23389 | MAT 7:4 | Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada saudaramu, ‘Biarlah aku keluarkan selumbar dari mata saudara,’ sedangkan kayu balak terpampang di matamu sendiri? |
23659 | MAT 13:51 | ‘Fahamkah kamu hal-hal ini?’ Isa bertanya kepada para pengikut-Nya. ‘Kami faham,’ jawab mereka. |
23707 | MAT 15:5 | Sebaliknya kamu mengajar, “Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang patut kugunakan untuk menolong ayah dan ibu, telah kupersembahkan kepada Allah,’ |
23729 | MAT 15:27 | ‘Benar, Tuan,’ balas wanita itu, ‘tetapi anak-anak anjing pun makan sisa yang jatuh dari meja tuannya.’ |
23736 | MAT 15:34 | Isa bertanya, ‘Berapa banyak roti yang ada padamu?’ ‘Tujuh buku,’ sahut mereka, ‘dan beberapa ekor ikan kecil.’ |
23795 | MAT 17:26 | ‘Orang lain,’ jawab Petrus. ‘Kalau begitu,’ kata Isa, ‘anak-anak tidak perlu membayar. |
23851 | MAT 19:20 | ‘Semua hukum ini telah kupatuhi,’ kata pemuda itu. ‘Adakah lagi yang harus kulakukan?’ |
23868 | MAT 20:7 | ‘Mereka menjawab, “Tiada siapa mengupah kami bekerja.” ‘Kalau begitu, pergilah bekerja di ladang anggurku,’ kata tuan punya ladang itu. |
23983 | MAT 22:42 | ‘Apa pendapatmu tentang al-Masih? Anak siapakah Dia?’ ‘Anak Daud,’ jawab mereka. |
24343 | MRK 2:14 | Ketika Isa berjalan di situ, Dia terpandang seorang pemungut cukai bernama Lewi anak Alfeus sedang duduk di tempat kerjanya. Isa berkata kepadanya, ‘Ikutlah Aku,’ lalu Lewi bangun mengikut-Nya. |
24560 | MRK 7:28 | ‘Benar, Tuan,’ jawab wanita itu, ‘tetapi anjing di bawah meja pun makan sisa yang dijatuhkan oleh anak-anak.’ |
24574 | MRK 8:5 | Isa bertanya kepada mereka, ‘Berapa banyakkah roti yang ada padamu?’ ‘Tujuh buku,’ jawab mereka. |
24588 | MRK 8:19 | bagaimana Aku memecah-mecahkan lima buku roti untuk lima ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?’ ‘Dua belas,’ jawab mereka. |
26152 | JHN 1:39 | ‘Marilah lihat,’ kata Isa. Mereka terus mengikut-Nya dan melihat tempat tinggal-Nya. Waktu itu kira-kira pukul empat. Mereka pun tinggal bersama Isa pada hari itu. |
26159 | JHN 1:46 | Tetapi Natanael berkata, ‘Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?’ ‘Marilah lihat,’ balas Filipus. |
26539 | JHN 9:30 | ‘Hairan sekali,’ kata orang yang dahulunya buta itu. ‘Kamu tidak tahu dari mana Dia datang, tetapi Dia telah mencelikkan mataku! |
26860 | JHN 18:6 | Apabila Isa berkata kepada mereka, ‘Akulah Dia,’ mereka semua undur lalu rebah ke tanah. |
26972 | JHN 21:5 | Isa bertanya kepada mereka, ‘Anak-anak, kamu ada ikan?’ ‘Tidak, kami tidak mendapat seekor ikan pun,’ jawab mereka. |
27295 | ACT 9:10 | Ada seorang pengikut Isa yang bernama Ananias tinggal di Damsyik. Dalam suatu penglihatan dia mendengar Junjungan berkata, ‘Ananias!’ ‘Ya, Junjungan,’ sahut Ananias. |
28052 | ROM 2:22 | Kamu yang berkata, ‘Jangan berzina,’ adakah kamu melakukan zina? Kamu yang membenci berhala, adakah kamu merompak tempat ibadat? |
28332 | ROM 12:19 | Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: ‘Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan membalas,’ demikian firman Tuhan. |
28705 | 1CO 12:3 | Oleh itu aku menyatakan kepadamu, tiada siapapun yang bersuara di bawah pimpinan Roh Allah akan berkata: ‘Isa terkutuk’; dan tiada siapapun dapat mengakui, ‘Isa adalah Junjungan Yang Esa,’ kecuali di bawah bimbingan Roh Suci. |
28717 | 1CO 12:15 | Kalaulah kaki berkata, ‘Oleh sebab aku bukan tangan, aku bukanlah sebahagian tubuh,’ maka benarkah kaki itu bukan sebahagian tubuh? |
