23268 | MAT 3:7 | Ramai orang Farisi dan Saduki datang untuk diimadkan. Apabila melihat mereka, Yahya berkata, ‘Hai orang durjana! Siapakah yang memberitahumu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah kelak? |
23323 | MAT 5:20 | Oleh itu ingatlah: Untuk memasuki kerajaan syurga, kamu mestilah melaksanakan kehendak Allah lebih daripada guru Taurat dan orang Farisi. |
23459 | MAT 9:11 | Beberapa orang Farisi yang melihat perkara itu bertanya kepada para pengikut Isa, ‘Mengapa gurumu makan bersama pemungut cukai dan orang yang berdosa?’ |
23462 | MAT 9:14 | Selepas itu para pengikut Yahya Pengimad mendapatkan Isa lalu bertanya, ‘Mengapakah kami dan orang Farisi sering berpuasa tetapi para pengikut-Mu tidak berpuasa?’ |
23469 | MAT 9:21 | Fikir wanita itu dalam hatinya, ‘Apabila kusentuh jubah-Nya, pasti aku akan sembuh.’ |
23482 | MAT 9:34 | Tetapi orang Farisi berkata, ‘Ketua roh iblis telah memberi Isa kuasa untuk menghalau roh-roh iblis.’ |
23489 | MAT 10:3 | Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadius; |
23560 | MAT 12:2 | Apabila orang Farisi melihat perkara ini, mereka berkata kepada Isa, ‘Lihatlah, pengikut-Mu melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!’ |
23572 | MAT 12:14 | Ketika itu orang Farisi beredar dari situ lalu berpakat hendak membunuh Isa. |
23582 | MAT 12:24 | Apabila orang Farisi mendengar tentang itu, mereka menjawab, ‘Dia dapat menghalau roh-roh iblis kerana diberi kuasa oleh Beelzebul, ketua roh iblis.’ |
23583 | MAT 12:25 | Isa mengetahui isi hati orang Farisi itu lalu berkata kepada mereka, ‘Negeri yang berpecah kepada beberapa bahagian yang bermusuhan tidak akan wujud lama. Bandar atau keluarga yang berpecah dan berlawan sesama sendiri akan hancur lebur. |
23596 | MAT 12:38 | Selepas itu beberapa orang guru Taurat dan orang Farisi berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, kami ingin melihat suatu alamat mukjizat daripada-Mu.’ |
23659 | MAT 13:51 | ‘Fahamkah kamu hal-hal ini?’ Isa bertanya kepada para pengikut-Nya. ‘Kami faham,’ jawab mereka. |
23669 | MAT 14:3 | Sebelum itu Herodes telah memerintahkan supaya Yahya ditangkap, diikat dan dipenjarakan, disebabkan Herodias, isteri saudaranya Filipus. |
23703 | MAT 15:1 | Setelah itu beberapa orang Farisi dan guru Taurat dari Baitulmaqdis datang mendapatkan Isa lalu bertanya, |
23708 | MAT 15:6 | maka tidak perlulah orang itu menghormati ibu bapanya. Demikianlah kamu menyatakan Firman Allah tidak berlaku atas sebab adat istiadatmu.” |
23714 | MAT 15:12 | Selepas itu para pengikut Isa mendapatkan-Nya dan berkata, ‘Junjungan, tahukah Engkau bahawa orang Farisi tersinggung dengan kata-kata-Mu?’ |
23716 | MAT 15:14 | Jangan hiraukan orang Farisi. Mereka itu orang buta yang memimpin orang buta. Apabila orang buta memimpin orang buta, kedua-duanya masuk ke dalam parit.’ |
23742 | MAT 16:1 | Beberapa orang Farisi dan Saduki datang kepada Isa. Untuk menduga Isa, mereka meminta-Nya melakukan mukjizat sebagai bukti Dia datang daripada Allah. |
23747 | MAT 16:6 | Isa berkata kepada mereka, ‘Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.’ |
23752 | MAT 16:11 | Mengapa kamu tidak mengerti bahawa Aku tidak bercakap tentang roti. Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.’ |
