23214 | MAT 1:1 | Inilah salasilah Isa al-Masih, keturunan Daud, keturunan Ibrahim. |
23219 | MAT 1:6 | dan Isai beroleh Raja Daud. Raja Daud beroleh Sulaiman daripada isteri Uria. |
23230 | MAT 1:17 | Dengan demikian, ada empat belas keturunan dari Ibrahim hingga ke Daud; empat belas keturunan dari Daud hingga ke masa pembuangan di Babel; dan empat belas keturunan dari masa itu hingga kelahiran al-Masih. |
23232 | MAT 1:19 | Yusuf, seorang yang takwa dan berakhlak, tidak mahu memalukan Maryam di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam. |
23233 | MAT 1:20 | Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, ‘Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci. |
23234 | MAT 1:21 | Maryam akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Isa. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.’ |
23240 | MAT 2:2 | Mereka bertanya, ‘Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.’ |
23243 | MAT 2:5 | Mereka menjawab, ‘Di Baitlahim, Yudea. Seorang nabi telah bernubuat tentangnya: |
23247 | MAT 2:9 | Mereka pun pergi. Di pertengahan jalan, mereka melihat bintang yang telah muncul di Timur dahulu kini mendahului mereka dan berhenti di atas tempat Anak itu. |
23261 | MAT 2:23 | Dia menetap di kota yang bernama Nasaret. Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh para nabi: ‘Dia akan dipanggil Orang Nasaret.’ |
23263 | MAT 3:2 | Dia berseru, ‘Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!’ |
23272 | MAT 3:11 | ‘Aku mengimadkanmu dengan air untuk menunjukkan bahawa kamu telah bertaubat. Tetapi Dia yang datang selepasku akan mengimadkanmu dengan Roh Suci dan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakan kasut-Nya pun aku tidak layak. |
23273 | MAT 3:12 | Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang dan membakar sekam di dalam api yang tidak mungkin padam.’ |
23274 | MAT 3:13 | Ketika itu Isa meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan. Di situ Dia berjumpa dengan Yahya dan meminta diimadkan olehnya. |
23280 | MAT 4:2 | Isa berpuasa empat puluh hari empat puluh malam. Dia menanggung kelaparan. |
23291 | MAT 4:13 | Dia tidak tinggal di Nasaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggir laut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali. |
23292 | MAT 4:14 | Dengan demikian berlakulah nubuat Nabi Yasyaya: |
23296 | MAT 4:18 | Sedang Isa berjalan di pinggir laut Galilea, Dia terpandang dua orang nelayan iaitu Simon, yang juga dipanggil Petrus, dan adiknya Andreas, sedang menjala ikan. |
23298 | MAT 4:20 | Dengan serta-merta mereka dua beradik meninggalkan jala mereka lalu mengikut Isa. |
23299 | MAT 4:21 | Isa meneruskan perjalanan. Dia ternampak dua beradik lagi, Yakobus dan Yahya bersama bapa mereka Zebedeus, sedang mengemaskan jala di dalam perahu. Isa memanggil dua beradik itu. |
23301 | MAT 4:23 | Isa menjelajahi seluruh wilayah Galilea. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan berita baik bahawa kerajaan Allah hampir tiba. Dia menyembuhkan semua jenis penyakit dan kesakitan di antara mereka. |
23303 | MAT 4:25 | Ramai sekali orang mengikut-Nya: dari Dekapolis (bermaksud Sepuluh Kota), dari Baitulmaqdis, dari Yudea, dan dari kawasan di seberang Yordan. |
23304 | MAT 5:1 | Ketika Isa melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah para pengikut-Nya kepada-Nya. |
23305 | MAT 5:2 | Dia pun mula mengajar mereka: |
23306 | MAT 5:3 | ‘Diberkatilah mereka yang terasa kelemahan rohani, kerana kerajaan syurga untuk mereka. |
23307 | MAT 5:4 | Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. |
23308 | MAT 5:5 | Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. |
23309 | MAT 5:6 | Diberkatilah mereka yang dahagakan kebenaran, kerana mereka akan dipuaskan. |
23310 | MAT 5:7 | Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. |
23311 | MAT 5:8 | Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. |
23312 | MAT 5:9 | Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.’ |
23313 | MAT 5:10 | Diberkatilah mereka yang dianiaya kerana menegakkan kebenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. |
23314 | MAT 5:11 | ‘Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu kerana mengikut-Ku. |
23322 | MAT 5:19 | Dengan demikian, jika seseorang melanggar hukum yang terkecil pun dan mengajar orang lain melanggarnya, dia akan tergolong antara mereka yang paling rendah dalam kerajaan syurga. Sebaliknya, jika seseorang mematuhi Taurat dan mengajar orang lain turut patuh, dia akan menjadi orang yang mulia dalam kerajaan syurga. |
