Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   J    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23233  MAT 1:20  Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, ‘Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23270  MAT 3:9  Jangan sangka kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan berkata, “Ibrahim moyang kami.” Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Ibrahim!
23281  MAT 4:3  Iblis datang kepada-Nya lalu berkata,Jika Engkau Putera Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.’
23284  MAT 4:6  Iblis berkata kepada Isa,Jika Engkau Putera Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: “Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.” ’
23285  MAT 4:7  Isa menjawab, ‘Tetapi telah tersurat:Janganlah engkau menduga Allah, Tuhanmu.” ’
23288  MAT 4:10  Jawab Isa, ‘Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: “Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya saja engkau beribadat.” ’
23316  MAT 5:13  ‘Kamu ialah garam bumi ini. Jika garam menjadi tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang.
23320  MAT 5:17  Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan tetapi untuk menunaikan segala-galanya.
23324  MAT 5:21  ‘Kamu telah mendengar ajaran daripada nenek moyang kita:Jangan membunuh. Sesiapa yang membunuh orang akan dihakimi.”
23328  MAT 5:25  ‘Berdamailah dengan orang yang hendak mendakwamu di mahkamah sewaktu kamu masih dalam perjalanan ke situ. Jika tidak, dia akan menyerahkanmu kepada hakim, kemudian hakim menyerahkanmu kepada pegawai berkenaan, yang akan memenjarakanmu.
23330  MAT 5:27  ‘Kamu telah mendengar ajaran ini:Jangan berzina.”
23332  MAT 5:29  Jika mata kananmu menyebabkan kamu berdosa, cungkil dan buangkan mata itu. Lebih baik kamu kehilangan satu bahagian tubuhmu daripada seluruh tubuhmu terhumban ke dalam neraka.
23333  MAT 5:30  Jika tangan kananmu menyebabkan kamu berdosa, potong dan buangkan tangan itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah tanganmu daripada seluruh tubuhmu masuk ke dalam neraka.
23336  MAT 5:33  ‘Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek moyang kita:Jangan melanggar sumpah. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.”
23337  MAT 5:34  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah bersumpah demi langit, kerana langit itu takhta Allah.
23338  MAT 5:35  Jangan bersumpah demi bumi, kerana bumi ini alas kaki-Nya. Atau demi Baitulmaqdis, kerana itu kota Raja Agung iaitu Allah.
23342  MAT 5:39  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu. Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya.
23343  MAT 5:40  Jika seseorang hendak mendakwamu untuk mendapatkan bajumu, berikanlah jubahmu juga.
23344  MAT 5:41  Jika sesiapa memaksamu berjalan sebatu dengannya, pergilah dua batu bersamanya.
23345  MAT 5:42  Jika seseorang meminta sesuatu daripadamu, berikanlah. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripadamu, usahlah berpaling daripadanya.
23349  MAT 5:46  Jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihimu, layakkah kamu mendapat ganjaran daripada Allah? Bukankah pemungut cukai pun berbuat demikian?
23350  MAT 5:47  Jika kamu hanya beramah mesra dengan saudara-saudara selingkungan, apakah kelebihanmu daripada orang lain? Orang yang tidak mengenal Allah pun melakukannya.
23352  MAT 6:1  ‘Ingatlah: Jangan buat kerja amal di muka umum supaya dilihat orang; kamu tidak akan mendapat ganjaran daripada Bapamu yang di syurga.
23355  MAT 6:4  Jangan siapapun mengetahuinya. Bapamu yang melihat amalmu yang tersembunyi itu akan memberikan ganjaran kepadamu.
23359  MAT 6:8  Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya.
23364  MAT 6:13  Janganlah biarkan kami tergoda, Selamatkanlah kami daripada si durjana. Engkaulah yang memiliki kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.”
23365  MAT 6:14  Jika kamu mengampuni orang yang bersalah kepadamu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga.
23370  MAT 6:19  Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di sini gegat dan karat merosakkannya serta pencuri memecah masuk untuk mencurinya.
23373  MAT 6:22  ‘Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu dipenuhi cahaya.
23374  MAT 6:23  Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu gelap. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, maka gelap-gelitalah keadaannya!
