23264 | MAT 3:3 | Yahyalah yang dimaksudkan dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘Suara seorang berseru di gurun: “Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskan jalan untuk-Nya.” ’ |
23270 | MAT 3:9 | Jangan sangka kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan berkata, “Ibrahim moyang kami.” Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Ibrahim! |
23282 | MAT 4:4 | Isa menjawab, ‘Telah tersurat: “Manusia hidup bukan dengan roti saja tetapi dengan setiap firman Allah.” ’ |
23284 | MAT 4:6 | Iblis berkata kepada Isa, ‘Jika Engkau Putera Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: “Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.” ’ |
23285 | MAT 4:7 | Isa menjawab, ‘Tetapi telah tersurat: “Janganlah engkau menduga Allah, Tuhanmu.” ’ |
23288 | MAT 4:10 | Jawab Isa, ‘Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: “Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya saja engkau beribadat.” ’ |
23324 | MAT 5:21 | ‘Kamu telah mendengar ajaran daripada nenek moyang kita: “Jangan membunuh. Sesiapa yang membunuh orang akan dihakimi.” |
23325 | MAT 5:22 | Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan dihakimi. Sesiapa yang mencaci saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama. Dan sesiapa yang memanggil saudaranya “bodoh” akan dihumbankan ke dalam api neraka. |
23330 | MAT 5:27 | ‘Kamu telah mendengar ajaran ini: “Jangan berzina.” |
23334 | MAT 5:31 | ‘Ada ajaran demikian: “Sesiapa menceraikan isterinya hendaklah memberinya surat cerai.” |
23336 | MAT 5:33 | ‘Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek moyang kita: “Jangan melanggar sumpah. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.” |
23340 | MAT 5:37 | Katakan saja “Ya” atau “Tidak” dan kotakan kata itu. Yang lebih daripada itu datang daripada si durjana. |
23341 | MAT 5:38 | ‘Kamu telah mendengar ajaran begini: “Mata diganti dengan mata, gigi diganti dengan gigi.” |
23346 | MAT 5:43 | ‘Kamu telah mendengar ajaran berikut: “Kasihilah sahabatmu dan bencilah musuhmu.” |
23364 | MAT 6:13 | Janganlah biarkan kami tergoda, Selamatkanlah kami daripada si durjana. Engkaulah yang memiliki kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.” |
23406 | MAT 7:21 | ‘Tidak semua orang yang memanggil-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami,” akan memasuki kerajaan syurga, tetapi hanya mereka yang melaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga. |
23407 | MAT 7:22 | Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami, bukankah kami telah menyampaikan perkhabaran Allah dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?” |
23408 | MAT 7:23 | Tetapi aku akan menjawab, “Aku tidak mengenalmu. Pergilah dari sini, hai kamu yang mungkar.” |
23423 | MAT 8:9 | Aku juga di bawah perintah pegawai atasan tentera, dan ada askar di bawah tanganku. Apabila aku menyuruh seorang askar, “Pergi!” dia pun pergi. Apabila aku menyuruh askar lain, “Mari!” dia pun datang. Apabila aku menyuruh hambaku, “Buat ini!” dia melakukannya.’ |
23453 | MAT 9:5 | Manakah yang lebih mudah dikatakan, “Dosamu telah diampunkan,” atau “Bangun dan berjalan?” |
23461 | MAT 9:13 | Kajilah erti ayat ini: “Aku menghendaki belas kasihan, bukan binatang korban.” Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa.’ |
23522 | MAT 10:36 | Ahli keluarganya sendiri akan menjadi musuhnya.” |
23538 | MAT 11:10 | Tentang orang itulah telah tersurat dalam ayat Kitab Suci: “Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu.” |
23545 | MAT 11:17 | “Kami memainkan seruling lagu perkahwinan untukmu, tetapi kamu enggan menari; kami menyanyi lagu ratap, tetapi kamu enggan menangis.” |
23546 | MAT 11:18 | ‘Ketika Yahya datang, dia berpuasa dan tidak minum air anggur, lalu semua orang berkata, “Dia dirasuk roh iblis!” |
23547 | MAT 11:19 | Ketika Putera Insan datang, Dia makan dan minum, lalu semua orang berkata, “Lihatlah dia ini: gelojoh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa!” Namun demikian, kebijaksanaan terbukti benar dengan perbuatannya.’ |