23753 | MAT 16:12 | Barulah mereka faham bahawa maksud Isa bukannya ragi penaik roti tetapi ajaran orang Farisi dan Saduki. |
23754 | MAT 16:13 | Isa pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Menurut kata orang, siapakah Putera Insan ini?’ |
23834 | MAT 19:3 | Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Isa. Mereka bertanya, ‘Adakah Taurat kita membenarkan seorang lelaki menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?’ |
23838 | MAT 19:7 | Kata orang Farisi itu, ‘Kalau begitu, mengapakah Musa memberikan hukum membenarkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?’ |
23940 | MAT 21:45 | Apabila ketua imam dan orang Farisi mendengar ibarat-ibarat Isa, fahamlah mereka bahawa Dia bercakap tentang mereka. |
23956 | MAT 22:15 | Beberapa orang Farisi pergi dan berpakat bagaimana hendak memerangkap Isa dengan menyoal kata-kata yang digunakan-Nya. |
23975 | MAT 22:34 | Apabila orang Farisi mendengar betapa Isa menyebabkan orang Saduki terdiam, mereka pun datang berkumpul. |
23982 | MAT 22:41 | Isa bertanya kepada orang Farisi yang berkumpul itu: |
23989 | MAT 23:2 | ‘Guru Taurat dan orang Farisi menduduki kerusi Musa. |
24000 | MAT 23:13 | ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menghalang orang memasuki kerajaan syurga. Kamu bukan sahaja enggan memasuki kerajaan syurga; kamu halang pula orang lain yang berusaha untuk memasukinya. |
24001 | MAT 23:14 | Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menipu balu dan merampas rumahnya, kemudian pura-pura berdoa panjang. Oleh itu, kamu akan menerima hukuman yang lebih berat. |
24002 | MAT 23:15 | ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu merentas lautan dan daratan untuk menarik seseorang menganut agamamu. Namun, setelah berjaya, kamu menjadikannya isi neraka yang dua kali lebih buruk daripadamu. |
24010 | MAT 23:23 | ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu memberikan sepersepuluh daripada pelbagai jenis rempah seperti selasih, adas manis dan jintan kepada Allah. Tetapi kamu tidak mematuhi ajaran Taurat yang benar-benar penting seperti keadilan, belas kasihan dan kesetiaan. Kamu harus mengerjakan semua ini tanpa melalaikan ajaran yang lain. |
24012 | MAT 23:25 | ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu. |
24013 | MAT 23:26 | Hai orang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga. |
24014 | MAT 23:27 | ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih: cantik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang dan mayat yang busuk. |
24016 | MAT 23:29 | ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membina makam yang indah untuk nabi-nabi dan menghiasi kubur orang yang benar. |
24260 | MAT 27:62 | Pada keesokannya, iaitu sehari selepas Hari Persediaan, ketua-ketua imam dan orang Farisi datang beramai-ramai menghadap Pilatus. |
24345 | MRK 2:16 | Apabila hal ini dilihat oleh sebilangan guru Taurat daripada golongan Farisi, mereka bertanya kepada para pengikut Isa: ‘Mengapa dia makan bersama pemungut cukai dan “orang berdosa”?’ |
24347 | MRK 2:18 | Pada suatu masa ketika para pengikut Yahya Pengimad dan pengikut orang Farisi berpuasa, beberapa orang datang kepada Isa lalu bertanya, ‘Pengikut Yahya Pengimad dan pengikut orang Farisi sedang berpuasa, mengapa pengikut-Mu tidak?’ |
