Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   ‘Word,    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23263  MAT 3:2  Dia berseru, ‘Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!’
23295  MAT 4:17  Isa pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, ‘Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!’
23379  MAT 6:28  ‘Jadi, mengapakah kamu runsing tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun.
23392  MAT 7:7  ‘Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu.
23416  MAT 8:2  Seorang yang mengidap penyakit kusta datang bersujud di hadapan-Nya sambil berkata, ‘Tuan, sekiranya Tuan mahu, Tuan dapat menyembuhkanku.’
23418  MAT 8:4  Lalu Isa berkata kepadanya, ‘Dengarlah, jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada seorang imam. Selepas itu persembahkan korban sebagaimana diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka.’
23420  MAT 8:6  ‘Junjungan, hambaku sakit di rumah, terlantar di katil tidak dapat bergerak, dan amat derita.’
23421  MAT 8:7  Isa menjawab, ‘Baiklah, Aku akan pergi menyembuhkannya.’
23435  MAT 8:21  Seorang pengikut lain berkata, ‘Junjungan, izinkanlah aku pulang dahulu untuk menguburkan jenazah bapaku.’
23454  MAT 9:6  Aku akan membuktikan kepadamu bahawa di bumi ini Putera Insan berkuasa mengampunkan dosa.’ Kemudian Isa berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Bangun, angkat tikarmu dan pulanglah.’
23476  MAT 9:28  Ketika Isa masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekati-Nya. Isa bertanya, ‘Percayakah kamu bahawa Aku dapat menyembuhkanmu?’ ‘Percaya, Junjungan!’ jawab mereka.
23532  MAT 11:4  Isa menjawab, ‘Pulanglah, beritahu Yahya segala yang kamu dengar dan lihat:
23560  MAT 12:2  Apabila orang Farisi melihat perkara ini, mereka berkata kepada Isa, ‘Lihatlah, pengikut-Mu melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!’
23694  MAT 14:28  Petrus berkata, ‘Junjungan, jika benar Engkau, suruhlah aku berjalan di atas air mendapatkan-Mu.’
23714  MAT 15:12  Selepas itu para pengikut Isa mendapatkan-Nya dan berkata, ‘Junjungan, tahukah Engkau bahawa orang Farisi tersinggung dengan kata-kata-Mu?’
23727  MAT 15:25  Wanita itu mendekati Isa dan menyembah-Nya sambil berkata, ‘Tuan, tolonglah aku.’
23729  MAT 15:27  ‘Benar, Tuan,’ balas wanita itu, ‘tetapi anak-anak anjing pun makan sisa yang jatuh dari meja tuannya.’
23757  MAT 16:16  Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’
23763  MAT 16:22  Petrus menarik Isa ke tepi lalu menegur-Nya, ‘Junjungan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Semua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu, Junjungan!’
23773  MAT 17:4  Petrus berkata kepada Isa, ‘Junjungan, sungguh baik bagi kita berada di sini. Kalau Junjungan mahu, biar kudirikan tiga buah khemah suci; satu untuk Junjungan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Ilyas.’
23784  MAT 17:15  Lelaki itu berkata, ‘Tuan, kasihanilah anakku! Dia mengidap sakit gila babi dan penyakitnya sungguh teruk. Seringkali dia terjatuh ke dalam air atau api.
23794  MAT 17:25  Petrus menjawab, ‘Tentu sekali.’ Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat berkata apa-apa, Isa bertanya, ‘Simon, bagaimana pandanganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memungut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?’
23814  MAT 18:18  ‘Sesungguhnya, apa yang kamu ikat di dunia akan diikat di syurga, dan apa yang kamu uraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga.
23817  MAT 18:21  Petrus datang mendapatkan Isa lalu bertanya, ‘Junjungan, jika saudaraku berdosa terhadapku, berapa kalikah harus kuampuni dia? Sehingga tujuh kali?’
23854  MAT 19:23  Isa pun berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Sesungguhnya, sukar sekali bagi orang kaya memasuki kerajaan syurga.
