23240 | MAT 2:2 | Mereka bertanya, ‘Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.’ |
23244 | MAT 2:6 | ‘Hai Baitlahim di Yudea, Kau bukanlah yang terkecil antara kota utama Yudea, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ |
23253 | MAT 2:15 | Mereka tinggal di situ hingga kematian Raja Herodes. Maka berlakulah firman Tuhan menerusi nabi-Nya: ‘Aku memanggil Putera-Ku keluar dari Mesir.’ |
23258 | MAT 2:20 | Kata malaikat itu, ‘Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel, kerana orang yang hendak meragut nyawa Anak itu telah mati.’ |
23270 | MAT 3:9 | Jangan sangka kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan berkata, “Ibrahim moyang kami.” Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Ibrahim! |
23271 | MAT 3:10 | Kapak sudah tersedia untuk menebang pokok hingga ke akar umbinya. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang dan dihumbankan ke dalam api. |
23274 | MAT 3:13 | Ketika itu Isa meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan. Di situ Dia berjumpa dengan Yahya dan meminta diimadkan olehnya. |
23278 | MAT 3:17 | Kemudian kedengaran suara Allah berfirman, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.’ |
23287 | MAT 4:9 | Kata Iblis kepada Isa, ‘Semua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.’ |
23291 | MAT 4:13 | Dia tidak tinggal di Nasaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggir laut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali. |
23297 | MAT 4:19 | Isa berkata kepada mereka, ‘Ikutlah Aku. Aku akan mengajarmu menjala manusia menjadi pengikut-Ku.’ |
23303 | MAT 4:25 | Ramai sekali orang mengikut-Nya: dari Dekapolis (bermaksud Sepuluh Kota), dari Baitulmaqdis, dari Yudea, dan dari kawasan di seberang Yordan. |
23304 | MAT 5:1 | Ketika Isa melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah para pengikut-Nya kepada-Nya. |
23314 | MAT 5:11 | ‘Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu kerana mengikut-Ku. |
23316 | MAT 5:13 | ‘Kamu ialah garam bumi ini. Jika garam menjadi tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang. |
23317 | MAT 5:14 | ‘Kamu ialah cahaya dunia ini. Kota di atas bukit tidak mungkin tersembunyi. |
23324 | MAT 5:21 | ‘Kamu telah mendengar ajaran daripada nenek moyang kita: “Jangan membunuh. Sesiapa yang membunuh orang akan dihakimi.” |
23330 | MAT 5:27 | ‘Kamu telah mendengar ajaran ini: “Jangan berzina.” |
23336 | MAT 5:33 | ‘Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek moyang kita: “Jangan melanggar sumpah. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.” |
23340 | MAT 5:37 | Katakan saja “Ya” atau “Tidak” dan kotakan kata itu. Yang lebih daripada itu datang daripada si durjana. |
23341 | MAT 5:38 | ‘Kamu telah mendengar ajaran begini: “Mata diganti dengan mata, gigi diganti dengan gigi.” |
23346 | MAT 5:43 | ‘Kamu telah mendengar ajaran berikut: “Kasihilah sahabatmu dan bencilah musuhmu.” |
23347 | MAT 5:44 | Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu. |
23358 | MAT 6:7 | Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. |
23368 | MAT 6:17 | Ketika berpuasa, basuhlah muka dan sikatlah rambutmu |
23371 | MAT 6:20 | Kumpulkan harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya serta pencuri tidak memecah masuk untuk mencurinya. |
23372 | MAT 6:21 | Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu. |
23383 | MAT 6:32 | Kerunsingan ini dialami oleh orang yang tidak mengenal Allah. Bapamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. |
23387 | MAT 7:2 | Kerana sebagaimana kamu menghakimi orang, demikian jugalah kamu akan dihakimi. Ukuran yang kamu gunakan untuk menghakimi orang lain akan digunakan Allah untuk menghakimi kamu. |
23390 | MAT 7:5 | Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak dari matamu, barulah penglihatanmu terang untuk mengeluarkan selumbar dari mata saudaramu. |
23396 | MAT 7:11 | Kamu yang berdosa pun tahu memberikan sesuatu yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan sesuatu yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya. |
23401 | MAT 7:16 | Kamu akan mengenal mereka daripada hasil perbuatan mereka. Pernahkah orang memetik buah anggur dari rimbunan berduri? Atau pernahkah buah ara dipetik dari semak berduri? |
