23240 | MAT 2:2 | Mereka bertanya, ‘Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.’ |
23242 | MAT 2:4 | Raja Herodes memanggil semua ketua imam dan guru Taurat berhimpun lalu bertanya, ‘Raja yang dijanjikan oleh Allah itu, di manakah tempat lahirnya?’ |
23268 | MAT 3:7 | Ramai orang Farisi dan Saduki datang untuk diimadkan. Apabila melihat mereka, Yahya berkata, ‘Hai orang durjana! Siapakah yang memberitahumu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah kelak? |
23349 | MAT 5:46 | Jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihimu, layakkah kamu mendapat ganjaran daripada Allah? Bukankah pemungut cukai pun berbuat demikian? |
23350 | MAT 5:47 | Jika kamu hanya beramah mesra dengan saudara-saudara selingkungan, apakah kelebihanmu daripada orang lain? Orang yang tidak mengenal Allah pun melakukannya. |
23376 | MAT 6:25 | ‘Oleh itu, janganlah runsing tentang hidupmu, tentang apa yang kamu makan atau minum, atau tentang tubuhmu, dan tentang apa yang akan kamu pakai untuk menutupnya. Bukankah hidup lebih daripada makanan, dan tubuh lebih daripada pakaian? |
23377 | MAT 6:26 | Lihatlah burung di udara, yang tidak menyemai, menuai atau menyimpan hasil di jelapang; namun Bapamu yang di syurga memberinya makan. Bukankah kamu lebih bernilai daripada burung? |
23378 | MAT 6:27 | Siapakah di kalanganmu yang dapat melanjutkan usianya sedikit pun dengan bersikap runsing? |
23379 | MAT 6:28 | ‘Jadi, mengapakah kamu runsing tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun. |
23381 | MAT 6:30 | Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari ini dan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberimu pakaian? Sungguh tipis kepercayaanmu kepada-Nya! |
23388 | MAT 7:3 | ‘Mengapakah kamu perhatikan selumbar di mata saudaramu, sedangkan kayu balak di matamu sendiri tidak kamu sedari? |
23389 | MAT 7:4 | Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada saudaramu, ‘Biarlah aku keluarkan selumbar dari mata saudara,’ sedangkan kayu balak terpampang di matamu sendiri? |
23394 | MAT 7:9 | ‘Bapa manakah akan memberikan batu kepada anaknya yang meminta roti? |
23395 | MAT 7:10 | Bapa manakah akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan? |
23401 | MAT 7:16 | Kamu akan mengenal mereka daripada hasil perbuatan mereka. Pernahkah orang memetik buah anggur dari rimbunan berduri? Atau pernahkah buah ara dipetik dari semak berduri? |
23407 | MAT 7:22 | Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami, bukankah kami telah menyampaikan perkhabaran Allah dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?” |
23440 | MAT 8:26 | Isa menjawab, ‘Mengapakah kamu takut? Begitu tipis kepercayaanmu kepada-Ku!’ Dia pun bangun memarahi angin dan ombak itu. Serta-merta semuanya tenang sekali. |
23441 | MAT 8:27 | Para pengikut Isa tercengang lalu berkata, ‘Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya. Siapakah sebenarnya Dia ini?’ |
23443 | MAT 8:29 | Apabila mereka melihat Isa, mereka berseru, ‘Apakah yang akan Kaulakukan kepada kami, hai Putera Allah? Adakah Engkau hendak menghukum kami sebelum sampai masanya?’ |
23452 | MAT 9:4 | Isa tahu apa yang difikirkan oleh mereka itu lalu Dia berkata, ‘Mengapa kamu fikirkan perkara sejahat itu? |