23877  MAT 20:16  Isa berkata lagi, ‘Begitulah, orang yang terakhir akan menjadi yang terdahulu, dan orang terdahulu akan menjadi yang terakhir.’
23879  MAT 20:18  ‘Dengarlah, kita sekarang ke Baitulmaqdis. Di sana Putera Insan akan dikhianati dan diserahkan kepada ketua imam dan guru Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya.
23894  MAT 20:33  Mereka menjawab, ‘Junjungan, kami ingin melihat!’
23911  MAT 21:16  Mereka berkata kepada Isa, ‘Kamu dengarkah apa yang mereka katakan?’ Isa menjawab, ‘Ya, belum pernahkah kamu baca, “Dari mulut kanak-kanak dan bayi yang sedang menyusu, Engkau telah menyediakan puji-pujian.” ’
23916  MAT 21:21  Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, aku berkata kepadamu, jika kamu beriman tanpa ragu, kamu dapat melakukan begitu juga kepada pokok ara itu, malah kamu boleh berkata kepada gunung ini, “Beralihlah dan terhumbanlah ke dalam laut,” lalu hal itu akan terjadi.
23926  MAT 21:31  ‘Antara dua itu, yang mana melakukan kehendak bapanya?’ Mereka menjawab, ‘Yang sulung.’ Isa berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, aku berkata kepadamu, pemungut cukai dan pelacur akan memasuki kerajaan Allah terlebih dahulu daripadamu.
23938  MAT 21:43  ‘Sesungguhnya, hak untuk memasuki kerajaan Allah akan diambil daripadamu dan diberikan kepada bangsa yang memberikan hasil yang dikehendaki Allah.
24024  MAT 23:37  ‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali aku ingin mendakap semua pendudukmu seperti ibu ayam menaungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu.
24029  MAT 24:3  Ketika Isa duduk di atas Bukit Zaitun, para pengikut-Nya datang mendapatkan-Nya. Pada masa itu tiada orang lain di situ. Mereka bertanya, ‘Junjungan, beritahulah kami bila semuanya akan terjadi? Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?’
24030  MAT 24:4  Isa menjawab, ‘Waspadalah, jangan terpedaya.
24144  MAT 26:21  Sambil makan itu Dia berkata, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, seorang daripadamu akan mengkhianati-Ku.’
24145  MAT 26:22  Mereka sungguh berdukacita, dan setiap orang daripada mereka berkata kepada-Nya, ‘Junjungan, tentunya aku bukan orang itu?’
24157  MAT 26:34  Isa berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, pada malam ini juga, sebelum ayam berkokok, engkau akan menyangkal-Ku tiga kali.’
24173  MAT 26:50  Isa berkata kepadanya, ‘Kawan, mengapakah kamu datang?’ Orang ramai itu pun menangkap Isa.
24220  MAT 27:22  Pilatus bertanya kepada mereka, ‘Jadi, apa yang harus kubuat dengan Isa yang dipanggil al-Masih?’ Kesemua mereka berkata kepadanya, ‘Salibkan Dia!’
24221  MAT 27:23  Gabenor berkata, ‘Mengapa, apakah kejahatan yang telah dilakukan-Nya?’ Tetapi mereka berseru semakin lantang, ‘Salibkan Dia!’
24244  MAT 27:46  Kira-kira pukul tiga petang, Isa berseru dengan suara yang lantang, ‘Eloi, Eloi, lama sabakhtani?’ maksudnya ‘Ya Allah, Ya Tuhan-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?’
24261  MAT 27:63  Mereka berkata, ‘Tuan, kami teringat, sewaktu Dia masih hidup si penipu itu ada berkata, “Selepas tiga hari Aku akan bangkit.”
24286  MRK 1:2  Seperti yang tersurat dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘Lihatlah, Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu’
24353  MRK 2:24  Sebilangan orang Farisi berkata kepada Isa, ‘Lihatlah, para pengikutmu melanggar hukum Taurat pada hari Sabat!’
