23216 | MAT 1:3 | Yudah beroleh Peres dan Zerah daripada isterinya Tamar, Peres beroleh Hezron, dan Hezron beroleh Ram. |
23244 | MAT 2:6 | ‘Hai Baitlahim di Yudea, Kau bukanlah yang terkecil antara kota utama Yudea, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ |
23246 | MAT 2:8 | Raja Herodes menyuruh ahli-ahli ilmu bintang pergi ke Baitlahim dengan perintah demikian: ‘Pergilah dan carilah Anak itu sedaya upaya. Apabila kamu menjumpai-Nya beritahulah aku, supaya aku juga dapat pergi menyembah-Nya.’ |
23252 | MAT 2:14 | Yusuf pun bangun. Pada malam itu juga dia membawa Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. |
23253 | MAT 2:15 | Mereka tinggal di situ hingga kematian Raja Herodes. Maka berlakulah firman Tuhan menerusi nabi-Nya: ‘Aku memanggil Putera-Ku keluar dari Mesir.’ |
23262 | MAT 3:1 | Pada masa itu Yahya Pengimad menyampaikan berita ini di gurun di Yudea. |
23265 | MAT 3:4 | Pakaian Yahya diperbuat daripada bulu unta dan tali pinggangnya daripada kulit. Makanannya belalang dan madu gurun. |
23278 | MAT 3:17 | Kemudian kedengaran suara Allah berfirman, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.’ |
23281 | MAT 4:3 | Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, ‘Jika Engkau Putera Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.’ |
23284 | MAT 4:6 | Iblis berkata kepada Isa, ‘Jika Engkau Putera Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: “Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.” ’ |
23296 | MAT 4:18 | Sedang Isa berjalan di pinggir laut Galilea, Dia terpandang dua orang nelayan iaitu Simon, yang juga dipanggil Petrus, dan adiknya Andreas, sedang menjala ikan. |
23401 | MAT 7:16 | Kamu akan mengenal mereka daripada hasil perbuatan mereka. Pernahkah orang memetik buah anggur dari rimbunan berduri? Atau pernahkah buah ara dipetik dari semak berduri? |
23402 | MAT 7:17 | Pokok yang subur menghasilkan buah yang baik manakala pokok yang tidak subur menghasilkan buah yang tidak baik. |
23403 | MAT 7:18 | Pokok yang subur tidak mungkin menghasilkan buah yang tidak baik dan pokok yang tidak subur tidak mungkin menghasilkan buah yang baik. |
23407 | MAT 7:22 | Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami, bukankah kami telah menyampaikan perkhabaran Allah dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?” |
23408 | MAT 7:23 | Tetapi aku akan menjawab, “Aku tidak mengenalmu. Pergilah dari sini, hai kamu yang mungkar.” |
23417 | MAT 8:3 | Isa menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh orang itu sambil berkata, ‘Aku rela. Sembuhlah!’ Pada saat itu juga penyakitnya hilang. |
23418 | MAT 8:4 | Lalu Isa berkata kepadanya, ‘Dengarlah, jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada seorang imam. Selepas itu persembahkan korban sebagaimana diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka.’ |
23422 | MAT 8:8 | Tetapi ketua tentera itu berkata, ‘Usahlah Junjungan datang ke rumahku. Aku tidak layak menyambut Junjungan sebagai tamu. Perintahkanlah sahaja, tentu dia akan sembuh. |
23423 | MAT 8:9 | Aku juga di bawah perintah pegawai atasan tentera, dan ada askar di bawah tanganku. Apabila aku menyuruh seorang askar, “Pergi!” dia pun pergi. Apabila aku menyuruh askar lain, “Mari!” dia pun datang. Apabila aku menyuruh hambaku, “Buat ini!” dia melakukannya.’ |
23427 | MAT 8:13 | Lalu Isa berkata kepada ketua tentera itu, ‘Pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan terjadi.’ Pada ketika itu juga sembuhlah hamba ketua tentera itu. |
23428 | MAT 8:14 | Isa pergi ke rumah Petrus. Dia melihat ibu mertua Petrus terbaring di katil kerana demam. |
23434 | MAT 8:20 | Isa menjawab, ‘Musang ada lubangnya dan burung ada sarangnya, tetapi Putera Insan tidak ada tempat untuk berehat.’ |
23439 | MAT 8:25 | Para pengikut Isa datang membangunkan-Nya. Mereka berkata, ‘Ya Junjungan, selamatkan nyawa kami semua daripada maut!’ |