23406 | MAT 7:21 | ‘Tidak semua orang yang memanggil-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami,” akan memasuki kerajaan syurga, tetapi hanya mereka yang melaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga. |
23407 | MAT 7:22 | Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami, bukankah kami telah menyampaikan perkhabaran Allah dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?” |
23409 | MAT 7:24 | ‘Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atas batu. |
23411 | MAT 7:26 | Sesiapa yang mendengar tetapi tidak menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. |
23419 | MAT 8:5 | Ketika Isa sampai di Kapernaum, seorang ketua tentera Rom menjumpai-Nya dan merayu kepada-Nya: |
23424 | MAT 8:10 | Isa terkagum mendengarnya lalu berkata kepada orang ramai yang mengikut-Nya, ‘Belum pernah Kutemui orang yang demikian teguh imannya, walau di Israel pun. |
23425 | MAT 8:11 | Ketahuilah! Ramai orang akan datang dari timur dan barat lalu duduk menikmati jamuan bersama Ibrahim, Ishak dan Yakub dalam kerajaan syurga. |
23438 | MAT 8:24 | Tiba-tiba badai melanda dan ombak mengganas sehingga perahu dipenuhi air. Ketika itu Isa sedang tidur. |
23440 | MAT 8:26 | Isa menjawab, ‘Mengapakah kamu takut? Begitu tipis kepercayaanmu kepada-Ku!’ Dia pun bangun memarahi angin dan ombak itu. Serta-merta semuanya tenang sekali. |
23442 | MAT 8:28 | Setelah tiba di seberang, di daerah Gadara, Isa didekati oleh dua orang yang dirasuk roh iblis. Mereka keluar dari gua kubur. Kedua-duanya begitu ganas sehingga orang tidak berani lalu di situ. |
23443 | MAT 8:29 | Apabila mereka melihat Isa, mereka berseru, ‘Apakah yang akan Kaulakukan kepada kami, hai Putera Allah? Adakah Engkau hendak menghukum kami sebelum sampai masanya?’ |
23450 | MAT 9:2 | Beberapa orang membawa kepada-Nya seorang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Ketika Isa menyedari betapa teguhnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Tegapkan hatimu, anak-Ku! Dosamu telah diampunkan.’ |
23454 | MAT 9:6 | Aku akan membuktikan kepadamu bahawa di bumi ini Putera Insan berkuasa mengampunkan dosa.’ Kemudian Isa berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Bangun, angkat tikarmu dan pulanglah.’ |
23458 | MAT 9:10 | Ketika Isa sedang makan di rumah Matius, ramai pemungut cukai dan orang berdosa makan bersama Isa dan para pengikut-Nya. |
23461 | MAT 9:13 | Kajilah erti ayat ini: “Aku menghendaki belas kasihan, bukan binatang korban.” Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa.’ |
23463 | MAT 9:15 | Isa menjawab, ‘Pada hematmu, patutkah tetamu di jamuan perkahwinan bersedih semasa pengantin lelaki masih bersama mereka? Tentu tidak. Namun akan tiba masanya pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Ketika itulah mereka akan berpuasa. |
23468 | MAT 9:20 | Ketika itu, ada seorang wanita yang telah mengidap penyakit pendarahan selama dua belas tahun. Dia mendekati Isa dari belakang lalu menyentuh hujung jubah-Nya. |
23470 | MAT 9:22 | Isa menoleh dan melihatnya lalu berkata kepadanya, ‘Tetapkanlah hatimu, anak-Ku! Kerana imanmu kamu sembuh.’ Serta-merta wanita itu sembuh. |
23472 | MAT 9:24 | Dia berkata, ‘Keluarlah kamu semua! Anak ini bukan mati, cuma tidur.’ Mereka mula mentertawakan-Nya. |
23474 | MAT 9:26 | Khabar ini tersebar ke seluruh daerah itu. |
23475 | MAT 9:27 | Ketika Isa meninggalkan tempat itu, dua orang buta mengikut-Nya sambil berseru, ‘Hai Anak Daud, kasihanilah kami!’ |
23476 | MAT 9:28 | Ketika Isa masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekati-Nya. Isa bertanya, ‘Percayakah kamu bahawa Aku dapat menyembuhkanmu?’ ‘Percaya, Junjungan!’ jawab mereka. |
23477 | MAT 9:29 | Isa pun menyentuh mata mereka sambil berkata, ‘Kerana imanmu, terjadilah seperti apa yang kamu inginkan!’ |
23482 | MAT 9:34 | Tetapi orang Farisi berkata, ‘Ketua roh iblis telah memberi Isa kuasa untuk menghalau roh-roh iblis.’ |
23485 | MAT 9:37 | Kata Isa kepada para pengikut-Nya, ‘Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir. |
23498 | MAT 10:12 | Ketika kamu masuk ke rumah itu, berilah salam. |
23504 | MAT 10:18 | Kerana-Ku, kamu akan dibawa ke hadapan penguasa dan raja sebagai saksi kepada mereka dan kepada bangsa yang tidak mengenal Allah. |