24360  MRK 3:3  Isa berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, ‘Berdiri, marilah ke depan.’
24391  MRK 3:34  Dia memandang semua orang yang duduk di sekeliling-Nya lalu berkata, ‘Lihat, inilah ibu dan saudara-saudara-Ku!
24442  MRK 5:9  Kemudian Isa bertanya kepadanya, ‘Siapa namamu?’ Orang itu menjawab, ‘Legion, kerana kami ini ramai sekali.’
24560  MRK 7:28  ‘Benar, Tuan,’ jawab wanita itu, ‘tetapi anjing di bawah meja pun makan sisa yang dijatuhkan oleh anak-anak.’
24608  MRK 9:1  Isa berkata lagi, ‘Sesungguhnya, ada beberapa orang di sini yang tidak akan mati sebelum melihat kerajaan Allah datang dengan kuasa.’
24619  MRK 9:12  Isa menjawab, ‘Benar, Ilyas akan datang dulu dan memulihkan segala-galanya. Tetapi bagaimana dengan apa yang tersurat tentang Putera Insan, bahawa Dia akan banyak menanggung penderitaan dan penghinaan?
24685  MRK 10:28  Kemudian Petrus berkata kepada-Nya, ‘Lihatlah, kami telah meninggalkan segala-galanya dan mengikut-Mu!’
24686  MRK 10:29  Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, setiap orang yang telah meninggalkan rumah, adik-beradik, ibu bapa, anak isteri, atau tanah untuk-Ku dan untuk Injil
24704  MRK 10:47  Ketika dia mendengar bahawa yang lalu itu Isa orang Nasaret, dia berteriak, ‘Isa, Anak Daud, kasihanilah aku!’
24709  MRK 10:52  Isa menjawab, ‘Pergilah, imanmu telah menyembuhkanmu.’ Serta-merta orang itu dapat melihat, lalu mengikut Isa dalam perjalanan-Nya.
24751  MRK 12:9  ‘Jadi, apa yang akan dilakukan oleh tuan punya ladang anggur itu? Dia akan datang dan membinasakan para penyewa itu, lalu menyerahkan ladang anggur itu kepada orang lain.
24779  MRK 12:37  ‘Jadi, Daud sendiri memanggil-Nya “Junjungan.” Bagaimana Dia boleh dianggap anak Daud?’ Orang ramai mendengar kata-kata Isa dengan sukacita.
24785  MRK 12:43  Isa memanggil para pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, balu yang miskin itu telah memberi lebih daripada semua orang yang telah memasukkan wang ke dalam peti persembahan;
24791  MRK 13:5  Isa menjawab, ‘Awas, jangan tertipu oleh sesiapapun.
24814  MRK 13:28  ‘Sekarang, kajilah ibarat daripada pokok ara: Apabila dahan-dahannya sudah lembut dan mengeluarkan daun, itulah tanda musim panas sudah dekat.
24841  MRK 14:18  Sedang mereka duduk menikmati jamuan, Isa berkata, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, seorang daripada kamu yang makan bersama-Ku akan mengkhianati-Ku.’
24845  MRK 14:22  Sedang mereka makan, Isa mengambil roti lalu memberkatinya dan kemudian membahagikannya kepada mereka dan berkata, ‘Ambil, makanlah, ini tubuh-Ku.’
24853  MRK 14:30  Isa berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, pada malam ini sebelum ayam berkokok dua kali, kamu akan menyangkal-Ku tiga kali.’
24859  MRK 14:36  Kata-Nya, ‘Abba, Bapa, segala-galanya dapat Kaulakukan. Edarkanlah cawan ini daripada-Ku. Namun, berlakulah kehendak-Mu, bukan kehendak-Ku.’
24860  MRK 14:37  Kemudian dia kembali kepada pengikut-pengikut-Nya dan mendapati mereka sedang tidur, lalu Dia berkata kepada Petrus, ‘Simon, kamu tidur? Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga?