23453 | MAT 9:5 | Manakah yang lebih mudah dikatakan, “Dosamu telah diampunkan,” atau “Bangun dan berjalan?” |
23459 | MAT 9:11 | Beberapa orang Farisi yang melihat perkara itu bertanya kepada para pengikut Isa, ‘Mengapa gurumu makan bersama pemungut cukai dan orang yang berdosa?’ |
23462 | MAT 9:14 | Selepas itu para pengikut Yahya Pengimad mendapatkan Isa lalu bertanya, ‘Mengapakah kami dan orang Farisi sering berpuasa tetapi para pengikut-Mu tidak berpuasa?’ |
23463 | MAT 9:15 | Isa menjawab, ‘Pada hematmu, patutkah tetamu di jamuan perkahwinan bersedih semasa pengantin lelaki masih bersama mereka? Tentu tidak. Namun akan tiba masanya pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Ketika itulah mereka akan berpuasa. |
23476 | MAT 9:28 | Ketika Isa masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekati-Nya. Isa bertanya, ‘Percayakah kamu bahawa Aku dapat menyembuhkanmu?’ ‘Percaya, Junjungan!’ jawab mereka. |
23515 | MAT 10:29 | Bukankah dua ekor burung pipit dibeli dengan harga satu sen? Namun tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa izin Bapamu. |
23531 | MAT 11:3 | Mereka bertanya, ‘Adakah Tuan ini orang yang dijanjikan Allah akan datang, atau perlukah kami menunggu orang lain?’ |
23535 | MAT 11:7 | Ketika pengikut-pengikut Yahya beredar dari situ, Isa berkata kepada orang ramai tentang Yahya: ‘Apabila kamu mendapatkan Yahya di gurun, apakah yang ingin kamu lihat? Sehelai rumput mensiang yang ditiup angin? |
23536 | MAT 11:8 | Kamu ke sana hendak melihat apa? Seorang yang berpakaian mewah? Orang yang berpakaian demikian tinggal di istana. |
23537 | MAT 11:9 | Katakanlah, kamu ke situ untuk melihat apa? Seorang nabi? Benar, malah lebih daripada nabi. |
23544 | MAT 11:16 | ‘Dengan apakah dapat Kubandingkan manusia zaman ini? Mereka ibarat anak-anak yang duduk di pasar, satu kumpulan berseru kepada yang lain: |
23551 | MAT 11:23 | Kamu juga, hai Kapernaum! Ingin kamu tinggikan diri sampai ke syurga? Kamu akan dihumbankan ke neraka! Kalaulah mukjizat-mukjizat yang Kulakukan di kalanganmu itu Kulakukan di Sodom, tentu Sodom masih ada hingga kini! |
23561 | MAT 12:3 | Isa menjawab, ‘Tidakkah kamu membaca apa yang dilakukan oleh Daud apabila dia dan anak buahnya lapar? |
23563 | MAT 12:5 | Tidakkah kamu baca dalam Taurat Musa betapa setiap hari Sabat imam di rumah ibadat melanggar hukum hari Sabat? Namun, mereka tidak disalahkan. |
23568 | MAT 12:10 | Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. Beberapa orang di sana cuba mencari salah Isa supaya dapat mendakwa-Nya. Mereka bertanya kepada-Nya, ‘Tidakkah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar hukum?’ |
23569 | MAT 12:11 | Isa menjawab, ‘Apakah yang akan kamu lakukan jika seorang daripadamu mempunyai seekor domba, dan pada hari Sabat domba itu terjatuh ke dalam lubang yang dalam? Tentulah kamu berusaha menyelamatkannya. |
23570 | MAT 12:12 | Betapa lebih berharganya manusia daripada domba? Oleh itu, berbuat baik pada hari Sabat tidak melanggar hukum.’ |
23581 | MAT 12:23 | Orang ramai di situ ketakjuban lalu bertanya sama sendiri, ‘Mungkinkah dia ini Anak Daud?’ |
23584 | MAT 12:26 | Begitu juga, andainya Iblis mengusir Iblis, dia akan berpecah belah, dan bagaimanakah kerajaannya dapat bertahan? |
