Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   L    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23277  MAT 3:16  Setelah diimadkan, Isa keluar dari air dengan segera. Lalu terbukalah langit dan dia melihat Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya.
23332  MAT 5:29  Jika mata kananmu menyebabkan kamu berdosa, cungkil dan buangkan mata itu. Lebih baik kamu kehilangan satu bahagian tubuhmu daripada seluruh tubuhmu terhumban ke dalam neraka.
23333  MAT 5:30  Jika tangan kananmu menyebabkan kamu berdosa, potong dan buangkan tangan itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah tanganmu daripada seluruh tubuhmu masuk ke dalam neraka.
23377  MAT 6:26  Lihatlah burung di udara, yang tidak menyemai, menuai atau menyimpan hasil di jelapang; namun Bapamu yang di syurga memberinya makan. Bukankah kamu lebih bernilai daripada burung?
23379  MAT 6:28  ‘Jadi, mengapakah kamu runsing tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun.
23396  MAT 7:11  Kamu yang berdosa pun tahu memberikan sesuatu yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan sesuatu yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya.
23418  MAT 8:4  Lalu Isa berkata kepadanya, ‘Dengarlah, jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada seorang imam. Selepas itu persembahkan korban sebagaimana diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka.’
23427  MAT 8:13  Lalu Isa berkata kepada ketua tentera itu, ‘Pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan terjadi.’ Pada ketika itu juga sembuhlah hamba ketua tentera itu.
23457  MAT 9:9  Isa meninggalkan tempat itu. Dalam perjalanan Dia melihat seorang pemungut cukai bernama Matius sedang duduk di tempat memungut cukai. Isa berkata, ‘Ikutlah Aku’. Lalu Matius berdiri dan mengikut-Nya.
23547  MAT 11:19  Ketika Putera Insan datang, Dia makan dan minum, lalu semua orang berkata,Lihatlah dia ini: gelojoh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa!” Namun demikian, kebijaksanaan terbukti benar dengan perbuatannya.’
23560  MAT 12:2  Apabila orang Farisi melihat perkara ini, mereka berkata kepada Isa,Lihatlah, pengikut-Mu melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!’
23646  MAT 13:38  Ladang itu dunia; benih yang baik itu orang yang menjadi umat Allah manakala lalang ialah orang yang menyebelahi si durjana.
23662  MAT 13:54  Lalu dia pulang ke kampung halamannya. Di situ Dia mengajar di saumaah. Orang yang mendengar-Nya hairan lalu bertanya, ‘Dari manakah dia mendapat kebijaksanaan begini? Dari manakah dia mendapat kuasa melakukan mukjizat?
23731  MAT 15:29  Isa beredar dari situ lalu berjalan menyusur pesisiran Laut Galilea. Setelah itu Dia mendaki sebuah bukit dan duduk di situ.
23784  MAT 17:15  Lelaki itu berkata, ‘Tuan, kasihanilah anakku! Dia mengidap sakit gila babi dan penyakitnya sungguh teruk. Seringkali dia terjatuh ke dalam air atau api.
23804  MAT 18:8  Sekiranya tangan atau kakimu menyebabkan kamu berdosa, potong dan buanglah tangan atau kaki itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah tangan atau kaki tetapi menikmati hidup kekal, daripada kamu mempunyai dua tangan dan dua kaki tetapi dihumbankan ke dalam api neraka.
23805  MAT 18:9  Sekiranya matamu menyebabkan kamu berdosa, cungkil dan buanglah mata itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah mata tetapi menikmati hidup kekal, daripada kamu memiliki dua mata tetapi dilontarkan ke dalam api neraka.
23811  MAT 18:15  ‘Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah mendapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan diam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya dia mahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya mendapat kembali saudaramu.
23897  MAT 21:2  Dia berkata, ‘Pergilah ke pekan yang di hadapan itu. Apabila kamu memasukinya, kamu akan melihat seekor keldai tertambat, serta anaknya. Lepaskan keldai itu dan bawa kedua-duanya kepada-Ku.