24353 | MRK 2:24 | Sebilangan orang Farisi berkata kepada Isa, ‘Lihatlah, para pengikutmu melanggar hukum Taurat pada hari Sabat!’ |
24363 | MRK 3:6 | Orang Farisi keluar dari situ lalu segera berpakat dengan beberapa anggota golongan Herodes untuk membunuh Isa. |
24375 | MRK 3:18 | Andreas, Filipus, Bartolomeus, Matius, Tomas, Yakobus anak Alfeus, Tadeus, Simon orang Patriot |
24493 | MRK 6:17 | Ini kerana memang Herodes telah memberikan perintah supaya Yahya ditangkap, diikat dan dipenjarakan. Herodes berbuat demikian kerana Herodias, isteri kepada saudaranya Filipus, yang telah dikahwininya. |
24533 | MRK 7:1 | Orang Farisi dan beberapa guru Taurat yang datang dari Baitulmaqdis berkumpul di keliling Isa. |
24535 | MRK 7:3 | (Orang Farisi malah semua orang Yahudi taat mengikut adat istiadat nenek moyang mereka. Mereka tidak akan makan sebelum membasuh tangan menurut cara-cara yang ditentukan. |
24537 | MRK 7:5 | Oleh itu, orang Farisi dan guru Taurat di situ bertanya kepada Isa, ‘Mengapakah pengikutmu tidak menurut adat istiadat nenek moyang kita? Mengapakah mereka makan dengan tangan yang “tidak suci”?’ |
24558 | MRK 7:26 | Wanita itu seorang Yunani, dia berasal dari daerah Fenisia di Siria. Dia memohon Isa menghalau roh iblis yang merasuk anaknya. |
24580 | MRK 8:11 | Beberapa orang Farisi datang kepada Isa dan mula bersoal jawab dengan-Nya untuk memerangkap-Nya. Untuk menduga-Nya, mereka meminta daripada-Nya suatu tanda ajaib dari syurga. |
24584 | MRK 8:15 | Isa mengingatkan mereka, ‘Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan ragi Herodes.’ |
24596 | MRK 8:27 | Setelah itu Isa dan para pengikut-Nya pergi ke pekan-pekan di sekitar Kaisarea Filipi. Di tengah jalan Isa bertanya kepada mereka, ‘Menurut orang, Aku ini siapa?’ |
24659 | MRK 10:2 | Orang Farisi datang kepada-Nya untuk menduga-Nya. Mereka bertanya, ‘Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya?’ |
24755 | MRK 12:13 | Kemudian mereka menghantar kepada-Nya beberapa orang Farisi dan golongan Herodes, untuk memerangkap-Nya melalui kata-kata-Nya. |
24964 | LUK 1:2 | sebagaimana yang diberitahu kepada kita oleh saksi-saksi pertama peristiwa ini yang juga merupakan pemberita Firman. |
25078 | LUK 2:36 | Ada pula seorang nabiah yang bernama Hana binti Fanuel, daripada suku Asyer. Dia telah lanjut usianya. Dia berkahwin selama tujuh tahun |
25095 | LUK 3:1 | Pada tahun yang kelima belas pemerintahan Kaisar Tiberius, Pontius Pilatus menjadi gabenor negeri Yudea, Herodes menjadi raja negeri Galilea dan saudaranya Filipus menjadi raja di wilayah Iturea dan Trakhonitis, Lisanias menjadi raja Abilene |
25193 | LUK 5:17 | Pada suatu hari ketika Isa mengajar orang, ada beberapa orang Farisi dan ahli Taurat duduk di situ. Mereka telah datang dari setiap bandar di Galilea dan Yudea dan juga dari Baitulmaqdis. Kuasa Allah ada pada Isa untuk menyembuhkan orang. |
25197 | LUK 5:21 | Guru-guru Taurat dan orang Farisi mula berkata sesama diri, ‘Siapakah orang ini yang mengkufuri Allah? Siapakah yang dapat mengampunkan dosa kecuali Allah sahaja?’ |
