23239 | MAT 2:1 | Isa dilahirkan di Baitlahim, Yudea, semasa pemerintahan Raja Herodes. Tidak lama kemudian datanglah beberapa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Baitulmaqdis. |
23241 | MAT 2:3 | Apabila mendengar perkara itu, Raja Herodes berasa risau, begitu juga semua penduduk Baitulmaqdis. |
23266 | MAT 3:5 | Orang dari Baitulmaqdis, seluruh Yudea dan segenap kawasan sekitar Sungai Yordan datang mendapatkan Yahya. |
23283 | MAT 4:5 | Selepas itu Iblis membawa Isa ke kota suci Baitulmaqdis dan meletakkan-Nya di puncak rumah ibadat. |
23303 | MAT 4:25 | Ramai sekali orang mengikut-Nya: dari Dekapolis (bermaksud Sepuluh Kota), dari Baitulmaqdis, dari Yudea, dan dari kawasan di seberang Yordan. |
23338 | MAT 5:35 | Jangan bersumpah demi bumi, kerana bumi ini alas kaki-Nya. Atau demi Baitulmaqdis, kerana itu kota Raja Agung iaitu Allah. |
23703 | MAT 15:1 | Setelah itu beberapa orang Farisi dan guru Taurat dari Baitulmaqdis datang mendapatkan Isa lalu bertanya, |
23762 | MAT 16:21 | Sejak itu, Isa mula berkata terus-terang kepada para pengikut-Nya bahawa Dia harus pergi ke Baitulmaqdis dan menanggung banyak penderitaan yang disebabkan oleh pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga akan dibangkitkan semula. |
23878 | MAT 20:17 | Ketika Isa sedang dalam perjalanan ke Baitulmaqdis, Dia mengajak kedua belas orang pengikut-Nya ke tepi dan berkata hanya kepada mereka: |
23879 | MAT 20:18 | ‘Dengarlah, kita sekarang ke Baitulmaqdis. Di sana Putera Insan akan dikhianati dan diserahkan kepada ketua imam dan guru Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya. |
23896 | MAT 21:1 | Ketika hampir mendekati Baitulmaqdis, Isa dan para pengikut-Nya sampai di Baitfagi, sebuah pekan di Bukit Zaitun. Kemudian Isa menyuruh dua orang pengikut-Nya pergi ke situ terlebih dahulu. |
23905 | MAT 21:10 | Apabila Dia masuk ke Baitulmaqdis, seisi kota itu kagum lalu bertanya, ‘Siapakah ini?’ |
23913 | MAT 21:18 | Pada pagi esoknya, ketika Dia pergi semula ke kota Baitulmaqdis, Dia berasa lapar. |
24024 | MAT 23:37 | ‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali aku ingin mendakap semua pendudukmu seperti ibu ayam menaungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu. |
24289 | MRK 1:5 | Ramailah orang yang datang dari Yudea dan Baitulmaqdis untuk mendengar kata-kata Yahya. Mereka mengakui dosa mereka lalu Yahya mengimadkan mereka di Sungai Yordan. |
24365 | MRK 3:8 | Baitulmaqdis, Idumea, seberang Sungai Yordan, dan sekitar Tirus dan Sidon. Mereka datang berduyun-duyun kerana mendengar segala yang telah dilakukan-Nya. |
24379 | MRK 3:22 | Sebilangan guru Taurat dari Baitulmaqdis berkata, ‘Dia dirasuk Beelzebul! Dengan kuasa penghulu roh iblis Dia menghalau roh-roh iblis.’ |
24533 | MRK 7:1 | Orang Farisi dan beberapa guru Taurat yang datang dari Baitulmaqdis berkumpul di keliling Isa. |
24689 | MRK 10:32 | Ketika mereka di perjalanan, menuju ke Baitulmaqdis, dan Isa mendahului mereka, maka mereka sungguh takjub. Sambil mengikut-Nya, mereka berasa takut. Kemudian Dia membawa pengikut-Nya yang dua belas itu ke samping lalu memberitahu mereka apa yang akan terjadi kepada-Nya. |
24690 | MRK 10:33 | Kata-Nya, ‘Kita sekarang pergi ke Baitulmaqdis. Putera Insan akan dikhianati dan diserahkan ke tangan ketua-ketua imam dan guru-guru Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya dan menyerahkan-Nya kepada orang bukan bani Israel. |
