Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   Y    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23215  MAT 1:2  Ibrahim beroleh anak yang dinamai Ishak, Ishak beroleh Yakub, dan Yakub beroleh Yudah serta saudara-saudaranya.
23216  MAT 1:3  Yudah beroleh Peres dan Zerah daripada isterinya Tamar, Peres beroleh Hezron, dan Hezron beroleh Ram.
23221  MAT 1:8  Asa beroleh Yosafat, Yosafat beroleh Yoram, dan Yoram beroleh Uzia.
23222  MAT 1:9  Uzia beroleh Yotam, Yotam beroleh Ahaz, dan Ahaz beroleh Hizkia.
23223  MAT 1:10  Hizkia beroleh Manasye, Manasye beroleh Amon, dan Amon beroleh Yosia.
23224  MAT 1:11  Yosia beroleh Yoyakhin dan saudara-saudaranya sekitar masa mereka dibawa sebagai tawanan di Babel.
23225  MAT 1:12  Seterusnya, Yoyakhin beroleh Sealtiel, dan Sealtiel beroleh Zerubabel.
23228  MAT 1:15  Eliud beroleh Eleazar, Eleazar beroleh Matan, dan Matan beroleh Yakub.
23229  MAT 1:16  Maka Yakub beroleh Yusuf, suami Maryam, Maryamlah yang melahirkan Isa yang dipanggil al-Masih.
23231  MAT 1:18  Inilah kisah kelahiran Isa al-Masih: Ibu-Nya, Maryam bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, Maryam mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23232  MAT 1:19  Yusuf, seorang yang takwa dan berakhlak, tidak mahu memalukan Maryam di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam.
23233  MAT 1:20  Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, ‘Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23237  MAT 1:24  Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yang disampaikan oleh malaikat Tuhan itu lalu berkahwin dengan Maryam.
23238  MAT 1:25  Tetapi Yusuf tidak menyentuh Maryam sebagai isterinya hinggalah Maryam melahirkan Anak itu. Yusuf menamai Anak itu Isa.
23239  MAT 2:1  Isa dilahirkan di Baitlahim, Yudea, semasa pemerintahan Raja Herodes. Tidak lama kemudian datanglah beberapa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Baitulmaqdis.
23240  MAT 2:2  Mereka bertanya, ‘Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.’
23243  MAT 2:5  Mereka menjawab, ‘Di Baitlahim, Yudea. Seorang nabi telah bernubuat tentangnya:
23244  MAT 2:6  ‘Hai Baitlahim di Yudea, Kau bukanlah yang terkecil antara kota utama Yudea, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’
23251  MAT 2:13  Selepas itu malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf lalu berkata, ‘Herodes akan mengeluarkan perintah supaya mencari dan membunuh Anak itu. Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di situ hingga Aku berfirman kepadamu.’
23252  MAT 2:14  Yusuf pun bangun. Pada malam itu juga dia membawa Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir.
23255  MAT 2:17  Oleh yang demikian berlakulah apa yang dinubuatkan oleh Yeremia:
23257  MAT 2:19  Selepas kematian Herodes, malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf di Mesir.
23259  MAT 2:21  Yusuf pun bangun lalu membawa Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel.
23260  MAT 2:22  Tetapi apabila mendengar bahawa Arkelaus telah naik takhta menggantikan bapanya Herodes di Yudea, Yusuf pun takut pergi ke sana. Setelah mendapat peringatan daripada Allah dalam mimpi, dia pun pergi ke Galilea.
23262  MAT 3:1  Pada masa itu Yahya Pengimad menyampaikan berita ini di gurun di Yudea.
23264  MAT 3:3  Yahyalah yang dimaksudkan dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘Suara seorang berseru di gurun: “Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskan jalan untuk-Nya.”
23265  MAT 3:4  Pakaian Yahya diperbuat daripada bulu unta dan tali pinggangnya daripada kulit. Makanannya belalang dan madu gurun.
23266  MAT 3:5  Orang dari Baitulmaqdis, seluruh Yudea dan segenap kawasan sekitar Sungai Yordan datang mendapatkan Yahya.
23267  MAT 3:6  Mereka mengaku dosa lalu diimadkan oleh Yahya di Sungai Yordan.
23268  MAT 3:7  Ramai orang Farisi dan Saduki datang untuk diimadkan. Apabila melihat mereka, Yahya berkata, ‘Hai orang durjana! Siapakah yang memberitahumu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah kelak?
