23215 | MAT 1:2 | Ibrahim beroleh anak yang dinamai Ishak, Ishak beroleh Yakub, dan Yakub beroleh Yudah serta saudara-saudaranya. |
23216 | MAT 1:3 | Yudah beroleh Peres dan Zerah daripada isterinya Tamar, Peres beroleh Hezron, dan Hezron beroleh Ram. |
23218 | MAT 1:5 | Salmon beroleh Boas daripada isterinya Rahab, Boas beroleh Obed daripada isterinya Rut, dan Obed beroleh Isai, |
23223 | MAT 1:10 | Hizkia beroleh Manasye, Manasye beroleh Amon, dan Amon beroleh Yosia. |
23224 | MAT 1:11 | Yosia beroleh Yoyakhin dan saudara-saudaranya sekitar masa mereka dibawa sebagai tawanan di Babel. |
23225 | MAT 1:12 | Seterusnya, Yoyakhin beroleh Sealtiel, dan Sealtiel beroleh Zerubabel. |
23226 | MAT 1:13 | Zerubabel beroleh Abihud, Abihud beroleh Elyakim, dan Elyakim beroleh Azur. |
23229 | MAT 1:16 | Maka Yakub beroleh Yusuf, suami Maryam, Maryamlah yang melahirkan Isa yang dipanggil al-Masih. |
23231 | MAT 1:18 | Inilah kisah kelahiran Isa al-Masih: Ibu-Nya, Maryam bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, Maryam mengandung melalui kuasa Roh Suci. |
23232 | MAT 1:19 | Yusuf, seorang yang takwa dan berakhlak, tidak mahu memalukan Maryam di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam. |
23233 | MAT 1:20 | Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, ‘Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci. |
23234 | MAT 1:21 | Maryam akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Isa. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.’ |
23235 | MAT 1:22 | Segala ini terjadi supaya berlakulah firman Tuhan melalui nabi-Nya: |
23236 | MAT 1:23 | ‘Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, maka Anak itu akan dipanggil Immanuel’ bererti, ‘Allah menyertai kita’ dalam bahasa Ibrani. |
23237 | MAT 1:24 | Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yang disampaikan oleh malaikat Tuhan itu lalu berkahwin dengan Maryam. |
23238 | MAT 1:25 | Tetapi Yusuf tidak menyentuh Maryam sebagai isterinya hinggalah Maryam melahirkan Anak itu. Yusuf menamai Anak itu Isa. |
23240 | MAT 2:2 | Mereka bertanya, ‘Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.’ |
23242 | MAT 2:4 | Raja Herodes memanggil semua ketua imam dan guru Taurat berhimpun lalu bertanya, ‘Raja yang dijanjikan oleh Allah itu, di manakah tempat lahirnya?’ |
23243 | MAT 2:5 | Mereka menjawab, ‘Di Baitlahim, Yudea. Seorang nabi telah bernubuat tentangnya: |
23244 | MAT 2:6 | ‘Hai Baitlahim di Yudea, Kau bukanlah yang terkecil antara kota utama Yudea, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ |
23246 | MAT 2:8 | Raja Herodes menyuruh ahli-ahli ilmu bintang pergi ke Baitlahim dengan perintah demikian: ‘Pergilah dan carilah Anak itu sedaya upaya. Apabila kamu menjumpai-Nya beritahulah aku, supaya aku juga dapat pergi menyembah-Nya.’ |
23247 | MAT 2:9 | Mereka pun pergi. Di pertengahan jalan, mereka melihat bintang yang telah muncul di Timur dahulu kini mendahului mereka dan berhenti di atas tempat Anak itu. |
23249 | MAT 2:11 | Mereka masuk ke situ dan melihat Anak itu dengan ibu-Nya Maryam. Mereka pun sujud menyembah Anak itu, lalu mempersembahkan emas, dupa dan mur kepada-Nya. |
23250 | MAT 2:12 | Allah memberikan peringatan kepada mereka melalui mimpi supaya jangan kembali kepada Herodes. Oleh itu mereka pun pulang ke negeri mereka mengikut jalan lain. |
23251 | MAT 2:13 | Selepas itu malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf lalu berkata, ‘Herodes akan mengeluarkan perintah supaya mencari dan membunuh Anak itu. Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di situ hingga Aku berfirman kepadamu.’ |
23252 | MAT 2:14 | Yusuf pun bangun. Pada malam itu juga dia membawa Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. |
23253 | MAT 2:15 | Mereka tinggal di situ hingga kematian Raja Herodes. Maka berlakulah firman Tuhan menerusi nabi-Nya: ‘Aku memanggil Putera-Ku keluar dari Mesir.’ |