23962  MAT 22:21  ‘Kaisar,’ jawab mereka. Lalu Isa berkata kepada mereka, ‘Kalau begitu, berikan milik Kaisar kepada Kaisar, dan berikan milik Allah kepada Allah.’
23992  MAT 23:5  ‘Mereka melakukan sesuatu hanya untuk dilihat orang. Lihatlah betapa besarnya bekas ayat Kitab Suci yang diikatkan pada dahi dan lengan mereka, serta betapa panjangnya rumbai jubah mereka.
24028  MAT 24:2  Isa berkata kepada mereka,Lihatlah semuanya ini! Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, satu batu pun tidak akan tinggal di tempatnya; semuanya akan dirobohkan.’
24049  MAT 24:23  Pada masa itu, jika orang berkata kepadamu,Lihat, al-Masih ada di sini!” atau “Dia ada di situ!” janganlah percaya.
24052  MAT 24:26  ‘Jika orang berkata kepadamu,Lihat! Dia ada di gurun!” janganlah kamu ke sana. Dan jika mereka berkata, “Dia ada di dalam bilik!” usahlah kamu percaya.
24061  MAT 24:35  Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.
24079  MAT 25:2  Lima orang daripada mereka itu bijak manakala yang lima lagi kurang berakal.
24097  MAT 25:20  Hamba yang menerima lima keping wang emas dahulu membawakan lima keping lagi sambil berkata, “Tuan, tuan telah memberiku lima keping wang emas. Lihatlah, aku telah mendapatkan lima keping lagi dengannya.”
24099  MAT 25:22  ‘Yang telah menerima dua keping wang emas pula datang lalu berkata, “Tuan, tuan telah memberiku dua keping wang emas. Lihatlah, aku telah mendapatkan dua keping lagi dengannya.”
24102  MAT 25:25  Jadi aku takut, lalu kusorokkan wang emas tuan itu di dalam tanah. Lihat, itulah hak milik tuan.”
24147  MAT 26:24  Putera Insan memanglah harus pergi sebagaimana telah tersurat, tetapi malanglah orang yang mengkhianati-Nya! Lebih baik lagi bagi orang itu jika tidak dilahirkan.’
24168  MAT 26:45  Setelah itu Dia mendapatkan pengikut-pengikut-Nya lalu berkata, ‘Adakah kamu masih tidur dan berehat? Lihatlah, masanya telah menjelang, dan Putera Insan sedang dikhianati untuk diserahkan ke tangan orang berdosa.
24169  MAT 26:46  Bangunlah, ayuh kita pergi. Lihat, pengkhianat-Ku sudah tiba.’
24198  MAT 26:75  Lalu Petrus teringat kata-kata Isa kepadanya, ‘Sebelum ayam berkokok, engkau akan menyangkal-Ku tiga kali.’ Petrus pun keluar dari situ lalu menangis dengan amat kesalnya.
24235  MAT 27:37  Di atas kayu salib Isa mereka memaparkan tuduhan terhadap-Nya: INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI.
24271  MAT 28:7  Kemudian, segeralah pergi dan katakan kepada para pengikut-Nya bahawa Dia telah bangkit daripada kematian, dan Dia mendahului kamu ke Galilea. Di sana kamu akan melihat-Nya. Lihatlah, aku telah memberitahumu.’
24273  MAT 28:9  Dalam perjalanan, tiba-tiba Isa menemui mereka sambil berkata, ‘Salam sejahtera!’ Lalu mereka pun mendekati Isa dan memegang kaki-Nya serta menyembah-Nya.
24286  MRK 1:2  Seperti yang tersurat dalam nubuat Nabi Yasyaya:Lihatlah, Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu’
24295  MRK 1:11  Lalu kedengaran suara dari syurga: ‘Engkaulah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan.’
24296  MRK 1:12  Lantas, Roh Suci memimpin Isa ke gurun.
24300  MRK 1:16  Ketika Isa sedang berjalan di pinggir Laut Galilea, Dia terpandang dua orang nelayan, Simon dan saudaranya Andreas, sedang menjala ikan.
