23226 | MAT 1:13 | Zerubabel beroleh Abihud, Abihud beroleh Elyakim, dan Elyakim beroleh Azur. |
23227 | MAT 1:14 | Azur beroleh Zadok, Zadok beroleh Akhim, dan Akhim beroleh Eliud. |
23228 | MAT 1:15 | Eliud beroleh Eleazar, Eleazar beroleh Matan, dan Matan beroleh Yakub. |
23275 | MAT 3:14 | Yahya cuba menolak dengan berkata, ‘Sepatutnya Engkau yang mengimadkanku. Ini Engkau pula datang kepadaku!’ |
23281 | MAT 4:3 | Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, ‘Jika Engkau Putera Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.’ |
23284 | MAT 4:6 | Iblis berkata kepada Isa, ‘Jika Engkau Putera Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: “Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.” ’ |
23287 | MAT 4:9 | Kata Iblis kepada Isa, ‘Semua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.’ |
23364 | MAT 6:13 | Janganlah biarkan kami tergoda, Selamatkanlah kami daripada si durjana. Engkaulah yang memiliki kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.” |
23443 | MAT 8:29 | Apabila mereka melihat Isa, mereka berseru, ‘Apakah yang akan Kaulakukan kepada kami, hai Putera Allah? Adakah Engkau hendak menghukum kami sebelum sampai masanya?’ |
23445 | MAT 8:31 | Roh-roh iblis itu merayu kepada Isa, ‘Jika Engkau hendak menyuruh kami keluar, suruhlah kami masuk ke dalam tubuh babi sekawan itu.’ |
23694 | MAT 14:28 | Petrus berkata, ‘Junjungan, jika benar Engkau, suruhlah aku berjalan di atas air mendapatkan-Mu.’ |
23697 | MAT 14:31 | Isa segera menghulurkan tangan memegangnya lalu berkata, ‘Engkau yang kurang percaya, mengapa engkau ragu?’ |
23699 | MAT 14:33 | Selepas itu para pengikut Isa yang di dalam perahu menyembah-Nya sambil berkata, ‘Sesungguhnya Engkaulah Putera Allah!’ |
23714 | MAT 15:12 | Selepas itu para pengikut Isa mendapatkan-Nya dan berkata, ‘Junjungan, tahukah Engkau bahawa orang Farisi tersinggung dengan kata-kata-Mu?’ |
23757 | MAT 16:16 | Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’ |
23764 | MAT 16:23 | Isa berpaling sambil berkata kepada Petrus, ‘Pergilah dari sini, Iblis! Engkau menyakitkan hati-Ku kerana fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!’ |
23770 | MAT 17:1 | Enam hari selepas itu, Isa membawa Petrus, Yakobus dan Yahya, saudara Yakobus, pergi bersunyi di atas sebuah gunung yang tinggi. |
23796 | MAT 17:27 | Tetapi usahlah kita singgung perasaan orang. Pergilah memancing di laut. Ambillah ikan pertama yang kautangkap, dan bukalah mulutnya. Engkau akan mendapati sekeping duit syiling sebesar empat dirham. Ambillah duit itu dan berikan kepada mereka, untuk-Ku dan untukmu.’ |
23882 | MAT 20:21 | ‘Apakah permintaanmu?’ tanya Isa. Ibu itu menjawab, ‘Junjungan berjanjilah bahawa apabila Engkau menjadi raja, kedua-dua orang anakku itu akan duduk di kiri kanan-Mu.’ |
23911 | MAT 21:16 | Mereka berkata kepada Isa, ‘Kamu dengarkah apa yang mereka katakan?’ Isa menjawab, ‘Ya, belum pernahkah kamu baca, “Dari mulut kanak-kanak dan bayi yang sedang menyusu, Engkau telah menyediakan puji-pujian.” ’ |
