23423 | MAT 8:9 | Aku juga di bawah perintah pegawai atasan tentera, dan ada askar di bawah tanganku. Apabila aku menyuruh seorang askar, “Pergi!” dia pun pergi. Apabila aku menyuruh askar lain, “Mari!” dia pun datang. Apabila aku menyuruh hambaku, “Buat ini!” dia melakukannya.’ |
23546 | MAT 11:18 | ‘Ketika Yahya datang, dia berpuasa dan tidak minum air anggur, lalu semua orang berkata, “Dia dirasuk roh iblis!” |
23547 | MAT 11:19 | Ketika Putera Insan datang, Dia makan dan minum, lalu semua orang berkata, “Lihatlah dia ini: gelojoh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa!” Namun demikian, kebijaksanaan terbukti benar dengan perbuatannya.’ |
23789 | MAT 17:20 | Isa menjawab, ‘Kerana kamu tidak beriman. Sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada bukit, “Beralihlah ke situ!” maka bukit itu akan beralih. Kamu dapat melakukan apa saja. |
23873 | MAT 20:12 | Mereka berkata, “Pekerja-pekerja yang bermula pada pukul lima itu cuma bekerja sejam sedangkan kami sehari suntuk dalam panas matahari. Tetapi tuan membayar kami dan mereka sama saja!” |
24049 | MAT 24:23 | Pada masa itu, jika orang berkata kepadamu, “Lihat, al-Masih ada di sini!” atau “Dia ada di situ!” janganlah percaya. |
24052 | MAT 24:26 | ‘Jika orang berkata kepadamu, “Lihat! Dia ada di gurun!” janganlah kamu ke sana. Dan jika mereka berkata, “Dia ada di dalam bilik!” usahlah kamu percaya. |
24083 | MAT 25:6 | ‘Pada waktu tengah malam terdengar seruan, “Pengantin lelaki sudah dekat; pergilah menyambutnya!” |
24088 | MAT 25:11 | ‘Kemudian barulah anak dara yang berlima lagi itu tiba lalu berseru, “Tuan, tuan, bukalah pintu untuk kami!” |
24404 | MRK 4:12 | supaya ‘ “Mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak faham; kerana sekiranya mereka mengerti, mereka akan bertaubat dan diampuni!” ’ |
24807 | MRK 13:21 | Ketika itu jika sesiapa berkata kepadamu, “Lihat, al-Masih di sini!” atau “Lihat, Dia di sana!” janganlah kamu percaya; |
25272 | LUK 7:8 | Aku juga di bawah perintah orang atasan dan aku ada askar di bawah perintahku. Aku memerintah seseorang, “Pergilah!” dan dia akan pergi; aku memerintah seorang lagi, “Mari!” dan dia akan datang. Aku memerintah seorang hamba, “Buat kerja ini!” dan dia akan melakukannya.’ |
25614 | LUK 13:27 | ‘Tetapi tuan itu akan berkata, “Aku tidak tahu dari mana kamu datang. Nyahlah, kamu semua yang melakukan kejahatan!” |
25622 | LUK 13:35 | Sekarang rumahmu akan ditinggalkan sama sekali. Aku berkata kepadamu bahawa kamu tidak akan melihat Aku sehingga tiba masanya kamu berkata, “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan!” ’ |
25687 | LUK 15:30 | Namun sepulangnya anak ayah ini yang telah memboroskan harta ayah dengan perempuan-perempuan sundal, ayah menyembelih anak lembu yang tambun untuknya!” |
25741 | LUK 17:21 | Tiada orang akan berkata, “Lihatlah di sini!” atau “Lihatlah di sana!” kerana kerajaan Allah sebenarnya ada di dalam kamu.’ |
25743 | LUK 17:23 | Orang akan berkata kepadamu, “Lihat di situ!” atau “Lihat di sini!” Tetapi janganlah kamu pergi atau mengikutnya. |
26033 | LUK 23:29 | Masanya akan datang kelak apabila orang akan berkata, “Diberkatilah perempuan yang tidak pernah mengandung, melahirkan dan menyusui anak!” |
27472 | ACT 13:41 | ‘ “Dengarlah hai orang yang menghina Allah! Kamu akan terkejut dan punah! Apa yang Kulakukan kini tidak akan kamu percayai, walaupun diterangkan kepadamu!” ’ |
27785 | ACT 22:13 | Dia datang berdiri di sisiku lalu berkata, “Saudaraku Saul, kamu dapat melihat semula!” Pada saat itu juga aku dapat melihat semula lalu memandangnya. |
31082 | REV 18:20 | Bergembiralah melihat keadaannya, wahai syurga dan sekalian orang salih, para rasul serta nabi yang suci, kerana Allah telah menghukumnya kerana perbuatannya terhadapmu!” ’ |