23379  MAT 6:28  Jadi, mengapakah kamu runsing tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun.
23381  MAT 6:30  Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari ini dan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberimu pakaian? Sungguh tipis kepercayaanmu kepada-Nya!
23382  MAT 6:31  Jangan runsing tentang makanan, minuman atau pakaianmu.
23386  MAT 7:1  Jangan hakimi orang lain, supaya kamu tidak dihakimi.
23391  MAT 7:6  Jangan berikan sesuatu yang suci kepada anjing, atau mutiara kepada babi, nanti dipijak-pijaknya lalu berpaling menyerangmu.
23406  MAT 7:21  ‘Tidak semua orang yang memanggil-Ku,Junjungan kami, Junjungan kami,” akan memasuki kerajaan syurga, tetapi hanya mereka yang melaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga.
23407  MAT 7:22  Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku,Junjungan kami, Junjungan kami, bukankah kami telah menyampaikan perkhabaran Allah dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?”
23420  MAT 8:6  Junjungan, hambaku sakit di rumah, terlantar di katil tidak dapat bergerak, dan amat derita.’
23422  MAT 8:8  Tetapi ketua tentera itu berkata, ‘Usahlah Junjungan datang ke rumahku. Aku tidak layak menyambut Junjungan sebagai tamu. Perintahkanlah sahaja, tentu dia akan sembuh.
23435  MAT 8:21  Seorang pengikut lain berkata,Junjungan, izinkanlah aku pulang dahulu untuk menguburkan jenazah bapaku.’
23439  MAT 8:25  Para pengikut Isa datang membangunkan-Nya. Mereka berkata, ‘Ya Junjungan, selamatkan nyawa kami semua daripada maut!’
23445  MAT 8:31  Roh-roh iblis itu merayu kepada Isa,Jika Engkau hendak menyuruh kami keluar, suruhlah kami masuk ke dalam tubuh babi sekawan itu.’
23476  MAT 9:28  Ketika Isa masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekati-Nya. Isa bertanya, ‘Percayakah kamu bahawa Aku dapat menyembuhkanmu?’ ‘Percaya, Junjungan!’ jawab mereka.
23478  MAT 9:30  Pada ketika itu juga mereka menjadi celik. Isa berpesan kepada mereka bersungguh-sungguh,Jangan ceritakan hal ini kepada siapapun.’
23491  MAT 10:5  Isa mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk demikian:Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria.
23495  MAT 10:9  Janganlah bawa wang emas, perak mahupun tembaga.
23496  MAT 10:10  Jangan bawa bekas untuk menerima sedekah, atau ganti pakaian, atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu. Seorang pekerja layak menerima apa yang diperlukannya.
23499  MAT 10:13  Jika penghuni di rumah itu layak, biarlah salam sejahteramu merestui mereka. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu.
23511  MAT 10:25  Murid haruslah berpuas hati menjadi seperti gurunya; hamba haruslah berpuas hati menjadi seperti tuannya. Jika ketua keluarga dipanggil Beelzebul, betapa lagi ahli-ahli keluarganya!
23512  MAT 10:26  Jangan takut akan manusia. Segala yang tersembunyi akan dinyatakan; setiap rahsia akan didedahkan.
23514  MAT 10:28  Jangan takut akan mereka yang hanya dapat membunuh jasad tetapi tidak berkuasa memusnahkan jiwa. Takutilah Allah yang berkuasa memusnahkan jasad dan jiwa di dalam neraka.
23520  MAT 10:34  Jangan sangka Aku datang untuk membawa damai ke dunia. Aku datang bukan untuk membawa damai ke dunia melainkan pedang.
23543  MAT 11:15  Jika kamu ada telinga, dengarlah!
23565  MAT 12:7  Ada tersurat: “Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban binatang.” Jika kamu benar-benar memahami ayat itu, tentulah tidak kamu salahkan orang yang tidak bersalah;
23566  MAT 12:8  kerana Putera Insan adalah Junjungan atas hari Sabat.
23588  MAT 12:30  Jika seseorang tidak berpihak kepada-Ku, ini bererti dia menentang-Ku. Jika seseorang tidak mengumpulkan bersama-Ku, ini bererti dia mencerai-beraikan.
