23874 | MAT 20:13 | ‘Tuan punya ladang itu menjawab kepada seorang daripada mereka, “Dengarlah, kawan, aku tidak menipumu. Bukankah kamu telah bersetuju bekerja dengan upah sekeping wang perak sehari? |
23923 | MAT 21:28 | ‘Tetapi bagaimana pandanganmu? Seorang ada dua orang anak lelaki. Dia mendapatkan yang sulung dan berkata, “Anakku, pergilah bekerja hari ini di ladang anggurku.” |
23925 | MAT 21:30 | ‘Ayah itu pergi pula mendapatkan anaknya yang kedua dengan kata-kata yang sama. Anak itu menjawab, “Baiklah, aku pergi, ayah,” tetapi dia tidak pergi. |
24049 | MAT 24:23 | Pada masa itu, jika orang berkata kepadamu, “Lihat, al-Masih ada di sini!” atau “Dia ada di situ!” janganlah percaya. |
24088 | MAT 25:11 | ‘Kemudian barulah anak dara yang berlima lagi itu tiba lalu berseru, “Tuan, tuan, bukalah pintu untuk kami!” |
24097 | MAT 25:20 | Hamba yang menerima lima keping wang emas dahulu membawakan lima keping lagi sambil berkata, “Tuan, tuan telah memberiku lima keping wang emas. Lihatlah, aku telah mendapatkan lima keping lagi dengannya.” |
24098 | MAT 25:21 | ‘Tuannya berkata kepadanya, “Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit, maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.” |
24099 | MAT 25:22 | ‘Yang telah menerima dua keping wang emas pula datang lalu berkata, “Tuan, tuan telah memberiku dua keping wang emas. Lihatlah, aku telah mendapatkan dua keping lagi dengannya.” |
24100 | MAT 25:23 | ‘Tuannya berkata kepadanya, “Syabas, wahai hamba yang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit. Aku akan memberimu kuasa mengendalikan yang banyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.” |
24101 | MAT 25:24 | ‘Kemudian hamba yang menerima sekeping wang emas itu datang lalu berkata, “Tuan, aku tahu tuan berhati batu. Tuan menuai tanpa menyemai, memungut hasil tanpa menabur benih. |
24105 | MAT 25:28 | ‘ “Sekarang, wang sekeping itu kusuruh ambil daripadamu dan berikan kepada yang mempunyai sepuluh keping wang emas. |
24111 | MAT 25:34 | ‘Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, “Marilah, kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disediakan untukmu sejak dunia dicipta. |
24114 | MAT 25:37 | ‘Orang yang benar itu pun bertanya, “Junjungan, bilakah kami melihat-Mu lapar dan memberi-Mu makanan, melihat-Mu dahaga dan memberi-Mu minuman? |
24117 | MAT 25:40 | ‘Raja akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.” |
24122 | MAT 25:45 | ‘Dia akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu tidak melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamu tidak melakukannya kepada-Ku.” |
24338 | MRK 2:9 | Manakah yang lebih mudah dikatakan: “Dosamu telah diampunkan,” atau, “Bangun, angkat tikarmu dan berjalanlah”? |
24771 | MRK 12:29 | Isa menjawab, ‘Yang terutama antara semua perintah ialah: “Dengarlah, wahai umat Israel, Allah Tuhan kita, Tuhan kita adalah Esa. |
24807 | MRK 13:21 | Ketika itu jika sesiapa berkata kepadamu, “Lihat, al-Masih di sini!” atau “Lihat, Dia di sana!” janganlah kamu percaya; |
25257 | LUK 6:42 | Bagaimanakah engkau dapat berkata kepada saudaramu, “Saudara, biarlah aku keluarkan selumbar itu daripada matamu” sedangkan engkau tidak nampak sebatang kayu yang ada di dalam matamu sendiri? Munafik! Buangkan kayu itu daripada matamu sendiri dahulu, barulah engkau dapat melihat dengan terang untuk mengeluarkan selumbar yang ada di dalam mata saudaramu. |
25298 | LUK 7:34 | Putera Insan datang dengan makan dan minum lalu kamu berkata, “Tengoklah, orang gelojoh dan peminum, sahabat kepada pemungut-pemungut cukai dan orang berdosa.” |
25594 | LUK 13:7 | Dia berkata kepada tukang kebun, “Tengoklah, sudah tiga tahun aku datang mencari buah daripada pokok ara ini, tetapi tidak juga didapati. Tebangkanlah pokok ini! Apa gunanya terus menghabiskan kesuburan tanah?” |
25595 | LUK 13:8 | ‘Tukang kebun menjawab, “Tuan, biarkan pokok ini tumbuh setahun lagi. Aku akan mencangkul tanah di sekelilingnya dan membubuh baja. |
