Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   w    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23224  MAT 1:11  Yosia beroleh Yoyakhin dan saudara-saudaranya sekitar masa mereka dibawa sebagai tawanan di Babel.
23231  MAT 1:18  Inilah kisah kelahiran Isa al-Masih: Ibu-Nya, Maryam bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, Maryam mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23232  MAT 1:19  Yusuf, seorang yang takwa dan berakhlak, tidak mahu memalukan Maryam di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam.
23237  MAT 1:24  Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yang disampaikan oleh malaikat Tuhan itu lalu berkahwin dengan Maryam.
23243  MAT 2:5  Mereka menjawab, ‘Di Baitlahim, Yudea. Seorang nabi telah bernubuat tentangnya:
23251  MAT 2:13  Selepas itu malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf lalu berkata, ‘Herodes akan mengeluarkan perintah supaya mencari dan membunuh Anak itu. Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di situ hingga Aku berfirman kepadamu.’
23252  MAT 2:14  Yusuf pun bangun. Pada malam itu juga dia membawa Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir.
23254  MAT 2:16  Setelah Raja Herodes sedar dirinya ditipu oleh ahli-ahli ilmu bintang dari Timur itu, dia pun marah lalu mengeluarkan perintah untuk membunuh semua anak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah di Baitlahim dan kawasan yang berdekatan. Usia itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli ilmu bintang tentang masa bintang itu mula-mula muncul.
23258  MAT 2:20  Kata malaikat itu, ‘Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel, kerana orang yang hendak meragut nyawa Anak itu telah mati.’
23259  MAT 2:21  Yusuf pun bangun lalu membawa Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel.
23260  MAT 2:22  Tetapi apabila mendengar bahawa Arkelaus telah naik takhta menggantikan bapanya Herodes di Yudea, Yusuf pun takut pergi ke sana. Setelah mendapat peringatan daripada Allah dalam mimpi, dia pun pergi ke Galilea.
23266  MAT 3:5  Orang dari Baitulmaqdis, seluruh Yudea dan segenap kawasan sekitar Sungai Yordan datang mendapatkan Yahya.
23268  MAT 3:7  Ramai orang Farisi dan Saduki datang untuk diimadkan. Apabila melihat mereka, Yahya berkata, ‘Hai orang durjana! Siapakah yang memberitahumu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah kelak?
23269  MAT 3:8  Buktikanlah dengan perbuatan bahawa kamu telah bertaubat.
23272  MAT 3:11  ‘Aku mengimadkanmu dengan air untuk menunjukkan bahawa kamu telah bertaubat. Tetapi Dia yang datang selepasku akan mengimadkanmu dengan Roh Suci dan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakan kasut-Nya pun aku tidak layak.
23276  MAT 3:15  Tetapi Isa menjawab, ‘Biarkanlah demikian untuk sekarang, kerana dengannya kita akan menunaikan segala kebenaran.’ Yahya pun patuh.
23279  MAT 4:1  Setelah itu Isa dibawa oleh Roh ke gurun untuk digoda Iblis.
23282  MAT 4:4  Isa menjawab, ‘Telah tersurat: “Manusia hidup bukan dengan roti saja tetapi dengan setiap firman Allah.” ’
23283  MAT 4:5  Selepas itu Iblis membawa Isa ke kota suci Baitulmaqdis dan meletakkan-Nya di puncak rumah ibadat.
23285  MAT 4:7  Isa menjawab, ‘Tetapi telah tersurat: “Janganlah engkau menduga Allah, Tuhanmu.” ’
23286  MAT 4:8  Iblis membawa pula Isa ke atas gunung yang amat tinggi lalu menunjukkan semua kerajaan di dunia dan kekayaannya.
23288  MAT 4:10  Jawab Isa, ‘Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: “Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya saja engkau beribadat.” ’
23290  MAT 4:12  Apabila mendengar bahawa Yahya telah dipenjarakan, Isa pun pergi ke Galilea.
23291  MAT 4:13  Dia tidak tinggal di Nasaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggir laut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali.