28718 | 1CO 12:16 | Dan kalaulah telinga berkata, ‘Oleh sebab aku bukan mata, aku bukanlah sebahagian tubuh,’ maka benarkah telinga itu bukan sebahagian tubuh? |
28831 | 1CO 15:45 | Sebagaimana telah tersurat, ‘Adam, manusia yang pertama, menjadi makhluk yang hidup,’ manakala Adam yang terakhir menjadi roh yang menghidupkan. |
28983 | 2CO 6:17 | Oleh itu, ‘Keluarlah dari kalangan mereka, dan asingkanlah dirimu daripada mereka,’ demikianlah firman Tuhan. ‘Jangan sentuh yang najis, maka Aku akan menerimamu’ |
29185 | GAL 3:16 | Janji Allah telah dibuat kepada Ibrahim dan benihnya. Kitab Suci tidak menyebut ‘dan kepada benih-benih,’ dengan erti ramai orang, tetapi ‘dan kepada Benihmu,’ yang bererti seorang sahaja, iaitu al-Masih. |
29691 | 1TH 5:3 | Ketika orang berkata, ‘Segalanya aman tenteram,’ maka ketika itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dalam sekelip mata dan tiada siapapun dapat melepaskan diri. Berlakunya kelak dengan mengejut, seperti rasa sakit perempuan yang akan melahirkan anak. |
30088 | HEB 4:7 | maka Dia menetapkan satu hari lain, dalam firman-Nya kepada Daud, ‘Hari ini,’ setelah sekian lama, iaitu: ‘Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya, jangan keraskan hatimu.’ |
30172 | HEB 8:13 | Dengan menyebut ‘perjanjian baru,’ Tuhan telah menjadikan perjanjian pertama dahulu tidak terpakai lagi. Sesuatu yang kian tidak terpakai dan usang sudah sampai masanya untuk lenyap. |
30208 | HEB 10:8 | Mula-mula Dia berkata, ‘Korban dan persembahan bakaran, dan persembahan untuk menebus dosa, tidak Kauingini dan tidak Kauredai,’ (iaitu yang dipersembahkan menurut Hukum). |
30371 | JAS 2:11 | kerana Allah yang berfirman, ‘Jangan berzina,’ juga berfirman, ‘Jangan membunuh.’ Dengan demikian, walaupun kamu tidak berzina, namun sekiranya kamu membunuh, maka kamu telah melanggar hukum. |
30374 | JAS 2:14 | Saudara-saudaraku, apa gunanya seorang berkata, ‘Aku beriman,’ jika dia tidak membuktikan imannya melalui perbuatannya? Iman sedemikian tidak dapat menyelamatkannya. |
30376 | JAS 2:16 | Apakah gunanya kamu berkata kepadanya, ‘Selamat jalan, pakailah baju panas dan makanlah secukupnya,’ jika kamu tidak menghulurkan keperluan sehari-hari itu kepadanya? |
30473 | 1PE 2:7 | Bagi kamu yang percaya, batu itu berharga, tetapi bagi mereka yang tidak percaya, ‘Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru,’ |
30589 | 2PE 2:22 | Yang terjadi kepadanya itu seperti kata pepatah yang terbukti tepat: ‘Anjing akan menjilat muntahnya kembali,’ dan ‘Babi yang dimandikan akan berkubang semula di lumpur.’ |
30621 | 1JN 2:4 | Sekiranya seseorang berkata, ‘Aku mengenal Allah,’ tetapi tidak taat akan perintah-Nya, maka dia seorang pendusta dan kebenaran tidak ada di dalam dirinya. |
30690 | 1JN 4:20 | Jika sesiapa berkata, ‘Aku mengasihi Allah,’ tetapi dia benci akan saudaranya, dia seorang pendusta. Jika dia tidak mengasihi saudaranya yang dapat dilihatnya, betapa dia mengasihi Allah yang tidak dapat dilihatnya? |
30773 | REV 1:8 | ‘Akulah Alif dan Ya, yang pertama dan yang terakhir,’ demikian firman Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa, yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang. |
30892 | REV 7:14 | ‘Aku tidak tahu, tetapi tuan tahu,’ sahutku. Dia berkata, ‘Merekalah orang yang berjaya menempuh kesengsaraan yang dahsyat. Mereka telah membasuh jubah mereka menjadi putih bersih dengan darah Anak Domba. |