24323  MRK 1:39  Lalu Isa menjelajah ke serata Galilea, mengajar di saumaah dan menghalau roh-roh iblis.
24336  MRK 2:7  Lancangnya dia mengkufuri Allah! Tiada siapa boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!’
24343  MRK 2:14  Ketika Isa berjalan di situ, Dia terpandang seorang pemungut cukai bernama Lewi anak Alfeus sedang duduk di tempat kerjanya. Isa berkata kepadanya, ‘Ikutlah Aku,’ lalu Lewi bangun mengikut-Nya.
24344  MRK 2:15  Selepas itu Isa makan di rumah Lewi. Ramai pemungut cukai dan ‘orang berdosa’ mengikut Isa dan ramai antara mereka turut makan bersama Isa serta para pengikut-Nya.
24353  MRK 2:24  Sebilangan orang Farisi berkata kepada Isa,Lihatlah, para pengikutmu melanggar hukum Taurat pada hari Sabat!’
24362  MRK 3:5  Isa memandang orang di sekeliling-Nya dengan rasa marah dan amat dukacita dengan mereka yang begitu keras kepala. Lalu Dia berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, ‘Hulurkan tanganmu.’ Orang itu pun menghulurkan tangannya yang lumpuh, tangan itu terus sembuh.
24389  MRK 3:32  Pada waktu itu, orang ramai duduk di sekeliling Isa berkata kepada-Nya,Lihatlah! Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar. Mereka memanggil Engkau.’
24391  MRK 3:34  Dia memandang semua orang yang duduk di sekeliling-Nya lalu berkata,Lihat, inilah ibu dan saudara-saudara-Ku!
24401  MRK 4:9  Lalu kata-Nya, ‘Jika kamu bertelinga, dengarlah.’
24429  MRK 4:37  Lalu angin bertiup kencang dan ombak melanda perahu sehingga hampir dipenuhi air.
24434  MRK 5:1  Lalu sampailah mereka di seberang laut, di daerah Gerasa.
24442  MRK 5:9  Kemudian Isa bertanya kepadanya, ‘Siapa namamu?’ Orang itu menjawab,Legion, kerana kami ini ramai sekali.’
24464  MRK 5:31  Para pengikut-Nya berkata,Lihatlah orang berasak-asak di sekeliling Engkau. Bagaimana Engkau boleh bertanya siapa yang menyentuh-Mu?’
24470  MRK 5:37  Lalu Isa tidak membenarkan siapapun mengikut-Nya kecuali Petrus, Yakobus dan Yahya, saudara Yakobus.
24502  MRK 6:26  Lalu raja amat berdukacita, tetapi apakan daya, dia telah bersumpah di hadapan semua tetamunya.
24504  MRK 6:28  Dia membawa kepala itu di atas talam dan menyerahkannya kepada gadis itu. Lalu gadis itu menyerahkan kepala Yahya kepada ibunya.
24514  MRK 6:38  Isa bertanya, ‘Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu.’ Setelah mereka memeriksanya, mereka berkata,Lima buku roti dan dua ekor ikan.’
24517  MRK 6:41  Setelah Isa mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu, Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur. Lalu Dia memecah-mecahkan roti itu dan menyerahkannya kepada para pengikut-Nya untuk diberikan kepada orang ramai itu. Dia membahagikan juga dua ekor ikan itu kepada mereka semua.
24563  MRK 7:31  Selepas itu Isa meninggalkan daerah Tirus, meneruskan perjalanan ke Laut Galilea melalui Sidon, ke tengah-tengah daerah Sepuluh Kota.
24590  MRK 8:21  Lalu Isa berkata kepada mereka, ‘Kamu masih belum faham lagi?’
24599  MRK 8:30  Lalu Isa mengingatkan mereka supaya jangan memberitahu sesiapapun tentang diri-Nya.
24612  MRK 9:5  Lalu Petrus berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, baik sekali kami ada di sini. Biarlah kami dirikan tiga buah khemah – satu untuk-Mu, satu untuk Musa, dan satu untuk Ilyas.’