24885  MRK 14:62  Isa menjawab, ‘Ya, Akulah Dia. Kamu akan melihat Putera Insan duduk di kanan Allah Maha Kuasa, dan datang dengan awan syurga.’
24929  MRK 15:34  Pada pukul tiga petang, Isa berseru dengan suara lantang, ‘Eloi, Eloi, lama sabakhtani?’ Ertinya, ‘Ya Allah, Ya Tuhan-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?’
24930  MRK 15:35  Beberapa orang di situ mendengar seruan itu dan berkata, ‘Dengarlah, Dia memanggil Ilyas.’
24987  LUK 1:25  ‘Akhirnya, Tuhan telah menolongku. Dia menghapuskan aibku di kalangan masyarakat.’
25090  LUK 2:48  Ketika ibu bapa-Nya melihat-Nya, mereka juga kagum lalu ibu-Nya berkata, ‘Anakku, mengapakah Engkau berbuat demikian terhadap kami? Ibu dan ayah begitu bimbang mencari-Mu.’
25101  LUK 3:7  Yahya berkata kepada orang ramai yang berkerumun untuk diimadkannya, ‘Hai, kamu seperti ular berbisa, siapakah yang telah memberimu amaran supaya melarikan diri daripada kemurkaan Allah yang akan datang?
25104  LUK 3:10  Orang ramai itu bertanya kepada Yahya, ‘Jadi, apa yang harus kami buat?’
25166  LUK 4:34  ‘Ah, mengapakah Engkau mengganggu kami, Isa, orang Nasaret? Engkau datang untuk membinasakan kamikah? Aku mengetahui siapa Engkau ini – Engkaulah Yang Suci daripada Allah.’
25181  LUK 5:5  Simon menjawab, ‘Tuan, semalaman kami cuba sedaya upaya tetapi tidak dapat menangkap apa-apapun. Tetapi, kerana Engkau menyuruh, aku akan menebarkan jala.’
25188  LUK 5:12  Pada suatu hari Isa berada di sebuah bandar. Terdapat seorang yang berpenyakit kusta. Apabila dia melihat Isa, dia meniarap lalu memohon kepada-Nya, ‘Tuan, jikalau Tuan mahu, Tuan berkuasa untuk mentahirkan aku.’
25196  LUK 5:20  Apabila Isa melihat iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Saudara, dosa-dosamu diampunkan.’
25270  LUK 7:6  Lalu Isa pun pergi bersama mereka. Tatkala Dia tidak berapa jauh dari rumah, ketua tentera itu menyuruh beberapa orang sahabat memberitahu Isa, ‘Tuan, tak usah Tuan menyusahkan diri ke rumah aku kerana aku tidak layak.
25304  LUK 7:40  Isa menjawabnya, ‘Simon, ada sesuatu yang hendak Aku katakan kepadamu.’ Simon berkata, ‘Ya Guru, katakanlah.’
25338  LUK 8:24  Mereka pergi kepada Isa dan mengejutkan-Nya. Mereka berkata, ‘Tuan, Tuan, kita hampir tenggelam!’ Isa bangun lalu memarahi angin dan ombak yang bergelora itu. Ribut itu pun berhenti dan segalanya tenang.
25359  LUK 8:45  Isa berkata, ‘Siapakah yang menyentuh Aku?’ Apabila semua orang menafikannya, Petrus berkata, ‘Tuan, orang ramai ini menghimpit dan mengasak Tuan.’
25403  LUK 9:33  Apabila kedua-dua orang itu hendak meninggalkan Isa, Petrus berkata kepada-Nya, ‘Tuan, betapa bahagianya kami berada di sini. Biarlah kami membuat tiga buah khemah: sebuah untuk Tuan, sebuah untuk Musa dan sebuah lagi untuk Ilyas.’ Sebenarnya, dia tidak mengetahui apa yang dikatakannya itu.
