23675 | MAT 14:9 | Walaupun dengan berat hati, Herodes terpaksa menunaikan permintaan itu kerana telah bersumpah di hadapan majlisnya. |
23724 | MAT 15:22 | Seorang wanita Kanaan yang tinggal di situ datang mendapatkan Isa sambil berseru, ‘Wahai Tuan, Anak Daud! Kasihanilah aku! Anak perempuanku dirasuk roh iblis, dan menderita!’ |
23727 | MAT 15:25 | Wanita itu mendekati Isa dan menyembah-Nya sambil berkata, ‘Tuan, tolonglah aku.’ |
23771 | MAT 17:2 | Apabila mereka memandang Isa, mereka mendapati-Nya berubah: Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan. |
23891 | MAT 20:30 | Dua orang buta yang duduk di tepi jalan mendengar bahawa Isa lalu di situ lalu berseru, ‘Wahai Junjungan, Anak Daud, kasihanilah kami!’ |
23892 | MAT 20:31 | Orang ramai memarahi mereka dan menyuruh mereka diam. Tetapi mereka berseru lebih lantang lagi, ‘Wahai Junjungan, Anak Daud, kasihanilah kami!’ |
24030 | MAT 24:4 | Isa menjawab, ‘Waspadalah, jangan terpedaya. |
24111 | MAT 25:34 | ‘Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, “Marilah, kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disediakan untukmu sejak dunia dicipta. |
24267 | MAT 28:3 | Wajahnya laksana kilat dan pakaiannya seputih salji. |
24460 | MRK 5:27 | Wanita itu telah banyak mendengar tentang Isa. Oleh itu, dia masuk ke tengah-tengah orang ramai itu dan mendekati Isa dari belakang lalu menyentuh jubah-Nya. |
24466 | MRK 5:33 | Wanita itu mengetahui apa yang telah terjadi kepada dirinya. Dia gementar ketakutan, lalu tampil dan sujud kepada Isa serta menceritakan segala-galanya. |
24558 | MRK 7:26 | Wanita itu seorang Yunani, dia berasal dari daerah Fenisia di Siria. Dia memohon Isa menghalau roh iblis yang merasuk anaknya. |
24674 | MRK 10:17 | Ketika Dia sedang melangkah ke jalan, seorang datang berlari-lari, berlutut kepada-Nya dan bertanya, ‘Wahai Guru yang baik, apakah yang harus kulakukan untuk mewarisi hidup kekal?’ |
24756 | MRK 12:14 | Orang yang dihantar itu berkata kepada-Nya, ‘Tuan Guru, kami tahu bahawa Engkau jujur, tidak peduli akan pendapat orang. Engkau tidak pilih kasih, hanya mengajar jalan Allah dengan mengatakan apa yang benar. Wajarkah kita membayar cukai kepada Kaisar Rom, atau tidak? |
24864 | MRK 14:41 | Setelah Dia datang kepada mereka bagi kali ketiga, Dia berkata, ‘Adakah kamu masih tidur dan berehat? Cukuplah! Waktunya sudah tiba. Lihat, Putera Insan sedang dikhianati dan diserahkan ke tangan orang berdosa. |
25761 | LUK 18:4 | ‘Sekian lama hakim itu menolak tuntutannya, tetapi akhirnya dia berkata dalam hatinya, ‘Walaupun aku tidak takut akan Allah dan tidak pedulikan sesiapapun, |
26055 | LUK 23:51 | Walaupun seorang anggota Majlis Agama, dia tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan majlis itu. |
26152 | JHN 1:39 | ‘Marilah lihat,’ kata Isa. Mereka terus mengikut-Nya dan melihat tempat tinggal-Nya. Waktu itu kira-kira pukul empat. Mereka pun tinggal bersama Isa pada hari itu. |
26231 | JHN 4:6 | Di situ ada sebuah perigi Yakub. Oleh sebab berasa letih setelah berjalan jauh, Isa duduk berehat di tepi perigi itu. Waktu itu kira-kira jam yang keenam. |
26464 | JHN 8:14 | Isa menjawab, ‘Walaupun Aku memberi kesaksian tentang diri-Ku sendiri, kesaksian-Ku benar, kerana Aku tahu dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi, sedangkan kamu tidak tahu dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi. |
26586 | JHN 10:36 | bagaimana dengan Dia yang telah disucikan dan diutus ke dunia oleh Bapa? Wajarkah kamu katakan Aku mengkufuri Allah kerana Aku berkata, “Aku Putera Allah”? |
