Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   Word!    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23233  MAT 1:20  Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, ‘Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23268  MAT 3:7  Ramai orang Farisi dan Saduki datang untuk diimadkan. Apabila melihat mereka, Yahya berkata, ‘Hai orang durjana! Siapakah yang memberitahumu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah kelak?
23270  MAT 3:9  Jangan sangka kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan berkata, “Ibrahim moyang kami.” Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batu ini anak cucu Ibrahim!
23374  MAT 6:23  Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu gelap. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, maka gelap-gelitalah keadaannya!
23390  MAT 7:5  Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak dari matamu, barulah penglihatanmu terang untuk mengeluarkan selumbar dari mata saudaramu.
23425  MAT 8:11  Ketahuilah! Ramai orang akan datang dari timur dan barat lalu duduk menikmati jamuan bersama Ibrahim, Ishak dan Yakub dalam kerajaan syurga.
23472  MAT 9:24  Dia berkata, ‘Keluarlah kamu semua! Anak ini bukan mati, cuma tidur.’ Mereka mula mentertawakan-Nya.
23511  MAT 10:25  Murid haruslah berpuas hati menjadi seperti gurunya; hamba haruslah berpuas hati menjadi seperti tuannya. Jika ketua keluarga dipanggil Beelzebul, betapa lagi ahli-ahli keluarganya!
23517  MAT 10:31  Oleh itu, usahlah takut. Di sisi Allah, kamu lebih berharga daripada burung pipit!
23543  MAT 11:15  Jika kamu ada telinga, dengarlah!
23549  MAT 11:21  ‘Malangnya kamu, hai Korazin! Malangnya kamu, hai Baitsaida! Sekiranya mukjizat-mukjizat yang Kulakukan di kalanganmu itu Kulakukan di Tirus dan Sidon, tentu sudah lama orang di situ bertaubat, dengan memakai kain guni dan membubuh abu di kepala.
23550  MAT 11:22  Ketahuilah: Pada hari penghakiman itu kelak, Allah akan lebih mengasihani penduduk Tirus dan Sidon daripada kamu!
23551  MAT 11:23  Kamu juga, hai Kapernaum! Ingin kamu tinggikan diri sampai ke syurga? Kamu akan dihumbankan ke neraka! Kalaulah mukjizat-mukjizat yang Kulakukan di kalanganmu itu Kulakukan di Sodom, tentu Sodom masih ada hingga kini!
23553  MAT 11:25  Selepas itu Isa mengucap syukur, ‘Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil, orang yang tidak terpelajar.
23668  MAT 14:2  Herodes berkata kepada orang di bawahnya, ‘Ini tentu Yahya Pengimad. Dia telah bangkit daripada kematian! Sebab itulah dia ada kuasa melakukan mukjizat.’
23709  MAT 15:7  Kamu munafik! Benarlah nubuat Nabi Yasyaya tentangmu:
23712  MAT 15:10  Kemudian Isa memanggil orang ramai itu lalu berkata kepada mereka, ‘Dengar dan fahamlah!
23724  MAT 15:22  Seorang wanita Kanaan yang tinggal di situ datang mendapatkan Isa sambil berseru, ‘Wahai Tuan, Anak Daud! Kasihanilah aku! Anak perempuanku dirasuk roh iblis, dan menderita!’
23744  MAT 16:3  Pada waktu pagi, kamu berkata, “Cuaca buruk nanti, kerana langit merah mengancam.” Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat alamat-alamat di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami alamat-alamat zaman ini.
23749  MAT 16:8  Isa tahu apa yang dikatakan oleh mereka. Dia berkata, ‘Mengapa kamu persoalkan hal tidak membawa roti? Tipis benar kepercayaanmu!
23758  MAT 16:17  Isa berkata, ‘Berbahagialah engkau, Simon anak Yunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga.
23764  MAT 16:23  Isa berpaling sambil berkata kepada Petrus, ‘Pergilah dari sini, Iblis! Engkau menyakitkan hati-Ku kerana fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!’
