Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   f    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23221  MAT 1:8  Asa beroleh Yosafat, Yosafat beroleh Yoram, dan Yoram beroleh Uzia.
23229  MAT 1:16  Maka Yakub beroleh Yusuf, suami Maryam, Maryamlah yang melahirkan Isa yang dipanggil al-Masih.
23231  MAT 1:18  Inilah kisah kelahiran Isa al-Masih: Ibu-Nya, Maryam bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, Maryam mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23232  MAT 1:19  Yusuf, seorang yang takwa dan berakhlak, tidak mahu memalukan Maryam di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam.
23233  MAT 1:20  Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, ‘Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23235  MAT 1:22  Segala ini terjadi supaya berlakulah firman Tuhan melalui nabi-Nya:
23237  MAT 1:24  Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yang disampaikan oleh malaikat Tuhan itu lalu berkahwin dengan Maryam.
23238  MAT 1:25  Tetapi Yusuf tidak menyentuh Maryam sebagai isterinya hinggalah Maryam melahirkan Anak itu. Yusuf menamai Anak itu Isa.
23251  MAT 2:13  Selepas itu malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf lalu berkata, ‘Herodes akan mengeluarkan perintah supaya mencari dan membunuh Anak itu. Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di situ hingga Aku berfirman kepadamu.’
23252  MAT 2:14  Yusuf pun bangun. Pada malam itu juga dia membawa Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir.
23253  MAT 2:15  Mereka tinggal di situ hingga kematian Raja Herodes. Maka berlakulah firman Tuhan menerusi nabi-Nya: ‘Aku memanggil Putera-Ku keluar dari Mesir.’
23257  MAT 2:19  Selepas kematian Herodes, malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf di Mesir.
23259  MAT 2:21  Yusuf pun bangun lalu membawa Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel.
23260  MAT 2:22  Tetapi apabila mendengar bahawa Arkelaus telah naik takhta menggantikan bapanya Herodes di Yudea, Yusuf pun takut pergi ke sana. Setelah mendapat peringatan daripada Allah dalam mimpi, dia pun pergi ke Galilea.
23278  MAT 3:17  Kemudian kedengaran suara Allah berfirman, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.’
23282  MAT 4:4  Isa menjawab, ‘Telah tersurat: “Manusia hidup bukan dengan roti saja tetapi dengan setiap firman Allah.” ’
23291  MAT 4:13  Dia tidak tinggal di Nasaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggir laut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali.
23293  MAT 4:15  ‘Tanah Zebulon, tanah Naftali, di pinggir laut, seberang Sungai Yordan, Galilea, tanah bangsa-bangsa asing.
23314  MAT 5:11  ‘Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu kerana mengikut-Ku.
23321  MAT 5:18  Ingatlah: Selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku.
23353  MAT 6:2  ‘Oleh itu, ketika kamu bersedekah kepada orang miskin, jangan heboh-hebohkan seperti orang munafik di saumaah dan di jalan raya, supaya dipuji orang. Orang begitu sudahpun mendapat ganjaran mereka.
23356  MAT 6:5  ‘Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang munafik. Mereka berdoa sambil berdiri di saumaah dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Mereka itu sudahpun mendapatkan ganjaran mereka.
23367  MAT 6:16  ‘Apabila kamu berpuasa, jangan tunjukkan muka lesu seperti orang munafik. Mereka memperlihatkan wajah menderita supaya semua orang tahu mereka berpuasa. Mereka ini sudahpun mendapat ganjaran mereka.
23390  MAT 7:5  Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak dari matamu, barulah penglihatanmu terang untuk mengeluarkan selumbar dari mata saudaramu.
23451  MAT 9:3  Sebilangan guru Taurat di situ berfikir dalam hati, ‘Orang ini mengkufuri Allah!’
23452  MAT 9:4  Isa tahu apa yang difikirkan oleh mereka itu lalu Dia berkata, ‘Mengapa kamu fikirkan perkara sejahat itu?
23489  MAT 10:3  Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadius;
23575  MAT 12:17  Dengan demikian terjadilah firman Allah melalui Nabi Yasyaya:
23589  MAT 12:31  Ketahuilah: Orang yang berbuat dosa atau mengucapkan kata-kata kufur akan diampuni, tetapi mereka yang mengkufuri Roh Suci tidak akan diampuni.
23659  MAT 13:51  Fahamkah kamu hal-hal ini?’ Isa bertanya kepada para pengikut-Nya. ‘Kami faham,’ jawab mereka.
23663  MAT 13:55  Bukankah dia anak tukang kayu? Bukankah Maryam itu ibunya, dan Yakobus, Yusuf, Simon serta Yudas itu saudaranya?
23706  MAT 15:4  Allah berfirman, “Hormatilah ibu bapamu” dan “Orang yang mencaci ibu bapanya mesti dihukum mati.”
23709  MAT 15:7  Kamu munafik! Benarlah nubuat Nabi Yasyaya tentangmu:
23710  MAT 15:8  “Allah berfirman: Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata tetapi hati mereka jauh daripada-Ku.
