23260 | MAT 2:22 | Tetapi apabila mendengar bahawa Arkelaus telah naik takhta menggantikan bapanya Herodes di Yudea, Yusuf pun takut pergi ke sana. Setelah mendapat peringatan daripada Allah dalam mimpi, dia pun pergi ke Galilea. |
23274 | MAT 3:13 | Ketika itu Isa meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan. Di situ Dia berjumpa dengan Yahya dan meminta diimadkan olehnya. |
23290 | MAT 4:12 | Apabila mendengar bahawa Yahya telah dipenjarakan, Isa pun pergi ke Galilea. |
23291 | MAT 4:13 | Dia tidak tinggal di Nasaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggir laut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali. |
23293 | MAT 4:15 | ‘Tanah Zebulon, tanah Naftali, di pinggir laut, seberang Sungai Yordan, Galilea, tanah bangsa-bangsa asing. |
23296 | MAT 4:18 | Sedang Isa berjalan di pinggir laut Galilea, Dia terpandang dua orang nelayan iaitu Simon, yang juga dipanggil Petrus, dan adiknya Andreas, sedang menjala ikan. |
23301 | MAT 4:23 | Isa menjelajahi seluruh wilayah Galilea. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan berita baik bahawa kerajaan Allah hampir tiba. Dia menyembuhkan semua jenis penyakit dan kesakitan di antara mereka. |
23433 | MAT 8:19 | Seorang guru Taurat mendapatkan Isa lalu berkata, ‘Tuan Guru, aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana saja.’ |
23442 | MAT 8:28 | Setelah tiba di seberang, di daerah Gadara, Isa didekati oleh dua orang yang dirasuk roh iblis. Mereka keluar dari gua kubur. Kedua-duanya begitu ganas sehingga orang tidak berani lalu di situ. |
23501 | MAT 10:15 | Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom dan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu. |
23596 | MAT 12:38 | Selepas itu beberapa orang guru Taurat dan orang Farisi berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, kami ingin melihat suatu alamat mukjizat daripada-Mu.’ |
23677 | MAT 14:11 | Kepala Yahya diletakkan di atas talam dan diberikan kepada gadis itu. Gadis itu menyerahkan kepala Yahya kepada ibunya. |
23700 | MAT 14:34 | Mereka menyeberang ke Genesaret. |
23731 | MAT 15:29 | Isa beredar dari situ lalu berjalan menyusur pesisiran Laut Galilea. Setelah itu Dia mendaki sebuah bukit dan duduk di situ. |
23791 | MAT 17:22 | Ketika semua pengikut Isa berhimpun di Galilea, Isa berkata kepada mereka, ‘Putera Insan akan diserahkan kepada manusia. |
23832 | MAT 19:1 | Selepas Isa selesai berkata tentang hal-hal itu, Dia beredar dari Galilea pergi ke Yudea di seberang Sungai Yordan. |
23847 | MAT 19:16 | Pada suatu hari seorang pemuda datang berjumpa Isa lalu bertanya, ‘Tuan Guru, apakah perbuatan baik yang harus aku lakukan untuk mendapat kehidupan kekal?’ |
23906 | MAT 21:11 | Orang ramai itu berkata, ‘Inilah Isa, nabi dari Nasaret di Galilea.’ |
23957 | MAT 22:16 | Mereka menghantar para pengikut mereka dan sebilangan orang Herodes mendapatkan Isa dan berkata, ‘Tuan Guru, kami tahu Engkau ikhlas, dan terus-terang mengajarkan kehendak Allah berdasarkan yang benar kepada manusia. Engkau tidak takut kepada sesiapapun kerana Engkau tidak pilih kasih. |