23441 | MAT 8:27 | Para pengikut Isa tercengang lalu berkata, ‘Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya. Siapakah sebenarnya Dia ini?’ |
23443 | MAT 8:29 | Apabila mereka melihat Isa, mereka berseru, ‘Apakah yang akan Kaulakukan kepada kami, hai Putera Allah? Adakah Engkau hendak menghukum kami sebelum sampai masanya?’ |
23446 | MAT 8:32 | Dan Isa memerintah roh-roh itu, ‘Pergilah’. Maka roh-roh itu pun keluar lalu memasuki babi-babi itu. Seluruh kawanan babi itu pun lari ke pinggir jurang laut lalu terjun dan mati lemas. |
23447 | MAT 8:33 | Penjaga-penjaga babi itu lari ke bandar lalu menceritakan hal itu serta apa yang telah terjadi kepada kedua-dua orang yang dirasuk roh iblis itu. |
23454 | MAT 9:6 | Aku akan membuktikan kepadamu bahawa di bumi ini Putera Insan berkuasa mengampunkan dosa.’ Kemudian Isa berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Bangun, angkat tikarmu dan pulanglah.’ |
23462 | MAT 9:14 | Selepas itu para pengikut Yahya Pengimad mendapatkan Isa lalu bertanya, ‘Mengapakah kami dan orang Farisi sering berpuasa tetapi para pengikut-Mu tidak berpuasa?’ |
23463 | MAT 9:15 | Isa menjawab, ‘Pada hematmu, patutkah tetamu di jamuan perkahwinan bersedih semasa pengantin lelaki masih bersama mereka? Tentu tidak. Namun akan tiba masanya pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Ketika itulah mereka akan berpuasa. |
23466 | MAT 9:18 | Sedang Isa berkata-kata dengan para pengikut Yahya Pengimad, seorang ketua saumaah bersujud di hadapan-Nya lalu berkata, ‘Anak perempuanku baru meninggal dunia. Datanglah, letakkan tangan-Mu di atasnya supaya dia hidup kembali.’ |
23476 | MAT 9:28 | Ketika Isa masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekati-Nya. Isa bertanya, ‘Percayakah kamu bahawa Aku dapat menyembuhkanmu?’ ‘Percaya, Junjungan!’ jawab mereka. |
23478 | MAT 9:30 | Pada ketika itu juga mereka menjadi celik. Isa berpesan kepada mereka bersungguh-sungguh, ‘Jangan ceritakan hal ini kepada siapapun.’ |
23488 | MAT 10:2 | Dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yahya, iaitu anak-anak Zebedeus; |
23490 | MAT 10:4 | Simon orang Patriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Isa. |
23492 | MAT 10:6 | Pergilah kepada domba-domba sesat antara bani Israel. |
23493 | MAT 10:7 | Pergilah dan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat. |
23509 | MAT 10:23 | Apabila kamu dianiaya di sesuatu bandar, larilah ke bandar lain. Ketahuilah, Putera Insan akan datang semula sebelum kamu sempat menyampaikan ajaran-Ku di semua bandar di tanah Israel. |
23530 | MAT 11:2 | Yahya Pengimad yang meringkuk di penjara mendengar tentang apa yang dilakukan oleh al-Masih. Yahya pun menyuruh beberapa orang pengikutnya untuk pergi berjumpa Isa. |
23532 | MAT 11:4 | Isa menjawab, ‘Pulanglah, beritahu Yahya segala yang kamu dengar dan lihat: |
23539 | MAT 11:11 | ‘Sesungguhnya Aku berkata kepadamu bahawa di antara mereka yang dilahirkan oleh perempuan, belum pernah muncul seorang pun yang lebih besar daripada Yahya. Ketahuilah: Yahya Pengimad lebih utama daripada semua orang yang pernah hidup di dunia. Namun begitu, orang yang paling rendah antara yang menikmati kerajaan syurga lebih utama daripadanya. |
23540 | MAT 11:12 | Sejak kedatangan Yahya Pengimad hinggalah ke hari ini, kerajaan syurga telah diserang oleh orang yang ingin menguasainya melalui kekerasan dan keganasan, dan orang yang ganas berusaha menguasainya dengan kekerasan. |
23547 | MAT 11:19 | Ketika Putera Insan datang, Dia makan dan minum, lalu semua orang berkata, “Lihatlah dia ini: gelojoh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa!” Namun demikian, kebijaksanaan terbukti benar dengan perbuatannya.’ |
23550 | MAT 11:22 | Ketahuilah: Pada hari penghakiman itu kelak, Allah akan lebih mengasihani penduduk Tirus dan Sidon daripada kamu! |