23712  MAT 15:10  Kemudian Isa memanggil orang ramai itu lalu berkata kepada mereka, ‘Dengar dan fahamlah!
23718  MAT 15:16  Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Kamu masih tidak faham.
23721  MAT 15:19  Dari hati timbul fikiran jahat yang mendorong seseorang membunuh, berzina, berbuat cabul, mencuri, memberikan kesaksian palsu, dan memfitnah.
23744  MAT 16:3  Pada waktu pagi, kamu berkata, “Cuaca buruk nanti, kerana langit merah mengancam.” Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat alamat-alamat di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami alamat-alamat zaman ini.
23750  MAT 16:9  Belum fahamkah kamu? Tidakkah kamu ingat bagaimana Aku membahagikan lima buku roti antara lima ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?
23753  MAT 16:12  Barulah mereka faham bahawa maksud Isa bukannya ragi penaik roti tetapi ajaran orang Farisi dan Saduki.
23764  MAT 16:23  Isa berpaling sambil berkata kepada Petrus, ‘Pergilah dari sini, Iblis! Engkau menyakitkan hati-Ku kerana fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!’
23782  MAT 17:13  Ketika itu barulah para pengikut Isa faham bahawa yang dimaksudkan-Nya ialah Yahya Pengimad.
23836  MAT 19:5  Setelah itu Allah berfirman, “Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya lalu mereka berdua menjadi satu.”
23896  MAT 21:1  Ketika hampir mendekati Baitulmaqdis, Isa dan para pengikut-Nya sampai di Baitfagi, sebuah pekan di Bukit Zaitun. Kemudian Isa menyuruh dua orang pengikut-Nya pergi ke situ terlebih dahulu.
23932  MAT 21:37  Akhirnya tuan punya ladang itu menghantar puteranya sambil berfikir, “Tentu mereka akan menghormati puteraku.”
23940  MAT 21:45  Apabila ketua imam dan orang Farisi mendengar ibarat-ibarat Isa, fahamlah mereka bahawa Dia bercakap tentang mereka.
23959  MAT 22:18  Isa mengetahui niat jahat mereka lalu berkata, ‘Hai munafik! Mengapa kamu cuba memerangkap-Ku?
23972  MAT 22:31  Tentang soal orang mati dibangkitkan semula, tidakkah kamu baca firman Allah:
23978  MAT 22:37  Isa menjawab, ‘ “Kasihilah Allah, Tuhanmu dengan sepenuh hati, dengan sepenuh jiwa dan dengan sepenuh fikiranmu.”
23985  MAT 22:44  “Tuhan telah berfirman kepada Junjunganku: ‘Duduklah di kanan-Ku, sehingga Kujadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.’”
24000  MAT 23:13  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menghalang orang memasuki kerajaan syurga. Kamu bukan sahaja enggan memasuki kerajaan syurga; kamu halang pula orang lain yang berusaha untuk memasukinya.
24001  MAT 23:14  Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menipu balu dan merampas rumahnya, kemudian pura-pura berdoa panjang. Oleh itu, kamu akan menerima hukuman yang lebih berat.
24002  MAT 23:15  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu merentas lautan dan daratan untuk menarik seseorang menganut agamamu. Namun, setelah berjaya, kamu menjadikannya isi neraka yang dua kali lebih buruk daripadamu.
24010  MAT 23:23  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu memberikan sepersepuluh daripada pelbagai jenis rempah seperti selasih, adas manis dan jintan kepada Allah. Tetapi kamu tidak mematuhi ajaran Taurat yang benar-benar penting seperti keadilan, belas kasihan dan kesetiaan. Kamu harus mengerjakan semua ini tanpa melalaikan ajaran yang lain.
24012  MAT 23:25  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu.
24014  MAT 23:27  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih: cantik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang dan mayat yang busuk.
24015  MAT 23:28  Begitulah kamu! Pada lahirnya kamu orang yang benar, tetapi sebenarnya kamu durjana dan munafik.
24016  MAT 23:29  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membina makam yang indah untuk nabi-nabi dan menghiasi kubur orang yang benar.
24061  MAT 24:35  Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.
24077  MAT 24:51  Dia akan membunuh hamba itu dan membuangnya ke tempat orang munafik. Di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.
24104  MAT 25:27  Oleh itu sepatutnya kamu simpan wang itu di dalam bank, supaya ketika aku pulang, aku menerima wang itu dengan faedahnya.
24126  MAT 26:3  Ketua-ketua imam, guru-guru Taurat dan tua-tua berhimpun di rumah Imam Besar yang bernama Kayafas.
24180  MAT 26:57  Orang yang menangkap Isa membawa-Nya kepada Kayafas, Imam Besar. Di situ guru-guru Taurat dan tua-tua telah berhimpun.