23294  MAT 4:16  Bangsa yang hidup dalam kegelapan telah melihat cahaya gemilang. Bagi mereka yang di bawah bayangan maut, Cahaya telah bersinar!’
23301  MAT 4:23  Isa menjelajahi seluruh wilayah Galilea. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan berita baik bahawa kerajaan Allah hampir tiba. Dia menyembuhkan semua jenis penyakit dan kesakitan di antara mereka.
23302  MAT 4:24  Berita tentang Isa tersebar di seluruh Siria. Maka, ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yang mengidap penyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya.
23303  MAT 4:25  Ramai sekali orang mengikut-Nya: dari Dekapolis (bermaksud Sepuluh Kota), dari Baitulmaqdis, dari Yudea, dan dari kawasan di seberang Yordan.
23308  MAT 5:5  Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini.
23316  MAT 5:13  ‘Kamu ialah garam bumi ini. Jika garam menjadi tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang.
23318  MAT 5:15  Tiada siapa memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah bekas; tentu dia meletakkannya di atas kaki pelita untuk menerangi seisi rumah.
23325  MAT 5:22  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan dihakimi. Sesiapa yang mencaci saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama. Dan sesiapa yang memanggil saudaranya “bodoh” akan dihumbankan ke dalam api neraka.
23326  MAT 5:23  ‘Oleh itu, jika kamu sedang meletakkan persembahan kepada Allah di atas mazbah lalu teringat bahawa saudaramu bersanggit hati denganmu,
23328  MAT 5:25  ‘Berdamailah dengan orang yang hendak mendakwamu di mahkamah sewaktu kamu masih dalam perjalanan ke situ. Jika tidak, dia akan menyerahkanmu kepada hakim, kemudian hakim menyerahkanmu kepada pegawai berkenaan, yang akan memenjarakanmu.
23331  MAT 5:28  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang memandang seorang wanita dengan berahi, telah berzina dengannya dalam hati.
23335  MAT 5:32  Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa menceraikan isterinya kecuali kerana zina, orang itu menyebabkan wanita tersebut berzina jika berkahwin lagi; dan sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu berzina juga.
23339  MAT 5:36  Demi kepalamu pun jangan, kerana kamu tidak berkuasa memutihkan atau menghitamkan rambutmu walau sehelai.
23343  MAT 5:40  Jika seseorang hendak mendakwamu untuk mendapatkan bajumu, berikanlah jubahmu juga.
23367  MAT 6:16  ‘Apabila kamu berpuasa, jangan tunjukkan muka lesu seperti orang munafik. Mereka memperlihatkan wajah menderita supaya semua orang tahu mereka berpuasa. Mereka ini sudahpun mendapat ganjaran mereka.
23381  MAT 6:30  Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari ini dan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberimu pakaian? Sungguh tipis kepercayaanmu kepada-Nya!
23383  MAT 6:32  Kerunsingan ini dialami oleh orang yang tidak mengenal Allah. Bapamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu.
23408  MAT 7:23  Tetapi aku akan menjawab, “Aku tidak mengenalmu. Pergilah dari sini, hai kamu yang mungkar.”
23414  MAT 7:29  Isa mengajar secara berwibawa, tidak seperti guru Taurat mereka.
23421  MAT 8:7  Isa menjawab, ‘Baiklah, Aku akan pergi menyembuhkannya.’
23423  MAT 8:9  Aku juga di bawah perintah pegawai atasan tentera, dan ada askar di bawah tanganku. Apabila aku menyuruh seorang askar, “Pergi!” dia pun pergi. Apabila aku menyuruh askar lain, “Mari!” dia pun datang. Apabila aku menyuruh hambaku, “Buat ini!” dia melakukannya.’
23424  MAT 8:10  Isa terkagum mendengarnya lalu berkata kepada orang ramai yang mengikut-Nya, ‘Belum pernah Kutemui orang yang demikian teguh imannya, walau di Israel pun.
23430  MAT 8:16  Setelah hari petang, ramai orang yang dirasuk roh iblis dibawakan kepada Isa. Isa menghalau roh-roh iblis itu dengan sepatah kata sahaja. Dia juga menyembuhkan semua yang sakit.