23565 | MAT 12:7 | Ada tersurat: “Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban binatang.” Jika kamu benar-benar memahami ayat itu, tentulah tidak kamu salahkan orang yang tidak bersalah; |
23602 | MAT 12:44 | roh itu akan berkata, “Aku akan pulang ke rumah yang telah kutinggalkan.” Roh itu pun pulang dan mendapati rumah itu kosong, bersih dan kemas. |
23621 | MAT 13:13 | Aku bercakap kepada mereka melalui ibarat: ‘ “Kerana mereka melihat tetapi tidak nampak, mereka mendengar tetapi tidak mengerti.” |
23623 | MAT 13:15 | Kerana hati umat ini telah buntu, mereka pekakkan telinga, dan pejamkan mata. Kalau tidak demikian, mereka tentu melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, dan mengerti dengan hati, lalu berpaling kepada-Ku dan Aku menyembuhkan mereka.” |
23635 | MAT 13:27 | ‘Hamba peladang berkata, “Tuan menabur benih yang baik, dari mana pula datangnya lalang itu?” |
23636 | MAT 13:28 | ‘Jawab peladang itu, “Ini perbuatan musuh.” ‘Hamba itu bertanya, “Adakah tuan hendak kami mencabut lalang itu?” |
23637 | MAT 13:29 | ‘ “Tidak,” jawab peladang itu, “takut tercabut gandum juga. |
23638 | MAT 13:30 | Biarkanlah lalang tumbuh di antara gandum hingga sampai musim menuai. Ketika itu aku akan menyuruh orang yang menuai nanti mencabut lalang dahulu, mengikat dan membakarnya. Selepas itu barulah gandum dituai dan disimpan di dalam jelapang.” ’ |
23706 | MAT 15:4 | Allah berfirman, “Hormatilah ibu bapamu” dan “Orang yang mencaci ibu bapanya mesti dihukum mati.” |
23708 | MAT 15:6 | maka tidak perlulah orang itu menghormati ibu bapanya. Demikianlah kamu menyatakan Firman Allah tidak berlaku atas sebab adat istiadatmu.” |
23711 | MAT 15:9 | Sia-sialah mereka menyembah-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah peraturan manusia.” ’ |
23743 | MAT 16:2 | Isa menjawab, ‘Ketika matahari masuk, kamu berkata, “Cuaca baik, kerana langit merah.” |
23744 | MAT 16:3 | Pada waktu pagi, kamu berkata, “Cuaca buruk nanti, kerana langit merah mengancam.” Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat alamat-alamat di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami alamat-alamat zaman ini. |
23789 | MAT 17:20 | Isa menjawab, ‘Kerana kamu tidak beriman. Sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada bukit, “Beralihlah ke situ!” maka bukit itu akan beralih. Kamu dapat melakukan apa saja. |
23812 | MAT 18:16 | Jika tidak, bawalah seorang dua bersamamu; kerana telah tersurat, “Setiap tuduhan harus disokong dengan kesaksian dua atau tiga orang saksi.” |
23822 | MAT 18:26 | ‘Hamba itu menyembah dan merayu, “Bersabarlah denganku. Aku akan menjelaskan hutang itu.” |
23824 | MAT 18:28 | ‘Tetapi ketika hamba itu keluar, dia menemui seorang hamba lain yang berhutang seratus keping wang perak kepadanya. Dia menangkap dan hendak mencekik rakannya itu sambil berkata, “Bayar semua hutangmu.” |
23825 | MAT 18:29 | ‘Rakannya itu menyembah dan merayu, “Bersabarlah denganku. Aku akan menjelaskan hutangku.” |
23829 | MAT 18:33 | Bukankah sepatutnya kamu mengasihani rakanmu sebagaimana aku mengasihanimu?” |
23836 | MAT 19:5 | Setelah itu Allah berfirman, “Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya lalu mereka berdua menjadi satu.” |
23850 | MAT 19:19 | hormati ibu bapamu; kasihi sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi diri sendiri.” ’ |
23865 | MAT 20:4 | Dia berkata kepada mereka, “Pergilah bekerja di ladang anggurku. Aku akan memberimu upah yang berpatutan.” ’ |
23867 | MAT 20:6 | Pada kira-kira pukul lima petang dia pergi lagi ke pasar dan melihat beberapa orang berdiri-diri tidak berbuat apa-apa. Dia menanya mereka, “Mengapa kamu membuang masa tidak membuat apa-apa kerja?” |
23868 | MAT 20:7 | ‘Mereka menjawab, “Tiada siapa mengupah kami bekerja.” ‘Kalau begitu, pergilah bekerja di ladang anggurku,’ kata tuan punya ladang itu. |
23869 | MAT 20:8 | ‘Setelah hari petang, tuan punya ladang anggur itu berkata kepada ketua pekerja, “Panggillah pekerja-pekerja itu dan bayarlah upah masing-masing, mulai daripada pekerja yang datang terakhir hingga kepada pekerja yang datang awal sekali.” |