23505 | MAT 10:19 | Ketika dihakimi, janganlah runsing tentang apa yang harus kamu katakan atau bagaimana kamu harus mengatakannya. Apabila sampai saatnya, kamu akan diberitahu apa yang harus kamu katakan. |
23508 | MAT 10:22 | Setiap orang akan membencimu kerana nama-Ku. Tetapi sesiapa yang bertahan hingga akhir akan diselamatkan. |
23509 | MAT 10:23 | Apabila kamu dianiaya di sesuatu bandar, larilah ke bandar lain. Ketahuilah, Putera Insan akan datang semula sebelum kamu sempat menyampaikan ajaran-Ku di semua bandar di tanah Israel. |
23513 | MAT 10:27 | Apa yang Kukatakan kepadamu secara sulit, sampaikanlah kepada orang ramai. Apa yang dibisikkan di telingamu, umumkanlah merata-rata. |
23518 | MAT 10:32 | ‘Sesiapa mengakui-Ku di hadapan orang ramai, akan Kuakui di hadirat Bapa-Ku di syurga. |
23519 | MAT 10:33 | Sebaliknya, sesiapa yang menyangkal-Ku di hadapan orang ramai, akan Kusangkal di hadirat Bapa-Ku di syurga. |
23521 | MAT 10:35 | Dengan kedatangan-Ku, “anak lelaki melawan bapanya, anak perempuan melawan ibunya, dan menantu perempuan melawan ibu mertuanya. |
23523 | MAT 10:37 | ‘Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. |
23524 | MAT 10:38 | Sesiapa yang enggan memikul salibnya dan mengikut-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. |
23525 | MAT 10:39 | Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangannya, dan sesiapa yang kehilangan hidupnya kerana menjadi pengikut-Ku akan mendapat hidup kekal. |
23526 | MAT 10:40 | ‘Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku. |
23528 | MAT 10:42 | Ingatlah: Sesiapa yang memberi minum walau hanya air sejuk kepada seorang pengikut-Ku yang paling rendah pun kerana dia pengikut-Ku, akan menerima ganjaran.’ |
23534 | MAT 11:6 | Berbahagialah orang yang tidak meragui-Ku!’ |
23535 | MAT 11:7 | Ketika pengikut-pengikut Yahya beredar dari situ, Isa berkata kepada orang ramai tentang Yahya: ‘Apabila kamu mendapatkan Yahya di gurun, apakah yang ingin kamu lihat? Sehelai rumput mensiang yang ditiup angin? |
23536 | MAT 11:8 | Kamu ke sana hendak melihat apa? Seorang yang berpakaian mewah? Orang yang berpakaian demikian tinggal di istana. |
23537 | MAT 11:9 | Katakanlah, kamu ke situ untuk melihat apa? Seorang nabi? Benar, malah lebih daripada nabi. |
23538 | MAT 11:10 | Tentang orang itulah telah tersurat dalam ayat Kitab Suci: “Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu.” |
23539 | MAT 11:11 | ‘Sesungguhnya Aku berkata kepadamu bahawa di antara mereka yang dilahirkan oleh perempuan, belum pernah muncul seorang pun yang lebih besar daripada Yahya. Ketahuilah: Yahya Pengimad lebih utama daripada semua orang yang pernah hidup di dunia. Namun begitu, orang yang paling rendah antara yang menikmati kerajaan syurga lebih utama daripadanya. |
23541 | MAT 11:13 | Kerana semua nabi termasuk Musa dengan Taurat bernubuat hingga datangnya Yahya. |
23544 | MAT 11:16 | ‘Dengan apakah dapat Kubandingkan manusia zaman ini? Mereka ibarat anak-anak yang duduk di pasar, satu kumpulan berseru kepada yang lain: |
23545 | MAT 11:17 | “Kami memainkan seruling lagu perkahwinan untukmu, tetapi kamu enggan menari; kami menyanyi lagu ratap, tetapi kamu enggan menangis.” |
23546 | MAT 11:18 | ‘Ketika Yahya datang, dia berpuasa dan tidak minum air anggur, lalu semua orang berkata, “Dia dirasuk roh iblis!” |
23547 | MAT 11:19 | Ketika Putera Insan datang, Dia makan dan minum, lalu semua orang berkata, “Lihatlah dia ini: gelojoh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa!” Namun demikian, kebijaksanaan terbukti benar dengan perbuatannya.’ |
23549 | MAT 11:21 | ‘Malangnya kamu, hai Korazin! Malangnya kamu, hai Baitsaida! Sekiranya mukjizat-mukjizat yang Kulakukan di kalanganmu itu Kulakukan di Tirus dan Sidon, tentu sudah lama orang di situ bertaubat, dengan memakai kain guni dan membubuh abu di kepala. |
23550 | MAT 11:22 | Ketahuilah: Pada hari penghakiman itu kelak, Allah akan lebih mengasihani penduduk Tirus dan Sidon daripada kamu! |
23551 | MAT 11:23 | Kamu juga, hai Kapernaum! Ingin kamu tinggikan diri sampai ke syurga? Kamu akan dihumbankan ke neraka! Kalaulah mukjizat-mukjizat yang Kulakukan di kalanganmu itu Kulakukan di Sodom, tentu Sodom masih ada hingga kini! |