23216 | MAT 1:3 | Yudah beroleh Peres dan Zerah daripada isterinya Tamar, Peres beroleh Hezron, dan Hezron beroleh Ram. |
23221 | MAT 1:8 | Asa beroleh Yosafat, Yosafat beroleh Yoram, dan Yoram beroleh Uzia. |
23222 | MAT 1:9 | Uzia beroleh Yotam, Yotam beroleh Ahaz, dan Ahaz beroleh Hizkia. |
23223 | MAT 1:10 | Hizkia beroleh Manasye, Manasye beroleh Amon, dan Amon beroleh Yosia. |
23226 | MAT 1:13 | Zerubabel beroleh Abihud, Abihud beroleh Elyakim, dan Elyakim beroleh Azur. |
23227 | MAT 1:14 | Azur beroleh Zadok, Zadok beroleh Akhim, dan Akhim beroleh Eliud. |
23228 | MAT 1:15 | Eliud beroleh Eleazar, Eleazar beroleh Matan, dan Matan beroleh Yakub. |
23315 | MAT 5:12 | Bersukacita dan bergembiralah, kerana ganjaran besar telah disediakan untukmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya. |
23326 | MAT 5:23 | ‘Oleh itu, jika kamu sedang meletakkan persembahan kepada Allah di atas mazbah lalu teringat bahawa saudaramu bersanggit hati denganmu, |
23330 | MAT 5:27 | ‘Kamu telah mendengar ajaran ini: “Jangan berzina.” |
23331 | MAT 5:28 | Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang memandang seorang wanita dengan berahi, telah berzina dengannya dalam hati. |
23335 | MAT 5:32 | Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa menceraikan isterinya kecuali kerana zina, orang itu menyebabkan wanita tersebut berzina jika berkahwin lagi; dan sesiapa yang berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu berzina juga. |
23407 | MAT 7:22 | Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami, bukankah kami telah menyampaikan perkhabaran Allah dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?” |
23435 | MAT 8:21 | Seorang pengikut lain berkata, ‘Junjungan, izinkanlah aku pulang dahulu untuk menguburkan jenazah bapaku.’ |
23511 | MAT 10:25 | Murid haruslah berpuas hati menjadi seperti gurunya; hamba haruslah berpuas hati menjadi seperti tuannya. Jika ketua keluarga dipanggil Beelzebul, betapa lagi ahli-ahli keluarganya! |
23515 | MAT 10:29 | Bukankah dua ekor burung pipit dibeli dengan harga satu sen? Namun tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa izin Bapamu. |
23544 | MAT 11:16 | ‘Dengan apakah dapat Kubandingkan manusia zaman ini? Mereka ibarat anak-anak yang duduk di pasar, satu kumpulan berseru kepada yang lain: |
23548 | MAT 11:20 | Isa mengecam bandar-bandar tempat Dia paling banyak melakukan mukjizat, kerana penduduknya enggan bertaubat. |
23549 | MAT 11:21 | ‘Malangnya kamu, hai Korazin! Malangnya kamu, hai Baitsaida! Sekiranya mukjizat-mukjizat yang Kulakukan di kalanganmu itu Kulakukan di Tirus dan Sidon, tentu sudah lama orang di situ bertaubat, dengan memakai kain guni dan membubuh abu di kepala. |
23551 | MAT 11:23 | Kamu juga, hai Kapernaum! Ingin kamu tinggikan diri sampai ke syurga? Kamu akan dihumbankan ke neraka! Kalaulah mukjizat-mukjizat yang Kulakukan di kalanganmu itu Kulakukan di Sodom, tentu Sodom masih ada hingga kini! |
23582 | MAT 12:24 | Apabila orang Farisi mendengar tentang itu, mereka menjawab, ‘Dia dapat menghalau roh-roh iblis kerana diberi kuasa oleh Beelzebul, ketua roh iblis.’ |