24710 | MRK 11:1 | Apabila mereka sudah berhampiran Baitulmaqdis, di Baitfagi dan Baitani, di Bukit Zaitun, Isa mengutus dua orang pengikut-Nya, |
24720 | MRK 11:11 | Isa masuk ke Baitulmaqdis dan terus masuk ke dalam rumah ibadat. Setelah Dia melihat semuanya, kerana hari sudah lewat petang, Dia pun pergi ke Baitani dengan pengikut-Nya yang dua belas itu. |
24724 | MRK 11:15 | Apabila sampai di Baitulmaqdis, Isa masuk ke rumah ibadat. Dia menghalau keluar orang yang berjual beli di dalam rumah ibadat, dan menterbalikkan meja para pengurup wang serta tempat duduk penjual burung merpati. |
24736 | MRK 11:27 | Selepas itu mereka masuk semula ke Baitulmaqdis. Sedang Dia berjalan di dalam rumah ibadat, ketua-ketua imam, guru-guru Taurat dan tua-tua datang kepada-Nya. |
24936 | MRK 15:41 | Mereka wanita-wanita yang mengikut dan menolong Isa ketika Dia di Galilea. Ada ramai juga wanita yang datang dengan Isa ke Baitulmaqdis. |
25064 | LUK 2:22 | Setelah tamat masa penyucian mengikut hukum Taurat Musa, mereka pun membawa Isa ke Baitulmaqdis untuk mempersembahkan-Nya kepada Tuhan. |
25067 | LUK 2:25 | Pada masa itu ada seorang di Baitulmaqdis yang bernama Simeon. Seorang yang salih dan bertakwa kepada Allah, Simeon menantikan masa terhiburnya Israel. Dan dia diasertai Roh Suci. |
25080 | LUK 2:38 | Pada ketika itu juga, dia datang dan mengucapkan syukur kepada Allah lalu berkata tentang anak itu kepada semua orang yang menantikan pembebasan bagi Baitulmaqdis. |
25083 | LUK 2:41 | Tiap-tiap tahun ibu bapa-Nya pergi ke Baitulmaqdis untuk menyambut perayaan Paska. |
25085 | LUK 2:43 | Setelah tamat perayaan itu, mereka pun berangkat pulang; tetapi Isa, anak mereka itu tertinggal di Baitulmaqdis dan ibu bapa-Nya tidak menyedari hal itu. |
25087 | LUK 2:45 | Apabila mereka tidak menjumpai-Nya, mereka kembali ke Baitulmaqdis untuk mencari-Nya. |
25141 | LUK 4:9 | Kemudian, Iblis membawa Isa ke Baitulmaqdis lalu menempatkan-Nya di atas mercu rumah ibadat dan berkata kepada-Nya, ‘Jikalau Engkau Putera Allah, terjunlah ke bawah, |
25193 | LUK 5:17 | Pada suatu hari ketika Isa mengajar orang, ada beberapa orang Farisi dan ahli Taurat duduk di situ. Mereka telah datang dari setiap bandar di Galilea dan Yudea dan juga dari Baitulmaqdis. Kuasa Allah ada pada Isa untuk menyembuhkan orang. |
25232 | LUK 6:17 | Isa turun bersama mereka lalu berdiri di suatu tempat yang rata dengan ramai pengikut-Nya. Ramai orang dari seluruh jajahan Yudea, dari Baitulmaqdis dan dari wilayah-wilayah Tirus serta Sidon |
25401 | LUK 9:31 | Mereka ialah Musa dan Ilyas yang kelihatan bersinar-sinar dengan kemuliaan dan mereka bercakap dengan Isa tentang kewafatan-Nya yang akan ditunaikan di Baitulmaqdis. |
25421 | LUK 9:51 | Tatkala waktunya sudah dekat untuk Isa diangkat ke syurga, Dia menetapkan hati-Nya untuk menuju ke Baitulmaqdis. |
25423 | LUK 9:53 | Tetapi orang Samaria tidak menerima Isa kerana Dia sedang menuju ke Baitulmaqdis. |
25462 | LUK 10:30 | Isa menjawab, ‘Ada seorang dalam perjalanan dari Baitulmaqdis ke Yerikho. Dia diserang oleh penyamun yang merompaknya dan membelasahnya sehingga setengah mati. |
25591 | LUK 13:4 | Bagaimanakah pula dengan lapan belas orang yang mati ditimpa oleh menara di Siloam? Adakah mereka lebih bersalah daripada semua penduduk lain di kota Baitulmaqdis? |
25609 | LUK 13:22 | Dalam perjalanan ke Baitulmaqdis, Isa melalui beberapa buah kota dan kampung sambil mengajar. |