23254 | MAT 2:16 | Setelah Raja Herodes sedar dirinya ditipu oleh ahli-ahli ilmu bintang dari Timur itu, dia pun marah lalu mengeluarkan perintah untuk membunuh semua anak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah di Baitlahim dan kawasan yang berdekatan. Usia itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli ilmu bintang tentang masa bintang itu mula-mula muncul. |
23255 | MAT 2:17 | Oleh yang demikian berlakulah apa yang dinubuatkan oleh Yeremia: |
23256 | MAT 2:18 | ‘Satu suara terdengar di Ramah, rintih ratap dan perkabungan. Rahel meratapi anak-anaknya, tidak mungkin dilipur hatinya, kerana mereka tiada lagi.’ |
23258 | MAT 2:20 | Kata malaikat itu, ‘Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel, kerana orang yang hendak meragut nyawa Anak itu telah mati.’ |
23259 | MAT 2:21 | Yusuf pun bangun lalu membawa Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel. |
23260 | MAT 2:22 | Tetapi apabila mendengar bahawa Arkelaus telah naik takhta menggantikan bapanya Herodes di Yudea, Yusuf pun takut pergi ke sana. Setelah mendapat peringatan daripada Allah dalam mimpi, dia pun pergi ke Galilea. |
23261 | MAT 2:23 | Dia menetap di kota yang bernama Nasaret. Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh para nabi: ‘Dia akan dipanggil Orang Nasaret.’ |
23262 | MAT 3:1 | Pada masa itu Yahya Pengimad menyampaikan berita ini di gurun di Yudea. |
23263 | MAT 3:2 | Dia berseru, ‘Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!’ |
23264 | MAT 3:3 | Yahyalah yang dimaksudkan dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘Suara seorang berseru di gurun: “Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskan jalan untuk-Nya.” ’ |
23265 | MAT 3:4 | Pakaian Yahya diperbuat daripada bulu unta dan tali pinggangnya daripada kulit. Makanannya belalang dan madu gurun. |
23266 | MAT 3:5 | Orang dari Baitulmaqdis, seluruh Yudea dan segenap kawasan sekitar Sungai Yordan datang mendapatkan Yahya. |
23267 | MAT 3:6 | Mereka mengaku dosa lalu diimadkan oleh Yahya di Sungai Yordan. |
23268 | MAT 3:7 | Ramai orang Farisi dan Saduki datang untuk diimadkan. Apabila melihat mereka, Yahya berkata, ‘Hai orang durjana! Siapakah yang memberitahumu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah kelak? |
23270 | MAT 3:9 | Jangan sangka kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan berkata, “Ibrahim moyang kami.” Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Ibrahim! |
23271 | MAT 3:10 | Kapak sudah tersedia untuk menebang pokok hingga ke akar umbinya. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang dan dihumbankan ke dalam api. |
23272 | MAT 3:11 | ‘Aku mengimadkanmu dengan air untuk menunjukkan bahawa kamu telah bertaubat. Tetapi Dia yang datang selepasku akan mengimadkanmu dengan Roh Suci dan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakan kasut-Nya pun aku tidak layak. |
23273 | MAT 3:12 | Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang dan membakar sekam di dalam api yang tidak mungkin padam.’ |
23274 | MAT 3:13 | Ketika itu Isa meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan. Di situ Dia berjumpa dengan Yahya dan meminta diimadkan olehnya. |
23275 | MAT 3:14 | Yahya cuba menolak dengan berkata, ‘Sepatutnya Engkau yang mengimadkanku. Ini Engkau pula datang kepadaku!’ |
23276 | MAT 3:15 | Tetapi Isa menjawab, ‘Biarkanlah demikian untuk sekarang, kerana dengannya kita akan menunaikan segala kebenaran.’ Yahya pun patuh. |
23277 | MAT 3:16 | Setelah diimadkan, Isa keluar dari air dengan segera. Lalu terbukalah langit dan dia melihat Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. |
23278 | MAT 3:17 | Kemudian kedengaran suara Allah berfirman, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.’ |