23585 | MAT 12:27 | Kamu berkata Aku menghalau roh-roh iblis kerana diberi kuasa oleh Beelzebul. Kalau begitu, siapa yang memberikan kuasa menghalau roh-roh iblis kepada pengikut-pengikutmu? Oleh itu merekalah yang akan menjadi hakimmu. |
23596 | MAT 12:38 | Selepas itu beberapa orang guru Taurat dan orang Farisi berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, kami ingin melihat suatu alamat mukjizat daripada-Mu.’ |
23597 | MAT 12:39 | Tetapi Isa menjawab, ‘Manusia zaman durjana dan tidak setia ini ingin melihat alamat mukjizat. Tetapi satu alamat pun tidak akan ditunjukkan kepadanya kecuali alamat Nabi Yunus. |
23599 | MAT 12:41 | Pada hari akhir, penduduk Niniwe akan bangkit bersama kamu, orang zaman ini. Mereka akan menuduhmu, kerana apabila mereka mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Yunus, mereka telah bertaubat; sedangkan kamu tidak, pada hal di hadapanmu sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus. |
23600 | MAT 12:42 | Pada hari akhir, Ratu Syeba dari Selatan akan bangkit bersama kamu, orang zaman ini. Ratu itu akan menuduhmu, kerana dia telah datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran Raja Sulaiman yang bijaksana; sedangkan kamu tidak mendengar ajaran daripada yang ada di hadapanmu sekarang dan yang lebih besar daripada Raja Sulaiman. |
23603 | MAT 12:45 | Roh itu lalu pergi memanggil tujuh roh lain yang lebih durjana daripadanya. Semuanya memasuki tubuh orang itu dan menetap di situ. Akhirnya keadaan orang itu lebih teruk daripada dahulu. Inilah yang akan terjadi kepada manusia durjana zaman ini.’ |
23657 | MAT 13:49 | Demikianlah yang akan terjadi pada akhir zaman. Malaikat akan datang mengasingkan orang durjana daripada orang yang benar. |
23662 | MAT 13:54 | Lalu dia pulang ke kampung halamannya. Di situ Dia mengajar di saumaah. Orang yang mendengar-Nya hairan lalu bertanya, ‘Dari manakah dia mendapat kebijaksanaan begini? Dari manakah dia mendapat kuasa melakukan mukjizat? |
23666 | MAT 13:58 | Isa tidak banyak melakukan mukjizat di situ kerana mereka tidak percaya. |
23668 | MAT 14:2 | Herodes berkata kepada orang di bawahnya, ‘Ini tentu Yahya Pengimad. Dia telah bangkit daripada kematian! Sebab itulah dia ada kuasa melakukan mukjizat.’ |
23678 | MAT 14:12 | Selepas itu pengikut Yahya datang mengambil jenazahnya dan mengebumikannya. Kemudian mereka pergi memberitahu Isa tentangnya. |
23702 | MAT 14:36 | Mereka merayu Isa supaya mengizinkan orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Dengan sentuhan itu sahaja pun mereka sembuh. |
23721 | MAT 15:19 | Dari hati timbul fikiran jahat yang mendorong seseorang membunuh, berzina, berbuat cabul, mencuri, memberikan kesaksian palsu, dan memfitnah. |
23742 | MAT 16:1 | Beberapa orang Farisi dan Saduki datang kepada Isa. Untuk menduga Isa, mereka meminta-Nya melakukan mukjizat sebagai bukti Dia datang daripada Allah. |
23744 | MAT 16:3 | Pada waktu pagi, kamu berkata, “Cuaca buruk nanti, kerana langit merah mengancam.” Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat alamat-alamat di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami alamat-alamat zaman ini. |