23873 | MAT 20:12 | Mereka berkata, “Pekerja-pekerja yang bermula pada pukul lima itu cuma bekerja sejam sedangkan kami sehari suntuk dalam panas matahari. Tetapi tuan membayar kami dan mereka sama saja!” |
23876 | MAT 20:15 | Bukankah hakku berbuat sesuka hati dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu busuk hati kerana aku bermurah hati?” ’ |
23898 | MAT 21:3 | Sekiranya ada orang berkata apa-apa, katakan kepadanya, “Junjungan memerlukannya.” Dia akan terus membenarkan kedua-dua keldai itu dibawa pergi.’ |
23900 | MAT 21:5 | ‘Katakanlah kepada puteri Sion, “Rajamu datang kepadamu dengan rendah hati, menunggang seekor keldai, seekor anak keldai yang muda.” ’ |
23908 | MAT 21:13 | Dia berkata kepada mereka, ‘Telah tersurat, “Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa, tetapi kamu telah menjadikannya sarang pencuri.” ’ |
23911 | MAT 21:16 | Mereka berkata kepada Isa, ‘Kamu dengarkah apa yang mereka katakan?’ Isa menjawab, ‘Ya, belum pernahkah kamu baca, “Dari mulut kanak-kanak dan bayi yang sedang menyusu, Engkau telah menyediakan puji-pujian.” ’ |
23916 | MAT 21:21 | Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, aku berkata kepadamu, jika kamu beriman tanpa ragu, kamu dapat melakukan begitu juga kepada pokok ara itu, malah kamu boleh berkata kepada gunung ini, “Beralihlah dan terhumbanlah ke dalam laut,” lalu hal itu akan terjadi. |
23920 | MAT 21:25 | Pengimadan Yahya dari manakah asalnya? Daripada Allah atau daripada manusia?’ Mereka pun berbincang sama sendiri, ‘Kalau kita kata, “Daripada Allah,” dia akan berkata, “Kalau begitu, mengapa kamu tidak mempercayainya?” |
23921 | MAT 21:26 | Tetapi kalau kita kata, “Daripada manusia,” takut orang ramai marah, kerana mereka menganggap Yahya seorang nabi.’ |
23923 | MAT 21:28 | ‘Tetapi bagaimana pandanganmu? Seorang ada dua orang anak lelaki. Dia mendapatkan yang sulung dan berkata, “Anakku, pergilah bekerja hari ini di ladang anggurku.” |
23924 | MAT 21:29 | ‘Anak itu menjawab, “Aku tidak mahu,” tetapi kemudian dia menyesal lalu pergi bekerja di ladang bapanya. |
23925 | MAT 21:30 | ‘Ayah itu pergi pula mendapatkan anaknya yang kedua dengan kata-kata yang sama. Anak itu menjawab, “Baiklah, aku pergi, ayah,” tetapi dia tidak pergi. |
23932 | MAT 21:37 | Akhirnya tuan punya ladang itu menghantar puteranya sambil berfikir, “Tentu mereka akan menghormati puteraku.” |
23933 | MAT 21:38 | ‘Tetapi apabila mereka melihat putera tuan punya ladang itu, mereka berkata sama sendiri, “Marilah kita bunuh waris tuan punya ladang ini, supaya dapat kita rampas harta pusakanya.” |
23937 | MAT 21:42 | Isa berkata kepada mereka, ‘Tidakkah kamu baca apa yang tersurat di dalam Kitab Suci: ‘ “Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru. Demikianlah perbuatan Tuhan; Sungguh hebat di mata kami!”? |
23945 | MAT 22:4 | ‘Kemudian raja itu menghantar lagi hamba-hambanya yang lain. Titah raja itu, “Katakan kepada mereka, lembu yang terbaik telah disembelih, semuanya sudah siap, datanglah ke majlis perkahwinan.” |
23950 | MAT 22:9 | Sekarang pergilah ke jalan raya dan jemput seramai mungkin orang yang kamu temui ke majlis perkahwinan ini.” |
23953 | MAT 22:12 | Raja berkata kepadanya, “Bagaimana engkau dapat masuk ke sini dengan tidak memakai pakaian untuk majlis perkahwinan?” Orang itu terdiam. |
23954 | MAT 22:13 | ‘Raja itu pun berkata kepada hamba-hambanya, “Ikat kaki dan tangan orang ini, buangkan dia ke kegelapan di luar. Di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.” |
23973 | MAT 22:32 | “Akulah Tuhan yang disembah oleh Ibrahim, Ishak dan Yakub.” Oleh itu, Dia Allah Tuhan orang hidup, bukan Allah Tuhan orang mati.’ |
23978 | MAT 22:37 | Isa menjawab, ‘ “Kasihilah Allah, Tuhanmu dengan sepenuh hati, dengan sepenuh jiwa dan dengan sepenuh fikiranmu.” |
23980 | MAT 22:39 | Perintah kedua sama pentingnya: “Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.” |
