Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   H    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23216  MAT 1:3  Yudah beroleh Peres dan Zerah daripada isterinya Tamar, Peres beroleh Hezron, dan Hezron beroleh Ram.
23222  MAT 1:9  Uzia beroleh Yotam, Yotam beroleh Ahaz, dan Ahaz beroleh Hizkia.
23223  MAT 1:10  Hizkia beroleh Manasye, Manasye beroleh Amon, dan Amon beroleh Yosia.
23233  MAT 1:20  Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata,Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23239  MAT 2:1  Isa dilahirkan di Baitlahim, Yudea, semasa pemerintahan Raja Herodes. Tidak lama kemudian datanglah beberapa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Baitulmaqdis.
23241  MAT 2:3  Apabila mendengar perkara itu, Raja Herodes berasa risau, begitu juga semua penduduk Baitulmaqdis.
23242  MAT 2:4  Raja Herodes memanggil semua ketua imam dan guru Taurat berhimpun lalu bertanya, ‘Raja yang dijanjikan oleh Allah itu, di manakah tempat lahirnya?’
23244  MAT 2:6  Hai Baitlahim di Yudea, Kau bukanlah yang terkecil antara kota utama Yudea, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’
23245  MAT 2:7  Setelah itu Raja Herodes berjumpa secara rahsia dengan ahli-ahli ilmu bintang itu dan mendapat tahu daripada mereka dengan tepat bila bintang itu terbit.
23246  MAT 2:8  Raja Herodes menyuruh ahli-ahli ilmu bintang pergi ke Baitlahim dengan perintah demikian: ‘Pergilah dan carilah Anak itu sedaya upaya. Apabila kamu menjumpai-Nya beritahulah aku, supaya aku juga dapat pergi menyembah-Nya.’
23250  MAT 2:12  Allah memberikan peringatan kepada mereka melalui mimpi supaya jangan kembali kepada Herodes. Oleh itu mereka pun pulang ke negeri mereka mengikut jalan lain.
23251  MAT 2:13  Selepas itu malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf lalu berkata,Herodes akan mengeluarkan perintah supaya mencari dan membunuh Anak itu. Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di situ hingga Aku berfirman kepadamu.’
23253  MAT 2:15  Mereka tinggal di situ hingga kematian Raja Herodes. Maka berlakulah firman Tuhan menerusi nabi-Nya: ‘Aku memanggil Putera-Ku keluar dari Mesir.’
23254  MAT 2:16  Setelah Raja Herodes sedar dirinya ditipu oleh ahli-ahli ilmu bintang dari Timur itu, dia pun marah lalu mengeluarkan perintah untuk membunuh semua anak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah di Baitlahim dan kawasan yang berdekatan. Usia itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli ilmu bintang tentang masa bintang itu mula-mula muncul.
23257  MAT 2:19  Selepas kematian Herodes, malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf di Mesir.
23260  MAT 2:22  Tetapi apabila mendengar bahawa Arkelaus telah naik takhta menggantikan bapanya Herodes di Yudea, Yusuf pun takut pergi ke sana. Setelah mendapat peringatan daripada Allah dalam mimpi, dia pun pergi ke Galilea.
23268  MAT 3:7  Ramai orang Farisi dan Saduki datang untuk diimadkan. Apabila melihat mereka, Yahya berkata,Hai orang durjana! Siapakah yang memberitahumu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah kelak?
23288  MAT 4:10  Jawab Isa, ‘Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat:Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya saja engkau beribadat.” ’
23351  MAT 5:48  Hendaklah engkau sempurna seperti Bapamu di syurga.
23390  MAT 7:5  Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak dari matamu, barulah penglihatanmu terang untuk mengeluarkan selumbar dari mata saudaramu.
23399  MAT 7:14  Sebaliknya pintu dan jalan ke hidup kekal itu sempit dan sukar. Hanya segelintir orang yang menjumpainya.
23410  MAT 7:25  Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, tetapi rumah itu tidak runtuh kerana berasaskan batu.
23412  MAT 7:27  Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!’
23475  MAT 9:27  Ketika Isa meninggalkan tempat itu, dua orang buta mengikut-Nya sambil berseru,Hai Anak Daud, kasihanilah kami!’
23502  MAT 10:16  Dengarlah: Aku mengutusmu seperti domba ke tengah-tengah sekawan serigala. Hendaklah kamu bijak seperti ular dan tulus seperti merpati.