25206 | LUK 5:30 | Orang Farisi dan guru-guru Taurat yang semazhab bersungut-sungut kepada pengikut-pengikut Isa, ‘Mengapakah kamu makan dan minum bersama pemungut-pemungut cukai dan orang berdosa?’ |
25209 | LUK 5:33 | Mereka berkata kepada Isa, ‘Pengikut-pengikut Yahya kerapkali berpuasa dan berdoa. Demikian juga pengikut-pengikut orang Farisi. Tetapi pengikut-pengikut-Mu ini makan dan minum sahaja.’ |
25217 | LUK 6:2 | Beberapa orang Farisi berkata kepada mereka, ‘Mengapakah kamu membuat sesuatu yang dilarang pada hari Sabat?’ |
25222 | LUK 6:7 | Guru-guru Taurat dan orang Farisi mengawasi Isa untuk melihat sama ada Dia akan menyembuhkan orang itu pada hari Sabat kerana mereka hendak mencari alasan untuk menuduh-Nya. |
25229 | LUK 6:14 | Simon yang dinamakan-Nya Petrus, dan Andreas adiknya, Yakobus dan Yahya, Filipus dan Bartolomeus, |
25294 | LUK 7:30 | Tetapi orang Farisi dan guru-guru Taurat enggan menerima pengimadan Yahya, maka mereka menolak kehendak Allah untuk mereka. |
25300 | LUK 7:36 | Salah seorang Farisi menjemput Isa makan di rumahnya. Isa masuk ke rumah orang Farisi itu lalu bertelekan pada meja. |
25301 | LUK 7:37 | Di dalam kota itu ada seorang perempuan yang hidup dalam dosa. Setelah dia mendengar bahawa Isa sedang makan di rumah orang Farisi itu, dia membawa sebuah botol berisi minyak wangi. |
25303 | LUK 7:39 | Apabila melihat perkara ini, orang Farisi yang menjemput Isa berkata-kata dalam hatinya, ‘Jika orang ini seorang nabi, tentulah dia mengetahui perempuan yang menyentuh-Nya seorang yang hidup berdosa.’ |
25511 | LUK 11:37 | Setelah Isa habis bercakap, seorang Farisi menjemput Dia makan di rumahnya. Isa pun pergi lalu bertelekan di meja. |
25512 | LUK 11:38 | Orang Farisi itu kehairanan apabila melihat Isa tidak membasuh tangan-Nya sebelum makan. |
25513 | LUK 11:39 | Oleh itu Junjungan berkata kepadanya, ‘Kamu orang Farisi mencuci bahagian luar pinggan mangkuk, tetapi kamu penuh dengan ketamakan dan kezaliman dalam hatimu. |
25516 | LUK 11:42 | ‘Malangnya kamu, orang Farisi! Kamu membayar sepersepuluh daripada selasih, inggu dan herba lain kepada Allah, tetapi kamu mengabaikan keadilan dan kasih kepada Allah. Kamu haruslah membayar sepersepuluh itu tanpa mengabaikan perkara-perkara yang lebih penting. |
25517 | LUK 11:43 | ‘Malangnya kamu orang Farisi! Kamu suka duduk di kerusi khas di saumaah-saumaah dan diberi salam dengan hormatnya di pasar-pasar. |
25527 | LUK 11:53 | Setelah Isa keluar dari rumah itu, guru-guru Taurat dan orang Farisi mula mengecam Dia. Mereka menanya-Nya tentang banyak perkara, |
25529 | LUK 12:1 | Oleh sebab tidak terkira ramainya orang berkerumun, mereka pijak-memijak sesama sendiri. Isa pun berkata, terutamanya kepada pengikut-pengikut-Nya, ‘Jagalah dirimu daripada ragi orang Farisi, iaitu sifat munafik. |
25618 | LUK 13:31 | Pada masa itu beberapa orang Farisi datang kepada Isa dan berkata, ‘Pergilah dari sini ke tempat yang lain. Herodes hendak membunuh-Mu.’ |
25623 | LUK 14:1 | Pada hari Sabat Isa pergi makan di rumah seorang Farisi yang terkemuka. Orang terus memerhatikan Isa dengan teliti. |
25625 | LUK 14:3 | Kemudian Isa bertanya kepada ahli-ahli Taurat dan orang Farisi, ‘Adakah Taurat membenarkan orang disembuhkan pada hari Sabat atau tidak?’ |