23961 | MAT 22:20 | Isa bertanya kepada mereka, ‘Gambar dan nama siapakah ini?’ |
23965 | MAT 22:24 | Mereka berkata, ‘Tuan Guru, ajaran Musa begini: Jika seseorang lelaki meninggal dunia tanpa anak, maka saudara lelakinya harus berkahwin dengan balunya untuk mendapatkan zuriat. |
23977 | MAT 22:36 | ‘Tuan Guru, perintah manakah yang terutama dalam Taurat?’ |
23989 | MAT 23:2 | ‘Guru Taurat dan orang Farisi menduduki kerusi Musa. |
23994 | MAT 23:7 | Mereka suka dihormati orang di pasar, dan suka dipanggil “Tuan Guru.” |
23995 | MAT 23:8 | ‘Janganlah suruh orang memanggilmu “Tuan Guru,” kerana kamu semua bersaudara dan Gurumu hanya satu. |
24141 | MAT 26:18 | Isa menyuruh mereka ke bandar, mencari seorang tertentu dan mengatakan kepadanya, ‘Guru berkata, “Masa-Ku sudah hampir; Aku akan menyambut perayaan Paska di rumahmu bersama para pengikut-Ku.” ’ |
24148 | MAT 26:25 | Ketika itu Yudas yang akan mengkhianati-Nya bertanya, ‘Tuan Guru, akukah orangnya?’ Isa berkata kepadanya, ‘Kamu telah mengatakannya.’ |
24154 | MAT 26:31 | Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Kamu semua akan goyah kerana-Ku malam ini, sebagaimana telah tersurat: “Aku akan merebahkan Gembala, dan kawanan domba akan bertempiaran.” |
24155 | MAT 26:32 | ‘Tetapi setelah Aku dibangkitkan semula, Aku akan mendahului kamu ke Galilea.’ |
24159 | MAT 26:36 | Selepas itu Isa pergi bersama mereka ke sebuah tempat bernama Getsemani, lalu Dia berkata kepada mereka, ‘Duduklah di sini sementara Aku berdoa di sana.’ |
24172 | MAT 26:49 | Dengan segera dia menghampiri Isa sambil berkata, ‘Selamat sejahtera, Tuan Guru!’ lalu mencium-Nya. |
24192 | MAT 26:69 | Sedang Petrus duduk di laman dalam rumah itu, seorang hamba perempuan datang dan berkata kepadanya, ‘Kamu pun bersama Isa dari Galilea.’ |
24209 | MAT 27:11 | Gabenor bertanya kepada Isa yang berdiri di hadapannya, ‘Adakah Kamu Raja orang Yahudi?’ Isa berkata, ‘Begitulah seperti katamu.’ |
24216 | MAT 27:18 | Gabenor mengetahui bahawa mereka telah menyerahkan Isa kepadanya kerana iri hati. |
24219 | MAT 27:21 | Gabenor berkata kepada mereka, ‘Yang mana antara dua orang ini kamu mahu aku bebaskan dan serahkan ke tanganmu?’ Mereka menjawab, ‘Barabas!’ |
24221 | MAT 27:23 | Gabenor berkata, ‘Mengapa, apakah kejahatan yang telah dilakukan-Nya?’ Tetapi mereka berseru semakin lantang, ‘Salibkan Dia!’ |
24231 | MAT 27:33 | Mereka pun sampai di suatu tempat dipanggil Golgota, bermakna Tempat Tengkorak. |
24235 | MAT 27:37 | Di atas kayu salib Isa mereka memaparkan tuduhan terhadap-Nya: INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI. |
24253 | MAT 27:55 | Ramai wanita yang telah mengikut Isa dari Galilea dan melayani-Nya ada di situ, melihat dari jauh. |
24271 | MAT 28:7 | Kemudian, segeralah pergi dan katakan kepada para pengikut-Nya bahawa Dia telah bangkit daripada kematian, dan Dia mendahului kamu ke Galilea. Di sana kamu akan melihat-Nya. Lihatlah, aku telah memberitahumu.’ |