23571  MAT 12:13  Setelah itu, Isa berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu,Hulurkanlah tanganmu.’ Orang itu pun menghulurkan tangannya yang lumpuh lalu pulih sama seperti tangan yang sebelahnya.
23592  MAT 12:34  Hai kamu yang seperti ular berbisa, bagaimana dapat kamu tuturkan perkara yang baik sedangkan dirimu jahat? Orang mengucapkan apa yang terkandung dalam hatinya.
23635  MAT 13:27  Hamba peladang berkata, “Tuan menabur benih yang baik, dari mana pula datangnya lalang itu?”
23636  MAT 13:28  ‘Jawab peladang itu, “Ini perbuatan musuh.” Hamba itu bertanya, “Adakah tuan hendak kami mencabut lalang itu?”
23667  MAT 14:1  Pada masa itu Herodes, raja wilayah, mendengar tentang Isa.
23668  MAT 14:2  Herodes berkata kepada orang di bawahnya, ‘Ini tentu Yahya Pengimad. Dia telah bangkit daripada kematian! Sebab itulah dia ada kuasa melakukan mukjizat.’
23669  MAT 14:3  Sebelum itu Herodes telah memerintahkan supaya Yahya ditangkap, diikat dan dipenjarakan, disebabkan Herodias, isteri saudaranya Filipus.
23670  MAT 14:4  Yahya telah memberitahu Herodes, ‘Tuan bersalah mengahwini Herodias’
23671  MAT 14:5  Herodes hendak membunuh Yahya tetapi takut kerana rakyat menganggapnya seorang nabi.
23672  MAT 14:6  Pada hari jadi Herodes, anak perempuan Herodias menari di hadapan majlis.
23673  MAT 14:7  Oleh sebab terlalu menikmati tarian itu, Herodes bersumpah akan memberikan apa saja yang diminta oleh gadis itu.
23675  MAT 14:9  Walaupun dengan berat hati, Herodes terpaksa menunaikan permintaan itu kerana telah bersumpah di hadapan majlisnya.
23676  MAT 14:10  Herodes pun memerintahkan orang pergi memancung kepala Yahya di penjara.
23681  MAT 14:15  Apabila menjelang petang, para pengikut Isa mendapatkan-Nya lalu berkata,Hari sudah hampir malam dan kawasan ini terpencil. Suruhlah orang yang ramai ini pergi, supaya dapat membeli makanan di pekan.’
23692  MAT 14:26  Apabila mereka melihat-Nya berjalan di atas air, mereka ketakutan lalu menjerit,Hantu!’
23706  MAT 15:4  Allah berfirman,Hormatilah ibu bapamu” dan “Orang yang mencaci ibu bapanya mesti dihukum mati.”
23757  MAT 16:16  Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’
23786  MAT 17:17  Isa menjawab,Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini. Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu? Berapa lama lagikah Aku mesti bersabar denganmu? Bawa anak itu ke sini!’
23806  MAT 18:10  Hati-hatilah, jangan hinakan seorang daripada pengikut-Ku yang kecil ini. Ketahuilah, malaikat-malaikat mereka sentiasa berada di hadirat Bapa-Ku di syurga.
23821  MAT 18:25  Hamba itu tidak dapat menjelaskan hutangnya. Oleh itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dijual bersama anak isteri dan harta bendanya untuk membayar hutang itu.
23822  MAT 18:26  Hamba itu menyembah dan merayu, “Bersabarlah denganku. Aku akan menjelaskan hutang itu.”
23827  MAT 18:31  Hamba-hamba lain dukacita melihatnya lalu mengadukan hal itu kepada raja.
23848  MAT 19:17  Isa menjawab, ‘Mengapa kamu bertanya kepada-Ku apa yang baik? Hanya ada Satu yang baik. Sekiranya kamu ingin masuk ke dalam hidup, patuhilah hukum-Nya.’
23849  MAT 19:18  Pemuda itu bertanya,Hukum yang mana?’ Isa menjawab, ‘ “Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu;
23857  MAT 19:26  Sambil memandang mereka Isa menjawab,Hal itu mustahil bagi manusia, tetapi bagi Allah tidak ada satu pun yang mustahil.’
23904  MAT 21:9  Orang ramai yang berjalan di hadapan dan di belakang Isa berseru-seru,Hosana bagi Anak Daud!’ ‘Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan!’ Hosana di tempat yang maha tinggi!’
