23294 | MAT 4:16 | Bangsa yang hidup dalam kegelapan telah melihat cahaya gemilang. Bagi mereka yang di bawah bayangan maut, Cahaya telah bersinar!’ |
23743 | MAT 16:2 | Isa menjawab, ‘Ketika matahari masuk, kamu berkata, “Cuaca baik, kerana langit merah.” |
23744 | MAT 16:3 | Pada waktu pagi, kamu berkata, “Cuaca buruk nanti, kerana langit merah mengancam.” Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat alamat-alamat di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami alamat-alamat zaman ini. |
24279 | MAT 28:15 | Mereka menerima wang itu dan melakukan apa yang diarahkan. Cerita ini biasa disebarkan di kalangan orang Yahudi hingga sekarang. |
24864 | MRK 14:41 | Setelah Dia datang kepada mereka bagi kali ketiga, Dia berkata, ‘Adakah kamu masih tidur dan berehat? Cukuplah! Waktunya sudah tiba. Lihat, Putera Insan sedang dikhianati dan diserahkan ke tangan orang berdosa. |
25921 | LUK 21:26 | Sementara menantikan apa yang akan datang ke muka bumi, manusia akan jatuh pengsan kerana takut dan bimbang terhadap apa yang akan terjadi di dunia. Cakerawala di angkasa lepas akan terpesong daripada peredarannya. |
25953 | LUK 22:20 | Begitu juga setelah makan, Dia mengambil cawan minuman dan berkata, ‘Cawan ini ialah perjanjian baru yang dimateraikan dengan darah-Ku yang dicurahkan untukmu. |
25971 | LUK 22:38 | Pengikut-pengikut itu berkata, ‘Tengoklah Junjungan, di sini ada dua bilah pedang!’ Isa berkata, ‘Cukuplah!’ |
26118 | JHN 1:5 | Dan Cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya. |
26120 | JHN 1:7 | Dia datang untuk memberi kesaksian tentang Cahaya itu, supaya semua orang akan percaya melalui Dia. |
26121 | JHN 1:8 | Dia sendiri bukanlah Cahaya itu, dia datang untuk memberi kesaksian tentang-Nya. |
26122 | JHN 1:9 | Itulah Cahaya yang benar, Cahaya yang menerangi setiap manusia di dunia. |
26208 | JHN 3:19 | Penghakiman berdasarkan hal ini: Cahaya sudah datang ke dunia, tetapi manusia lebih suka akan kegelapan kerana mereka berbuat jahat. |
26684 | JHN 12:35 | Isa menjawab, ‘Cahaya itu akan menyertaimu sebentar sahaja lagi. Teruslah berjalan selagi ada cahaya itu sebelum kegelapan menyelubungimu. Seseorang yang berjalan dalam kegelapan tidak tahu ke mana arah tujuannya. |
27413 | ACT 12:7 | Tiba-tiba malaikat Tuhan terdiri di situ dan cahaya menyinari bilik itu. Malaikat itu menepuk Petrus dan membangunkannya lalu berkata, ‘Cepat bangun.’ Dalam sekelip mata gugurlah rantai dari tangan Petrus. |
27540 | ACT 15:29 | Cuma, jauhkanlah diri daripada memakan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, binatang yang mati dicekik, dan darah; dan daripada melakukan zina. Jika saudara-saudara memeliharakan diri daripada segala ini, saudara-saudara melakukan hal yang betul. Sekian, selamat sejahtera.’ |
28296 | ROM 11:19 | Ketika itu kamu akan berkata: ‘Cabang-cabang itu dipatahkan supaya aku dapat dicantumkan.’ |
28573 | 1CO 7:18 | Contohnya, jika seseorang itu sudahpun bersunat sewaktu Allah memanggilnya, janganlah pula dia cuba menghilangkan tanda sunat itu. Demikian juga, sekiranya seseorang itu tidak bersunat semasa Allah memanggilnya, janganlah dia meminta disunat. |
28693 | 1CO 11:25 | Demikian juga, Dia mengambil cawan makan malam itu sambil berkata, ‘Cawan Perjanjian Baru dengan darah-Ku. Setiap kali kamu meminumnya, lakukan ini sebagai peringatan kepada-Ku,’ |
29099 | 2CO 12:9 | Tetapi firman-Nya, ‘Cukuplah kasih kurnia-Ku bagimu, kerana kekuatan-Ku menjadi sempurna dalam kelemahan.’ Oleh itu aku paling rela berbangga tentang kelemahan-kelemahanku, supaya kuasa al-Masih menaungiku. |
29242 | GAL 5:13 | Kerana kamu, saudara-saudara, telah dipanggil untuk mendapat kebebasan. Cuma, janganlah gunakan kebebasan sebagai kesempatan memuaskan hawa nafsu; tetapi berkhidmatlah untuk satu sama lain dengan kasih. |
29455 | PHP 1:27 | Cuma pastikanlah kelakuanmu selaras dengan Injil al-Masih. Dengan demikian, sama ada aku datang menemuimu ataupun tidak, aku akan dapat mendengar tentangmu, bahawa kamu berdiri teguh dalam satu roh, berjuang bersama dengan satu hati untuk iman berdasarkan Injil, |
29829 | 1TI 4:15 | Lakukanlah hal-hal ini dengan rajin. Curahkan seluruh keupayaan dirimu kepadanya, supaya kemajuanmu jelas di mata semua orang. |
29865 | 1TI 6:10 | Cinta akan wang punca segala kejahatan. Sesetengah orang memburu wang dengan begitu tamaknya sampaikan tersesat daripada iman dan akhirnya menanggung berbagai-bagai kesengsaraan jiwa. |
29958 | 2TI 4:21 | Cubalah sedaya upayamu untuk datang sebelum musim dingin. Ebulus berkirim salam kepadamu, demikian juga Pudens, Linus, Klaudia dan semua saudara seiman yang lain. |
31049 | REV 17:5 | Di atas dahinya tertulis: ‘RAHSIA, BABEL YANG AGUNG, IBU SEGALA PELACUR DAN KELUCAHAN DI BUMI.’ |
31085 | REV 18:23 | Cahaya lampu tidak akan bersinar lagi di dalammu. Suara pasangan pengantin tidak akan kedengaran lagi di dalammu. Saudagar-saudagarmu dahulu orang besar-besar di dunia, kerana dengan kuasa sihirmu semua bangsa telah terpedaya. |
31133 | REV 21:11 | dipenuhi kemuliaan Allah. Cahayanya seperti batu yang amat berharga, batu yaspis, jernih seperti hablur. |