23957 | MAT 22:16 | Mereka menghantar para pengikut mereka dan sebilangan orang Herodes mendapatkan Isa dan berkata, ‘Tuan Guru, kami tahu Engkau ikhlas, dan terus-terang mengajarkan kehendak Allah berdasarkan yang benar kepada manusia. Engkau tidak takut kepada sesiapapun kerana Engkau tidak pilih kasih. |
24024 | MAT 23:37 | ‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali aku ingin mendakap semua pendudukmu seperti ibu ayam menaungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu. |
24238 | MAT 27:40 | mereka berkata, ‘Engkau dapat memusnahkan rumah ibadat dan membinanya semula dalam tiga hari; selamatkanlah diri-Mu! Kalau Engkau Putera Allah, turunlah dari kayu salib itu.’ |
24244 | MAT 27:46 | Kira-kira pukul tiga petang, Isa berseru dengan suara yang lantang, ‘Eloi, Eloi, lama sabakhtani?’ maksudnya ‘Ya Allah, Ya Tuhan-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?’ |
24295 | MRK 1:11 | Lalu kedengaran suara dari syurga: ‘Engkaulah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan.’ |
24308 | MRK 1:24 | ‘Apa yang hendak Kaubuat kepada kami, hai Isa orang Nasaret? Adakah Engkau hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau. Engkau Yang Suci daripada Allah!’ |
24324 | MRK 1:40 | Seorang yang menghidap penyakit kusta datang kepada Isa lalu berlutut meminta pertolongan-Nya. Katanya, ‘Jika Engkau mahu, Engkau dapat mentahirkanku.’ |
24368 | MRK 3:11 | Apabila orang yang dirasuk roh-roh durjana melihat-Nya, mereka sujud di hadapan-Nya lalu berseru, ‘Engkau Putera Allah.’ |
24389 | MRK 3:32 | Pada waktu itu, orang ramai duduk di sekeliling Isa berkata kepada-Nya, ‘Lihatlah! Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar. Mereka memanggil Engkau.’ |
24430 | MRK 4:38 | Ketika itu Isa sedang tidur di bahagian belakang perahu, kepala-Nya beralaskan bantal. Para pengikut-Nya mengejutkan Dia lalu berkata, ‘Tuan Guru, tidakkah Engkau peduli? Kita hampir karam!’ |
24464 | MRK 5:31 | Para pengikut-Nya berkata, ‘Lihatlah orang berasak-asak di sekeliling Engkau. Bagaimana Engkau boleh bertanya siapa yang menyentuh-Mu?’ |
24566 | MRK 7:34 | Selepas itu Dia menengadah ke langit lalu menarik nafas panjang dan berkata kepada orang itu, ‘Effata!’ (ertinya ‘Terbukalah!’). |
24598 | MRK 8:29 | ‘Tetapi menurut kamu, Aku ini siapa?’ tanya Isa. Petrus menjawab, ‘Engkau ialah al-Masih.’ |
24609 | MRK 9:2 | Enam hari kemudian, Isa membawa Petrus, Yakobus, dan Yahya, pergi ke sebuah gunung yang tinggi di mana mereka bersendirian. Di situ Isa berubah rupa di depan mata mereka. |
24629 | MRK 9:22 | Sudah berkali-kali roh itu cuba membunuhnya dengan membuangnya ke dalam api atau air. Kasihanlah kami dan tolonglah kami, kalau Engkau dapat menolong.’ |
24630 | MRK 9:23 | Isa berkata kepadanya, ‘Apa katamu? Kalau Engkau dapat? Segala sesuatu mungkin bagi orang yang percaya.’ |
24692 | MRK 10:35 | Kemudian Yakobus dan Yahya, anak-anak Zebedeus, datang kepada-Nya lalu berkata, ‘Tuan Guru, kami mahu Engkau membuat apa-apa yang kami minta untuk diri kami.’ |
24721 | MRK 11:12 | Esoknya, setelah mereka keluar dari Baitani, Isa berasa lapar. |
24730 | MRK 11:21 | Petrus teringat lalu berseru, ‘Tuan Guru, lihat! Pokok ara yang Engkau sumpah itu telah mati.’ |
