23214 | MAT 1:1 | Inilah salasilah Isa al-Masih, keturunan Daud, keturunan Ibrahim. |
23215 | MAT 1:2 | Ibrahim beroleh anak yang dinamai Ishak, Ishak beroleh Yakub, dan Yakub beroleh Yudah serta saudara-saudaranya. |
23218 | MAT 1:5 | Salmon beroleh Boas daripada isterinya Rahab, Boas beroleh Obed daripada isterinya Rut, dan Obed beroleh Isai, |
23219 | MAT 1:6 | dan Isai beroleh Raja Daud. Raja Daud beroleh Sulaiman daripada isteri Uria. |
23229 | MAT 1:16 | Maka Yakub beroleh Yusuf, suami Maryam, Maryamlah yang melahirkan Isa yang dipanggil al-Masih. |
23230 | MAT 1:17 | Dengan demikian, ada empat belas keturunan dari Ibrahim hingga ke Daud; empat belas keturunan dari Daud hingga ke masa pembuangan di Babel; dan empat belas keturunan dari masa itu hingga kelahiran al-Masih. |
23231 | MAT 1:18 | Inilah kisah kelahiran Isa al-Masih: Ibu-Nya, Maryam bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, Maryam mengandung melalui kuasa Roh Suci. |
23234 | MAT 1:21 | Maryam akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Isa. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.’ |
23236 | MAT 1:23 | ‘Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, maka Anak itu akan dipanggil Immanuel’ bererti, ‘Allah menyertai kita’ dalam bahasa Ibrani. |
23238 | MAT 1:25 | Tetapi Yusuf tidak menyentuh Maryam sebagai isterinya hinggalah Maryam melahirkan Anak itu. Yusuf menamai Anak itu Isa. |
23239 | MAT 2:1 | Isa dilahirkan di Baitlahim, Yudea, semasa pemerintahan Raja Herodes. Tidak lama kemudian datanglah beberapa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Baitulmaqdis. |
23244 | MAT 2:6 | ‘Hai Baitlahim di Yudea, Kau bukanlah yang terkecil antara kota utama Yudea, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ |
23258 | MAT 2:20 | Kata malaikat itu, ‘Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel, kerana orang yang hendak meragut nyawa Anak itu telah mati.’ |
23259 | MAT 2:21 | Yusuf pun bangun lalu membawa Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel. |
23270 | MAT 3:9 | Jangan sangka kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan berkata, “Ibrahim moyang kami.” Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Ibrahim! |
23274 | MAT 3:13 | Ketika itu Isa meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan. Di situ Dia berjumpa dengan Yahya dan meminta diimadkan olehnya. |
23275 | MAT 3:14 | Yahya cuba menolak dengan berkata, ‘Sepatutnya Engkau yang mengimadkanku. Ini Engkau pula datang kepadaku!’ |
23276 | MAT 3:15 | Tetapi Isa menjawab, ‘Biarkanlah demikian untuk sekarang, kerana dengannya kita akan menunaikan segala kebenaran.’ Yahya pun patuh. |
23277 | MAT 3:16 | Setelah diimadkan, Isa keluar dari air dengan segera. Lalu terbukalah langit dan dia melihat Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. |
23278 | MAT 3:17 | Kemudian kedengaran suara Allah berfirman, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.’ |
23279 | MAT 4:1 | Setelah itu Isa dibawa oleh Roh ke gurun untuk digoda Iblis. |
23280 | MAT 4:2 | Isa berpuasa empat puluh hari empat puluh malam. Dia menanggung kelaparan. |
23281 | MAT 4:3 | Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, ‘Jika Engkau Putera Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.’ |
23282 | MAT 4:4 | Isa menjawab, ‘Telah tersurat: “Manusia hidup bukan dengan roti saja tetapi dengan setiap firman Allah.” ’ |
23283 | MAT 4:5 | Selepas itu Iblis membawa Isa ke kota suci Baitulmaqdis dan meletakkan-Nya di puncak rumah ibadat. |
23284 | MAT 4:6 | Iblis berkata kepada Isa, ‘Jika Engkau Putera Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: “Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.” ’ |
23285 | MAT 4:7 | Isa menjawab, ‘Tetapi telah tersurat: “Janganlah engkau menduga Allah, Tuhanmu.” ’ |
23286 | MAT 4:8 | Iblis membawa pula Isa ke atas gunung yang amat tinggi lalu menunjukkan semua kerajaan di dunia dan kekayaannya. |