24188  MAT 26:65  Kemudian Imam Besar mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sambil berkata, ‘Dia telah melafazkan kata-kata kufur! Apa perlunya saksi lagi? Sekarang kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya!
24208  MAT 27:10  lalu membeli padang untuk pengebumian orang asing, demikian firman Tuhan kepadaku.’
24237  MAT 27:39  Orang yang lalu di situ melemparkan kata-kata kufur kepada-Nya. Sambil menggeleng-gelengkan kepala
24248  MAT 27:50  Isa berseru lantang sekali lagi, lalu menyerahkan roh-Nya dengan nafas terakhir.
24254  MAT 27:56  Antara mereka ialah Maryam Magdalena dan Maryam ibu kepada Yakobus dan Yusuf serta ibu kepada anak-anak Zebedeus.
24255  MAT 27:57  Apabila malam menjelang, datang seorang hartawan dari Arimatea, bernama Yusuf, yang telah menjadi pengikut Isa.
24257  MAT 27:59  Yusuf mengambil jenazah itu dan mengkafankannya dengan kain linen yang bersih.
24263  MAT 27:65  Pilatus berkata kepada mereka, ‘Bawalah beberapa pengawal. Pergilah sendiri, buat apa yang kamu fikirkan perlu untuk menjaga makam itu.’
24265  MAT 28:1  Selepas hari Sabat, ketika fajar menyingsing pada hari pertama minggu itu, Maryam Magdalena dan Maryam yang seorang lagi pergi melihat makam Isa.
24288  MRK 1:4  Demikianlah Yahya muncul di gurun, mengimadkan orang dan mengkhabarkan firman – bertaubatlah dan datanglah untuk diimadkan, supaya Allah mengampunkan dosamu.
24331  MRK 2:2  Ramailah orang datang berhimpun di rumah tempat Dia tinggal itu, sehingga penuh sesak sampai ke pintu. Isa pun menyampaikan firman kepada mereka.
24336  MRK 2:7  ‘Lancangnya dia mengkufuri Allah! Tiada siapa boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!’
24337  MRK 2:8  Tetapi Isa segera mengetahui dalam roh-Nya bahawa mereka berfikir demikian lalu berkata, ‘Mengapa kamu berfikir begitu?
24343  MRK 2:14  Ketika Isa berjalan di situ, Dia terpandang seorang pemungut cukai bernama Lewi anak Alfeus sedang duduk di tempat kerjanya. Isa berkata kepadanya, ‘Ikutlah Aku,’ lalu Lewi bangun mengikut-Nya.
24375  MRK 3:18  Andreas, Filipus, Bartolomeus, Matius, Tomas, Yakobus anak Alfeus, Tadeus, Simon orang Patriot
24385  MRK 3:28  Ingatlah: Segala dosa dan kata kufur manusia dapat diampunkan.
24386  MRK 3:29  Tetapi sesiapa yang mengkufuri Roh Suci tidak akan diampunkan; dia bersalah kerana berbuat dosa kekal.’
24404  MRK 4:12  supaya ‘ “Mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak faham; kerana sekiranya mereka mengerti, mereka akan bertaubat dan diampuni!” ’
24406  MRK 4:14  Peladang itu menabur firman.
24407  MRK 4:15  Ada orang seperti benih di jalan, tempat firman itu ditabur. Sebaik-baik mereka mendengar firman, datanglah Iblis untuk mengambil firman yang sudah ditabur di dalam hati mereka.
24408  MRK 4:16  Ada orang lain seperti benih yang ditabur di tempat berbatu. Mereka mendengar firman itu dan segera menerimanya dengan sukacita,
24409  MRK 4:17  tetapi akarnya tidak dalam di hati, maka tidak tahan lama. Apabila orang itu menanggung kesusahan atau penganiayaan kerana firman itu, mereka segera berpaling.
24410  MRK 4:18  Ada yang lain seperti benih yang ditabur di tengah semak berduri. Mereka mendengar firman itu,
24411  MRK 4:19  tetapi kerunsingan tentang hidup, tarikan palsu harta benda dan aneka kemahuan lain membantutkan firman itu sehingga tidak berbuah.
24412  MRK 4:20  Dan yang lain seperti benih yang ditabur di tanah subur. Mereka mendengar dan menyambut firman itu lalu mendatangkan hasil: tiga puluh, enam puluh atau seratus kali ganda.’
24419  MRK 4:27  Malam dia tidur, siang dia bekerja. Benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Dia tidak faham bagaimana hal itu terjadi.
24425  MRK 4:33  Dengan banyak ibarat yang semacam itu Isa mengajar tentang firman kepada mereka, setakat yang dapat mereka faham.
24538  MRK 7:6  Isa menjawab, ‘Tepat sekali kata-kata Nabi Yasyaya dalam nubuatnya tentangmu, hai orang munafik; seperti yang tersurat: ‘ “Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata, tetapi hati mereka jauh daripada-Ku.