24756 | MRK 12:14 | Orang yang dihantar itu berkata kepada-Nya, ‘Tuan Guru, kami tahu bahawa Engkau jujur, tidak peduli akan pendapat orang. Engkau tidak pilih kasih, hanya mengajar jalan Allah dengan mengatakan apa yang benar. Wajarkah kita membayar cukai kepada Kaisar Rom, atau tidak? |
24771 | MRK 12:29 | Isa menjawab, ‘Yang terutama antara semua perintah ialah: “Dengarlah, wahai umat Israel, Allah Tuhan kita, Tuhan kita adalah Esa. |
24774 | MRK 12:32 | Guru Taurat itu berkata kepada Isa, ‘Sungguh baik jawapan Tuan Guru. Kata-kata Engkau itu benar, kerana Allah itu Esa, tiada yang lain daripada-Nya. |
24835 | MRK 14:12 | Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, ketika mereka menyembelih anak domba Paska, para pengikut Isa berkata kepada-Nya, ‘Di manakah Engkau mahu kami pergi menyediakan jamuan Paska untuk-Mu?’ |
24859 | MRK 14:36 | Kata-Nya, ‘Abba, Bapa, segala-galanya dapat Kaulakukan. Edarkanlah cawan ini daripada-Ku. Namun, berlakulah kehendak-Mu, bukan kehendak-Ku.’ |
24899 | MRK 15:4 | Pilatus bertanya lagi kepada-Nya, ‘Tidakkah Engkau mahu menjawab apa-apa? Lihat betapa banyaknya tuduhan mereka terhadap-Mu?’ |
24929 | MRK 15:34 | Pada pukul tiga petang, Isa berseru dengan suara lantang, ‘Eloi, Eloi, lama sabakhtani?’ Ertinya, ‘Ya Allah, Ya Tuhan-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?’ |
24993 | LUK 1:31 | Engkau akan hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Engkau hendaklah menamai-Nya Isa. |
25038 | LUK 1:76 | Engkau, anakku, akan digelar nabi Allah Yang Maha Tinggi kerana engkau mendahului Tuhan demi menyediakan jalan-Nya, |
25090 | LUK 2:48 | Ketika ibu bapa-Nya melihat-Nya, mereka juga kagum lalu ibu-Nya berkata, ‘Anakku, mengapakah Engkau berbuat demikian terhadap kami? Ibu dan ayah begitu bimbang mencari-Mu.’ |
25116 | LUK 3:22 | Roh Suci bagai burung merpati turun ke atas-Nya. Kedengaran satu suara dari langit yang berkata, ‘Engkaulah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan.’ |
25117 | LUK 3:23 | Isa berusia lebih kurang tiga puluh tahun pada masa Dia memulakan pelayanan-Nya. Pada sangkaan orang, Dia anak kepada Yusuf, anak Eli, |
25122 | LUK 3:28 | anak Malkhi, anak Adi, anak Kosam, anak Elmadam, anak Er, |
25123 | LUK 3:29 | anak Yesua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi, |
25124 | LUK 3:30 | anak Simeon, anak Yuda, anak Yusuf, anak Yonam, anak Elyakim, |
25129 | LUK 3:35 | anak Serug, anak Rehu, anak Peleg, anak Eber, anak Selah, |
25132 | LUK 3:38 | anak Enos, anak Set, anak Adam, anak Allah. |
25135 | LUK 4:3 | Lalu Iblis berkata kepada-Nya, ‘Jikalau Engkau Putera Allah, perintahkan batu ini supaya menjadi roti.’ |
25139 | LUK 4:7 | Jadi, jikalau Engkau menyembah aku, keseluruhannya akan menjadi kepunyaan-Mu.’ |
25141 | LUK 4:9 | Kemudian, Iblis membawa Isa ke Baitulmaqdis lalu menempatkan-Nya di atas mercu rumah ibadat dan berkata kepada-Nya, ‘Jikalau Engkau Putera Allah, terjunlah ke bawah, |
25166 | LUK 4:34 | ‘Ah, mengapakah Engkau mengganggu kami, Isa, orang Nasaret? Engkau datang untuk membinasakan kamikah? Aku mengetahui siapa Engkau ini – Engkaulah Yang Suci daripada Allah.’ |