23585 | MAT 12:27 | Kamu berkata Aku menghalau roh-roh iblis kerana diberi kuasa oleh Beelzebul. Kalau begitu, siapa yang memberikan kuasa menghalau roh-roh iblis kepada pengikut-pengikutmu? Oleh itu merekalah yang akan menjadi hakimmu. |
23587 | MAT 12:29 | ‘Atau bagaimanakah orang dapat memasuki rumah seorang yang gagah dan merampas harta bendanya sekiranya orang yang gagah itu tidak diikat terlebih dahulu? Selepas itu, barulah dia dapat merompak rumahnya. |
23592 | MAT 12:34 | Hai kamu yang seperti ular berbisa, bagaimana dapat kamu tuturkan perkara yang baik sedangkan dirimu jahat? Orang mengucapkan apa yang terkandung dalam hatinya. |
23606 | MAT 12:48 | Tetapi Isa menjawab, ‘Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara lelaki-Ku?’ |
23618 | MAT 13:10 | Para pengikut Isa datang bertanya kepada-Nya, ‘Mengapa Junjungan bercakap kepada mereka melalui ibarat?’ |
23635 | MAT 13:27 | ‘Hamba peladang berkata, “Tuan menabur benih yang baik, dari mana pula datangnya lalang itu?” |
23636 | MAT 13:28 | ‘Jawab peladang itu, “Ini perbuatan musuh.” ‘Hamba itu bertanya, “Adakah tuan hendak kami mencabut lalang itu?” |
23659 | MAT 13:51 | ‘Fahamkah kamu hal-hal ini?’ Isa bertanya kepada para pengikut-Nya. ‘Kami faham,’ jawab mereka. |
23662 | MAT 13:54 | Lalu dia pulang ke kampung halamannya. Di situ Dia mengajar di saumaah. Orang yang mendengar-Nya hairan lalu bertanya, ‘Dari manakah dia mendapat kebijaksanaan begini? Dari manakah dia mendapat kuasa melakukan mukjizat? |
23663 | MAT 13:55 | Bukankah dia anak tukang kayu? Bukankah Maryam itu ibunya, dan Yakobus, Yusuf, Simon serta Yudas itu saudaranya? |
23664 | MAT 13:56 | Bukankah saudara-saudara perempuannya ada bersama kita? Dari manakah dia mendapat semua ini?’ |
23697 | MAT 14:31 | Isa segera menghulurkan tangan memegangnya lalu berkata, ‘Engkau yang kurang percaya, mengapa engkau ragu?’ |
23704 | MAT 15:2 | ‘Mengapa pengikut-Mu melanggar adat nenek moyang kita? Mereka tidak membasuh tangan sebelum makan!’ |
23705 | MAT 15:3 | Isa menjawab, ‘Mengapa kamu membelakangi perintah Allah demi mematuhi adat istiadatmu? |
23714 | MAT 15:12 | Selepas itu para pengikut Isa mendapatkan-Nya dan berkata, ‘Junjungan, tahukah Engkau bahawa orang Farisi tersinggung dengan kata-kata-Mu?’ |
23719 | MAT 15:17 | Tidakkah kamu mengerti? Apa yang masuk ke dalam mulut seseorang turun ke perut lalu keluar semula. |
23735 | MAT 15:33 | Para pengikut-Nya berkata, ‘Di manakah dapat kami cari makanan yang cukup untuk orang seramai itu sedangkan kawasan ini terpencil?’ |
23736 | MAT 15:34 | Isa bertanya, ‘Berapa banyak roti yang ada padamu?’ ‘Tujuh buku,’ sahut mereka, ‘dan beberapa ekor ikan kecil.’ |
23749 | MAT 16:8 | Isa tahu apa yang dikatakan oleh mereka. Dia berkata, ‘Mengapa kamu persoalkan hal tidak membawa roti? Tipis benar kepercayaanmu! |
23750 | MAT 16:9 | Belum fahamkah kamu? Tidakkah kamu ingat bagaimana Aku membahagikan lima buku roti antara lima ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? |
23751 | MAT 16:10 | Bagaimana pula dengan tujuh buku roti yang Kubahagikan antara empat ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? |
23754 | MAT 16:13 | Isa pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Menurut kata orang, siapakah Putera Insan ini?’ |
23756 | MAT 16:15 | Isa bertanya, ‘Menurut kamu, siapakah Aku ini?’ |