23287 | MAT 4:9 | Kata Iblis kepada Isa, ‘Semua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.’ |
23288 | MAT 4:10 | Jawab Isa, ‘Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: “Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya saja engkau beribadat.” ’ |
23289 | MAT 4:11 | Iblis pun meninggalkan Isa dan para malaikat datang melayani-Nya. |
23290 | MAT 4:12 | Apabila mendengar bahawa Yahya telah dipenjarakan, Isa pun pergi ke Galilea. |
23295 | MAT 4:17 | Isa pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, ‘Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!’ |
23296 | MAT 4:18 | Sedang Isa berjalan di pinggir laut Galilea, Dia terpandang dua orang nelayan iaitu Simon, yang juga dipanggil Petrus, dan adiknya Andreas, sedang menjala ikan. |
23297 | MAT 4:19 | Isa berkata kepada mereka, ‘Ikutlah Aku. Aku akan mengajarmu menjala manusia menjadi pengikut-Ku.’ |
23298 | MAT 4:20 | Dengan serta-merta mereka dua beradik meninggalkan jala mereka lalu mengikut Isa. |
23299 | MAT 4:21 | Isa meneruskan perjalanan. Dia ternampak dua beradik lagi, Yakobus dan Yahya bersama bapa mereka Zebedeus, sedang mengemaskan jala di dalam perahu. Isa memanggil dua beradik itu. |
23300 | MAT 4:22 | Seketika itu juga mereka meninggalkan perahu dan bapa mereka lalu mengikut Isa. |
23301 | MAT 4:23 | Isa menjelajahi seluruh wilayah Galilea. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan berita baik bahawa kerajaan Allah hampir tiba. Dia menyembuhkan semua jenis penyakit dan kesakitan di antara mereka. |
23302 | MAT 4:24 | Berita tentang Isa tersebar di seluruh Siria. Maka, ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yang mengidap penyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya. |
23304 | MAT 5:1 | Ketika Isa melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah para pengikut-Nya kepada-Nya. |
23321 | MAT 5:18 | Ingatlah: Selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku. |
23352 | MAT 6:1 | ‘Ingatlah: Jangan buat kerja amal di muka umum supaya dilihat orang; kamu tidak akan mendapat ganjaran daripada Bapamu yang di syurga. |
23413 | MAT 7:28 | Setelah selesai Isa menyampaikan kata-kata itu, orang ramai itu kagum akan cara Dia mengajar. |
23414 | MAT 7:29 | Isa mengajar secara berwibawa, tidak seperti guru Taurat mereka. |
23415 | MAT 8:1 | Isa turun dari bukit itu dan ramai orang mengikut-Nya. |
23417 | MAT 8:3 | Isa menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh orang itu sambil berkata, ‘Aku rela. Sembuhlah!’ Pada saat itu juga penyakitnya hilang. |
23418 | MAT 8:4 | Lalu Isa berkata kepadanya, ‘Dengarlah, jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada seorang imam. Selepas itu persembahkan korban sebagaimana diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka.’ |
23419 | MAT 8:5 | Ketika Isa sampai di Kapernaum, seorang ketua tentera Rom menjumpai-Nya dan merayu kepada-Nya: |
23421 | MAT 8:7 | Isa menjawab, ‘Baiklah, Aku akan pergi menyembuhkannya.’ |
23424 | MAT 8:10 | Isa terkagum mendengarnya lalu berkata kepada orang ramai yang mengikut-Nya, ‘Belum pernah Kutemui orang yang demikian teguh imannya, walau di Israel pun. |
23425 | MAT 8:11 | Ketahuilah! Ramai orang akan datang dari timur dan barat lalu duduk menikmati jamuan bersama Ibrahim, Ishak dan Yakub dalam kerajaan syurga. |
23427 | MAT 8:13 | Lalu Isa berkata kepada ketua tentera itu, ‘Pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan terjadi.’ Pada ketika itu juga sembuhlah hamba ketua tentera itu. |
23428 | MAT 8:14 | Isa pergi ke rumah Petrus. Dia melihat ibu mertua Petrus terbaring di katil kerana demam. |
23429 | MAT 8:15 | Apabila Isa menyentuh tangannya, serta-merta demamnya hilang. Dia pun bangun, dan melayan Isa. |
23430 | MAT 8:16 | Setelah hari petang, ramai orang yang dirasuk roh iblis dibawakan kepada Isa. Isa menghalau roh-roh iblis itu dengan sepatah kata sahaja. Dia juga menyembuhkan semua yang sakit. |