25173 | LUK 4:41 | Roh-roh iblis juga keluar daripada ramai orang dan berteriak, ‘Engkaulah Putera Allah.’ Isa memarahi roh-roh iblis itu dan tidak mengizinkan mereka bercakap kerana mereka mengetahui Dialah al-Masih. |
25181 | LUK 5:5 | Simon menjawab, ‘Tuan, semalaman kami cuba sedaya upaya tetapi tidak dapat menangkap apa-apapun. Tetapi, kerana Engkau menyuruh, aku akan menebarkan jala.’ |
25308 | LUK 7:44 | Lalu Isa berpaling kepada perempuan itu dan berkata kepada Simon, ‘Engkau melihat perempuan ini? Aku masuk ke rumahmu dan engkau tidak memberikan air membasuh kaki-Ku tetapi perempuan ini telah membasahi kaki-Ku dengan air matanya lalu mengeringkannya dengan rambutnya. |
25309 | LUK 7:45 | Engkau tidak menyambut Aku dengan ciuman, tetapi semenjak Aku masuk, perempuan ini tidak berhenti-henti mencium kaki-Ku. |
25310 | LUK 7:46 | Engkau tidak menuang minyak pada kepala-Ku, tetapi perempuan ini telah menuang minyak wangi pada kaki-Ku. |
25342 | LUK 8:28 | Ketika dia melihat Isa, dia berteriak lalu sujud di hadapan-Nya dan berkata dengan suara yang lantang, ‘Mengapakah Engkau mengganggu aku, ya Isa, Putera Allah Yang Maha Tinggi? Aku minta janganlah seksa aku.’ |
25427 | LUK 9:57 | Ketika mereka dalam perjalanan, seorang berkata kepada Isa, ‘Aku hendak mengikut Engkau ke mana sahaja Engkau pergi.’ |
25453 | LUK 10:21 | Pada ketika itu, Isa bersukacita kerana dipenuhi dengan Roh Suci lalu berkata, ‘Ya Bapa yang memerintah langit dan bumi, Aku bersyukur kerana Engkau telah menunjukkan kepada orang yang seperti kanak-kanak apa yang Engkau sembunyikan daripada orang yang terpelajar dan pandai. Ya Bapa, ini dilakukan kerana sedemikianlah yang Engkau berkenan. |
25459 | LUK 10:27 | Ahli Taurat itu menjawab, ‘ “Engkau hendaklah mengasihi Allah, Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh kekuatanmu dan dengan sepenuh fikiranmu serta engkau hendaklah mengasihi sesama manusia seperti dirimu sendiri.” ’ |
25501 | LUK 11:27 | Setelah Isa berkata demikian, seorang perempuan antara orang ramai itu berkata, ‘Diberkatilah perempuan yang melahirkan dan menyusui Engkau.’ |
25548 | LUK 12:20 | ‘Tetapi Allah berfirman kepadanya, “Engkau bodoh! Pada malam ini juga, nyawamu akan dituntut kembali daripadamu. Lalu harta benda yang telah kaukumpulkan itu akan menjadi hak siapa?” |
25569 | LUK 12:41 | Petrus bertanya, ‘Junjungan, adakah Engkau beritahu ibarat ini kepada kami atau kepada semua orang?’ |
25621 | LUK 13:34 | ‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuh nabi-nabi dan merejam utusan-utusan Allah. Sudah beberapa kali Aku ingin menaungi semua pendudukmu seperti seekor ibu ayam melindungi anak-anaknya di bawah kepaknya, tetapi engkau tidak mahu. |
25777 | LUK 18:20 | Engkau mengetahui hukum-hukum Allah, iaitu: “Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan berdusta, hormati bapa dan ibumu.” ’ |
25779 | LUK 18:22 | Apabila Isa mendengar ini, Dia berkata kepadanya, ‘Satu perkara sahaja yang perlu kaulakukan. Juallah segala hartamu dan dermakan wangnya kepada orang miskin. Engkau akan beroleh harta di syurga. Kemudian, ikutlah Aku.’ |
25819 | LUK 19:19 | ‘Tuan itu berkata kepadanya, “Engkau akan menjadi penguasa lima buah kota.” |