23767 | MAT 16:26 | Apalah gunanya jika seseorang memperolehi seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Apakah yang dapat diberinya sebagai ganti untuk hidup itu? |
23779 | MAT 17:10 | Para pengikut Isa bertanya kepada-Nya, ‘Mengapakah guru Taurat berkata Ilyas mesti datang dulu?’ |
23786 | MAT 17:17 | Isa menjawab, ‘Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini. Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu? Berapa lama lagikah Aku mesti bersabar denganmu? Bawa anak itu ke sini!’ |
23788 | MAT 17:19 | Para pengikut Isa mendapatkan-Nya dan bertanya ketika tiada orang lain di situ, ‘Mengapakah kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?’ |
23793 | MAT 17:24 | Apabila Isa dan para pengikut-Nya sampai di Kapernaum, pemungut-pemungut cukai rumah ibadat datang kepada Petrus lalu bertanya, ‘Adakah gurumu membayar cukai rumah ibadat?’ |
23794 | MAT 17:25 | Petrus menjawab, ‘Tentu sekali.’ Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat berkata apa-apa, Isa bertanya, ‘Simon, bagaimana pandanganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memungut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?’ |
23797 | MAT 18:1 | Pada ketika itu para pengikut Isa datang bertanya kepada-Nya, ‘Siapakah yang dianggap terbesar antara orang di dalam kerajaan syurga nanti?’ |
23808 | MAT 18:12 | ‘Bagaimana pandanganmu? Jika seseorang mempunyai seratus ekor domba dan seekor daripadanya sesat, apa yang akan dilakukannya? Tentulah dia meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor domba yang sedang merumput di bukit dan pergi mencari domba yang sesat itu. |
23817 | MAT 18:21 | Petrus datang mendapatkan Isa lalu bertanya, ‘Junjungan, jika saudaraku berdosa terhadapku, berapa kalikah harus kuampuni dia? Sehingga tujuh kali?’ |
23829 | MAT 18:33 | Bukankah sepatutnya kamu mengasihani rakanmu sebagaimana aku mengasihanimu?” |
23834 | MAT 19:3 | Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Isa. Mereka bertanya, ‘Adakah Taurat kita membenarkan seorang lelaki menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?’ |
23835 | MAT 19:4 | Isa menjawab, ‘Tidakkah kamu baca ayat Kitab Suci yang menyatakan betapa pada mulanya Allah menjadikan lelaki dan perempuan? |
23838 | MAT 19:7 | Kata orang Farisi itu, ‘Kalau begitu, mengapakah Musa memberikan hukum membenarkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?’ |
23847 | MAT 19:16 | Pada suatu hari seorang pemuda datang berjumpa Isa lalu bertanya, ‘Tuan Guru, apakah perbuatan baik yang harus aku lakukan untuk mendapat kehidupan kekal?’ |
23848 | MAT 19:17 | Isa menjawab, ‘Mengapa kamu bertanya kepada-Ku apa yang baik? Hanya ada Satu yang baik. Sekiranya kamu ingin masuk ke dalam hidup, patuhilah hukum-Nya.’ |
23849 | MAT 19:18 | Pemuda itu bertanya, ‘Hukum yang mana?’ Isa menjawab, ‘ “Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu; |
23851 | MAT 19:20 | ‘Semua hukum ini telah kupatuhi,’ kata pemuda itu. ‘Adakah lagi yang harus kulakukan?’ |
23856 | MAT 19:25 | Para pengikut Isa hairan mendengar kata-kata itu lalu bertanya, ‘Kalau begitu, siapakah yang dapat diselamatkan?’ |
23858 | MAT 19:27 | Petrus berkata, ‘Kami telah meninggalkan segala-galanya dan mengikut-Mu. Apakah yang akan kami terima?’ |