24274 | MAT 28:10 | Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Jangan takut. Pergilah dan suruh saudara-saudara-Ku ke Galilea. Di sana mereka akan melihat-Ku.’ |
24280 | MAT 28:16 | Kemudian, pengikut Isa yang sebelas itu pergi ke Galilea, ke gunung yang telah ditetapkan oleh-Nya. |
24293 | MRK 1:9 | Kemudian Isa datang dari Nasaret di Galilea, lalu diimadkan oleh Yahya di Sungai Yordan. |
24298 | MRK 1:14 | Setelah Yahya dipenjarakan, Isa pergi ke Galilea lalu mengkhabarkan Injil daripada Allah. |
24300 | MRK 1:16 | Ketika Isa sedang berjalan di pinggir Laut Galilea, Dia terpandang dua orang nelayan, Simon dan saudaranya Andreas, sedang menjala ikan. |
24312 | MRK 1:28 | Dengan demikian, khabar tentang Isa segera tersebar ke seluruh Galilea. |
24323 | MRK 1:39 | Lalu Isa menjelajah ke serata Galilea, mengajar di saumaah dan menghalau roh-roh iblis. |
24335 | MRK 2:6 | Guru-guru Taurat yang duduk di situ berkata dalam hati, |
24364 | MRK 3:7 | Isa beredar ke laut bersama pengikut-pengikut-Nya. Ramai orang Galilea datang kepada-Nya. Ada yang dari Yudea, |
24430 | MRK 4:38 | Ketika itu Isa sedang tidur di bahagian belakang perahu, kepala-Nya beralaskan bantal. Para pengikut-Nya mengejutkan Dia lalu berkata, ‘Tuan Guru, tidakkah Engkau peduli? Kita hampir karam!’ |
24434 | MRK 5:1 | Lalu sampailah mereka di seberang laut, di daerah Gerasa. |
24468 | MRK 5:35 | Sedang Isa berkata-kata itu, beberapa orang pesuruh datang daripada keluarga ketua saumaah dan memberitahu Yairus, ‘Anak perempuan tuan sudah meninggal. Usahlah tuan susahkan Tuan Guru lagi.’ |
24497 | MRK 6:21 | Akhirnya Herodias mendapat peluang apabila Raja Herodes mengadakan jamuan hari jadinya untuk semua pegawai tinggi kerajaan, panglima dan tokoh masyarakat Galilea. |
24500 | MRK 6:24 | Gadis itu pergi bertanya kepada ibunya, ‘Apakah yang patut kuminta?’ Jawabnya, ‘Kepala Yahya Pengimad.’ |
24501 | MRK 6:25 | Gadis itu segera kembali kepada raja dan berkata, ‘Aku mahu kamu beri kepadaku kepala Yahya Pengimad di atas talam sekarang juga.’ |
24529 | MRK 6:53 | Mereka menyeberang hingga tiba di Genesaret. Di situ mereka menambat perahu itu. |
24563 | MRK 7:31 | Selepas itu Isa meninggalkan daerah Tirus, meneruskan perjalanan ke Laut Galilea melalui Sidon, ke tengah-tengah daerah Sepuluh Kota. |
24612 | MRK 9:5 | Lalu Petrus berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, baik sekali kami ada di sini. Biarlah kami dirikan tiga buah khemah – satu untuk-Mu, satu untuk Musa, dan satu untuk Ilyas.’ |
24624 | MRK 9:17 | Seorang daripada orang ramai itu menjawab, ‘Tuan Guru, aku membawa anakku kepada pengikut-pengikut-Mu. Anakku dirasuk oleh roh yang membuatnya bisu. |
24637 | MRK 9:30 | Setelah itu Isa dan para pengikut-Nya beredar dari situ dan meneruskan perjalanan melalui Galilea. Dia tidak mahu orang tahu Dia di mana |
24645 | MRK 9:38 | Yahya berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, kami melihat seorang lelaki menghalau roh-roh iblis dengan nama-Mu, lalu kami larang dia, kerana dia bukan dalam kumpulan kita.’ |