25620 | LUK 13:33 | Namun, Aku harus meneruskan perjalanan pada hari ini, esok dan lusa. Seorang nabi tidak dibunuh di tempat lain kecuali di Baitulmaqdis. |
25621 | LUK 13:34 | ‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuh nabi-nabi dan merejam utusan-utusan Allah. Sudah beberapa kali Aku ingin menaungi semua pendudukmu seperti seekor ibu ayam melindungi anak-anaknya di bawah kepaknya, tetapi engkau tidak mahu. |
25731 | LUK 17:11 | Dalam perjalanan Isa ke Baitulmaqdis, Dia melalui sempadan Samaria dan Galilea. |
25788 | LUK 18:31 | Isa membawa dua belas pengikut-Nya ke suatu tempat dan berkata kepada mereka, ‘Kita akan pergi ke Baitulmaqdis dan segala yang tersurat dalam kitab-kitab nabi tentang Putera Insan akan berlaku di sana. |
25811 | LUK 19:11 | Isa menceritakan sebuah ibarat kepada mereka yang mendengar-Nya. Dia kini telah hampir tiba ke Baitulmaqdis dan mereka menyangka bahawa kerajaan Allah akan menjadi nyata tidak lama lagi. |
25828 | LUK 19:28 | Setelah Isa berkata demikian, Dia pun berjalan mendahului mereka menuju ke Baitulmaqdis. |
25841 | LUK 19:41 | Ketika Isa menghampiri Baitulmaqdis dan melihat kota itu, Dia pun menangisinya, |
25915 | LUK 21:20 | ‘Apabila kamu melihat kota Baitulmaqdis terkepung oleh tentera-tentera, ketahuilah kamu bahawa kebinasaannya telah hampir. |
25919 | LUK 21:24 | Mereka akan dibunuh dengan pedang dan ada pula yang akan dibawa ke negeri lain sebagai orang tawanan. Kota Baitulmaqdis akan diinjak-injak oleh bangsa-bangsa asing sehingga tamat tempoh yang ditetapkan untuk mereka. |
26011 | LUK 23:7 | Ketika Pilatus mengetahui Isa berasal dari jajahan pemerintahan Herodes, dia menyuruh supaya Isa dibawa kepada Herodes kerana pada masa itu Herodes ada di kota Baitulmaqdis. |
26032 | LUK 23:28 | Isa berpaling kepada mereka lalu berkata, ‘Kaum perempuan Baitulmaqdis, janganlah tangisi Aku melainkan tangisilah dirimu dan anak-anakmu sendiri. |
26073 | LUK 24:13 | Pada hari itu juga dua orang antara pengikut Isa sedang dalam perjalanan ke sebuah kampung yang bernama Emaus, kira-kira tujuh batu jauhnya dari Baitulmaqdis. |
26078 | LUK 24:18 | Seorang daripadanya yang bernama Kleopas bertanya kepada Isa, ‘Engkaukah satu-satunya orang di Baitulmaqdis yang belum mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam beberapa hari ini?’ |
26093 | LUK 24:33 | Mereka terus bangun dan kembali ke Baitulmaqdis. Mereka mendapati sebelas pengikut itu berkumpul dengan pengikut yang lain. |
26107 | LUK 24:47 | dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Baitulmaqdis. |
26112 | LUK 24:52 | Pengikut-pengikut-Nya menyembah-Nya dan kembali ke Baitulmaqdis dengan penuh kegembiraan. |
26132 | JHN 1:19 | Inilah kesaksian Yahya, apabila orang Yahudi di Baitulmaqdis mengutus para imam dan orang Lewi untuk bertanya kepadanya, ‘Siapakah kamu?’ |
26177 | JHN 2:13 | Ketika perayaan Paska orang Yahudi hampir tiba, Isa pergi ke Baitulmaqdis. |
26187 | JHN 2:23 | Sewaktu Isa di Baitulmaqdis pada masa perayaan Paska, ramai orang yang percaya kepada-Nya disebabkan mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya. |
26245 | JHN 4:20 | Nenek moyang kami menyembah Allah di gunung ini, tetapi bangsa tuan berkata tempat orang menyembah Allah hanya di Baitulmaqdis.’ |
26246 | JHN 4:21 | Isa berkata, ‘Hai perempuan, percayalah, akan sampai saatnya kamu menyembah Bapa bukan lagi di gunung ini atau di Baitulmaqdis. |