26664 | JHN 12:15 | ‘Janganlah takut. Wahai puteri Sion; lihatlah Rajamu datang menunggang seekor keldai muda!’ |
26978 | JHN 21:11 | Simon Petrus pergi ke perahu lalu menyeret jala ke darat. Walaupun sarat dengan ikan yang besar-besar, 153 ekor semuanya, namun jala itu tidak koyak. |
27003 | ACT 1:11 | Orang itu berkata, ‘Wahai orang Galilea, mengapa kamu berdiri memandang ke langit? Sebagaimana Isa telah diangkat ke syurga dari kalanganmu, begitu jugalah Dia datang kelak.’ |
27110 | ACT 4:19 | Tetapi Petrus dan Yahya menjawab, ‘Wajarkah pada pandangan Allah jika kami mendengar katamu lebih daripada mendengar kata Allah? Timbangkanlah, |
27141 | ACT 5:13 | Walaupun orang lain tidak berani menyertai mereka, namun orang ramai sangat menghormati mereka. |
27459 | ACT 13:28 | Walaupun mereka tidak ada apa-apa asas untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada Isa, mereka mendesak Pilatus menjatuhkan hukuman itu ke atas-Nya. |
28019 | ROM 1:21 | Walaupun mereka telah mengenal Allah, tetapi mereka tidak memuliakan-Nya dan tidak memuji-Nya dengan syukur, sebaliknya mereka memikirkan yang sia-sia dan jiwa mereka yang tolol diliputi kegelapan. |
28033 | ROM 2:3 | Wahai manusia, apabila kamu menghakimi orang yang mengamalkan perkara demikian sedangkan kamu sendiri melakukannya juga, adakah kamu sangka kamu akan terlepas daripada hukuman Allah? |
28250 | ROM 9:27 | Yasyaya juga telah berseru tentang umat Israel: ‘Walaupun bilangan anak Israel seperti pasir di tepi laut, hanya segelintir baki akan diselamatkan. |
28516 | 1CO 4:15 | Walaupun kamu mungkin mempunyai sepuluh ribu orang pengasuh dalam Isa al-Masih, bapamu tidaklah ramai. Ini kerana dalam al-Masih, aku seperti bapamu yang telah membawa Injil kepadamu. |
28525 | 1CO 5:3 | Walaupun pada lahirnya aku jauh daripadamu, namun pada batinnya aku bersamamu. Aku pun sudah menjatuhkan hukuman atas orang yang melakukan perbuatan itu seolah-olah aku berada di tengah-tengah kamu. |
28571 | 1CO 7:16 | Wahai isteri yang beriman, bagaimana kamu boleh pasti bahawa kamu tidak akan dapat menyelamatkan suamimu? Demikian juga, wahai suami yang beriman, bagaimana kamu boleh pasti bahawa kamu tidak akan dapat menyelamatkan isterimu? |
28600 | 1CO 8:5 | Walaupun ramai yang dipanggil dewa dan junjungan, di syurga dan di bumi, |
28614 | 1CO 9:6 | Wajarkah aku dan Barnabas sahaja mencari nafkah sendiri? |
28652 | 1CO 10:17 | Walaupun kita ramai, kita semua merupakan satu tubuh, kerana kita makan roti yang satu itu bersama-sama. |
28679 | 1CO 11:11 | Walau bagaimanapun, lelaki dan wanita saling bergantung, di bawah kuasa Tuhan. |
28681 | 1CO 11:13 | Timbangkanlah sendiri. Wajarkah seorang wanita berdoa kepada Allah dengan tidak bertudung kepala? |
28943 | 2CO 4:16 | Dengan demikian, kami tidak tawar hati. Walaupun manusia lahiriah kami kian merosot, namun manusia batiniah kami diperbaharui setiap hari. |
28977 | 2CO 6:11 | Wahai orang Korintus! Kami telah bercakap terus-terang kepadamu, hati kami terbuka luas. |
28992 | 2CO 7:8 | Walaupun aku telah menyedihkanmu dengan surat yang kukirim, aku tidak menyesal. Pada suatu ketika memang aku menyesal, kerana jelas sekali surat itu telah menyedihkanmu, biarpun untuk beberapa detik. |
29002 | 2CO 8:2 | Sungguhpun mereka banyak diuji dengan kesusahan, namun kegembiraan mereka melimpah. Walaupun mereka sangat miskin, mereka kaya dalam kemurahan hati. |
29042 | 2CO 10:3 | Walaupun kami hidup di dunia, kami tidaklah berjuang secara duniawi. |