24657 | MRK 9:50 | ‘Garam itu baik, tetapi jika hilang rasanya, bagaimana kamu dapat mengembalikan rasanya? Adakanlah garam pengukuh dalam dirimu, dan hiduplah rukun damai sesamamu.’ |
24674 | MRK 10:17 | Ketika Dia sedang melangkah ke jalan, seorang datang berlari-lari, berlutut kepada-Nya dan bertanya, ‘Wahai Guru yang baik, apakah yang harus kulakukan untuk mewarisi hidup kekal?’ |
24677 | MRK 10:20 | Orang itu menjawab, ‘Tuan Guru, semua ini telah aku taati dari usia muda lagi.’ |
24692 | MRK 10:35 | Kemudian Yakobus dan Yahya, anak-anak Zebedeus, datang kepada-Nya lalu berkata, ‘Tuan Guru, kami mahu Engkau membuat apa-apa yang kami minta untuk diri kami.’ |
24708 | MRK 10:51 | Isa berkata kepadanya, ‘Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?’ Orang itu menjawab, ‘Tuan Guru, aku ingin melihat.’ |
24727 | MRK 11:18 | Guru-guru Taurat dan ketua-ketua imam mendengarnya lalu mencari jalan hendak membinasakan Isa, kerana mereka takut kepada-Nya, memandangkan semua orang mengagumi ajaran-Nya. |
24730 | MRK 11:21 | Petrus teringat lalu berseru, ‘Tuan Guru, lihat! Pokok ara yang Engkau sumpah itu telah mati.’ |
24756 | MRK 12:14 | Orang yang dihantar itu berkata kepada-Nya, ‘Tuan Guru, kami tahu bahawa Engkau jujur, tidak peduli akan pendapat orang. Engkau tidak pilih kasih, hanya mengajar jalan Allah dengan mengatakan apa yang benar. Wajarkah kita membayar cukai kepada Kaisar Rom, atau tidak? |
24758 | MRK 12:16 | Mereka pun membawakannya kepada Isa. Dia berkata kepada mereka, ‘Gambar dan nama siapakah ini?’ Mereka berkata kepada-Nya, ‘Kaisar.’ |
24761 | MRK 12:19 | ‘Tuan Guru, Musa menulis untuk kami bahawa jika seseorang lelaki meninggal dunia tanpa anak, saudara lelakinya patutlah mengahwini balunya dan memanjangkan zuriatnya. |
24774 | MRK 12:32 | Guru Taurat itu berkata kepada Isa, ‘Sungguh baik jawapan Tuan Guru. Kata-kata Engkau itu benar, kerana Allah itu Esa, tiada yang lain daripada-Nya. |
24787 | MRK 13:1 | Ketika Isa sedang melangkah keluar dari rumah ibadat, seorang pengikut-Nya berkata, ‘Tuan Guru, lihatlah batu dan bangunan yang luar biasa di sini!’ |
24794 | MRK 13:8 | Bangsa akan bangkit melawan bangsa, kerajaan melawan kerajaan. Gempa bumi akan berlaku di sana sini, dan juga kebuluran. Ini permulaan kesengsaraan. |
24837 | MRK 14:14 | Di mana dia masuk, katakan kepada tuan rumah, “Tuan Guru berkata: Di manakah ruang tamu untuk Aku makan jamuan Paska dengan para pengikut-Ku?” |
24850 | MRK 14:27 | Isa berkata kepada mereka, ‘Malam ini, iman kamu semua akan goyah kerana-Ku, seperti yang tersurat: ‘ “Aku akan merebahkan Gembala, dan kawanan domba akan bertempiaran.” |
24851 | MRK 14:28 | ‘Tetapi setelah Aku dibangkitkan semula, Aku akan mendahuluimu pergi ke Galilea.’ |
24855 | MRK 14:32 | Mereka sampai di suatu tempat yang dinamakan Getsemani. Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Duduklah di sini sementara Aku berdoa.’ |
24868 | MRK 14:45 | Sebaik-baik Yudas tiba, dia pergi kepada Isa sambil berkata, ‘Tuan Guru!’ lalu mencium-Nya. |