23591  MAT 12:33  Jika kamu ingin mendapat buah yang baik, kamu harus mempunyai pokok yang baik. Jika pokok tidak baik, buahnya pun tidak baik. Baik tidaknya pokok diketahui daripada buahnya.
23618  MAT 13:10  Para pengikut Isa datang bertanya kepada-Nya, ‘Mengapa Junjungan bercakap kepada mereka melalui ibarat?’
23636  MAT 13:28  Jawab peladang itu, “Ini perbuatan musuh.” ‘Hamba itu bertanya, “Adakah tuan hendak kami mencabut lalang itu?”
23651  MAT 13:43  Orang yang benar akan bersinar laksana matahari dalam kerajaan Allah, Bapa mereka. Jika kamu mempunyai telinga, dengarlah!’
23687  MAT 14:21  Jumlah yang makan kira-kira lima ribu orang lelaki, belum dihitung wanita dan kanak-kanak.
23693  MAT 14:27  Isa segera berkata kepada mereka, ‘Tenanglah. Aku Isa. Jangan takut.’
23694  MAT 14:28  Petrus berkata,Junjungan, jika benar Engkau, suruhlah aku berjalan di atas air mendapatkan-Mu.’
23696  MAT 14:30  Tetapi apabila menyedari betapa kencangnya angin, Petrus berasa takut lalu mula tenggelam.Junjungan! Selamatkan aku!’ serunya.
23707  MAT 15:5  Sebaliknya kamu mengajar, Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang patut kugunakan untuk menolong ayah dan ibu, telah kupersembahkan kepada Allah,’
23714  MAT 15:12  Selepas itu para pengikut Isa mendapatkan-Nya dan berkata,Junjungan, tahukah Engkau bahawa orang Farisi tersinggung dengan kata-kata-Mu?’
23716  MAT 15:14  Jangan hiraukan orang Farisi. Mereka itu orang buta yang memimpin orang buta. Apabila orang buta memimpin orang buta, kedua-duanya masuk ke dalam parit.’
23740  MAT 15:38  Jumlah yang makan empat ribu orang lelaki; belum dikira wanita dan kanak-kanak.
23757  MAT 16:16  Simon Petrus menjawab, Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’
23763  MAT 16:22  Petrus menarik Isa ke tepi lalu menegur-Nya,Junjungan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Semua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu, Junjungan!’
23765  MAT 16:24  Kemudian Isa berkata kepada para pengikut-Nya,Jika sesiapa ingin mengikut-Ku, lupakan kepentingan diri, pikul salib dan ikut Aku.
23773  MAT 17:4  Petrus berkata kepada Isa,Junjungan, sungguh baik bagi kita berada di sini. Kalau Junjungan mahu, biar kudirikan tiga buah khemah suci; satu untuk Junjungan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Ilyas.’
23776  MAT 17:7  Isa datang menyentuh mereka sambil berkata, ‘Bangunlah. Jangan takut.’
23778  MAT 17:9  Mereka turun dari atas gunung itu. Isa mengeluarkan perintah,Jangan beritahu sesiapapun apa yang telah kamu lihat, selagi Putera Insan belum dibangkitkan daripada kematian.’
23790  MAT 17:21  Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa dan berpuasa.’
23808  MAT 18:12  ‘Bagaimana pandanganmu? Jika seseorang mempunyai seratus ekor domba dan seekor daripadanya sesat, apa yang akan dilakukannya? Tentulah dia meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor domba yang sedang merumput di bukit dan pergi mencari domba yang sesat itu.
23811  MAT 18:15  Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah mendapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan diam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya dia mahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya mendapat kembali saudaramu.
23812  MAT 18:16  Jika tidak, bawalah seorang dua bersamamu; kerana telah tersurat, “Setiap tuduhan harus disokong dengan kesaksian dua atau tiga orang saksi.”
23813  MAT 18:17  Sekiranya dia enggan menerima nasihat mereka, maklumkan hal itu kepada jemaah. Jika nasihat jemaah pun tidak diterimanya, anggaplah dia seperti orang yang tidak mengenal Allah atau pemungut cukai.