23784  MAT 17:15  Lelaki itu berkata, ‘Tuan, kasihanilah anakku! Dia mengidap sakit gila babi dan penyakitnya sungguh teruk. Seringkali dia terjatuh ke dalam air atau api.
23803  MAT 18:7  ‘Malanglah dunia yang penuh dengan perkara-perkara yang menyebabkan orang berdosa! Memang dosa tetap berlaku, tetapi malanglah orang yang menyebabkannya!
23828  MAT 18:32  ‘Raja pun memanggil hamba yang tidak berhati perut itu lalu berkata, “Sungguh kejam perbuatanmu! Aku telah menghapuskan segala hutangmu kerana kamu merayu supaya aku mengampunimu.
23959  MAT 22:18  Isa mengetahui niat jahat mereka lalu berkata, ‘Hai munafik! Mengapa kamu cuba memerangkap-Ku?
24000  MAT 23:13  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menghalang orang memasuki kerajaan syurga. Kamu bukan sahaja enggan memasuki kerajaan syurga; kamu halang pula orang lain yang berusaha untuk memasukinya.
24001  MAT 23:14  Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menipu balu dan merampas rumahnya, kemudian pura-pura berdoa panjang. Oleh itu, kamu akan menerima hukuman yang lebih berat.
24002  MAT 23:15  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu merentas lautan dan daratan untuk menarik seseorang menganut agamamu. Namun, setelah berjaya, kamu menjadikannya isi neraka yang dua kali lebih buruk daripadamu.
24003  MAT 23:16  ‘Malanglah kamu, pemimpin yang buta! Kamu mengajar orang demikian, “Jika seorang bersumpah demi rumah ibadat, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapi jika dia bersumpah demi emas di dalam rumah ibadat, dia terikat pada sumpahnya.”
24004  MAT 23:17  Hai orang bodoh dan buta! Yang mana lebih penting, emas atau rumah ibadat Allah yang menjadikan emas itu suci?
24006  MAT 23:19  Hai orang yang buta hati! Yang manakah lebih penting, persembahan atau mazbah yang menjadikan persembahan itu suci?
24010  MAT 23:23  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu memberikan sepersepuluh daripada pelbagai jenis rempah seperti selasih, adas manis dan jintan kepada Allah. Tetapi kamu tidak mematuhi ajaran Taurat yang benar-benar penting seperti keadilan, belas kasihan dan kesetiaan. Kamu harus mengerjakan semua ini tanpa melalaikan ajaran yang lain.
24011  MAT 23:24  Hai pemimpin yang buta! Agas kamu tapis, tetapi unta kamu telan.
24012  MAT 23:25  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnya penuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu.
24013  MAT 23:26  Hai orang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalam cawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga.
24014  MAT 23:27  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih: cantik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang dan mayat yang busuk.
24015  MAT 23:28  Begitulah kamu! Pada lahirnya kamu orang yang benar, tetapi sebenarnya kamu durjana dan munafik.
24016  MAT 23:29  ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu membina makam yang indah untuk nabi-nabi dan menghiasi kubur orang yang benar.
24018  MAT 23:31  Jadi, kamu sendiri memberikan kesaksian bahawa kamu keturunan pembunuh nabi!
24019  MAT 23:32  Kalau begitu, teruskan dan sempurnakanlah apa yang dimulakan oleh nenek moyangmu!
24020  MAT 23:33  ‘Hai kamu seperti ular, bahkan kamu seperti ular berbisa! Bagaimana kamu dapat melepaskan diri daripada azab neraka?
24024  MAT 23:37  ‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali aku ingin mendakap semua pendudukmu seperti ibu ayam menaungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu.
24028  MAT 24:2  Isa berkata kepada mereka, ‘Lihatlah semuanya ini! Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, satu batu pun tidak akan tinggal di tempatnya; semuanya akan dirobohkan.’
24051  MAT 24:25  Dengarlah! Aku memberitahumu semua ini sebelum terjadi.
24188  MAT 26:65  Kemudian Imam Besar mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sambil berkata, ‘Dia telah melafazkan kata-kata kufur! Apa perlunya saksi lagi? Sekarang kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya!