23745 | MAT 16:4 | Manusia zaman yang durjana dan derhaka ini ingin melihat alamat mukjizat. Tetapi satu alamat pun tidak akan ditunjukkannya kecuali alamat Nabi Yunus.’ Setelah berkata demikian, Isa pun pergi dari situ. |
23840 | MAT 19:9 | Sesungguhnya jika seseorang lelaki menceraikan isterinya, kecuali kerana isterinya melakukan pencabulan, dan lelaki itu berkahwin pula dengan perempuan lain, dia berzina.’ |
23849 | MAT 19:18 | Pemuda itu bertanya, ‘Hukum yang mana?’ Isa menjawab, ‘ “Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu; |
23910 | MAT 21:15 | Tetapi apabila ketua imam dan guru Taurat melihat segala mukjizat yang dilakukan-Nya, dan kanak-kanak berseru di dalam rumah ibadat, ‘Hosana bagi Anak Daud!’ mereka berasa marah. |
23965 | MAT 22:24 | Mereka berkata, ‘Tuan Guru, ajaran Musa begini: Jika seseorang lelaki meninggal dunia tanpa anak, maka saudara lelakinya harus berkahwin dengan balunya untuk mendapatkan zuriat. |
24005 | MAT 23:18 | Kamu juga mengajar orang begini, “Jika seseorang bersumpah demi mazbah, dia tidak terikat pada sumpahnya; tetapi jika dia bersumpah demi persembahan di atas mazbah, dia terikat pada sumpahnya.” |
24006 | MAT 23:19 | Hai orang yang buta hati! Yang manakah lebih penting, persembahan atau mazbah yang menjadikan persembahan itu suci? |
24007 | MAT 23:20 | Ketahuilah apabila seseorang bersumpah demi mazbah, dia bersumpah demi mazbah dan demi segala persembahan di atasnya. |
24017 | MAT 23:30 | Kamu berkata, “Kalaulah kami hidup pada zaman nenek moyang kami dulu, tentu kami tidak akan mengikut perbuatan mereka yang menumpahkan darah para nabi.” |
24020 | MAT 23:33 | ‘Hai kamu seperti ular, bahkan kamu seperti ular berbisa! Bagaimana kamu dapat melepaskan diri daripada azab neraka? |
24022 | MAT 23:35 | Dengan demikian darah semua orang benar yang tertumpah di bumi akan ditanggungkan kepadamu: mulai daripada darah Habil yang tidak bersalah itu hingga kepada darah Zekaria anak Berekia, yang kamu bunuh di antara rumah ibadat dan mazbah. |
24023 | MAT 23:36 | Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, semuanya itu akan ditanggungkan kepada keturunan zaman ini. |
24029 | MAT 24:3 | Ketika Isa duduk di atas Bukit Zaitun, para pengikut-Nya datang mendapatkan-Nya. Pada masa itu tiada orang lain di situ. Mereka bertanya, ‘Junjungan, beritahulah kami bila semuanya akan terjadi? Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?’ |
24032 | MAT 24:6 | Kamu akan mendengar tentang peperangan dan desas-desus peperangan, tetapi jangan gentar. Itu semua mesti terjadi, tetapi bukanlah bererti akhir zaman sudah tiba. |
24040 | MAT 24:14 | Injil tentang kerajaan Allah akan disebarkan ke seluruh pelosok bumi sebagai suatu kesaksian kepada semua bangsa. Selepas itu barulah tiba akhir zaman. |
24050 | MAT 24:24 | Kerana beberapa al-masih palsu dan nabi palsu akan datang dengan pelbagai mukjizat serta keajaiban untuk menipu orang. Sebilangan umat pilihan Allah pun mungkin turut terpedaya. |
24063 | MAT 24:37 | Apabila Putera Insan datang, samalah nanti seperti zaman Nuh. |
24123 | MAT 25:46 | ‘Mereka itu akan menanggung azab hukuman selama-lamanya, manakala mereka yang benar akan menikmati hidup kekal.’ |