23817  MAT 18:21  Petrus datang mendapatkan Isa lalu bertanya,Junjungan, jika saudaraku berdosa terhadapku, berapa kalikah harus kuampuni dia? Sehingga tujuh kali?’
23849  MAT 19:18  Pemuda itu bertanya, ‘Hukum yang mana?’ Isa menjawab, Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu;
23852  MAT 19:21  Isa menjawab, Jika kamu ingin menjadi sempurna, jualkanlah segala harta bendamu dan sedekahkan wang itu kepada orang miskin. Kamu akan mendapat harta di syurga. Setelah itu, ikutlah Aku.’
23882  MAT 20:21  ‘Apakah permintaanmu?’ tanya Isa. Ibu itu menjawab, Junjungan berjanjilah bahawa apabila Engkau menjadi raja, kedua-dua orang anakku itu akan duduk di kiri kanan-Mu.’
23891  MAT 20:30  Dua orang buta yang duduk di tepi jalan mendengar bahawa Isa lalu di situ lalu berseru, ‘Wahai Junjungan, Anak Daud, kasihanilah kami!’
23892  MAT 20:31  Orang ramai memarahi mereka dan menyuruh mereka diam. Tetapi mereka berseru lebih lantang lagi, ‘Wahai Junjungan, Anak Daud, kasihanilah kami!’
23894  MAT 20:33  Mereka menjawab, Junjungan, kami ingin melihat!’
23898  MAT 21:3  Sekiranya ada orang berkata apa-apa, katakan kepadanya,Junjungan memerlukannya.” Dia akan terus membenarkan kedua-dua keldai itu dibawa pergi.’
23914  MAT 21:19  Dia melihat sebatang pokok ara di tepi jalan. Apabila Dia mendekatinya dan mendapati pokok itu hanya berdaun tidak berbuah, Dia berkata kepadanya,Janganlah berbuah lagi selama-lamanya.’ Serta-merta pokok itu layu dan mati.
23919  MAT 21:24  Isa menjawab, ‘Aku juga akan bertanya sesuatu kepadamu. Jika kamu memberitahu-Ku, Aku akan menyatakan kepadamu dengan kuasa apa Aku melakukan segala ini:
23958  MAT 22:17  Jadi, katakanlah pendapat-Mu kepada kami. Haruskah kita membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?’
23965  MAT 22:24  Mereka berkata, ‘Tuan Guru, ajaran Musa begini: Jika seseorang lelaki meninggal dunia tanpa anak, maka saudara lelakinya harus berkahwin dengan balunya untuk mendapatkan zuriat.
23966  MAT 22:25  Dahulu ada tujuh orang adik-beradik tinggal di sini. Yang sulung berkahwin, kemudian meninggal dunia tanpa anak. Jadi, saudara yang kedua pun berkahwin dengan balunya.
23984  MAT 22:43  ‘Kalau begitu, mengapakah Daud, ketika diilhami Roh Suci, menyebut-NyaJunjungan”? Daud berkata,
23985  MAT 22:44  “Tuhan telah berfirman kepada Junjunganku: ‘Duduklah di kanan-Ku, sehingga Kujadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.’”
23986  MAT 22:45  Jika Daud menyebut Dia yang diutus oleh Allah ituJunjungan,” bagaimana mungkin Dia itu anak Daud?’
23995  MAT 23:8  Janganlah suruh orang memanggilmu “Tuan Guru,” kerana kamu semua bersaudara dan Gurumu hanya satu.
23996  MAT 23:9  Janganlah panggil sesiapapun di dunia ini “Bapa,” kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga.
23997  MAT 23:10  Janganlah suruh orang memanggilmu “Pemimpin,” kerana pemimpinmu hanya satu, iaitu al-Masih.
24003  MAT 23:16  ‘Malanglah kamu, pemimpin yang buta! Kamu mengajar orang demikian,Jika seorang bersumpah demi rumah ibadat, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi emas di dalam rumah ibadat, dia terikat pada sumpahnya.”