23325 | MAT 5:22 | Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan dihakimi. Sesiapa yang mencaci saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama. Dan sesiapa yang memanggil saudaranya “bodoh” akan dihumbankan ke dalam api neraka. |
23339 | MAT 5:36 | Demi kepalamu pun jangan, kerana kamu tidak berkuasa memutihkan atau menghitamkan rambutmu walau sehelai. |
23348 | MAT 5:45 | Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Allah menerbitkan matahari yang dicipta-Nya untuk orang yang benar dan orang yang mungkar. Dia menurunkan hujan untuk orang yang taat mahupun yang ingkar akan kehendak-Nya. |
23357 | MAT 6:6 | Tetapi kamu, masuklah ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akan memberikan ganjaran kepadamu. |
23361 | MAT 6:10 | Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. |
23375 | MAT 6:24 | ‘Seorang hamba tidak mungkin mengabdi diri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan. |
23396 | MAT 7:11 | Kamu yang berdosa pun tahu memberikan sesuatu yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan sesuatu yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya. |
23405 | MAT 7:20 | Demikianlah kamu akan mengenal orang daripada hasil perbuatan mereka. |
23413 | MAT 7:28 | Setelah selesai Isa menyampaikan kata-kata itu, orang ramai itu kagum akan cara Dia mengajar. |
23418 | MAT 8:4 | Lalu Isa berkata kepadanya, ‘Dengarlah, jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada seorang imam. Selepas itu persembahkan korban sebagaimana diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka.’ |
23428 | MAT 8:14 | Isa pergi ke rumah Petrus. Dia melihat ibu mertua Petrus terbaring di katil kerana demam. |
23429 | MAT 8:15 | Apabila Isa menyentuh tangannya, serta-merta demamnya hilang. Dia pun bangun, dan melayan Isa. |
23430 | MAT 8:16 | Setelah hari petang, ramai orang yang dirasuk roh iblis dibawakan kepada Isa. Isa menghalau roh-roh iblis itu dengan sepatah kata sahaja. Dia juga menyembuhkan semua yang sakit. |
23431 | MAT 8:17 | Isa melakukan semua itu supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yasyaya: ‘Dialah yang membawa kelemahan kita dan menanggung penyakit kita.’ |
23440 | MAT 8:26 | Isa menjawab, ‘Mengapakah kamu takut? Begitu tipis kepercayaanmu kepada-Ku!’ Dia pun bangun memarahi angin dan ombak itu. Serta-merta semuanya tenang sekali. |
23441 | MAT 8:27 | Para pengikut Isa tercengang lalu berkata, ‘Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya. Siapakah sebenarnya Dia ini?’ |
23446 | MAT 8:32 | Dan Isa memerintah roh-roh itu, ‘Pergilah’. Maka roh-roh itu pun keluar lalu memasuki babi-babi itu. Seluruh kawanan babi itu pun lari ke pinggir jurang laut lalu terjun dan mati lemas. |
23449 | MAT 9:1 | Isa menaiki sebuah perahu lalu ke seberang, dan sampai di bandar tempat Dia tinggal. |
23450 | MAT 9:2 | Beberapa orang membawa kepada-Nya seorang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Ketika Isa menyedari betapa teguhnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Tegapkan hatimu, anak-Ku! Dosamu telah diampunkan.’ |
23452 | MAT 9:4 | Isa tahu apa yang difikirkan oleh mereka itu lalu Dia berkata, ‘Mengapa kamu fikirkan perkara sejahat itu? |
23453 | MAT 9:5 | Manakah yang lebih mudah dikatakan, “Dosamu telah diampunkan,” atau “Bangun dan berjalan?” |
23457 | MAT 9:9 | Isa meninggalkan tempat itu. Dalam perjalanan Dia melihat seorang pemungut cukai bernama Matius sedang duduk di tempat memungut cukai. Isa berkata, ‘Ikutlah Aku’. Lalu Matius berdiri dan mengikut-Nya. |
23466 | MAT 9:18 | Sedang Isa berkata-kata dengan para pengikut Yahya Pengimad, seorang ketua saumaah bersujud di hadapan-Nya lalu berkata, ‘Anak perempuanku baru meninggal dunia. Datanglah, letakkan tangan-Mu di atasnya supaya dia hidup kembali.’ |
23468 | MAT 9:20 | Ketika itu, ada seorang wanita yang telah mengidap penyakit pendarahan selama dua belas tahun. Dia mendekati Isa dari belakang lalu menyentuh hujung jubah-Nya. |
23471 | MAT 9:23 | Apabila Isa sampai di rumah ketua itu, Dia nampak para pemain seruling dan semua orang di situ kelam-kabut. |
23472 | MAT 9:24 | Dia berkata, ‘Keluarlah kamu semua! Anak ini bukan mati, cuma tidur.’ Mereka mula mentertawakan-Nya. |