26270 | JHN 4:45 | Setiba-Nya di Galilea, orang di situ menyambut-Nya. Mereka telah melihat segala yang dilakukan-Nya di Baitulmaqdis pada masa perayaan Paska dahulu. Pada ketika itu, mereka juga berada di sana. |
26280 | JHN 5:1 | Setelah itu Isa pergi ke Baitulmaqdis pada masa suatu perayaan Yahudi. |
26422 | JHN 7:25 | Sebilangan penduduk Baitulmaqdis berkata, ‘Bukankah orang ini yang dicari oleh mereka untuk dibunuh?’ |
26572 | JHN 10:22 | Di Baitulmaqdis, Perayaan Pentahbisan sedang disambut. |
26610 | JHN 11:18 | Baitani terletak kira-kira dua batu daripada Baitulmaqdis. |
26647 | JHN 11:55 | Menjelang perayaan Paska, ramai orang Yahudi dari kampung pergi ke Baitulmaqdis untuk menjalani upacara bersuci sebelum perayaan itu. |
26661 | JHN 12:12 | Pada keesokan harinya, orang ramai yang datang menyambut perayaan Paska mendengar bahawa Isa sedang dalam perjalanan ke Baitulmaqdis. |
26669 | JHN 12:20 | Di antara orang ramai yang pergi ke Baitulmaqdis untuk beribadat pada waktu perayaan itu ada sebilangan orang Yunani. |
26996 | ACT 1:4 | Pada suatu hari ketika Isa bersama mereka, Dia berpesan supaya mereka jangan meninggalkan Baitulmaqdis. Kata-Nya, ‘Haruslah kamu menantikan apa yang dijanjikan Bapa, dan yang telah kamu dengar daripada-Ku; |
27000 | ACT 1:8 | Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Suci datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Baitulmaqdis, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.’ |
27004 | ACT 1:12 | Setelah itu para rasul pun kembali ke Baitulmaqdis dari bukit bernama Zaitun yang dekat dengan kota itu, jaraknya sehari Sabat perjalanan. |
27005 | ACT 1:13 | Setibanya mereka di Baitulmaqdis, mereka naik ke bilik atas tempat mereka menumpang. Mereka ialah Petrus, Yahya, Yakobus, Andreas; Filipus dan Tomas, Bartolomeus, Matius, Yakobus anak Alfeus, dan Simon, orang Patriot; serta Yudas anak Yakobus. |
27011 | ACT 1:19 | Seluruh penduduk Baitulmaqdis mendapat tahu hal itu lalu menamakan tanah itu Hakal Dama dalam bahasa mereka, iaitu Tanah Darah.) |
27023 | ACT 2:5 | Pada waktu itu terdapat orang Yahudi yang salih daripada segala bangsa di dunia tinggal di Baitulmaqdis. |
27032 | ACT 2:14 | Petrus berdiri bersama sebelas rasul lagi lalu berkata dengan suara yang lantang, ‘Saudara-saudara orang Yahudi dan semua penduduk di Baitulmaqdis, ketahuilah hal ini serta dengarlah baik-baik kata-kataku. |
27096 | ACT 4:5 | Pada esoknya, para pemimpin masyarakat Yahudi, tua-tua dan guru-guru Taurat berhimpun di Baitulmaqdis, |
27107 | ACT 4:16 | ‘Apakah yang akan kita lakukan kepada mereka itu? Sesungguhnya sudah nyata kepada semua orang Baitulmaqdis bahawa satu mukjizat yang mengagumkan telah dilakukan melalui mereka, dan kita tidak dapat menafikannya. |
27144 | ACT 5:16 | Ramai pula orang dari kota-kota sekeliling Baitulmaqdis datang berhimpun, membawa orang yang sakit dan yang dirasuk roh-roh durjana, lalu semuanya disembuhkan. |
27156 | ACT 5:28 | ‘Bukankah kami telah melarang keras kamu mengajar atas nama itu? Tetapi lihatlah, kamu telah menyebarkan ajaran itu ke serata Baitulmaqdis dan berniat mempertanggungjawabkan kami atas kematian-Nya!’ |
27177 | ACT 6:7 | Dengan demikian firman Allah semakin tersebar dan bilangan pengikut Isa di Baitulmaqdis kian meningkat, dan ramai imam menjadi orang beriman. |
27246 | ACT 8:1 | Saul menyetujui kematian Stefanus. Pada masa itu penganiayaan yang dahsyat dilakukan terhadap jemaah di Baitulmaqdis; dan mereka pun bercerai-berai di serata Yudea dan Samaria, kecuali para rasul. |