24336  MRK 2:7  ‘Lancangnya dia mengkufuri Allah! Tiada siapa boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!’
24379  MRK 3:22  Sebilangan guru Taurat dari Baitulmaqdis berkata, ‘Dia dirasuk Beelzebul! Dengan kuasa penghulu roh iblis Dia menghalau roh-roh iblis.’
24490  MRK 6:14  Raja Herodes mendengar tentang kejadian itu, kerana nama Isa sudah terkenal di mana-mana. Ada orang berkata, ‘Yahya Pengimad sudah hidup semula! Itulah sebabnya dia ini berkuasa melakukan mukjizat.’
24526  MRK 6:50  Mereka ketakutan melihat Isa. Tetapi Dia segera berkata kepada mereka, ‘Tabahkan hatimu! Aku Isa. Jangan takut.’
24541  MRK 7:9  Isa berkata lagi: ‘Kamu sungguh pandai menyingkirkan perintah Allah untuk menegakkan adat istiadatmu sendiri!
24602  MRK 8:33  Isa berpaling memandang para pengikut-Nya lalu menegur Petrus, ‘Pergilah dari sini, hai Iblis! Kamu tidak berfikir secara Allah, tetapi secara manusia.’
24626  MRK 9:19  Isa berkata kepada mereka, ‘Hai angkatan yang tidak percaya! Berapa lamakah aku mesti tinggal bersamamu? Berapa lamakah aku harus bersabar denganmu? Bawa anak itu ke mari.’
24650  MRK 9:43  Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu memasuki hidup dalam keadaan kudung sebelah tangan, daripada mempunyai dua tangan tetapi terhumban ke neraka, ke dalam api yang tidak terpadam.
24681  MRK 10:24  Para pengikut-Nya kehairanan mendengar kata-kata-Nya. Tetapi Isa berkata lagi, ‘Anak-anakku, betapa susahnya untuk masuk ke dalam kerajaan Allah!
24706  MRK 10:49  Oleh itu Isa berhenti dan memberi perintah supaya dia dipanggil. Mereka pun memanggil orang buta itu sambil berkata, ‘Bergembiralah! Dan bangkitlah! Dia memanggilmu.’
24719  MRK 11:10  ‘Diberkatilah kerajaan bapa kita Daud! Yang datang dengan nama Allah!’ ‘Hosana di tempat yang maha tinggi!’
24730  MRK 11:21  Petrus teringat lalu berseru, ‘Tuan Guru, lihat! Pokok ara yang Engkau sumpah itu telah mati.’
24803  MRK 13:17  Malanglah ibu yang mengandung dan yang menyusui anak pada masa itu!
24815  MRK 13:29  Begitulah juga kamu. Apabila kamu melihat kejadian-kejadian ini, ketahuilah bahawa waktunya sudah dekat – sudah di ambang pintu!
24819  MRK 13:33  Berhati-hatilah! Berjaga dan berdoa! Kerana kamu tidak tahu bila saatnya.
24844  MRK 14:21  Putera Insan memang mesti pergi, seperti yang tersurat tentang-Nya. Tetapi malanglah orang yang mengkhianati Putera Insan! Lebih baiklah baginya jika dia tidak dilahirkan ke dunia ini.’
24864  MRK 14:41  Setelah Dia datang kepada mereka bagi kali ketiga, Dia berkata, ‘Adakah kamu masih tidur dan berehat? Cukuplah! Waktunya sudah tiba. Lihat, Putera Insan sedang dikhianati dan diserahkan ke tangan orang berdosa.
24865  MRK 14:42  Bangunlah! Mari kita pergi! Lihat, pengkhianat-Ku sudah tiba!’
24887  MRK 14:64  Kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya sendiri! Apakah pendapatmu?’ Lalu mereka semua menjatuhkan hukum ke atas-Nya, bahawa Dia patut dibunuh.