23475 | MAT 9:27 | Ketika Isa meninggalkan tempat itu, dua orang buta mengikut-Nya sambil berseru, ‘Hai Anak Daud, kasihanilah kami!’ |
23483 | MAT 9:35 | Demikianlah Isa berjalan, dari bandar ke bandar, dari pekan ke pekan. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan berita baik tentang kerajaan Allah. Dia menyembuhkan orang daripada pelbagai penyakit. |
23488 | MAT 10:2 | Dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yahya, iaitu anak-anak Zebedeus; |
23502 | MAT 10:16 | Dengarlah: Aku mengutusmu seperti domba ke tengah-tengah sekawan serigala. Hendaklah kamu bijak seperti ular dan tulus seperti merpati. |
23517 | MAT 10:31 | Oleh itu, usahlah takut. Di sisi Allah, kamu lebih berharga daripada burung pipit! |
23521 | MAT 10:35 | Dengan kedatangan-Ku, “anak lelaki melawan bapanya, anak perempuan melawan ibunya, dan menantu perempuan melawan ibu mertuanya. |
23526 | MAT 10:40 | ‘Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku. |
23529 | MAT 11:1 | Setelah Isa memberi petunjuk kepada dua belas orang pengikut-Nya itu, Dia meninggalkan tempat itu lalu pergi mengajar dan menyampaikan perkhabaran daripada Allah di bandar-bandar berhampiran. |
23544 | MAT 11:16 | ‘Dengan apakah dapat Kubandingkan manusia zaman ini? Mereka ibarat anak-anak yang duduk di pasar, satu kumpulan berseru kepada yang lain: |
23546 | MAT 11:18 | ‘Ketika Yahya datang, dia berpuasa dan tidak minum air anggur, lalu semua orang berkata, “Dia dirasuk roh iblis!” |
23547 | MAT 11:19 | Ketika Putera Insan datang, Dia makan dan minum, lalu semua orang berkata, “Lihatlah dia ini: gelojoh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa!” Namun demikian, kebijaksanaan terbukti benar dengan perbuatannya.’ |
23548 | MAT 11:20 | Isa mengecam bandar-bandar tempat Dia paling banyak melakukan mukjizat, kerana penduduknya enggan bertaubat. |
23561 | MAT 12:3 | Isa menjawab, ‘Tidakkah kamu membaca apa yang dilakukan oleh Daud apabila dia dan anak buahnya lapar? |
23562 | MAT 12:4 | Daud masuk ke dalam khemah Allah, lalu dia dan anak buahnya makan roti persembahan, meskipun perbuatan itu dilarang iaitu hanya imam dibenarkan makan roti itu. |
23564 | MAT 12:6 | Aku berkata kepadamu: Di sini ada yang lebih besar daripada rumah ibadat. |
23568 | MAT 12:10 | Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. Beberapa orang di sana cuba mencari salah Isa supaya dapat mendakwa-Nya. Mereka bertanya kepada-Nya, ‘Tidakkah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar hukum?’ |
23573 | MAT 12:15 | Apabila Isa mengetahui pakatan itu, Dia pun meninggalkan tempat itu. Ramai orang mengikut-Nya dan ramai yang disembuhkan-Nya daripada pelbagai penyakit. |
23574 | MAT 12:16 | Dia berpesan kepada mereka supaya jangan memberitahu sesiapa tentang-Nya. |
23575 | MAT 12:17 | Dengan demikian terjadilah firman Allah melalui Nabi Yasyaya: |
23577 | MAT 12:19 | Dia tidak akan bertengkar atau membentak, ataupun bersuara lantang di jalan raya. |
23578 | MAT 12:20 | Buluh yang halus terkulai tidak akan dipatahkan-Nya, Pelita yang malap tidak akan dipadamkan-Nya, Dia akan berjuang sehingga tercapai keadilan, |
23581 | MAT 12:23 | Orang ramai di situ ketakjuban lalu bertanya sama sendiri, ‘Mungkinkah dia ini Anak Daud?’ |
23582 | MAT 12:24 | Apabila orang Farisi mendengar tentang itu, mereka menjawab, ‘Dia dapat menghalau roh-roh iblis kerana diberi kuasa oleh Beelzebul, ketua roh iblis.’ |
23607 | MAT 12:49 | Dia menunjuk kepada para pengikut-Nya lalu berkata, ‘Inilah ibu-Ku dan saudara-saudara lelaki-Ku. |
23642 | MAT 13:34 | Demikianlah Isa mengajar orang ramai melalui ibarat. Tidak ada satu ajaran yang disampaikan-Nya kepada mereka tanpa ibarat. |
23657 | MAT 13:49 | Demikianlah yang akan terjadi pada akhir zaman. Malaikat akan datang mengasingkan orang durjana daripada orang yang benar. |
23662 | MAT 13:54 | Lalu dia pulang ke kampung halamannya. Di situ Dia mengajar di saumaah. Orang yang mendengar-Nya hairan lalu bertanya, ‘Dari manakah dia mendapat kebijaksanaan begini? Dari manakah dia mendapat kuasa melakukan mukjizat? |
23664 | MAT 13:56 | Bukankah saudara-saudara perempuannya ada bersama kita? Dari manakah dia mendapat semua ini?’ |
23665 | MAT 13:57 | Dengan demikian mereka marah dengan-Nya. Isa berkata kepada mereka, ‘Seorang Nabi dihormati kecuali di kampung halamannya dan di kalangan kaum keluarganya sendiri.’ |