24131 | MAT 26:8 | Apabila pengikut-pengikut-Nya melihat perbuatan wanita itu, mereka marah lalu berkata, ‘Mengapa membazir begini? |
24188 | MAT 26:65 | Kemudian Imam Besar mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sambil berkata, ‘Dia telah melafazkan kata-kata kufur! Apa perlunya saksi lagi? Sekarang kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya! |
24213 | MAT 27:15 | Pada perayaan Paska, lazimnya gabenor membebaskan dari penjara seorang yang dikehendaki oleh orang ramai. |
24217 | MAT 27:19 | Sedang gabenor duduk di atas kerusi penghakiman, isterinya berkirim pesan kepadanya, ‘Jangan apa-apakan orang yang tidak bersalah; hari ini aku banyak menanggung azab dalam mimpi kerana-Nya.’ |
24223 | MAT 27:25 | Kesemua mereka menjawab, ‘Biarlah darah-Nya tertanggung di atas kami dan zuriat kami.” |
24250 | MAT 27:52 | kubur-kubur terbuka; dan banyak jenazah orang yang taat akan Allah dibangkitkan semula; |
24256 | MAT 27:58 | Dia pergi menghadap Pilatus dan memohon jenazah Isa. Pilatus pun memerintahkan orang menyerahkan jenazah itu kepadanya. |
24257 | MAT 27:59 | Yusuf mengambil jenazah itu dan mengkafankannya dengan kain linen yang bersih. |
24258 | MAT 27:60 | Dia membaringkan jenazah itu di dalam sebuah makam miliknya yang baru digalinya daripada batu pejal. Kemudian dia menggulingkan sebuah batu besar menutup pintu makam itu, lalu pergi dari situ. |
24284 | MAT 28:20 | Ajar mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.’ |
24306 | MRK 1:22 | Semua yang mendengar-Nya kagum kerana Dia mengajar dengan penuh kewibawaan, berbeza dari guru-guru Taurat. |
24379 | MRK 3:22 | Sebilangan guru Taurat dari Baitulmaqdis berkata, ‘Dia dirasuk Beelzebul! Dengan kuasa penghulu roh iblis Dia menghalau roh-roh iblis.’ |
24478 | MRK 6:2 | Pada hari Sabat Dia mula mengajar di saumaah. Jemaah di situ hairan mendengar ajaran Isa. ‘Dari manakah Dia memperoleh semua ini?’ tanya mereka. ‘Apakah kebijaksanaan yang ada pada-Nya? Bagaimanakah Dia dapat melakukan mukjizat? |
24481 | MRK 6:5 | Dia tidak dapat melakukan satu mukjizat pun di situ. Dia hanya menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-Nya pada mereka. |
24490 | MRK 6:14 | Raja Herodes mendengar tentang kejadian itu, kerana nama Isa sudah terkenal di mana-mana. Ada orang berkata, ‘Yahya Pengimad sudah hidup semula! Itulah sebabnya dia ini berkuasa melakukan mukjizat.’ |
24491 | MRK 6:15 | Yang lain berkata, ‘Dia ini Ilyas.’ Ada pula yang berkata, ‘Dia ini nabi, seperti nabi zaman dahulu.’ |
24505 | MRK 6:29 | Apabila para pengikut Yahya mendengar perkara itu, mereka datang dan mengambil jenazah Yahya lalu mengebumikannya. |
24554 | MRK 7:22 | berzina, tamak, berdendam, menipu, mengeluarkan kata-kata lucah, bermata jahat, dengki, mengkufuri Allah, berlagak sombong, dan bersikap bodoh. |
24581 | MRK 8:12 | Isa mengeluh lalu menjawab, ‘Mengapakah orang zaman ini mencari suatu tanda ajaib? Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, tidak akan diberikan tanda apapun kepada orang zaman ini.’ |
24646 | MRK 9:39 | Tetapi Isa berkata, ‘Jangan larang dia, kerana seseorang yang melakukan mukjizat dengan nama-Ku tidak mungkin mencela-Ku sejurus selepas itu. |