23555 | MAT 11:27 | ‘Bapa-Ku telah menyerahkan segala-galanya kepada-Ku. Tiada yang mengenal Putera kecuali Bapa, dan tiada yang mengenal Bapa kecuali Putera dan orang yang diberitahu oleh Putera tentang Bapa. |
23558 | MAT 11:30 | Perintah yang Kuberi kepadamu mudah diturut, dan beban yang Kuberi mudah dipikul.’ |
23559 | MAT 12:1 | Pada suatu hari Sabat, Isa berjalan melalui ladang gandum. Para pengikut-Nya lapar lalu memetik dan memakan gandum. |
23566 | MAT 12:8 | kerana Putera Insan adalah Junjungan atas hari Sabat. |
23578 | MAT 12:20 | Buluh yang halus terkulai tidak akan dipatahkan-Nya, Pelita yang malap tidak akan dipadamkan-Nya, Dia akan berjuang sehingga tercapai keadilan, |
23590 | MAT 12:32 | Orang yang menentang Putera Insan dengan kata-katanya dapat diampuni, tetapi mereka yang menghina Roh Suci tidak dapat diampuni, baik di dunia mahupun di akhirat. |
23594 | MAT 12:36 | Aku berkata kepadamu: Pada hari penghakiman, setiap orang harus mempertanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya dituturkan. |
23598 | MAT 12:40 | Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut ikan besar, begitu jugalah Putera Insan akan tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut bumi. |
23599 | MAT 12:41 | Pada hari akhir, penduduk Niniwe akan bangkit bersama kamu, orang zaman ini. Mereka akan menuduhmu, kerana apabila mereka mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Yunus, mereka telah bertaubat; sedangkan kamu tidak, pada hal di hadapanmu sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus. |
23600 | MAT 12:42 | Pada hari akhir, Ratu Syeba dari Selatan akan bangkit bersama kamu, orang zaman ini. Ratu itu akan menuduhmu, kerana dia telah datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran Raja Sulaiman yang bijaksana; sedangkan kamu tidak mendengar ajaran daripada yang ada di hadapanmu sekarang dan yang lebih besar daripada Raja Sulaiman. |
23609 | MAT 13:1 | Pada hari itu juga, Isa keluar dari rumah lalu duduk di tepi laut. |
23618 | MAT 13:10 | Para pengikut Isa datang bertanya kepada-Nya, ‘Mengapa Junjungan bercakap kepada mereka melalui ibarat?’ |
23633 | MAT 13:25 | Pada waktu malam apabila semua orang sedang tidur, musuhnya datang menanam lalang di antara gandum itu. |
23644 | MAT 13:36 | Selepas itu Isa meninggalkan orang ramai lalu masuk ke rumah. Pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya lalu berkata, ‘Terangkanlah kepada kami maksud ibarat lalang di antara gandum itu.’ |
23645 | MAT 13:37 | Isa berkata, ‘Orang yang menabur benih baik itu Putera Insan. |
23649 | MAT 13:41 | Putera Insan akan memerintahkan malaikat-Nya mengumpulkan semua di kalangan umat-Nya yang melakukan kejahatan dan yang menyebabkan orang berdosa. |
23667 | MAT 14:1 | Pada masa itu Herodes, raja wilayah, mendengar tentang Isa. |
23668 | MAT 14:2 | Herodes berkata kepada orang di bawahnya, ‘Ini tentu Yahya Pengimad. Dia telah bangkit daripada kematian! Sebab itulah dia ada kuasa melakukan mukjizat.’ |
23672 | MAT 14:6 | Pada hari jadi Herodes, anak perempuan Herodias menari di hadapan majlis. |
23674 | MAT 14:8 | Disuruh oleh ibunya, gadis itu memohon kepala Yahya Pengimad di atas talam pada waktu itu juga. |
23694 | MAT 14:28 | Petrus berkata, ‘Junjungan, jika benar Engkau, suruhlah aku berjalan di atas air mendapatkan-Mu.’ |
23695 | MAT 14:29 | ‘Marilah,’ sahut Isa. Petrus turun dari perahu dan mula berjalan di atas air ke arah Isa. |
23696 | MAT 14:30 | Tetapi apabila menyedari betapa kencangnya angin, Petrus berasa takut lalu mula tenggelam. ‘Junjungan! Selamatkan aku!’ serunya. |
23699 | MAT 14:33 | Selepas itu para pengikut Isa yang di dalam perahu menyembah-Nya sambil berkata, ‘Sesungguhnya Engkaulah Putera Allah!’ |
23717 | MAT 15:15 | Petrus berkata, ‘Terangkanlah maksud ibarat tadi kepada kami.’ |