25822 | LUK 19:22 | ‘Tuan itu berkata, “Hamba yang tidak berguna! Aku akan menghukum engkau mengikut kata-katamu sendiri. Engkau mengetahui aku ini seorang yang keras hati, mengambil barang yang bukan milikku dan menuai apa yang tidak aku taburkan. |
25850 | LUK 20:2 | Mereka berkata kepada-Nya, ‘Katakanlah kepada kami atas kuasa siapakah Engkau laksanakan segala perkara ini. Siapakah yang memberikan kuasa ini kepada-Mu?’ |
25942 | LUK 22:9 | Mereka bertanya kepada Isa, ‘Di manakah Engkau hendak kami sediakan jamuan itu?’ |
25997 | LUK 22:64 | Mereka menutupi mata Isa dan bertanya, ‘Siapakah yang memukul Engkau? Buatlah nubuat!’ |
26000 | LUK 22:67 | ‘Jikalau Engkau al-Masih, katakanlah kepada kami.’ Isa berkata kepada mereka, ‘Jikalau Aku mengatakan kepadamu, kamu tidak percaya juga. |
26003 | LUK 22:70 | Mereka semua bertanya, ‘Kalau begitu, Engkaulah Putera Allah?’ Isa berkata kepada mereka, ‘Benarlah katamu.’ |
26007 | LUK 23:3 | Pilatus bertanya kepada Isa, ‘Engkaukah raja orang Yahudi?’ Isa menjawab, ‘Begitulah seperti katamu.’ |
26041 | LUK 23:37 | lalu berkata, ‘Jika Engkau Raja orang Yahudi, selamatkanlah Diri-Mu.’ |
26043 | LUK 23:39 | Seorang daripada penjahat yang disalib di situ mula menghina Isa. Dia berkata, ‘Bukankah Engkau al-Masih? Selamatkanlah Diri-Mu dan kami!’ |
26046 | LUK 23:42 | Dia berkata kepada Isa, ‘Ya Isa, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu.’ |
26073 | LUK 24:13 | Pada hari itu juga dua orang antara pengikut Isa sedang dalam perjalanan ke sebuah kampung yang bernama Emaus, kira-kira tujuh batu jauhnya dari Baitulmaqdis. |
26078 | LUK 24:18 | Seorang daripadanya yang bernama Kleopas bertanya kepada Isa, ‘Engkaukah satu-satunya orang di Baitulmaqdis yang belum mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam beberapa hari ini?’ |
26131 | JHN 1:18 | Tiada siapa pernah melihat Allah, melainkan Yang Esa dan Ilahi yang ada di pangkuan Bapa, telah menyerlahkan-Nya. |
26146 | JHN 1:33 | Dahulu aku sendiri pun tidak mengenal-Nya, tetapi Dia yang mengutusku untuk mengimadkan orang dengan air telah berfirman kepadaku, “Engkau akan melihat Roh turun lalu hinggap di atas seorang. Dialah yang akan mengimadkan orang dengan Roh Suci.” |
26151 | JHN 1:38 | Isa menoleh dan melihat mereka mengikut-Nya lalu bertanya, ‘Apa hajatmu?’ Mereka menjawab, ‘Rabbi (ertinya Guru), di manakah Engkau tinggal?’ |
26161 | JHN 1:48 | Natanael bertanya, ‘Bagaimana Engkau mengenal aku?’ Isa menjawab, ‘Sebelum Filipus memanggilmu, Aku telah melihatmu di bawah pokok ara itu.’ |
26162 | JHN 1:49 | Natanael berseru, ‘Tuan Guru, Engkau Putera Allah! Engkau Raja bangsa Israel!’ |
26191 | JHN 3:2 | Dia mengunjungi Isa pada suatu malam lalu berkata, ‘Tuan Guru, kami tahu bahawa Engkau guru yang datang daripada Allah. Tidak mungkin seseorang melakukan mukjizat seperti yang Kaulakukan kecuali Allah menyertai-Nya.’ |
26252 | JHN 4:27 | Pada ketika itu para pengikut Isa pulang ke situ. Mereka hairan melihat Isa bercakap dengan seorang perempuan tetapi seorang pun tidak bertanya kepada perempuan itu, ‘Apa hajatmu?’ atau kepada Isa, ‘Mengapa Engkau bercakap dengan perempuan ini?’ |