29096 | 2CO 12:6 | Walaupun jikanya aku ingin berbangga, aku bukanlah bodoh, kerana aku menyatakan yang benar. Tetapi aku tidak akan melakukannya, supaya jangan ada orang yang menilaiku lebih tinggi daripada yang dilihatnya tentangku dan yang didengarnya daripadaku. |
29106 | 2CO 12:16 | Walau bagaimanapun, aku tidak membebanimu. Namun demikian, aku dikatakan pandai memperdaya dan menawanmu dengan tipu helah! |
29170 | GAL 3:1 | Wahai orang Galatia yang tidak berakal! Siapakah yang telah menyihirkan kamu sedangkan di hadapan matamu Isa al-Masih telah jelas ditunjukkan tersalib? |
29184 | GAL 3:15 | Saudara-saudara, aku hendak menggunakan contoh daripada hidup sehari-hari. Walaupun suatu perjanjian hanya antara manusia, namun setelah ditetapkan, tiada siapa harus memansuhkannya atau menolak-tambah padanya, begitulah juga hal ini. |
29228 | GAL 4:30 | Walau bagaimanapun, apakah yang dikatakan dalam Kitab Suci? ‘Singkirkan hamba perempuan itu dengan anaknya, kerana anak kepada hamba perempuan itu tidak akan menjadi waris bersama anak kepada perempuan merdeka.’ |
29404 | EPH 5:33 | Walau bagaimanapun, setiap orang daripada kamu hendaklah mengasihi isterinya seperti dirinya sendiri, dan isteri hendaklah menghormati suaminya. |
29435 | PHP 1:7 | Wajarlah aku memikirkan demikian tentang kamu semua kerana kamu sentiasa dalam hatiku. Kamu telah mendapat kasih kurnia Allah bersamaku, baik dalam hal aku dipenjarakan ini mahupun dalam mempertahankan dan meneguhkan Injil. |
29446 | PHP 1:18 | Oleh itu, bagaimana pula? Hal itu, bagiku tidak penting. Walau dengan apa cara sekalipun, baik berpura-pura mahupun ikhlas, al-Masih sedang diberitakan. Dan kerana ini aku bersukacita dan akan terus bersukacita. |
29475 | PHP 2:17 | Walaupun sekiranya aku dicurahkan seperti minuman yang dipersembahkan sebagai korban dan khidmat imanmu, aku berbahagia dan bersukacita bersama kamu semua. |
29633 | 1TH 1:6 | Kamu mengikut teladan kami dan teladan Junjungan. Walaupun kamu banyak menanggung kesengsaraan, namun kamu menyambut khabar itu dengan sukacita yang datang daripada Roh Suci. |
29639 | 1TH 2:2 | Kamu tahu bahawa kami telah dianiaya dan telah dihina di Filipi. Walaupun kami telah ditentang tetapi dengan pertolongan Allah Tuhan kita, kami beroleh keberanian untuk menyampaikan Injil-Nya kepadamu. |
29643 | 1TH 2:6 | Kami juga tidak berusaha mendapatkan pujian manusia baik daripada kamu mahupun orang lain. Walaupun sebagai rasul al-Masih kami memang boleh menuntut sesuatu daripadamu, |
29798 | 1TI 2:15 | Walaupun demikian, perempuan akan diselamatkan dengan melahirkan anak jika mereka tetap dalam iman, kasih, dan kesucian dengan penguasaan diri. |
29875 | 1TI 6:20 | Wahai Timotius, jagalah apa yang telah diamanahkan kepadamu. Jauhi bebelan dan pertengkaran yang bercorak duniawi serta sia-sia, kononnya atas nama ilmu pengetahuan; |
30189 | HEB 9:17 | Wasiat berkuatkuasa selepas kematian seseorang, kerana langsung tiada kuasanya selagi pewasiat masih hidup. |
30410 | JAS 4:6 | Walaupun demikian, kasih kurnia yang dianugerahkan oleh Allah lebih kuat, maka tersurat di dalam Kitab Suci: ‘Allah menentang orang yang angkuh tetapi menganugerahi orang yang rendah hati.’ |
30781 | REV 1:16 | Tangan kanan-Nya memegang tujuh bintang dan dari mulut-Nya keluar sebilah pedang mata dua yang tajam. Wajah-Nya bersinar-sinar laksana matahari pada waktu tengah hari. |
30930 | REV 10:1 | Setelah itu aku melihat satu lagi malaikat yang gagah perkasa turun dari syurga, tubuhnya diliputi awan dan kepalanya dilingkari pelangi. Wajahnya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api. |