23274  MAT 3:13  Ketika itu Isa meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan. Di situ Dia berjumpa dengan Yahya dan meminta diimadkan olehnya.
23275  MAT 3:14  Yahya cuba menolak dengan berkata, ‘Sepatutnya Engkau yang mengimadkanku. Ini Engkau pula datang kepadaku!’
23276  MAT 3:15  Tetapi Isa menjawab, ‘Biarkanlah demikian untuk sekarang, kerana dengannya kita akan menunaikan segala kebenaran.’ Yahya pun patuh.
23290  MAT 4:12  Apabila mendengar bahawa Yahya telah dipenjarakan, Isa pun pergi ke Galilea.
23292  MAT 4:14  Dengan demikian berlakulah nubuat Nabi Yasyaya:
23293  MAT 4:15  ‘Tanah Zebulon, tanah Naftali, di pinggir laut, seberang Sungai Yordan, Galilea, tanah bangsa-bangsa asing.
23299  MAT 4:21  Isa meneruskan perjalanan. Dia ternampak dua beradik lagi, Yakobus dan Yahya bersama bapa mereka Zebedeus, sedang mengemaskan jala di dalam perahu. Isa memanggil dua beradik itu.
23303  MAT 4:25  Ramai sekali orang mengikut-Nya: dari Dekapolis (bermaksud Sepuluh Kota), dari Baitulmaqdis, dari Yudea, dan dari kawasan di seberang Yordan.
23340  MAT 5:37  Katakan sajaYa” atau “Tidak” dan kotakan kata itu. Yang lebih daripada itu datang daripada si durjana.
23360  MAT 6:9  ‘Berdoalah demikian:Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu.
23425  MAT 8:11  Ketahuilah! Ramai orang akan datang dari timur dan barat lalu duduk menikmati jamuan bersama Ibrahim, Ishak dan Yakub dalam kerajaan syurga.
23431  MAT 8:17  Isa melakukan semua itu supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yasyaya: ‘Dialah yang membawa kelemahan kita dan menanggung penyakit kita.’
23439  MAT 8:25  Para pengikut Isa datang membangunkan-Nya. Mereka berkata,Ya Junjungan, selamatkan nyawa kami semua daripada maut!’
23462  MAT 9:14  Selepas itu para pengikut Yahya Pengimad mendapatkan Isa lalu bertanya, ‘Mengapakah kami dan orang Farisi sering berpuasa tetapi para pengikut-Mu tidak berpuasa?’
23466  MAT 9:18  Sedang Isa berkata-kata dengan para pengikut Yahya Pengimad, seorang ketua saumaah bersujud di hadapan-Nya lalu berkata, ‘Anak perempuanku baru meninggal dunia. Datanglah, letakkan tangan-Mu di atasnya supaya dia hidup kembali.’
23488  MAT 10:2  Dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yahya, iaitu anak-anak Zebedeus;
23489  MAT 10:3  Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadius;
23490  MAT 10:4  Simon orang Patriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Isa.
23530  MAT 11:2  Yahya Pengimad yang meringkuk di penjara mendengar tentang apa yang dilakukan oleh al-Masih. Yahya pun menyuruh beberapa orang pengikutnya untuk pergi berjumpa Isa.
23532  MAT 11:4  Isa menjawab, ‘Pulanglah, beritahu Yahya segala yang kamu dengar dan lihat:
23535  MAT 11:7  Ketika pengikut-pengikut Yahya beredar dari situ, Isa berkata kepada orang ramai tentang Yahya: ‘Apabila kamu mendapatkan Yahya di gurun, apakah yang ingin kamu lihat? Sehelai rumput mensiang yang ditiup angin?
23539  MAT 11:11  ‘Sesungguhnya Aku berkata kepadamu bahawa di antara mereka yang dilahirkan oleh perempuan, belum pernah muncul seorang pun yang lebih besar daripada Yahya. Ketahuilah: Yahya Pengimad lebih utama daripada semua orang yang pernah hidup di dunia. Namun begitu, orang yang paling rendah antara yang menikmati kerajaan syurga lebih utama daripadanya.
23540  MAT 11:12  Sejak kedatangan Yahya Pengimad hinggalah ke hari ini, kerajaan syurga telah diserang oleh orang yang ingin menguasainya melalui kekerasan dan keganasan, dan orang yang ganas berusaha menguasainya dengan kekerasan.
23541  MAT 11:13  Kerana semua nabi termasuk Musa dengan Taurat bernubuat hingga datangnya Yahya.
23542  MAT 11:14  Sekiranya kamu mahu percaya akan perkhabaran mereka, Yahya itulah Ilyas yang telah dinubuatkan kedatangannya.