23867 | MAT 20:6 | Pada kira-kira pukul lima petang dia pergi lagi ke pasar dan melihat beberapa orang berdiri-diri tidak berbuat apa-apa. Dia menanya mereka, “Mengapa kamu membuang masa tidak membuat apa-apa kerja?” |
23874 | MAT 20:13 | ‘Tuan punya ladang itu menjawab kepada seorang daripada mereka, “Dengarlah, kawan, aku tidak menipumu. Bukankah kamu telah bersetuju bekerja dengan upah sekeping wang perak sehari? |
23876 | MAT 20:15 | Bukankah hakku berbuat sesuka hati dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu busuk hati kerana aku bermurah hati?” ’ |
23882 | MAT 20:21 | ‘Apakah permintaanmu?’ tanya Isa. Ibu itu menjawab, ‘Junjungan berjanjilah bahawa apabila Engkau menjadi raja, kedua-dua orang anakku itu akan duduk di kiri kanan-Mu.’ |
23883 | MAT 20:22 | Isa berkata kepada kedua-dua orang anak lelaki ibu itu, ‘Kamu tidak tahu apa yang kamu minta itu. Sanggupkah kamu minum dari cawan penderitaan yang akan Kuminum?’ ‘Sanggup,’ jawab mereka. |
23893 | MAT 20:32 | Isa berhenti lalu memanggil mereka dan bertanya, ‘Apakah yang kamu mahu Kulakukan untukmu?’ |
23905 | MAT 21:10 | Apabila Dia masuk ke Baitulmaqdis, seisi kota itu kagum lalu bertanya, ‘Siapakah ini?’ |
23911 | MAT 21:16 | Mereka berkata kepada Isa, ‘Kamu dengarkah apa yang mereka katakan?’ Isa menjawab, ‘Ya, belum pernahkah kamu baca, “Dari mulut kanak-kanak dan bayi yang sedang menyusu, Engkau telah menyediakan puji-pujian.” ’ |
23915 | MAT 21:20 | Apabila dilihat oleh para pengikut-Nya, mereka hairan dan bertanya, ‘Bagaimana pokok ara itu boleh layu dan mati serta-merta?’ |
23918 | MAT 21:23 | Apabila Isa masuk ke rumah ibadat, ketua imam dan tua-tua datang kepada-Nya ketika Dia sedang mengajar, ‘Dengan kuasa apakah kamu melakukan semua ini? Dan siapakah yang memberimu kuasa itu?’ |
23920 | MAT 21:25 | Pengimadan Yahya dari manakah asalnya? Daripada Allah atau daripada manusia?’ Mereka pun berbincang sama sendiri, ‘Kalau kita kata, “Daripada Allah,” dia akan berkata, “Kalau begitu, mengapa kamu tidak mempercayainya?” |
23923 | MAT 21:28 | ‘Tetapi bagaimana pandanganmu? Seorang ada dua orang anak lelaki. Dia mendapatkan yang sulung dan berkata, “Anakku, pergilah bekerja hari ini di ladang anggurku.” |
23926 | MAT 21:31 | ‘Antara dua itu, yang mana melakukan kehendak bapanya?’ Mereka menjawab, ‘Yang sulung.’ Isa berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, aku berkata kepadamu, pemungut cukai dan pelacur akan memasuki kerajaan Allah terlebih dahulu daripadamu. |
23935 | MAT 21:40 | Selepas itu Isa bertanya, ‘Apabila tuan punya ladang itu pulang, apakah yang akan dilakukannya kepada penyewa-penyewa itu?’ |
23937 | MAT 21:42 | Isa berkata kepada mereka, ‘Tidakkah kamu baca apa yang tersurat di dalam Kitab Suci: ‘ “Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru. Demikianlah perbuatan Tuhan; Sungguh hebat di mata kami!”? |
23953 | MAT 22:12 | Raja berkata kepadanya, “Bagaimana engkau dapat masuk ke sini dengan tidak memakai pakaian untuk majlis perkahwinan?” Orang itu terdiam. |
23958 | MAT 22:17 | Jadi, katakanlah pendapat-Mu kepada kami. Haruskah kita membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?’ |
23959 | MAT 22:18 | Isa mengetahui niat jahat mereka lalu berkata, ‘Hai munafik! Mengapa kamu cuba memerangkap-Ku? |
23961 | MAT 22:20 | Isa bertanya kepada mereka, ‘Gambar dan nama siapakah ini?’ |