Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   b    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23214  MAT 1:1  Inilah salasilah Isa al-Masih, keturunan Daud, keturunan Ibrahim.
23215  MAT 1:2  Ibrahim beroleh anak yang dinamai Ishak, Ishak beroleh Yakub, dan Yakub beroleh Yudah serta saudara-saudaranya.
23216  MAT 1:3  Yudah beroleh Peres dan Zerah daripada isterinya Tamar, Peres beroleh Hezron, dan Hezron beroleh Ram.
23217  MAT 1:4  Ram beroleh Aminadab, Aminadab beroleh Nahason, dan Nahason beroleh Salmon.
23218  MAT 1:5  Salmon beroleh Boas daripada isterinya Rahab, Boas beroleh Obed daripada isterinya Rut, dan Obed beroleh Isai,
23219  MAT 1:6  dan Isai beroleh Raja Daud. Raja Daud beroleh Sulaiman daripada isteri Uria.
23220  MAT 1:7  Sulaiman beroleh Rehabeam, Rehabeam beroleh Abia, dan Abia beroleh Asa.
23221  MAT 1:8  Asa beroleh Yosafat, Yosafat beroleh Yoram, dan Yoram beroleh Uzia.
23222  MAT 1:9  Uzia beroleh Yotam, Yotam beroleh Ahaz, dan Ahaz beroleh Hizkia.
23223  MAT 1:10  Hizkia beroleh Manasye, Manasye beroleh Amon, dan Amon beroleh Yosia.
23224  MAT 1:11  Yosia beroleh Yoyakhin dan saudara-saudaranya sekitar masa mereka dibawa sebagai tawanan di Babel.
23225  MAT 1:12  Seterusnya, Yoyakhin beroleh Sealtiel, dan Sealtiel beroleh Zerubabel.
23226  MAT 1:13  Zerubabel beroleh Abihud, Abihud beroleh Elyakim, dan Elyakim beroleh Azur.
23227  MAT 1:14  Azur beroleh Zadok, Zadok beroleh Akhim, dan Akhim beroleh Eliud.
23228  MAT 1:15  Eliud beroleh Eleazar, Eleazar beroleh Matan, dan Matan beroleh Yakub.
23229  MAT 1:16  Maka Yakub beroleh Yusuf, suami Maryam, Maryamlah yang melahirkan Isa yang dipanggil al-Masih.
23230  MAT 1:17  Dengan demikian, ada empat belas keturunan dari Ibrahim hingga ke Daud; empat belas keturunan dari Daud hingga ke masa pembuangan di Babel; dan empat belas keturunan dari masa itu hingga kelahiran al-Masih.
23231  MAT 1:18  Inilah kisah kelahiran Isa al-Masih: Ibu-Nya, Maryam bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, Maryam mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23232  MAT 1:19  Yusuf, seorang yang takwa dan berakhlak, tidak mahu memalukan Maryam di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam.
23233  MAT 1:20  Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, ‘Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23235  MAT 1:22  Segala ini terjadi supaya berlakulah firman Tuhan melalui nabi-Nya:
23236  MAT 1:23  ‘Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, maka Anak itu akan dipanggil Immanuel’ bererti, ‘Allah menyertai kita’ dalam bahasa Ibrani.
23237  MAT 1:24  Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yang disampaikan oleh malaikat Tuhan itu lalu berkahwin dengan Maryam.
23238  MAT 1:25  Tetapi Yusuf tidak menyentuh Maryam sebagai isterinya hinggalah Maryam melahirkan Anak itu. Yusuf menamai Anak itu Isa.
23239  MAT 2:1  Isa dilahirkan di Baitlahim, Yudea, semasa pemerintahan Raja Herodes. Tidak lama kemudian datanglah beberapa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Baitulmaqdis.
23240  MAT 2:2  Mereka bertanya, ‘Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.’
23241  MAT 2:3  Apabila mendengar perkara itu, Raja Herodes berasa risau, begitu juga semua penduduk Baitulmaqdis.
23242  MAT 2:4  Raja Herodes memanggil semua ketua imam dan guru Taurat berhimpun lalu bertanya, ‘Raja yang dijanjikan oleh Allah itu, di manakah tempat lahirnya?’
23243  MAT 2:5  Mereka menjawab, ‘Di Baitlahim, Yudea. Seorang nabi telah bernubuat tentangnya:
23244  MAT 2:6  ‘Hai Baitlahim di Yudea, Kau bukanlah yang terkecil antara kota utama Yudea, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’
23245  MAT 2:7  Setelah itu Raja Herodes berjumpa secara rahsia dengan ahli-ahli ilmu bintang itu dan mendapat tahu daripada mereka dengan tepat bila bintang itu terbit.
23246  MAT 2:8  Raja Herodes menyuruh ahli-ahli ilmu bintang pergi ke Baitlahim dengan perintah demikian: ‘Pergilah dan carilah Anak itu sedaya upaya. Apabila kamu menjumpai-Nya beritahulah aku, supaya aku juga dapat pergi menyembah-Nya.’
23247  MAT 2:9  Mereka pun pergi. Di pertengahan jalan, mereka melihat bintang yang telah muncul di Timur dahulu kini mendahului mereka dan berhenti di atas tempat Anak itu.
23248  MAT 2:10  Sungguh gembira mereka apabila melihat bintang itu.
23249  MAT 2:11  Mereka masuk ke situ dan melihat Anak itu dengan ibu-Nya Maryam. Mereka pun sujud menyembah Anak itu, lalu mempersembahkan emas, dupa dan mur kepada-Nya.
23250  MAT 2:12  Allah memberikan peringatan kepada mereka melalui mimpi supaya jangan kembali kepada Herodes. Oleh itu mereka pun pulang ke negeri mereka mengikut jalan lain.
23251  MAT 2:13  Selepas itu malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf lalu berkata, ‘Herodes akan mengeluarkan perintah supaya mencari dan membunuh Anak itu. Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di situ hingga Aku berfirman kepadamu.’
23252  MAT 2:14  Yusuf pun bangun. Pada malam itu juga dia membawa Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir.
23253  MAT 2:15  Mereka tinggal di situ hingga kematian Raja Herodes. Maka berlakulah firman Tuhan menerusi nabi-Nya: ‘Aku memanggil Putera-Ku keluar dari Mesir.’
23254  MAT 2:16  Setelah Raja Herodes sedar dirinya ditipu oleh ahli-ahli ilmu bintang dari Timur itu, dia pun marah lalu mengeluarkan perintah untuk membunuh semua anak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah di Baitlahim dan kawasan yang berdekatan. Usia itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli ilmu bintang tentang masa bintang itu mula-mula muncul.