23431  MAT 8:17  Isa melakukan semua itu supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yasyaya: ‘Dialah yang membawa kelemahan kita dan menanggung penyakit kita.’
23434  MAT 8:20  Isa menjawab, ‘Musang ada lubangnya dan burung ada sarangnya, tetapi Putera Insan tidak ada tempat untuk berehat.’
23436  MAT 8:22  Tetapi Isa menjawab, ‘Ikutlah Aku. Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka.’
23439  MAT 8:25  Para pengikut Isa datang membangunkan-Nya. Mereka berkata, ‘Ya Junjungan, selamatkan nyawa kami semua daripada maut!’
23440  MAT 8:26  Isa menjawab, ‘Mengapakah kamu takut? Begitu tipis kepercayaanmu kepada-Ku!’ Dia pun bangun memarahi angin dan ombak itu. Serta-merta semuanya tenang sekali.
23444  MAT 8:30  Ada sekawan babi sedang makan agak jauh dari situ.
23445  MAT 8:31  Roh-roh iblis itu merayu kepada Isa, ‘Jika Engkau hendak menyuruh kami keluar, suruhlah kami masuk ke dalam tubuh babi sekawan itu.’
23446  MAT 8:32  Dan Isa memerintah roh-roh itu, ‘Pergilah’. Maka roh-roh itu pun keluar lalu memasuki babi-babi itu. Seluruh kawanan babi itu pun lari ke pinggir jurang laut lalu terjun dan mati lemas.
23450  MAT 9:2  Beberapa orang membawa kepada-Nya seorang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Ketika Isa menyedari betapa teguhnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Tegapkan hatimu, anak-Ku! Dosamu telah diampunkan.’
23454  MAT 9:6  Aku akan membuktikan kepadamu bahawa di bumi ini Putera Insan berkuasa mengampunkan dosa.’ Kemudian Isa berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Bangun, angkat tikarmu dan pulanglah.’
23460  MAT 9:12  Isa terdengar pertanyaan mereka lalu menjawab, ‘Orang sihat tidak memerlukan tabib; hanya orang sakit yang memerlukannya.
23463  MAT 9:15  Isa menjawab, ‘Pada hematmu, patutkah tetamu di jamuan perkahwinan bersedih semasa pengantin lelaki masih bersama mereka? Tentu tidak. Namun akan tiba masanya pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Ketika itulah mereka akan berpuasa.
23468  MAT 9:20  Ketika itu, ada seorang wanita yang telah mengidap penyakit pendarahan selama dua belas tahun. Dia mendekati Isa dari belakang lalu menyentuh hujung jubah-Nya.
23469  MAT 9:21  Fikir wanita itu dalam hatinya, ‘Apabila kusentuh jubah-Nya, pasti aku akan sembuh.’
23470  MAT 9:22  Isa menoleh dan melihatnya lalu berkata kepadanya, ‘Tetapkanlah hatimu, anak-Ku! Kerana imanmu kamu sembuh.’ Serta-merta wanita itu sembuh.
23472  MAT 9:24  Dia berkata, ‘Keluarlah kamu semua! Anak ini bukan mati, cuma tidur.’ Mereka mula mentertawakan-Nya.
23476  MAT 9:28  Ketika Isa masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekati-Nya. Isa bertanya, ‘Percayakah kamu bahawa Aku dapat menyembuhkanmu?’ ‘Percaya, Junjungan!’ jawab mereka.
23480  MAT 9:32  Selepas itu, seorang yang bisu kerana dirasuk roh iblis dibawa kepada Isa.
23484  MAT 9:36  Apabila melihat orang yang ramai itu, Isa berasa kasihan kerana mereka bimbang dan tidak berdaya, ibarat sekawan domba tanpa gembala.
23493  MAT 10:7  Pergilah dan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat.
23495  MAT 10:9  Janganlah bawa wang emas, perak mahupun tembaga.
23496  MAT 10:10  Jangan bawa bekas untuk menerima sedekah, atau ganti pakaian, atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu. Seorang pekerja layak menerima apa yang diperlukannya.