23910  MAT 21:15  Tetapi apabila ketua imam dan guru Taurat melihat segala mukjizat yang dilakukan-Nya, dan kanak-kanak berseru di dalam rumah ibadat,Hosana bagi Anak Daud!’ mereka berasa marah.
23951  MAT 22:10  Hamba-hamba raja itu pun pergi ke jalan raya lalu mengumpulkan semua orang yang ditemui, tidak kira baik atau pun jahat, maka penuh sesaklah balai majlis jamuan itu dengan tetamu.
23957  MAT 22:16  Mereka menghantar para pengikut mereka dan sebilangan orang Herodes mendapatkan Isa dan berkata, ‘Tuan Guru, kami tahu Engkau ikhlas, dan terus-terang mengajarkan kehendak Allah berdasarkan yang benar kepada manusia. Engkau tidak takut kepada sesiapapun kerana Engkau tidak pilih kasih.
23958  MAT 22:17  Jadi, katakanlah pendapat-Mu kepada kami. Haruskah kita membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?’
23959  MAT 22:18  Isa mengetahui niat jahat mereka lalu berkata,Hai munafik! Mengapa kamu cuba memerangkap-Ku?
24004  MAT 23:17  Hai orang bodoh dan buta! Yang mana lebih penting, emas atau rumah ibadat Allah yang menjadikan emas itu suci?
24006  MAT 23:19  Hai orang yang buta hati! Yang manakah lebih penting, persembahan atau mazbah yang menjadikan persembahan itu suci?
24011  MAT 23:24  Hai pemimpin yang buta! Agas kamu tapis, tetapi unta kamu telan.
24013  MAT 23:26  Hai orang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga.
24020  MAT 23:33  Hai kamu seperti ular, bahkan kamu seperti ular berbisa! Bagaimana kamu dapat melepaskan diri daripada azab neraka?
24022  MAT 23:35  Dengan demikian darah semua orang benar yang tertumpah di bumi akan ditanggungkan kepadamu: mulai daripada darah Habil yang tidak bersalah itu hingga kepada darah Zekaria anak Berekia, yang kamu bunuh di antara rumah ibadat dan mazbah.
24062  MAT 24:36  ‘Namun demikian, tiada siapa yang mengetahui hari atau waktunya, baik para malaikat di syurga mahupun Putera. Hanya Bapa yang tahu.
24093  MAT 25:16  Hamba yang menerima lima keping emas itu memperniagakannya, lalu mendapat untung lima keping emas lagi.
24097  MAT 25:20  Hamba yang menerima lima keping wang emas dahulu membawakan lima keping lagi sambil berkata, “Tuan, tuan telah memberiku lima keping wang emas. Lihatlah, aku telah mendapatkan lima keping lagi dengannya.”
24103  MAT 25:26  ‘Tetapi tuannya menjawab,Hai hamba yang jahat dan pemalas, kamu tahu aku menuai tanpa menyemai, memungut hasil tanpa menabur benih.
24178  MAT 26:55  Kemudian Isa berkata kepada orang ramai itu, ‘Patutkah kamu datang, bagaikan hendak menangkap perompak, dengan pedang dan belantan, untuk membawa-Ku pergi? Hari demi hari Aku duduk bersamamu, mengajar di rumah ibadat, dan kamu tidak menangkap-Ku.
24227  MAT 27:29  Mereka membuat mahkota daripada duri lalu meletakkannya di atas kepala Isa dan menggenggamkan mensiang di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut kepada-Nya sambil mengejek-Nya,Hai Raja orang Yahudi!’
24235  MAT 27:37  Di atas kayu salib Isa mereka memaparkan tuduhan terhadap-Nya: INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI.
24260  MAT 27:62  Pada keesokannya, iaitu sehari selepas Hari Persediaan, ketua-ketua imam dan orang Farisi datang beramai-ramai menghadap Pilatus.
24311  MRK 1:27  Hal ini menyebabkan semua orang tercengang lalu berbisik sesama sendiri, ‘Adakah ini suatu ajaran baru? Dia memerintah roh-roh durjana dengan penuh kuasa dan mereka menurut kata-Nya.’
