuda itu bertanya, ‘Hukum yang mana?’ Isa menjawab, ‘ “Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu; |
23850 | MAT 19:19 | hormati ibu bapamu; kasihi sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi diri sendiri.” ’ |
23927 | MAT 21:32 | Yahya datang kepadamu untuk menunjukkan jalan yang benar tetapi kamu tidak percaya kepadanya; manakala pemungut cukai dan pelacur percaya kepadanya. Setelah kamu melihat hal ini pun, hatimu tidak menjadi lembut dan percaya kepadanya. |
23937 | MAT 21:42 | Isa berkata kepada mereka, ‘Tidakkah kamu baca apa yang tersurat di dalam Kitab Suci: ‘ “Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru. Demikianlah perbuatan Tuhan; Sungguh hebat di mata kami!”? |
23939 | MAT 21:44 | Sesiapa yang jatuh ke atas batu itu akan hancur; dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan digilis menjadi debu.’ |
24000 | MAT 23:13 | ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menghalang orang memasuki kerajaan syurga. Kamu bukan sahaja enggan memasuki kerajaan syurga; kamu halang pula orang lain yang berusaha untuk memasukinya. |
24005 | MAT 23:18 | Kamu juga mengajar orang begini, “Jika seseorang bersumpah demi mazbah, dia tidak terikat pada sumpahnya; tetapi jika dia bersumpah demi persembahan di atas mazbah, dia terikat pada sumpahnya.” |
24028 | MAT 24:2 | Isa berkata kepada mereka, ‘Lihatlah semuanya ini! Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, satu batu pun tidak akan tinggal di tempatnya; semuanya akan dirobohkan.’ |
24055 | MAT 24:29 | ‘Tidak lama selepas kesengsaraan masa itu, “matahari akan gelap dan bulan tidak bersinar lagi; Bintang-bintang akan berguguran dari langit, dan kuasa-kuasa angkasa akan digoncang.” |
24083 | MAT 25:6 | ‘Pada waktu tengah malam terdengar seruan, “Pengantin lelaki sudah dekat; pergilah menyambutnya!” |
24086 | MAT 25:9 | ‘Tetapi yang bijak menjawab, “Kami tidak dapat memberimu, nanti tidak cukup minyak ini; pergilah beli minyak daripada penjual.” |
24106 | MAT 25:29 | Demikianlah, kepada setiap orang yang ada, akan diberi lebih lagi, menjadikan dia penuh dengan kelimpahan; sebaliknya orang yang tidak ada, apa yang ada padanya pun akan diambil. |
24112 | MAT 25:35 | Kerana Aku lapar dan kamu memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu memberi-Ku minuman; Aku orang asing dan kamu menerima-Ku masuk ke rumahmu; |
24113 | MAT 25:36 | Aku tidak berpakaian dan kamu memberi-Ku pakaian; Aku sakit dan kamu melawat-Ku; Aku di dalam penjara dan kamu datang kepada-Ku.” |
24118 | MAT 25:41 | ‘Selepas itu Dia akan berkata kepada mereka yang di sebelah kiri-Nya, “Nyahlah dari sisiku, kamu yang terlaknat, ke dalam api abadi yang telah disediakan untuk Iblis dan para penyokongnya; |
24119 | MAT 25:42 | kerana Aku lapar dan kamu tidak memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu tidak memberi-Ku minuman. |
24120 | MAT 25:43 | Aku orang asing dan kamu tidak menerima-Ku masuk ke rumahmu; Aku tidak berpakaian dan kamu tidak memberi-Ku pakaian; Aku sakit, Aku di dalam penjara, dan kamu tidak melawat-Ku.” |
24141 | MAT 26:18 | Isa menyuruh mereka ke bandar, mencari seorang tertentu dan mengatakan kepadanya, ‘Guru berkata, “Masa-Ku sudah hampir; Aku akan menyambut perayaan Paska di rumahmu bersama para pengikut-Ku.” ’ |
24162 | MAT 26:39 | Isa pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, ‘Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, biarlah kehendak-Mu berlaku, bukan kehendak-Ku.’ |
24163 | MAT 26:40 | Kemudian Dia pergi kepada pengikut-pengikut-Nya dan mendapati mereka telah tertidur; lalu Dia berkata kepada Petrus, ‘Apa? Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga bersama-Ku?’ |
24171 | MAT 26:48 | Pengkhianat Isa telah menyatakan isyarat kepada mereka, ‘Yang kucium nanti, itulah orangnya; tangkaplah Dia.’ |