23502  MAT 10:16  Dengarlah: Aku mengutusmu seperti domba ke tengah-tengah sekawan serigala. Hendaklah kamu bijak seperti ular dan tulus seperti merpati.
23504  MAT 10:18  Kerana-Ku, kamu akan dibawa ke hadapan penguasa dan raja sebagai saksi kepada mereka dan kepada bangsa yang tidak mengenal Allah.
23514  MAT 10:28  Jangan takut akan mereka yang hanya dapat membunuh jasad tetapi tidak berkuasa memusnahkan jiwa. Takutilah Allah yang berkuasa memusnahkan jasad dan jiwa di dalam neraka.
23520  MAT 10:34  ‘Jangan sangka Aku datang untuk membawa damai ke dunia. Aku datang bukan untuk membawa damai ke dunia melainkan pedang.
23521  MAT 10:35  Dengan kedatangan-Ku, “anak lelaki melawan bapanya, anak perempuan melawan ibunya, dan menantu perempuan melawan ibu mertuanya.
23528  MAT 10:42  Ingatlah: Sesiapa yang memberi minum walau hanya air sejuk kepada seorang pengikut-Ku yang paling rendah pun kerana dia pengikut-Ku, akan menerima ganjaran.’
23532  MAT 11:4  Isa menjawab, ‘Pulanglah, beritahu Yahya segala yang kamu dengar dan lihat:
23536  MAT 11:8  Kamu ke sana hendak melihat apa? Seorang yang berpakaian mewah? Orang yang berpakaian demikian tinggal di istana.
23539  MAT 11:11  ‘Sesungguhnya Aku berkata kepadamu bahawa di antara mereka yang dilahirkan oleh perempuan, belum pernah muncul seorang pun yang lebih besar daripada Yahya. Ketahuilah: Yahya Pengimad lebih utama daripada semua orang yang pernah hidup di dunia. Namun begitu, orang yang paling rendah antara yang menikmati kerajaan syurga lebih utama daripadanya.
23545  MAT 11:17  “Kami memainkan seruling lagu perkahwinan untukmu, tetapi kamu enggan menari; kami menyanyi lagu ratap, tetapi kamu enggan menangis.”
23547  MAT 11:19  Ketika Putera Insan datang, Dia makan dan minum, lalu semua orang berkata, “Lihatlah dia ini: gelojoh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa!” Namun demikian, kebijaksanaan terbukti benar dengan perbuatannya.’
23556  MAT 11:28  ‘Marilah ke sisi-Ku, wahai kamu yang lelah memikul beban berat; Aku akan membebaskanmu daripada bebanmu.
23557  MAT 11:29  Ikutlah perintah-Ku dan terima ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan sejahtera.
23561  MAT 12:3  Isa menjawab, ‘Tidakkah kamu membaca apa yang dilakukan oleh Daud apabila dia dan anak buahnya lapar?
23568  MAT 12:10  Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. Beberapa orang di sana cuba mencari salah Isa supaya dapat mendakwa-Nya. Mereka bertanya kepada-Nya, ‘Tidakkah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar hukum?’
23569  MAT 12:11  Isa menjawab, ‘Apakah yang akan kamu lakukan jika seorang daripadamu mempunyai seekor domba, dan pada hari Sabat domba itu terjatuh ke dalam lubang yang dalam? Tentulah kamu berusaha menyelamatkannya.
23580  MAT 12:22  Setelah itu seorang yang buta dan bisu kerana dirasuk roh iblis dibawa kepada Isa lalu disembuhkan-Nya.
23582  MAT 12:24  Apabila orang Farisi mendengar tentang itu, mereka menjawab, ‘Dia dapat menghalau roh-roh iblis kerana diberi kuasa oleh Beelzebul, ketua roh iblis.’
23583  MAT 12:25  Isa mengetahui isi hati orang Farisi itu lalu berkata kepada mereka, ‘Negeri yang berpecah kepada beberapa bahagian yang bermusuhan tidak akan wujud lama. Bandar atau keluarga yang berpecah dan berlawan sesama sendiri akan hancur lebur.