23546  MAT 11:18  ‘Ketika Yahya datang, dia berpuasa dan tidak minum air anggur, lalu semua orang berkata, “Dia dirasuk roh iblis!”
23553  MAT 11:25  Selepas itu Isa mengucap syukur, Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil, orang yang tidak terpelajar.
23554  MAT 11:26  Ya Bapa, memang inilah kehendak-Mu.’
23575  MAT 12:17  Dengan demikian terjadilah firman Allah melalui Nabi Yasyaya:
23576  MAT 12:18  ‘Inilah hamba-Ku yang telah Kupilih, Yang Kukasihi dan Kuredai Roh-Ku akan Kuanugerahkan kepada-Nya, dan keadilan-Ku akan diisytiharkan-Nya kepada semua bangsa.
23597  MAT 12:39  Tetapi Isa menjawab, ‘Manusia zaman durjana dan tidak setia ini ingin melihat alamat mukjizat. Tetapi satu alamat pun tidak akan ditunjukkan kepadanya kecuali alamat Nabi Yunus.
23598  MAT 12:40  Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut ikan besar, begitu jugalah Putera Insan akan tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut bumi.
23599  MAT 12:41  Pada hari akhir, penduduk Niniwe akan bangkit bersama kamu, orang zaman ini. Mereka akan menuduhmu, kerana apabila mereka mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Yunus, mereka telah bertaubat; sedangkan kamu tidak, pada hal di hadapanmu sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus.
23622  MAT 13:14  ‘Keadaan mereka ini tepat seperti terdapat dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘ “Kamu terus mendengar tetapi tidak mengerti; kamu akan terus melihat tetapi tidak mengetahui.
23663  MAT 13:55  Bukankah dia anak tukang kayu? Bukankah Maryam itu ibunya, dan Yakobus, Yusuf, Simon serta Yudas itu saudaranya?
23668  MAT 14:2  Herodes berkata kepada orang di bawahnya, ‘Ini tentu Yahya Pengimad. Dia telah bangkit daripada kematian! Sebab itulah dia ada kuasa melakukan mukjizat.’
23669  MAT 14:3  Sebelum itu Herodes telah memerintahkan supaya Yahya ditangkap, diikat dan dipenjarakan, disebabkan Herodias, isteri saudaranya Filipus.
23670  MAT 14:4  Yahya telah memberitahu Herodes, ‘Tuan bersalah mengahwini Herodias’
23671  MAT 14:5  Herodes hendak membunuh Yahya tetapi takut kerana rakyat menganggapnya seorang nabi.
23674  MAT 14:8  Disuruh oleh ibunya, gadis itu memohon kepala Yahya Pengimad di atas talam pada waktu itu juga.
23676  MAT 14:10  Herodes pun memerintahkan orang pergi memancung kepala Yahya di penjara.
23677  MAT 14:11  Kepala Yahya diletakkan di atas talam dan diberikan kepada gadis itu. Gadis itu menyerahkan kepala Yahya kepada ibunya.
23678  MAT 14:12  Selepas itu pengikut Yahya datang mengambil jenazahnya dan mengebumikannya. Kemudian mereka pergi memberitahu Isa tentangnya.
23679  MAT 14:13  Sebaik-baik mendengar tentang Yahya, Isa menaiki perahu dan pergi seorang diri ke suatu tempat sunyi. Namun, orang ramai mendapat tahu lalu mengikut Isa melalui jalan darat dari kota.
23709  MAT 15:7  Kamu munafik! Benarlah nubuat Nabi Yasyaya tentangmu:
23745  MAT 16:4  Manusia zaman yang durjana dan derhaka ini ingin melihat alamat mukjizat. Tetapi satu alamat pun tidak akan ditunjukkannya kecuali alamat Nabi Yunus.’ Setelah berkata demikian, Isa pun pergi dari situ.
23755  MAT 16:14  Mereka menjawab, ‘Ada yang berkata Yahya Pengimad; ada yang berkata Ilyas; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain.’
23757  MAT 16:16  Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’
23758  MAT 16:17  Isa berkata, ‘Berbahagialah engkau, Simon anak Yunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga.
23770  MAT 17:1  Enam hari selepas itu, Isa membawa Petrus, Yakobus dan Yahya, saudara Yakobus, pergi bersunyi di atas sebuah gunung yang tinggi.