23725 | MAT 15:23 | Isa diam tidak menjawab. Para pengikut-Nya memohon kepada-Nya, ‘Suruhlah wanita itu pergi. Dia mengikut kita meraung-raung.’ |
23735 | MAT 15:33 | Para pengikut-Nya berkata, ‘Di manakah dapat kami cari makanan yang cukup untuk orang seramai itu sedangkan kawasan ini terpencil?’ |
23744 | MAT 16:3 | Pada waktu pagi, kamu berkata, “Cuaca buruk nanti, kerana langit merah mengancam.” Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat alamat-alamat di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami alamat-alamat zaman ini. |
23754 | MAT 16:13 | Isa pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Menurut kata orang, siapakah Putera Insan ini?’ |
23755 | MAT 16:14 | Mereka menjawab, ‘Ada yang berkata Yahya Pengimad; ada yang berkata Ilyas; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain.’ |
23757 | MAT 16:16 | Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’ |
23759 | MAT 16:18 | Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu inilah akan Kubina jemaah-Ku. Maut pun tidak dapat merobohkannya. |
23763 | MAT 16:22 | Petrus menarik Isa ke tepi lalu menegur-Nya, ‘Junjungan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Semua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu, Junjungan!’ |
23764 | MAT 16:23 | Isa berpaling sambil berkata kepada Petrus, ‘Pergilah dari sini, Iblis! Engkau menyakitkan hati-Ku kerana fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!’ |
23768 | MAT 16:27 | Sudah hampir waktunya Putera Insan datang bersama para malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia akan memberi balasan kepada setiap orang menurut perbuatannya. |
23769 | MAT 16:28 | Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, beberapa orang di sini tidak akan menemui maut sebelum melihat Putera Insan datang sebagai Raja.’ |
23770 | MAT 17:1 | Enam hari selepas itu, Isa membawa Petrus, Yakobus dan Yahya, saudara Yakobus, pergi bersunyi di atas sebuah gunung yang tinggi. |
23773 | MAT 17:4 | Petrus berkata kepada Isa, ‘Junjungan, sungguh baik bagi kita berada di sini. Kalau Junjungan mahu, biar kudirikan tiga buah khemah suci; satu untuk Junjungan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Ilyas.’ |
23774 | MAT 17:5 | Sedang Petrus berkata-kata, segumpal awan yang bersinar-sinar meliputi mereka. Dari awan itu kedengaran suara berkata, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-Nya!’ |
23778 | MAT 17:9 | Mereka turun dari atas gunung itu. Isa mengeluarkan perintah, ‘Jangan beritahu sesiapapun apa yang telah kamu lihat, selagi Putera Insan belum dibangkitkan daripada kematian.’ |
23779 | MAT 17:10 | Para pengikut Isa bertanya kepada-Nya, ‘Mengapakah guru Taurat berkata Ilyas mesti datang dulu?’ |
23781 | MAT 17:12 | Tetapi sesungguhnya Aku berkata kepadamu, Ilyas sudahpun datang tetapi orang tidak mengenalnya. Mereka berbuat sesuka hati kepadanya. Begitulah mereka akan lakukan kepada Putera Insan.’ |
23782 | MAT 17:13 | Ketika itu barulah para pengikut Isa faham bahawa yang dimaksudkan-Nya ialah Yahya Pengimad. |
23788 | MAT 17:19 | Para pengikut Isa mendapatkan-Nya dan bertanya ketika tiada orang lain di situ, ‘Mengapakah kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?’ |
23791 | MAT 17:22 | Ketika semua pengikut Isa berhimpun di Galilea, Isa berkata kepada mereka, ‘Putera Insan akan diserahkan kepada manusia. |
23793 | MAT 17:24 | Apabila Isa dan para pengikut-Nya sampai di Kapernaum, pemungut-pemungut cukai rumah ibadat datang kepada Petrus lalu bertanya, ‘Adakah gurumu membayar cukai rumah ibadat?’ |
23794 | MAT 17:25 | Petrus menjawab, ‘Tentu sekali.’ Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat berkata apa-apa, Isa bertanya, ‘Simon, bagaimana pandanganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memungut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?’ |