24650  MRK 9:43  Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu memasuki hidup dalam keadaan kudung sebelah tangan, daripada mempunyai dua tangan tetapi terhumban ke neraka, ke dalam api yang tidak terpadam.
24652  MRK 9:45  Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu. Lebih baik kamu memasuki hidup dalam keadaan pincang, daripada memiliki dua kaki tetapi terhumban ke neraka.
24654  MRK 9:47  ‘Jika matamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah mata itu keluar. Lebih baik kamu memasuki kerajaan Allah dengan sebelah mata sahaja, daripada memiliki dua mata tetapi terhumban ke neraka.
24682  MRK 10:25  Lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya memasuki kerajaan Allah.’
24685  MRK 10:28  Kemudian Petrus berkata kepada-Nya,Lihatlah, kami telah meninggalkan segala-galanya dan mengikut-Mu!’
24696  MRK 10:39  Mereka menjawab, ‘Sanggup.’ Lalu Isa berkata kepada mereka, ‘Memang kamu akan minum daripada cawan yang Kuminum dan diimadkan dengan pengimadan yang Kuterima.
24711  MRK 11:2  kata-Nya, ‘Pergilah ke kampung yang setentang denganmu. Sebaik-baik kamu masuk, kamu akan mendapati seekor anak keldai yang belum pernah ditunggang, tertambat di situ. Lepaskannya dan bawa ke mari.
24742  MRK 11:33  Oleh itu mereka menjawab, ‘Kami tidak tahu.’ Lalu Isa berkata, ‘Aku pun tidak akan memberitahumu dengan kekuasaan apa Aku melakukan perkara-perkara ini.’
24807  MRK 13:21  Ketika itu jika sesiapa berkata kepadamu,Lihat, al-Masih di sini!” atauLihat, Dia di sana!” janganlah kamu percaya;
24809  MRK 13:23  Berhati-hatilah. Lihat, Aku telah memberitahu semuanya kepadamu terlebih dahulu.
24817  MRK 13:31  Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap.
24844  MRK 14:21  Putera Insan memang mesti pergi, seperti yang tersurat tentang-Nya. Tetapi malanglah orang yang mengkhianati Putera Insan! Lebih baiklah baginya jika dia tidak dilahirkan ke dunia ini.’
24864  MRK 14:41  Setelah Dia datang kepada mereka bagi kali ketiga, Dia berkata, ‘Adakah kamu masih tidur dan berehat? Cukuplah! Waktunya sudah tiba. Lihat, Putera Insan sedang dikhianati dan diserahkan ke tangan orang berdosa.
24865  MRK 14:42  Bangunlah! Mari kita pergi! Lihat, pengkhianat-Ku sudah tiba!’
24887  MRK 14:64  Kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya sendiri! Apakah pendapatmu?’ Lalu mereka semua menjatuhkan hukum ke atas-Nya, bahawa Dia patut dibunuh.
24895  MRK 14:72  Ayam pun berkokok bagi kali kedua. Lalu Petrus teringat kata-kata Isa kepadanya: ‘Sebelum ayam berkokok dua kali, kamu akan menyangkal-Ku tiga kali.’ Memikirkan perkara itu, Petrus menangis.
24899  MRK 15:4  Pilatus bertanya lagi kepada-Nya, ‘Tidakkah Engkau mahu menjawab apa-apa? Lihat betapa banyaknya tuduhan mereka terhadap-Mu?’
24915  MRK 15:20  Setelah mempermain-mainkan-Nya, mereka melucutkan pakaian ungu itu dan mengenakan semula pakaian-Nya. Lalu mereka membawa-Nya untuk disalib.
24948  MRK 16:6  Tetapi dia berkata kepada mereka, ‘Jangan takut. Kamu mencari Isa orang Nasaret, yang telah disalib. Dia telah bangkit semula! Dia tidak ada di sini. Lihatlah tempat mereka baringkan jenazah-Nya.