27259 | ACT 8:14 | Apabila para rasul di Baitulmaqdis mendengar bahawa orang Samaria telah menerima firman Allah, mereka mengutus Petrus dan Yahya ke sana. |
27270 | ACT 8:25 | Setelah mereka memberi kesaksian dan menyampaikan firman Tuhan, mereka pun pulang ke Baitulmaqdis, sambil menyebarkan perkhabaran baik tentang Isa di banyak kampung orang Samaria. |
27271 | ACT 8:26 | Malaikat Tuhan berkata kepada Filipus, ‘Bangkit dan pergilah ke arah selatan di jalan antara Baitulmaqdis dengan Gaza. Sekarang tempat itu lengang.’ |
27272 | ACT 8:27 | Dia pun bangkit lalu pergi. Ada seorang Habsyi, seorang sida-sida yang besar pangkatnya di bawah perintah Kandake, ratu negeri Habsyah, dan ditugaskan menjaga seluruh perbendaharaannya. Dia telah pergi ke Baitulmaqdis untuk sembahyang. |
27287 | ACT 9:2 | dan meminta surat untuk ditunjukkan kepada saumaah di Damsyik, supaya sekiranya dia menjumpai sesiapa yang mengikut Jalan Isa, baik lelaki mahupun perempuan, dia boleh memberkas dan membawa mereka ke Baitulmaqdis. |
27298 | ACT 9:13 | Ananias menjawab, ‘Ya Junjunganku, aku telah mendengar ramai orang mengatakan hal orang itu. Dia telah banyak menganiaya umat-Mu yang salih di Baitulmaqdis. |
27306 | ACT 9:21 | Semua yang mendengarnya tercengang lalu berkata, ‘Bukankah dia ini yang menganiaya semua yang menyebut nama itu di Baitulmaqdis? Malah dia datang ke mari untuk menangkap semua orang yang demikian di sini dan menyeret mereka ke hadapan ketua-ketua imam.’ |
27311 | ACT 9:26 | Apabila Saul sampai di Baitulmaqdis, dia cuba menghubungi para pengikut Isa tetapi mereka takut dan tidak percaya bahawa dia benar-benar pengikut Isa. |
27313 | ACT 9:28 | Selepas itu Saul keluar masuk di Baitulmaqdis bersama para rasul |
27367 | ACT 10:39 | ‘Kami ini menjadi saksi akan segala yang dilakukan-Nya di tanah orang Yahudi malah juga di Baitulmaqdis. Dia telah dibunuh dengan disalib; |
27378 | ACT 11:2 | Apabila Petrus pergi ke Baitulmaqdis, orang Yahudi yang percaya kepada Isa dan masih berpegang kepada upacara sunat, membantah perbuatannya. |
27398 | ACT 11:22 | Jemaah di Baitulmaqdis mendengar hal itu lalu menyuruh Barnabas pergi ke Antiokhia. |
27403 | ACT 11:27 | Pada masa itu beberapa orang nabi turun dari Baitulmaqdis ke Antiokhia. |
27431 | ACT 12:25 | Setelah Barnabas dan Saul menjalankan tugas mereka pulang dari Baitulmaqdis dan membawa Yahya yang bergelar Markus itu bersama mereka. |
27444 | ACT 13:13 | Paulus dan rakan-rakannya belayar dari Pafos ke kota Perga di tanah Pamfilia. Dari situ Yahya meninggalkan mereka lalu pulang ke Baitulmaqdis. |
27458 | ACT 13:27 | Penduduk Baitulmaqdis dan ketua-ketua mereka tidak sedar bahawa Penyelamat itu ialah Isa. Mereka tidak memahami ajaran nabi-nabi yang dibacakan setiap hari Sabat, maka mereka menghukum Isa. Dengan tindakan mereka itu, segala yang telah dinubuatkan oleh nabi-nabi menjadi kenyataan. |
27462 | ACT 13:31 | Selepas itu selama beberapa hari Dia menampakkan diri-Nya kepada mereka yang dahulu mengiringi-Nya dalam perjalanan dari Galilea ke Baitulmaqdis. Kini mereka itu menjadi saksi bagi-Nya kepada umat Israel. |
27513 | ACT 15:2 | Ini menyebabkan Paulus dan Barnabas banyak berbahas dan berbantah dengan orang dari Yudea itu. Akhirnya diputuskan bahawa Paulus dan Barnabas serta beberapa orang lain pergi ke Baitulmaqdis berjumpa dengan para rasul dan tua-tua untuk bertanyakan persoalan tersebut. |