24893 | MRK 14:70 | Petrus menyangkalnya lagi. Sejurus kemudian, mereka yang berdiri di situ berkata pula kepada Petrus, ‘Tentu sekali kamu seorang daripada mereka, kerana kamu orang Galilea. Ini nyata daripada cara percakapanmu.’ |
24917 | MRK 15:22 | Mereka membawa-Nya ke tempat yang dipanggil Golgota (bermaksud Tempat Tengkorak). |
24921 | MRK 15:26 | Tuduhan terhadap-Nya tertulis di atas: RAJA ORANG YAHUDI. |
24936 | MRK 15:41 | Mereka wanita-wanita yang mengikut dan menolong Isa ketika Dia di Galilea. Ada ramai juga wanita yang datang dengan Isa ke Baitulmaqdis. |
24949 | MRK 16:7 | Tetapi, pergilah, beritahu para pengikut-Nya, termasuk Petrus, bahawa Dia mendahuluimu ke Galilea. Di sana kamu akan melihat-Nya, seperti yang telah dikatakan-Nya kepada kamu.’ |
24988 | LUK 1:26 | Dalam bulan yang keenam, malaikat Jibrail diutus Allah ke Nasaret, sebuah kota di jajahan Galilea, |
25046 | LUK 2:4 | Oleh itu, Yusuf terpaksa berangkat dari bandar Nasaret di Galilea ke kota Daud yang bernama Baitlahim di Yudea kerana dia daripada keturunan Daud. |
25081 | LUK 2:39 | Setelah ibu bapa-Nya menunaikan segala yang wajib menurut Hukum Tuhan, mereka pulang ke kota Nasaret, kota tempat tinggal mereka di Galilea. |
25095 | LUK 3:1 | Pada tahun yang kelima belas pemerintahan Kaisar Tiberius, Pontius Pilatus menjadi gabenor negeri Yudea, Herodes menjadi raja negeri Galilea dan saudaranya Filipus menjadi raja di wilayah Iturea dan Trakhonitis, Lisanias menjadi raja Abilene |
25106 | LUK 3:12 | Ada pemungut cukai datang untuk diimadkan lalu bertanya kepada Yahya, ‘Tuan Guru, apa yang harus kami buat?’ |
25146 | LUK 4:14 | Isa kembali ke Galilea dan kuasa Roh menyertai-Nya. Perkhabaran tentang-Nya tersebar ke seluruh daerah itu. |
25163 | LUK 4:31 | Kemudian Isa pergi ke kota Kapernaum di jajahan Galilea dan di situlah Dia mengajar orang pada hari Sabat. |
25177 | LUK 5:1 | Pada suatu hari semasa Isa berdiri di tepi pantai tasik Genesaret, ramai orang berasak-asak mengerumuni-Nya untuk mendengar firman Allah. |
25193 | LUK 5:17 | Pada suatu hari ketika Isa mengajar orang, ada beberapa orang Farisi dan ahli Taurat duduk di situ. Mereka telah datang dari setiap bandar di Galilea dan Yudea dan juga dari Baitulmaqdis. Kuasa Allah ada pada Isa untuk menyembuhkan orang. |
25197 | LUK 5:21 | Guru-guru Taurat dan orang Farisi mula berkata sesama diri, ‘Siapakah orang ini yang mengkufuri Allah? Siapakah yang dapat mengampunkan dosa kecuali Allah sahaja?’ |
25222 | LUK 6:7 | Guru-guru Taurat dan orang Farisi mengawasi Isa untuk melihat sama ada Dia akan menyembuhkan orang itu pada hari Sabat kerana mereka hendak mencari alasan untuk menuduh-Nya. |
25304 | LUK 7:40 | Isa menjawabnya, ‘Simon, ada sesuatu yang hendak Aku katakan kepadamu.’ Simon berkata, ‘Ya Guru, katakanlah.’ |
25340 | LUK 8:26 | Mereka belayar ke wilayah Gerasa yang di seberang Galilea. |
25351 | LUK 8:37 | Lalu semua penduduk wilayah Gerasa meminta Isa supaya meninggalkan mereka kerana mereka ketakutan. Isa pun menaiki perahu untuk pulang. |