24984  LUK 1:22  Apabila dia keluar, dia tidak dapat bertutur kepada mereka. Lalu mereka menyedari Zakaria telah nampak sesuatu di dalam rumah ibadat. Oleh sebab dia tidak dapat bertutur, dia menggunakan isyarat dengan tangannya.
24996  LUK 1:34  Lalu Maryam berkata kepada malaikat itu, ‘Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, sedangkan aku masih dara?’
25000  LUK 1:38  Maryam berkata, ‘Aku ini hamba Tuhan. Jadilah kepada aku mengikut kata-katamu itu.’ Lalu malaikat pun meninggalkannya.
25024  LUK 1:62  Lalu mereka bertanya kepada bapanya dengan menggunakan isyarat nama yang hendak diberikan kepada anaknya itu.
25063  LUK 2:21  Lapan hari kemudian, tibalah masanya untuk menyunatkan bayi itu, lalu Dia diberikan nama Isa, seperti yang dikatakan oleh malaikat sebelum Dia dikandung oleh Maryam.
25091  LUK 2:49  Lalu Isa menjawab, ‘Mengapakah ibu dan ayah mencari Aku? Tidakkah ibu dan ayah mengetahui Aku harus melakukan kerja Bapa-Ku?’
25095  LUK 3:1  Pada tahun yang kelima belas pemerintahan Kaisar Tiberius, Pontius Pilatus menjadi gabenor negeri Yudea, Herodes menjadi raja negeri Galilea dan saudaranya Filipus menjadi raja di wilayah Iturea dan Trakhonitis, Lisanias menjadi raja Abilene
25097  LUK 3:3  Lalu Yahya pergi ke seluruh daerah Sungai Yordan mengkhabarkan suatu pengimadan sebagai tanda pertaubatan yang membawa pengampunan dosa,
25118  LUK 3:24  anak Matat, anak Lewi, anak Malkhi, anak Yanai, anak Yusuf,
25123  LUK 3:29  anak Yesua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi,
25130  LUK 3:36  anak Kenan, anak Arpakhsad, anak Sem, anak Nuh, anak Lemekh,
25135  LUK 4:3  Lalu Iblis berkata kepada-Nya, ‘Jikalau Engkau Putera Allah, perintahkan batu ini supaya menjadi roti.’
25148  LUK 4:16  Kemudian, Isa kembali ke Nasaret, tempat Dia dibesarkan. Pada hari Sabat Dia pergi ke saumaah seperti kebiasaan-Nya. Lalu Dia berdiri untuk membaca Kitab Suci.
25189  LUK 5:13  Lalu Isa pun menghulurkan tangan dan menyentuhnya sambil berkata, ‘Aku mahu. Tahirlah engkau!’ Seketika itu juga, penyakit kustanya hilang.
25200  LUK 5:24  Tetapi, supaya kamu ketahui bahawa Putera Insan berkuasa di bumi ini untuk mengampunkan dosa...’ Lalu Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Aku berkata kepadamu, bangunlah, angkat tikarmu dan berjalan pulang ke rumah!’
25203  LUK 5:27  Kemudian Isa keluar dan nampak seorang pemungut cukai yang bernama Lewi sedang duduk di tempat kutipan cukai. Isa berkata kepadanya, ‘Ikutlah Aku!’
25204  LUK 5:28  Lewi bangun, meninggalkan semuanya dan mengikut Isa.
25205  LUK 5:29  Lewi menyediakan satu jamuan besar untuk Isa di rumahnya. Ada ramai pemungut cukai dan orang lain yang turut duduk bersama mereka.
25270  LUK 7:6  Lalu Isa pun pergi bersama mereka. Tatkala Dia tidak berapa jauh dari rumah, ketua tentera itu menyuruh beberapa orang sahabat memberitahu Isa, ‘Tuan, tak usah Tuan menyusahkan diri ke rumah aku kerana aku tidak layak.