24924  MRK 15:29  Semua orang yang lalu di situ menggeleng-gelengkan kepala sambil mengejek Isa. Mereka berkata, ‘Kamu mahu memusnahkan rumah ibadat dan membinanya semula dalam tiga hari!
24926  MRK 15:31  Ketua-ketua imam dan guru-guru Taurat juga mempermainkan Isa. Mereka berkata sesama sendiri, ‘Dia menyelamatkan orang, tetapi tidak dapat menyelamatkan diri-Nya sendiri!
24948  MRK 16:6  Tetapi dia berkata kepada mereka, ‘Jangan takut. Kamu mencari Isa orang Nasaret, yang telah disalib. Dia telah bangkit semula! Dia tidak ada di sini. Lihatlah tempat mereka baringkan jenazah-Nya.
24990  LUK 1:28  Malaikat itu datang kepadanya lalu berkata, ‘Salam kepadamu yang amat diredai Allah! Tuhan bersamamu!’
25030  LUK 1:68  ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan bangsa Israel! Kerana Dia telah datang dan menebus umat-Nya;
25052  LUK 2:10  Tetapi malaikat itu berkata kepada mereka, ‘Jangan takut! Aku membawa kepadamu berita baik yang akan memberikan sukacita besar kepada seluruh umat.
25155  LUK 4:23  Isa berkata kepada mereka, ‘Sudah tentunya kamu akan menyebut bidalan ini kepada-Ku, “Tuan tabib, ubati dirimu! Buatlah di kota-Mu sendiri apa yang kami dengar Kaubuat di Kapernaum.” ’
25186  LUK 5:10  Begitu juga Yakobus dan Yahya, anak-anak Zebedeus, rakan-rakan Simon. Isa berkata kepada Simon, ‘Jangan takut! Mulai sekarang, engkau akan menjala manusia!’
25257  LUK 6:42  Bagaimanakah engkau dapat berkata kepada saudaramu, “Saudara, biarlah aku keluarkan selumbar itu daripada matamu” sedangkan engkau tidak nampak sebatang kayu yang ada di dalam matamu sendiri? Munafik! Buangkan kayu itu daripada matamu sendiri dahulu, barulah engkau dapat melihat dengan terang untuk mengeluarkan selumbar yang ada di dalam mata saudaramu.
25411  LUK 9:41  Isa menjawab, ‘Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini! Berapa lamakah harus Aku bersama kamu dan bersabar terhadap kamu? Bawalah anakmu itu ke mari.’
25435  LUK 10:3  Pergilah kamu! Aku mengutus kamu pergi seperti anak domba ke tengah-tengah serigala.
25445  LUK 10:13  ‘Malangnya kamu, penduduk Korazin! Malangnya kamu, penduduk Baitsaida! Jikalau mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu dilakukan di Tirus dan Sidon, sudah lama penduduk di situ bertaubat daripada dosa mereka dengan memakai baju kabung dan menaruh abu pada kepala.
25493  LUK 11:19  Tetapi jikalau Aku mengusir roh-roh iblis dengan kuasa Beelzebul, maka dengan kuasa siapakah pula pengikut-pengikutmu mengusir roh-roh iblis? Maka pengikut-pengikutmu sendiri akan menghakimi kamu!
25503  LUK 11:29  Semasa orang ramai mengerumuni Isa, Dia berkata, ‘Betapa durjananya orang zaman ini! Mereka meminta mukjizat dilakukan sebagai alamat daripada Allah tetapi alamat tidak akan diberi kecuali alamat Nabi Yunus
25514  LUK 11:40  Hai orang yang bodoh! Bukankah Dia yang menjadikan bahagian luar juga menjadikan bahagian dalam?
25516  LUK 11:42  ‘Malangnya kamu, orang Farisi! Kamu membayar sepersepuluh daripada selasih, inggu dan herba lain kepada Allah, tetapi kamu mengabaikan keadilan dan kasih kepada Allah. Kamu haruslah membayar sepersepuluh itu tanpa mengabaikan perkara-perkara yang lebih penting.