23984 | MAT 22:43 | ‘Kalau begitu, mengapakah Daud, ketika diilhami Roh Suci, menyebut-Nya “Junjungan”? Daud berkata, |
23985 | MAT 22:44 | “Tuhan telah berfirman kepada Junjunganku: ‘Duduklah di kanan-Ku, sehingga Kujadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.’” |
23986 | MAT 22:45 | ‘Jika Daud menyebut Dia yang diutus oleh Allah itu “Junjungan,” bagaimana mungkin Dia itu anak Daud?’ |
23994 | MAT 23:7 | Mereka suka dihormati orang di pasar, dan suka dipanggil “Tuan Guru.” |
23995 | MAT 23:8 | ‘Janganlah suruh orang memanggilmu “Tuan Guru,” kerana kamu semua bersaudara dan Gurumu hanya satu. |
23996 | MAT 23:9 | Janganlah panggil sesiapapun di dunia ini “Bapa,” kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga. |
23997 | MAT 23:10 | Janganlah suruh orang memanggilmu “Pemimpin,” kerana pemimpinmu hanya satu, iaitu al-Masih. |
24003 | MAT 23:16 | ‘Malanglah kamu, pemimpin yang buta! Kamu mengajar orang demikian, “Jika seorang bersumpah demi rumah ibadat, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi emas di dalam rumah ibadat, dia terikat pada sumpahnya.” |
24005 | MAT 23:18 | Kamu juga mengajar orang begini, “Jika seseorang bersumpah demi mazbah, dia tidak terikat pada sumpahnya; tetapi jika dia bersumpah demi persembahan di atas mazbah, dia terikat pada sumpahnya.” |
24017 | MAT 23:30 | Kamu berkata, “Kalaulah kami hidup pada zaman nenek moyang kami dulu, tentu kami tidak akan mengikut perbuatan mereka yang menumpahkan darah para nabi.” |
24026 | MAT 23:39 | Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mulai sekarang engkau tidak akan melihat-Ku lagi sehingga engkau berkata, “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan.” ’ |
24031 | MAT 24:5 | Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, “Akulah al-Masih!” Mereka akan menipu orang ramai. |
24041 | MAT 24:15 | ‘Oleh itu, apabila kamu melihat “Kekejian yang membawa kebinasaan” yang disebut oleh Nabi Daniel di tempat suci (biarlah para pembaca memperhatikanya), |
24049 | MAT 24:23 | Pada masa itu, jika orang berkata kepadamu, “Lihat, al-Masih ada di sini!” atau “Dia ada di situ!” janganlah percaya. |
24052 | MAT 24:26 | ‘Jika orang berkata kepadamu, “Lihat! Dia ada di gurun!” janganlah kamu ke sana. Dan jika mereka berkata, “Dia ada di dalam bilik!” usahlah kamu percaya. |
24055 | MAT 24:29 | ‘Tidak lama selepas kesengsaraan masa itu, “matahari akan gelap dan bulan tidak bersinar lagi; Bintang-bintang akan berguguran dari langit, dan kuasa-kuasa angkasa akan digoncang.” |
24074 | MAT 24:48 | Tetapi jika hamba itu durjana, dia akan berkata dalam hatinya, “Masih lama lagi masanya tuanku akan pulang.” |
24083 | MAT 25:6 | ‘Pada waktu tengah malam terdengar seruan, “Pengantin lelaki sudah dekat; pergilah menyambutnya!” |
24085 | MAT 25:8 | Yang kurang berakal berkata kepada yang bijak, “Berilah kami minyakmu itu sedikit, kerana lampu kami hampir padam.” |
24086 | MAT 25:9 | ‘Tetapi yang bijak menjawab, “Kami tidak dapat memberimu, nanti tidak cukup minyak ini; pergilah beli minyak daripada penjual.” |
24088 | MAT 25:11 | ‘Kemudian barulah anak dara yang berlima lagi itu tiba lalu berseru, “Tuan, tuan, bukalah pintu untuk kami!” |
24089 | MAT 25:12 | ‘Tetapi pengantin lelaki berkata, “Sesungguhnya aku tidak mengenalmu.” |
24097 | MAT 25:20 | Hamba yang menerima lima keping wang emas dahulu membawakan lima keping lagi sambil berkata, “Tuan, tuan telah memberiku lima keping wang emas. Lihatlah, aku telah mendapatkan lima keping lagi dengannya.” |
24098 | MAT 25:21 | ‘Tuannya berkata kepadanya, “Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.” |
24099 | MAT 25:22 | ‘Yang telah menerima dua keping wang emas pula datang lalu berkata, “Tuan, tuan telah memberiku dua keping wang emas. Lihatlah, aku telah mendapatkan dua keping lagi dengannya.” |
24100 | MAT 25:23 | ‘Tuannya berkata kepadanya, “Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit. Aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.” |
24102 | MAT 25:25 | Jadi aku takut, lalu kusorokkan wang emas tuan itu di dalam tanah. Lihat, itulah hak milik tuan.” |