24196 | MAT 26:73 | Tidak lama kemudian orang yang berdiri-diri di situ menghampiri Petrus dan berkata kepadanya, ‘Sudah tentu kamu juga seorang daripada mereka; ini jelas daripada loghatmu.’ |
24217 | MAT 27:19 | Sedang gabenor duduk di atas kerusi penghakiman, isterinya berkirim pesan kepadanya, ‘Jangan apa-apakan orang yang tidak bersalah; hari ini aku banyak menanggung azab dalam mimpi kerana-Nya.’ |
24224 | MAT 27:26 | Pilatus pun membebaskan Barabas kepada mereka; dan setelah menyesah Isa, dia menyerahkan-Nya untuk disalib. |
24238 | MAT 27:40 | mereka berkata, ‘Engkau dapat memusnahkan rumah ibadat dan membinanya semula dalam tiga hari; selamatkanlah diri-Mu! Kalau Engkau Putera Allah, turunlah dari kayu salib itu.’ |
24240 | MAT 27:42 | ‘Dia telah menyelamatkan orang lain; diri-Nya sendiri tidak dapat diselamatkan-Nya. Kalau benar dia Raja Israel, turunlah dari kayu salib itu sekarang, baru kami percaya kepada-Nya. |
24241 | MAT 27:43 | Dia percayakan Allah. Biar Allah menyelamatkan-Nya sekarang, kalau Allah mahu mengakui-Nya; kerana Dia berkata, “Aku Putera Allah.”’ |
24247 | MAT 27:49 | Yang lain berkata, ‘Jangan hiraukan Dia; mari kita lihat kalau Ilyas datang menyelamatkan-Nya.’ |
24249 | MAT 27:51 | Sejurus itu tirai rumah ibadat koyak dari atas ke bawah, bumi digegar gempa dan batu-batu pejal terbelah; |
24250 | MAT 27:52 | kubur-kubur terbuka; dan banyak jenazah orang yang taat akan Allah dibangkitkan semula; |
24373 | MRK 3:16 | Dua belas orang yang dipilih-Nya itu ialah: Simon (yang juga dipanggil-Nya Petrus); |
24374 | MRK 3:17 | Yakobus dan saudaranya Yahya iaitu anak-anak Zebedeus (dua orang adik-beradik ini digelar-Nya Boanerges, yang bermakna Anak Petir); |
24383 | MRK 3:26 | Dan jika Iblis berontak melawan dirinya sendiri dan berpecah belah, dia tidak dapat bertahan; sudah sampailah saat kemusnahannya. |
24386 | MRK 3:29 | Tetapi sesiapa yang mengkufuri Roh Suci tidak akan diampunkan; dia bersalah kerana berbuat dosa kekal.’ |
24404 | MRK 4:12 | supaya ‘ “Mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak faham; kerana sekiranya mereka mengerti, mereka akan bertaubat dan diampuni!” ’ |
24417 | MRK 4:25 | Sesiapa yang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak ada, sedikit yang ada padanya pun akan diambil daripadanya.’ |
24516 | MRK 6:40 | Mereka pun duduk dalam kelompok; ada yang seratus orang sekelompok dan ada yang lima puluh orang. |
24538 | MRK 7:6 | Isa menjawab, ‘Tepat sekali kata-kata Nabi Yasyaya dalam nubuatnya tentangmu, hai orang munafik; seperti yang tersurat: ‘ “Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata, tetapi hati mereka jauh daripada-Ku. |
24539 | MRK 7:7 | Sia-sialah mereka menyembah-Ku; sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah peraturan manusia.” |
24597 | MRK 8:28 | Mereka menjawab, ‘Ada yang berkata, Yahya Pengimad; yang lain berkata, Ilyas; ada pula yang berkata, seorang daripada nabi.’ |
24631 | MRK 9:24 | Bapa itu segera berseru, ‘Aku percaya; tolonglah agar aku lebih percaya lagi!’ |
24752 | MRK 12:10 | Belum pernahkah kamu baca di dalam Kitab Suci: ‘ “Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru; |
24767 | MRK 12:25 | Apabila manusia bangkit daripada kematian, mereka tidak berkahwin atau dikahwinkan; mereka seperti malaikat di syurga. |
24785 | MRK 12:43 | Isa memanggil para pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, balu yang miskin itu telah memberi lebih daripada semua orang yang telah memasukkan wang ke dalam peti persembahan; |
24793 | MRK 13:7 | Apabila kamu mendengar berita atau khabar angin tentang peperangan, janganlah bimbang; kerana hal-hal begitu harus terjadi, tetapi belum sampai waktunya dunia berakhir. |