25517  LUK 11:43  ‘Malangnya kamu orang Farisi! Kamu suka duduk di kerusi khas di saumaah-saumaah dan diberi salam dengan hormatnya di pasar-pasar.
25518  LUK 11:44  ‘Malangnya kamu! Kamu umpama kubur-kubur yang tidak bernisan, yang dipijak-pijak tanpa disedari oleh orang yang berjalan di atasnya.’
25521  LUK 11:47  ‘Malangnya kamu! Kamu membina makam untuk nabi-nabi yang telah dibunuh oleh nenek moyangmu.
25526  LUK 11:52  ‘Malangnya kamu, ahli-ahli Taurat! Kunci ilmu telah kamu ambil; kamu sendiri tidak mahu masuk tetapi kamu menghalang orang yang cuba hendak masuk.’
25533  LUK 12:5  Aku menyatakan siapa yang harus kamu takuti: Takutlah akan Dia yang setelah mengambil nyawamu, berkuasa pula membuangmu ke dalam neraka. Aku berkata kepadamu supaya takut akan Dia!
25548  LUK 12:20  ‘Tetapi Allah berfirman kepadanya, “Engkau bodoh! Pada malam ini juga, nyawamu akan dituntut kembali daripadamu. Lalu harta benda yang telah kaukumpulkan itu akan menjadi hak siapa?”
25552  LUK 12:24  Perhatikanlah burung gagak yang tidak menabur atau menuai, tidak mempunyai gudang atau rengkiang, tetapi Allah memberikan makanan kepadanya. Kamu lebih bernilai daripada burung-burung itu!
25556  LUK 12:28  Jikalau Allah menghiasi sedemikian rumput yang hari ini ada di padang tetapi esoknya dibakar, bukankah Dia apatah lagi akan memberikan pakaian kepada kamu! Alangkah lemahnya imanmu!
25577  LUK 12:49  ‘Aku datang untuk melontarkan api ke bumi dan betapa inginnya Aku api itu telah menyala!
25579  LUK 12:51  Adakah pada sangkaanmu, Aku datang untuk membawa kedamaian di dunia? Aku berkata kepadamu, bukan kedamaian melainkan perpecahan!
25584  LUK 12:56  Hai munafik! Kamu tahu mentafsir cuaca dengan melihat alamat di langit dan bumi, tetapi mengapakah kamu tidak memahami alamat-alamat zaman ini?
25594  LUK 13:7  Dia berkata kepada tukang kebun, “Tengoklah, sudah tiga tahun aku datang mencari buah daripada pokok ara ini, tetapi tidak juga didapati. Tebangkanlah pokok ini! Apa gunanya terus menghabiskan kesuburan tanah?”
25596  LUK 13:9  Kalau pokok ini berbuah, baiklah! Kalau tidak, tuan boleh menebangnya.”’
25602  LUK 13:15  Junjungan menjawab, ‘Kamu munafik! Bukankah kamu masing-masing melepaskan lembu atau keldaimu dari kandang untuk dibawa pergi minum pada hari Sabat?
25621  LUK 13:34  ‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuh nabi-nabi dan merejam utusan-utusan Allah. Sudah beberapa kali Aku ingin menaungi semua pendudukmu seperti seekor ibu ayam melindungi anak-anaknya di bawah kepaknya, tetapi engkau tidak mahu.
25674  LUK 15:17  ‘Akhirnya, dia sedar dan berkata, “Semua orang gaji bapaku dapat makan sehingga kenyang, tetapi aku ini hampir mati kelaparan!
25723  LUK 17:3  Berwaspadalah! ‘Jikalau saudaramu telah berbuat salah terhadapmu, tegurlah dia dan jikalau dia bertaubat, ampunilah dia.
25752  LUK 17:32  Ingatlah akan isteri Lut!
25781  LUK 18:24  Isa nampak kesedihannya lalu berkata, ‘Alangkah sukar bagi orang kaya masuk ke dalam kerajaan Allah!