25612 | LUK 13:25 | Tuan rumah akan bangun dan menguncikan pintu ketika kamu berdiri di luar mengetuk pintu sambil berkata, “Tuan, tuan, bukalah pintu.” ‘Tetapi dia akan menjawab, “Aku tidak tahu dari mana kamu datang.” |
25632 | LUK 14:10 | Oleh itu, apabila kamu dijemput orang, pergilah duduk di tempat yang paling belakang supaya tuan rumah datang dan berkata kepadamu, “Saudara, silakanlah ke tempat yang lebih baik.” Dengan itu, kamu mendapat penghormatan di hadapan semua orang jemputan itu. |
25639 | LUK 14:17 | Apabila tiba masanya, dia menyuruh hambanya pergi memberitahu para jemputannya, “Silakanlah, kerana semuanya siap sedia.” |
25644 | LUK 14:22 | ‘Hamba itu berkata, “Tuan, apa yang tuan suruh telah dilakukan tetapi masih ada tempat lagi.” |
25669 | LUK 15:12 | Anak bongsu berkata kepada bapanya, “Ayah, berilah aku sekarang bahagian harta yang akan menjadi pusakaku.” Lalu bapa itu membahagikan hartanya kepada kedua-dua anaknya itu. |
25678 | LUK 15:21 | ‘Anak itu berkata kepada bapanya, “Ayah, aku telah berbuat dosa kepada Allah dan kepada ayah. Aku tidak layak disebut anak ayah.” |
25686 | LUK 15:29 | Anak sulung itu berkata, “Tengoklah, bertahun-tahun aku bekerja untuk ayah. Aku tidak pernah melanggar perintah ayah. Tetapi ayah tidak pernah memberikan seekor anak kambing pun kepada aku supaya aku dapat bersuka ria dengan sahabat-sahabatku. |
25688 | LUK 15:31 | ‘Bapa itu berkata kepadanya, “Anakku, engkau ini sentiasa bersama ayah, dan segala milik ayah ialah milikmu. |
25714 | LUK 16:25 | ‘Tetapi Ibrahim berkata, “Anakku, ingatlah bahawa engkau telah menikmati kesenangan pada masa hidupmu, tetapi Lazarus mengalami kesengsaraan. Sekarang Lazarus senang di sini tetapi engkau menderita. |
25727 | LUK 17:7 | ‘Jikalau salah seorang kamu mempunyai hamba yang membajak atau menggembalakan domba, siapakah antara kamu akan berkata kepadanya sewaktu dia pulang dari ladang, “Mari, lekas duduk makan?” |
25816 | LUK 19:16 | ‘Yang pertama menghadap dan berkata, “Tuan, sekeping wang emas tuan itu telah menjadi sepuluh kali lebih banyak.” |
25818 | LUK 19:18 | ‘Yang kedua menghadap dan berkata, “Tuan, sekeping wang emas tuan itu telah menjadi lima kali lebih banyak.” |
25825 | LUK 19:25 | ‘Mereka pun berkata kepadanya, “Tuan, dia sudah ada sepuluh keping.” |
26676 | JHN 12:27 | ‘Hati-Ku resah. Apa yang akan Kukatakan? Patutkah Aku berkata, “Bapa, jauhkanlah aku daripada saat penderitaan ini?” Namun, sebab itulah Aku datang menghadap saat ini. |
27779 | ACT 22:7 | Aku rebah ke tanah lalu mendengar suara berkata kepadaku, “Saul, Saul, mengapa engkau aniayakan Aku?” |
27782 | ACT 22:10 | ‘Aku berkata, “Tuan, apakah yang harus kulakukan?” ‘Dia menjawab, “Bangunlah, pergi ke Damsyik. Di sana engkau akan diberitahu segala yang sudah ditetapkan untukmu melakukannya.” |
27786 | ACT 22:14 | ‘Dia berkata, “Allah, Tuhan nenek moyang kita, telah menetapkan bahawa kamu akan mengetahui kehendak-Nya, dan melihat Isa serta mendengar suara-Nya. |
27905 | ACT 26:14 | Aku rebah ke bumi, lalu aku mendengar suatu suara berkata dalam bahasa Ibrani kepadaku, “Saul, Saul, mengapakah engkau menganiaya Aku? Sukarlah bagimu, seperti menendang sesuatu yang tajam.” |
27947 | ACT 27:24 | Malaikat itu berkata, “Paulus, jangan takut. Kau pasti akan berdiri di hadapan Kaisar. Semua yang belayar bersamamu akan diselamatkan juga sebagai kurnia Allah kepadamu.” |
30207 | HEB 10:7 | Kemudian Aku berkata, “Lihatlah, Aku telah datang – dalam naskhah kitab tersurat tentang-Ku – untuk melakukan kehendak-Mu, Ya Allah.” ’ |
31072 | REV 18:10 | Sambil berdiri jauh kerana takut akan kesengsaraannya, mereka berkata, ‘ “Aduhai, sengsaranya, kota Babel yang agung! Dalam sejam sahaja hukuman telah menimpamu.” |
31078 | REV 18:16 | Mereka akan berkata, ‘ “Aduhai, sengsaranya, kota yang agung itu, yang memakai kain khasah, kain ungu dan kain kesumba, serta dihiasi emas permata dan mutiara! |
31081 | REV 18:19 | Mereka meletakkan debu ke atas kepala mereka sambil berseru dengan ratap tangisnya, ‘ “Aduhai, sengsaranya, kota yang agung itu, yang kekayaannya telah memperkaya setiap penduduknya yang memiliki kapal di laut! Dalam sejam sahaja ia telah kehilangan segala-galanya. |