25419  LUK 9:49  Yahya berkata, ‘Tuan, kami telah melihat seorang yang mengusir roh-roh iblis dengan menggunakan Nama-Mu, dan kami melarang dia kerana dia tidak termasuk dalam golongan kami.’
25424  LUK 9:54  Ketika Yakobus dan Yahya, pengikut-pengikut Isa melihat perkara ini, mereka berkata, ‘Tuan, adakah Tuan mahu kami menyuruhkan api turun dari langit untuk membinasakan orang Samaria ini?’
25472  LUK 10:40  tetapi Marta pula sibuk melayani mereka. Marta menghampiri Isa dan berkata, ‘Junjungan, tidakkah Junjungan peduli bahawa adikku membiarkan aku membuat semua kerja ini seorang diri? Suruhlah dia menolong aku.’
25473  LUK 10:41  Junjungan menjawab, ‘Marta, Marta, engkau khuatir dan bersusah payah tentang banyak perkara.
25475  LUK 11:1  Isa berdoa di suatu tempat dan setelah Dia berhenti, salah seorang daripada pengikut-Nya berkata, ‘Junjungan, ajarlah kami berdoa seperti Yahya mengajar pengikut-pengikutnya.’
25542  LUK 12:14  Isa menjawab, ‘Saudara, siapakah yang menjadikan Aku hakim atau pembahagi warisan kepada kamu?’
25569  LUK 12:41  Petrus bertanya, ‘Junjungan, adakah Engkau beritahu ibarat ini kepada kami atau kepada semua orang?’
25610  LUK 13:23  Seorang bertanya kepada-Nya, ‘Tuan, adakah segelintir sahaja yang akan diselamatkan?’ Isa menjawab,
25621  LUK 13:34  ‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuh nabi-nabi dan merejam utusan-utusan Allah. Sudah beberapa kali Aku ingin menaungi semua pendudukmu seperti seekor ibu ayam melindungi anak-anaknya di bawah kepaknya, tetapi engkau tidak mahu.
25674  LUK 15:17  ‘Akhirnya, dia sedar dan berkata, “Semua orang gaji bapaku dapat makan sehingga kenyang, tetapi aku ini hampir mati kelaparan!
25705  LUK 16:16  ‘Sebenarnya, hukum Taurat dan kitab segala nabi berkuatkuasa sehingga zaman Yahya. Semenjak itu, perkhabaran baik tentang kerajaan Allah diberitakan, dan orang berasak-asak hendak memasukinya.
25786  LUK 18:29  Isa berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu bahawa sesiapa sahaja yang telah meninggalkan rumah, atau isteri, atau adik-beradik, atau ibu bapa, atau anak-anak demi kerajaan Allah
25795  LUK 18:38  Dia pun berseru, ‘Isa, Anak Daud, kasihanilah aku!’
25798  LUK 18:41  ‘Apakah yang engkau hendak Aku buat bagimu?’ Dia berkata, ‘Junjungan, aku mahu melihat kembali.’
25805  LUK 19:5  Apabila Isa sampai ke tempat itu, Dia mendongak ke atas lalu berkata kepadanya, ‘Zakheus, turunlah dengan segera kerana pada hari ini Aku harus menumpang di rumahmu.’
25808  LUK 19:8  Tetapi Zakheus berdiri dan berkata kepada Junjungan, ‘Tuan, sekarang ini juga aku hendak memberikan separuh hartaku kepada orang miskin, dan jikalau aku telah menipu sesiapa, aku akan membayarnya kembali empat kali ganda.’
25898  LUK 21:3  Lalu Isa berkata, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu bahawa balu yang miskin ini telah memasukkan lebih banyak daripada semua yang lain,
25927  LUK 21:32  ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu bahawa sebelum orang zaman ini mati, segala perkara itu akan terjadi.
25948  LUK 22:15  Lalu Isa berkata kepada mereka, ‘Sebenarnya, Aku telah lama ingin sekali makan jamuan Paska ini bersama kamu sebelum Aku menderita.