Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   l    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23214  MAT 1:1  Inilah salasilah Isa al-Masih, keturunan Daud, keturunan Ibrahim.
23215  MAT 1:2  Ibrahim beroleh anak yang dinamai Ishak, Ishak beroleh Yakub, dan Yakub beroleh Yudah serta saudara-saudaranya.
23216  MAT 1:3  Yudah beroleh Peres dan Zerah daripada isterinya Tamar, Peres beroleh Hezron, dan Hezron beroleh Ram.
23217  MAT 1:4  Ram beroleh Aminadab, Aminadab beroleh Nahason, dan Nahason beroleh Salmon.
23218  MAT 1:5  Salmon beroleh Boas daripada isterinya Rahab, Boas beroleh Obed daripada isterinya Rut, dan Obed beroleh Isai,
23219  MAT 1:6  dan Isai beroleh Raja Daud. Raja Daud beroleh Sulaiman daripada isteri Uria.
23220  MAT 1:7  Sulaiman beroleh Rehabeam, Rehabeam beroleh Abia, dan Abia beroleh Asa.
23221  MAT 1:8  Asa beroleh Yosafat, Yosafat beroleh Yoram, dan Yoram beroleh Uzia.
23222  MAT 1:9  Uzia beroleh Yotam, Yotam beroleh Ahaz, dan Ahaz beroleh Hizkia.
23223  MAT 1:10  Hizkia beroleh Manasye, Manasye beroleh Amon, dan Amon beroleh Yosia.
23224  MAT 1:11  Yosia beroleh Yoyakhin dan saudara-saudaranya sekitar masa mereka dibawa sebagai tawanan di Babel.
23225  MAT 1:12  Seterusnya, Yoyakhin beroleh Sealtiel, dan Sealtiel beroleh Zerubabel.
23226  MAT 1:13  Zerubabel beroleh Abihud, Abihud beroleh Elyakim, dan Elyakim beroleh Azur.
23227  MAT 1:14  Azur beroleh Zadok, Zadok beroleh Akhim, dan Akhim beroleh Eliud.
23228  MAT 1:15  Eliud beroleh Eleazar, Eleazar beroleh Matan, dan Matan beroleh Yakub.
23229  MAT 1:16  Maka Yakub beroleh Yusuf, suami Maryam, Maryamlah yang melahirkan Isa yang dipanggil al-Masih.
23230  MAT 1:17  Dengan demikian, ada empat belas keturunan dari Ibrahim hingga ke Daud; empat belas keturunan dari Daud hingga ke masa pembuangan di Babel; dan empat belas keturunan dari masa itu hingga kelahiran al-Masih.
23231  MAT 1:18  Inilah kisah kelahiran Isa al-Masih: Ibu-Nya, Maryam bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, Maryam mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23232  MAT 1:19  Yusuf, seorang yang takwa dan berakhlak, tidak mahu memalukan Maryam di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam.
23233  MAT 1:20  Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, ‘Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23234  MAT 1:21  Maryam akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Isa. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.’
23235  MAT 1:22  Segala ini terjadi supaya berlakulah firman Tuhan melalui nabi-Nya:
23236  MAT 1:23  ‘Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, maka Anak itu akan dipanggil Immanuelbererti, ‘Allah menyertai kita’ dalam bahasa Ibrani.
23237  MAT 1:24  Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yang disampaikan oleh malaikat Tuhan itu lalu berkahwin dengan Maryam.
23238  MAT 1:25  Tetapi Yusuf tidak menyentuh Maryam sebagai isterinya hinggalah Maryam melahirkan Anak itu. Yusuf menamai Anak itu Isa.
23239  MAT 2:1  Isa dilahirkan di Baitlahim, Yudea, semasa pemerintahan Raja Herodes. Tidak lama kemudian datanglah beberapa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Baitulmaqdis.
23240  MAT 2:2  Mereka bertanya, ‘Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.’
23241  MAT 2:3  Apabila mendengar perkara itu, Raja Herodes berasa risau, begitu juga semua penduduk Baitulmaqdis.
23242  MAT 2:4  Raja Herodes memanggil semua ketua imam dan guru Taurat berhimpun lalu bertanya, ‘Raja yang dijanjikan oleh Allah itu, di manakah tempat lahirnya?’
23243  MAT 2:5  Mereka menjawab, ‘Di Baitlahim, Yudea. Seorang nabi telah bernubuat tentangnya:
23244  MAT 2:6  ‘Hai Baitlahim di Yudea, Kau bukanlah yang terkecil antara kota utama Yudea, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’
23245  MAT 2:7  Setelah itu Raja Herodes berjumpa secara rahsia dengan ahli-ahli ilmu bintang itu dan mendapat tahu daripada mereka dengan tepat bila bintang itu terbit.