25659 | LUK 15:2 | Orang Farisi dan guru-guru Taurat bersungut-sungut, ‘Orang ini menyambut orang berdosa dan makan bersama mereka.’ |
25703 | LUK 16:14 | Orang Farisi yang mendengar kata-kata Isa mengejek-Nya kerana mereka loba akan wang. |
25740 | LUK 17:20 | Terdapat beberapa orang Farisi bertanya kepada Isa bila kerajaan Allah akan datang dan Isa menjawab, ‘Kerajaan Allah tidak datang dengan alamat-alamat yang dapat dilihat. |
25767 | LUK 18:10 | ‘Dua orang masuk ke dalam rumah ibadat untuk berdoa. Seorang daripadanya orang Farisi dan seorang lagi pemungut cukai. |
25768 | LUK 18:11 | Orang Farisi itu berdiri dan berdoa dalam hatinya: “Ya Allah, aku mengucap syukur kepada-Mu kerana aku tidak tamak, menipu atau tidak bermoral seperti orang lain. Aku bersyukur kepada-Mu kerana aku tidak seperti pemungut cukai ini. |
25771 | LUK 18:14 | ‘Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan dirinya akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan dirinya akan ditinggikan.’ |
25839 | LUK 19:39 | Antara orang ramai itu ada beberapa orang Farisi yang berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, suruh pengikut-pengikut-Mu diam.’ |
26047 | LUK 23:43 | Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu bahawa pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus.’ |
26114 | JHN 1:1 | Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu adalah Allah. |
26127 | JHN 1:14 | Firman itu menjadi manusia dan hidup di kalangan kita. Kita melihat kemuliaan-Nya sebagai Putera tunggal yang datang daripada Allah Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran. |
26137 | JHN 1:24 | Di antara orang yang diutus itu ada beberapa orang Farisi. |
26156 | JHN 1:43 | Pada keesokan harinya, Isa membuat keputusan hendak pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus dan berkata, ‘Ikutlah Aku.’ |
26157 | JHN 1:44 | Seperti Andreas dan Petrus, Filipus juga warga kota Baitsaida. |
26158 | JHN 1:45 | Filipus pula mendapatkan Natanael dan berkata, ‘Kami telah bertemu dengan orang yang disebut oleh Musa dalam kitab Taurat dan oleh nabi-nabi. Orang itu ialah Isa anak Yusuf dari Nasaret.’ |
26159 | JHN 1:46 | Tetapi Natanael berkata, ‘Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?’ ‘Marilah lihat,’ balas Filipus. |
26161 | JHN 1:48 | Natanael bertanya, ‘Bagaimana Engkau mengenal aku?’ Isa menjawab, ‘Sebelum Filipus memanggilmu, Aku telah melihatmu di bawah pokok ara itu.’ |
26190 | JHN 3:1 | Pada masa itu ada seorang pemimpin Yahudi dari golongan Farisi bernama Nikodemus. |
26226 | JHN 4:1 | Ketika Isa mengetahui orang Farisi telah mendengar berita bahawa Dia mendapat dan mengimadkan lebih ramai pengikut berbanding Yahya, |
26317 | JHN 5:38 | Firman Tuhan tidak menetap dalam dirimu kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus Bapa. |
26331 | JHN 6:5 | Apabila Isa memandang sekeliling dan melihat ramai orang datang ke arah-Nya, Dia berkata kepada Filipus, ‘Dari manakah dapat kita beli makanan untuk semua mereka ini?’ |
26332 | JHN 6:6 | (Sebenarnya Isa bertanya itu untuk menduga Filipus sahaja kerana Dia tahu apa yang akan dilakukan-Nya.) |
26333 | JHN 6:7 | Filipus menjawab, ‘Roti yang berharga dua ratus keping wang perak pun tidak cukup, meskipun jika dibahagi secebis seorang.’ |