23431 | MAT 8:17 | Isa melakukan semua itu supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yasyaya: ‘Dialah yang membawa kelemahan kita dan menanggung penyakit kita.’ |
23432 | MAT 8:18 | Apabila Isa melihat orang ramai di sekeliling-Nya, dia pun menyuruh para pengikut-Nya pergi ke seberang laut itu. |
23433 | MAT 8:19 | Seorang guru Taurat mendapatkan Isa lalu berkata, ‘Tuan Guru, aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana saja.’ |
23434 | MAT 8:20 | Isa menjawab, ‘Musang ada lubangnya dan burung ada sarangnya, tetapi Putera Insan tidak ada tempat untuk berehat.’ |
23436 | MAT 8:22 | Tetapi Isa menjawab, ‘Ikutlah Aku. Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka.’ |
23437 | MAT 8:23 | Isa menaiki sebuah perahu, dan diikut oleh pengikut-pengikut-Nya. |
23438 | MAT 8:24 | Tiba-tiba badai melanda dan ombak mengganas sehingga perahu dipenuhi air. Ketika itu Isa sedang tidur. |
23439 | MAT 8:25 | Para pengikut Isa datang membangunkan-Nya. Mereka berkata, ‘Ya Junjungan, selamatkan nyawa kami semua daripada maut!’ |
23440 | MAT 8:26 | Isa menjawab, ‘Mengapakah kamu takut? Begitu tipis kepercayaanmu kepada-Ku!’ Dia pun bangun memarahi angin dan ombak itu. Serta-merta semuanya tenang sekali. |
23441 | MAT 8:27 | Para pengikut Isa tercengang lalu berkata, ‘Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya. Siapakah sebenarnya Dia ini?’ |
23442 | MAT 8:28 | Setelah tiba di seberang, di daerah Gadara, Isa didekati oleh dua orang yang dirasuk roh iblis. Mereka keluar dari gua kubur. Kedua-duanya begitu ganas sehingga orang tidak berani lalu di situ. |
23443 | MAT 8:29 | Apabila mereka melihat Isa, mereka berseru, ‘Apakah yang akan Kaulakukan kepada kami, hai Putera Allah? Adakah Engkau hendak menghukum kami sebelum sampai masanya?’ |
23445 | MAT 8:31 | Roh-roh iblis itu merayu kepada Isa, ‘Jika Engkau hendak menyuruh kami keluar, suruhlah kami masuk ke dalam tubuh babi sekawan itu.’ |
23446 | MAT 8:32 | Dan Isa memerintah roh-roh itu, ‘Pergilah’. Maka roh-roh itu pun keluar lalu memasuki babi-babi itu. Seluruh kawanan babi itu pun lari ke pinggir jurang laut lalu terjun dan mati lemas. |
23448 | MAT 8:34 | Seluruh penduduk bandar itu pun datang berjumpa dengan Isa dan memohon-Nya pergi dari situ. |
23449 | MAT 9:1 | Isa menaiki sebuah perahu lalu ke seberang, dan sampai di bandar tempat Dia tinggal. |
23450 | MAT 9:2 | Beberapa orang membawa kepada-Nya seorang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Ketika Isa menyedari betapa teguhnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Tegapkan hatimu, anak-Ku! Dosamu telah diampunkan.’ |
23452 | MAT 9:4 | Isa tahu apa yang difikirkan oleh mereka itu lalu Dia berkata, ‘Mengapa kamu fikirkan perkara sejahat itu? |
23454 | MAT 9:6 | Aku akan membuktikan kepadamu bahawa di bumi ini Putera Insan berkuasa mengampunkan dosa.’ Kemudian Isa berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Bangun, angkat tikarmu dan pulanglah.’ |
23457 | MAT 9:9 | Isa meninggalkan tempat itu. Dalam perjalanan Dia melihat seorang pemungut cukai bernama Matius sedang duduk di tempat memungut cukai. Isa berkata, ‘Ikutlah Aku’. Lalu Matius berdiri dan mengikut-Nya. |
23458 | MAT 9:10 | Ketika Isa sedang makan di rumah Matius, ramai pemungut cukai dan orang berdosa makan bersama Isa dan para pengikut-Nya. |
23459 | MAT 9:11 | Beberapa orang Farisi yang melihat perkara itu bertanya kepada para pengikut Isa, ‘Mengapa gurumu makan bersama pemungut cukai dan orang yang berdosa?’ |
23460 | MAT 9:12 | Isa terdengar pertanyaan mereka lalu menjawab, ‘Orang sihat tidak memerlukan tabib; hanya orang sakit yang memerlukannya. |
23461 | MAT 9:13 | Kajilah erti ayat ini: “Aku menghendaki belas kasihan, bukan binatang korban.” Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa.’ |