23381 | MAT 6:30 | Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari ini dan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberimu pakaian? Sungguh tipis kepercayaanmu kepada-Nya! |
23450 | MAT 9:2 | Beberapa orang membawa kepada-Nya seorang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Ketika Isa menyedari betapa teguhnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Tegapkan hatimu, anak-Ku! Dosamu telah diampunkan.’ |
23470 | MAT 9:22 | Isa menoleh dan melihatnya lalu berkata kepadanya, ‘Tetapkanlah hatimu, anak-Ku! Kerana imanmu kamu sembuh.’ Serta-merta wanita itu sembuh. |
23763 | MAT 16:22 | Petrus menarik Isa ke tepi lalu menegur-Nya, ‘Junjungan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Semua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu, Junjungan!’ |
24111 | MAT 25:34 | ‘Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, “Marilah, kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disediakan untukmu sejak dunia dicipta. |
24147 | MAT 26:24 | Putera Insan memanglah harus pergi sebagaimana telah tersurat, tetapi malanglah orang yang mengkhianati-Nya! Lebih baik lagi bagi orang itu jika tidak dilahirkan.’ |
24188 | MAT 26:65 | Kemudian Imam Besar mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sambil berkata, ‘Dia telah melafazkan kata-kata kufur! Apa perlunya saksi lagi? Sekarang kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya! |
24191 | MAT 26:68 | Mereka berkata, ‘Bernubuatlah pada kami, hai al-Masih! Siapa yang memukul-Mu?’ |
24238 | MAT 27:40 | mereka berkata, ‘Engkau dapat memusnahkan rumah ibadat dan membinanya semula dalam tiga hari; selamatkanlah diri-Mu! Kalau Engkau Putera Allah, turunlah dari kayu salib itu.’ |
24819 | MRK 13:33 | Berhati-hatilah! Berjaga dan berdoa! Kerana kamu tidak tahu bila saatnya. |
26085 | LUK 24:25 | Kemudian, Isa berkata kepada mereka, ‘Betapa bodohnya kamu! Betapa lambatnya kamu percaya akan segala kata nabi-nabi! |
27187 | ACT 7:2 | Stefanus menjawab, ‘Bapa-bapa dan saudara-saudara! Dengarlah: Sebelum moyang kita Ibrahim berpindah ke Haran, Allah Yang Maha Tinggi telah menampakkan diri kepadanya di Mesopotamia. |
28125 | ROM 5:10 | Kerana jika semasa kita seteru Tuhan kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Putera-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya! |
28287 | ROM 11:10 | Kelamkan mata mereka agar tidak dapat melihat, dan bongkokkan belakang mereka selama-lamanya! |
28441 | 1CO 1:10 | Saudara-saudaraku! Demi nama Junjungan kita Isa al-Masih aku berseru kepada kamu semua supaya seia sekata dan tidak wujud perpecahan. Dengan demikian, kamu bersatu hati dan fikiran sepenuhnya. |
28457 | 1CO 1:26 | Saudara-saudara! Fikirkan keadaanmu ketika Allah memanggilmu. Di mata manusia, tidak ramai daripadamu yang bijak, atau berkuasa, atau bangsawan. |
28463 | 1CO 2:1 | Saudara-saudaraku! Ketika aku datang kepadamu untuk menyampaikan rahsia Allah, aku tidak datang dengan kata-kata indah atau kebijaksanaan. |
28478 | 1CO 2:16 | Ini kerana: ‘Siapakah yang mengetahui fikiran Tuhan? Siapakah yang berupaya menasihati-Nya?’ Namun demikian, kita mempunyai fikiran al-Masih! |
28479 | 1CO 3:1 | Saudara-saudaraku! Aku tidak dapat bercakap denganmu seperti dengan orang yang mempunyai Roh Suci. Aku terpaksa bercakap denganmu seperti dengan orang yang masih hidup secara duniawi atau yang masih mentah dalam iman terhadap al-Masih. |
28507 | 1CO 4:6 | Saudara-saudaraku! Untuk kebaikanmu, segala ini telah kukerjakan dalam diriku dan Apolos supaya dengan mengikut teladan kami, kamu dapat mengerti kata-kata hikmat ini: ‘Janganlah melampaui apa yang telah tersurat’. Dengan demikian, kamu tidak memegahkan seseorang daripada yang lain. |
28509 | 1CO 4:8 | Ya, kamu tidak memerlukan apa-apa lagi! Kamu memang sudah kaya-raya! Tanpa kami pun kamu sudah menjadi raja! Namun, kamu tidak begitu. Alangkah baiknya jika kamu benar-benar raja. Dapatlah kami memerintah bersamamu. |
28550 | 1CO 6:15 | Kamu tahu bahawa tubuh kamu itu sebahagian tubuh al-Masih; maka wajarkah kamu menjadikannya sebahagian tubuh seorang pelacur? Tidak sekali-kali! |
28766 | 1CO 14:20 | Saudara-saudaraku! Janganlah kamu menjadi kanak-kanak dalam akal fikiranmu. Berhubungan hal kejahatan, memang kamu harus menjadi kanak-kanak, tetapi akal fikiranmu hendaklah matang. |
29165 | GAL 2:17 | ‘Tetapi, ketika kita berusaha untuk diperbenar melalui al-Masih, ternyata kita sendiri didapati berdosa, adakah ini bermakna al-Masih mengajar kita berdosa? Tidak sekali-kali! |
29190 | GAL 3:21 | Jadi, adakah hukum Taurat itu berselisih dengan janji-janji Allah? Tidak sekali-kali! Kerana kalaulah ada hukum yang dapat memberikan kehidupan, tentulah kebenaran didapati melalui hukum itu. |
29231 | GAL 5:2 | Dengarlah kata-kataku! Aku, Paulus, bersaksi kepadamu bahawa jika kamu bersunat kelak, tiada berfaedahlah al-Masih kepadamu. |
29339 | EPH 3:21 | kepada-Nya kemuliaan dalam jemaah melalui Isa al-Masih zaman-berzaman selama-lamanya! Amin. |
30444 | 1PE 1:3 | Puji bagi Allah, Bapa Junjungan kita Isa al-Masih! Kerana belas kasihan-Nya yang amat besar Dia telah mengurniai kita kelahiran baru dengan membangkitkan Isa al-Masih daripada kematian. Dengan demikian, kita hidup dengan harapan yang tidak akan binasa, dan |
30607 | 2PE 3:18 | Hendaklah kamu semakin kukuh dalam kasih kurnia Junjungan dan Penyelamat kita Isa al-Masih dan semakin mengenal-Nya. Bagi-Nya kemuliaan, sekarang dan selama-lamanya! Amin. |
30890 | REV 7:12 | Mereka berkata, ‘Amin! Segala pujian, kemuliaan, kebijaksanaan, kesyukuran, kehormatan, kuasa dan kebesaran bagi Allah Tuhan kami selama-lamanya! Amin.’ |