24807 | MRK 13:21 | Ketika itu jika sesiapa berkata kepadamu, “Lihat, al-Masih di sini!” atau “Lihat, Dia di sana!” janganlah kamu percaya; |
24810 | MRK 13:24 | ‘Pada masa itu, selepas pancaroba, ‘ “Matahari akan dikelamkan, dan bulan tidak akan bersinar; |
24947 | MRK 16:5 | Mereka masuk ke dalam makam itu dan melihat seorang pemuda berjubah putih sedang duduk di sebelah kanan; mereka sungguh terkejut dan ketakutan. |
24983 | LUK 1:21 | Sementara itu, orang yang berhimpun itu ternanti-nanti akan Zakaria; mereka sangat hairan kerana dia begitu lama di dalam rumah ibadat. |
24995 | LUK 1:33 | Dia akan merajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaannya berkekalan.’ |
25008 | LUK 1:46 | Maryam berkata, ‘Jiwaku meninggikan Tuhan; |
25013 | LUK 1:51 | Dia telah menunjukkan kekuatan tangan-Nya; Dia telah mencerai-beraikan mereka yang berhati bongkak. |
25014 | LUK 1:52 | Dia telah menurunkan raja-raja daripada takhta mereka dan mengangkat tinggi orang yang hina; |
25030 | LUK 1:68 | ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan bangsa Israel! Kerana Dia telah datang dan menebus umat-Nya; |
25033 | LUK 1:71 | Dia berjanji menyelamatkan kita daripada musuh-musuh kita, dan daripada tangan semua orang yang membenci kita; |
25060 | LUK 2:18 | Semua yang mendengar berasa kagum tentang apa yang dikatakan oleh gembala-gembala itu kepada mereka; |
25076 | LUK 2:34 | Simeon memberkati mereka dan berkata kepada Maryam, ibu anak itu, ‘Anak ini telah dipilih oleh Tuhan untuk menjatuhkan dan membangunkan ramai orang Israel kelak; Dia menjadi tanda daripada Allah yang akan dibantahi orang |
25085 | LUK 2:43 | Setelah tamat perayaan itu, mereka pun berangkat pulang; tetapi Isa, anak mereka itu tertinggal di Baitulmaqdis dan ibu bapa-Nya tidak menyedari hal itu. |
25150 | LUK 4:18 | ‘Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah memilih Aku untuk memberitakan perkhabaran yang baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pelepasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, pembebasan orang yang tertindas, |
25242 | LUK 6:27 | ‘Tetapi kepada kamu yang mendengar, Aku berkata demikian: Kasihilah seterumu, berbuat baik kepada orang yang membenci kamu; |
25244 | LUK 6:29 | Jika orang menampar sebelah pipimu, biarlah dia menampar sebelah lagi; jika ada orang mengambil jubah kamu, biarkan dia ambil bajumu juga. |
25250 | LUK 6:35 | Tetapi kamu hendaklah mengasihi seterumu; kamu hendaklah berbuat baik kepadanya dan kamu hendaklah meminjami orang dengan tidak mengharapkan apa-apa. Besarlah ganjaranmu kelak dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi kerana Dia berbuat baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang yang zalim. |
25255 | LUK 6:40 | Seorang murid tidak melebihi gurunya; tetapi setiap murid yang terlatih dengan sempurna akan menyerupai gurunya. |
25260 | LUK 6:45 | Orang yang baik mengeluarkan perkara yang baik daripada hati yang berlimpah-limpah dengan kebaikan; orang yang jahat mengeluarkan perkara yang jahat daripada hati yang penuh dengan kejahatan. Seseorang akan meluahkan apa yang terkandung di dalam hatinya. |
25266 | LUK 7:2 | Terdapat seorang hamba ketua tentera yang amat disayangi oleh tuannya; hamba itu sedang sakit tenat dan hampir mati. |
25272 | LUK 7:8 | Aku juga di bawah perintah orang atasan dan aku ada askar di bawah perintahku. Aku memerintah seseorang, “Pergilah!” dan dia akan pergi; aku memerintah seorang lagi, “Mari!” dan dia akan datang. Aku memerintah seorang hamba, “Buat kerja ini!” dan dia akan melakukannya.’ |
25275 | LUK 7:11 | Tidak lama kemudian, Isa pergi ke sebuah bandar yang bernama Nain; pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai pergi bersama-Nya. |
25279 | LUK 7:15 | Orang yang sudah mati itu pun bangun dan mula bercakap; lalu Isa mengembalikannya kepada ibunya. |