24668 | MRK 10:11 | Dia menjawab, ‘Sesiapa yang menceraikan isterinya dan berkahwin dengan perempuan lain, melakukan zina. |
24669 | MRK 10:12 | Begitu juga, jika seseorang wanita menceraikan suaminya dan berkahwin dengan lelaki lain, dia melakukan zina.’ |
24676 | MRK 10:19 | Kamu tahu perintah-perintah Allah: “Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan memberi kesaksian palsu, jangan menipu, hormati ibu bapamu.” ’ |
24761 | MRK 12:19 | ‘Tuan Guru, Musa menulis untuk kami bahawa jika seseorang lelaki meninggal dunia tanpa anak, saudara lelakinya patutlah mengahwini balunya dan memanjangkan zuriatnya. |
24786 | MRK 12:44 | kerana mereka memberi daripada kekayaan mereka yang melimpah, tetapi dia daripada kemiskinannya dan telah memasukkan semua yang ada padanya, seluruh rezekinya.’ |
24827 | MRK 14:4 | Beberapa orang berkata-kata sesama sendiri dengan marah, ‘Mengapa dibazirkan minyak wangi ini? |
24901 | MRK 15:6 | Pada waktu perayaan, lazimnya Pilatus membebaskan seorang banduan dari penjara, iaitu sesiapa yang diminta oleh mereka. |
24938 | MRK 15:43 | Yusuf dari Arimatea, seorang ahli terkemuka Majlis Agama yang sedang menunggu kerajaan Allah, datang lalu memberanikan hatinya menghadap Pilatus dan memohon untuk mengambil jenazah Isa. |
24940 | MRK 15:45 | Setelah mendengar laporan ketua tentera itu, dia pun menyerahkan jenazah Isa kepada Yusuf. |
24941 | MRK 15:46 | Yusuf membeli kain linen yang baik, menurunkan jenazah Isa dan mengkafankannya dengan kain itu. Dia membaringkan jenazah itu di dalam sebuah makam yang telah digali di permukaan batu pejal, lalu menggulingkan sebuah batu besar menutup pintu makam itu. |
24943 | MRK 16:1 | Setelah tamat hari Sabat, Maryam Magdalena, Maryam ibu Yakobus, dan Salome membeli ramuan rempah untuk melumuri jenazah Isa. |
24948 | MRK 16:6 | Tetapi dia berkata kepada mereka, ‘Jangan takut. Kamu mencari Isa orang Nasaret, yang telah disalib. Dia telah bangkit semula! Dia tidak ada di sini. Lihatlah tempat mereka baringkan jenazah-Nya. |
24967 | LUK 1:5 | Pada zaman Herodes, raja negeri Yudea, ada seorang imam yang bernama Zakaria. Dia terdiri daripada golongan Abia. Isterinya, Ashba, juga daripada keturunan Harun. |
25032 | LUK 1:70 | Demikianlah firman-Nya dengan perantaraan nabi-nabi-Nya yang suci dari zaman dahulu kala, |
25123 | LUK 3:29 | anak Yesua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi, |
25127 | LUK 3:33 | anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yuda, |
25157 | LUK 4:25 | Dengarlah, sesungguhnya terdapat ramai balu di negeri Israel pada zaman Nabi Ilyas tatkala langit tertutup tidak menurunkan hujan selama tiga tahun enam bulan, menyebabkan bencana kebuluran di seluruh negeri itu. |
25159 | LUK 4:27 | Demikian juga, ada ramai orang yang berpenyakit kusta di Israel pada zaman Nabi Ilyasa tetapi tiada seorang pun antara mereka yang disembuhkan melainkan Naaman, orang Siria.’ |
25173 | LUK 4:41 | Roh-roh iblis juga keluar daripada ramai orang dan berteriak, ‘Engkaulah Putera Allah.’ Isa memarahi roh-roh iblis itu dan tidak mengizinkan mereka bercakap kerana mereka mengetahui Dialah al-Masih. |