24356  MRK 2:27  Isa menambah, Hari Sabat diwujudkan untuk manusia, bukannya manusia diwujudkan untuk hari Sabat.
24362  MRK 3:5  Isa memandang orang di sekeliling-Nya dengan rasa marah dan amat dukacita dengan mereka yang begitu keras kepala. Lalu Dia berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu,Hulurkan tanganmu.’ Orang itu pun menghulurkan tangannya yang lumpuh, tangan itu terus sembuh.
24363  MRK 3:6  Orang Farisi keluar dari situ lalu segera berpakat dengan beberapa anggota golongan Herodes untuk membunuh Isa.
24440  MRK 5:7  Orang itu berseru dengan suara keras,Hai Isa, Putera Allah Yang Maha Tinggi, apa urusan-Mu dengan aku? Demi Allah, jangan seksa aku!’
24467  MRK 5:34  Isa berkata kepadanya,Hai anak-Ku, imanmu telah menyembuhkan kamu. Pergilah dengan sejahtera dan sembuhlah daripada penyakitmu.’
24490  MRK 6:14  Raja Herodes mendengar tentang kejadian itu, kerana nama Isa sudah terkenal di mana-mana. Ada orang berkata, ‘Yahya Pengimad sudah hidup semula! Itulah sebabnya dia ini berkuasa melakukan mukjizat.’
24492  MRK 6:16  Ketika mendengar hal demikian, Herodes berkata, ‘Dia itu Yahya yang kepalanya telah kupancung, tetapi dia hidup semula!’
24493  MRK 6:17  Ini kerana memang Herodes telah memberikan perintah supaya Yahya ditangkap, diikat dan dipenjarakan. Herodes berbuat demikian kerana Herodias, isteri kepada saudaranya Filipus, yang telah dikahwininya.
24494  MRK 6:18  Yahya pernah menegur perbuatan Herodes itu, ‘Tuanku bersalah mengahwini isteri saudara sendiri.’
24495  MRK 6:19  Akibatnya Herodias menaruh dendam terhadap Yahya dan ingin membunuhnya, tetapi hasratnya terhalang,
24496  MRK 6:20  sebab Herodes takut akan Yahya. Herodes tahu Yahya seorang yang benar dan suci, oleh itu dia melindungi Yahya. Herodes juga suka mendengar kata-kata Yahya, meskipun kata-kata itu membuatnya sangat gelisah.
24497  MRK 6:21  Akhirnya Herodias mendapat peluang apabila Raja Herodes mengadakan jamuan hari jadinya untuk semua pegawai tinggi kerajaan, panglima dan tokoh masyarakat Galilea.
24498  MRK 6:22  Anak gadis Herodias menari dan menghiburkan Herodes serta tetamunya. Oleh itu raja berkata kepada gadis itu, ‘Mintalah daripadaku apa saja yang kamu ingini dan akan kuberikan kepadamu.’
24511  MRK 6:35  Ketika hari sudah petang, para pengikut Isa datang kepada-Nya dan berkata,Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil.
24513  MRK 6:37  Tetapi Isa menjawab, ‘Kamu berilah mereka makan.’ Para pengikut-Nya bertanya,Haruskah kami pergi membeli roti berharga dua ratus dinar untuk memberi mereka makan?’
24542  MRK 7:10  Musa menyampaikan perintah ini,Hormatilah ibu bapamu” dan “Orang yang mencaci ibu bapa sendiri mesti dihukum mati.”
24584  MRK 8:15  Isa mengingatkan mereka, ‘Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan ragi Herodes.’
24626  MRK 9:19  Isa berkata kepada mereka,Hai angkatan yang tidak percaya! Berapa lamakah aku mesti tinggal bersamamu? Berapa lamakah aku harus bersabar denganmu? Bawa anak itu ke mari.’
24632  MRK 9:25  Ketika Isa melihat orang ramai datang berkerumun, Dia memerintah roh durjana itu,Hai roh bisu tuli, Aku perintahkan kamu keluar daripada anak ini dan jangan memasukinya lagi.’
24718  MRK 11:9  Setelah itu mereka yang berjalan di hadapan dan yang mengikut dari belakang berseru,Hosana!’ ‘Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan!’
24719  MRK 11:10  ‘Diberkatilah kerajaan bapa kita Daud! Yang datang dengan nama Allah!’ Hosana di tempat yang maha tinggi!’
24755  MRK 12:13  Kemudian mereka menghantar kepada-Nya beberapa orang Farisi dan golongan Herodes, untuk memerangkap-Nya melalui kata-kata-Nya.