23214 | MAT 1:1 | Inilah salasilah Isa al-Masih, keturunan Daud, keturunan Ibrahim. |
23231 | MAT 1:18 | Inilah kisah kelahiran Isa al-Masih: Ibu-Nya, Maryam bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, Maryam mengandung melalui kuasa Roh Suci. |
23256 | MAT 2:18 | ‘Satu suara terdengar di Ramah, rintih ratap dan perkabungan. Rahel meratapi anak-anaknya, tidak mungkin dilipur hatinya, kerana mereka tiada lagi.’ |
23295 | MAT 4:17 | Isa pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, ‘Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!’ |
23406 | MAT 7:21 | ‘Tidak semua orang yang memanggil-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami,” akan memasuki kerajaan syurga, tetapi hanya mereka yang melaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga. |
23407 | MAT 7:22 | Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami, bukankah kami telah menyampaikan perkhabaran Allah dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?” |
23424 | MAT 8:10 | Isa terkagum mendengarnya lalu berkata kepada orang ramai yang mengikut-Nya, ‘Belum pernah Kutemui orang yang demikian teguh imannya, walau di Israel pun. |
23432 | MAT 8:18 | Apabila Isa melihat orang ramai di sekeliling-Nya, dia pun menyuruh para pengikut-Nya pergi ke seberang laut itu. |
23469 | MAT 9:21 | Fikir wanita itu dalam hatinya, ‘Apabila kusentuh jubah-Nya, pasti aku akan sembuh.’ |
23478 | MAT 9:30 | Pada ketika itu juga mereka menjadi celik. Isa berpesan kepada mereka bersungguh-sungguh, ‘Jangan ceritakan hal ini kepada siapapun.’ |
23485 | MAT 9:37 | Kata Isa kepada para pengikut-Nya, ‘Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir. |
23500 | MAT 10:14 | Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debunya daripada tapak kakimu. |
23504 | MAT 10:18 | Kerana-Ku, kamu akan dibawa ke hadapan penguasa dan raja sebagai saksi kepada mereka dan kepada bangsa yang tidak mengenal Allah. |
23521 | MAT 10:35 | Dengan kedatangan-Ku, “anak lelaki melawan bapanya, anak perempuan melawan ibunya, dan menantu perempuan melawan ibu mertuanya. |
23523 | MAT 10:37 | ‘Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. |
23524 | MAT 10:38 | Sesiapa yang enggan memikul salibnya dan mengikut-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. |
23528 | MAT 10:42 | Ingatlah: Sesiapa yang memberi minum walau hanya air sejuk kepada seorang pengikut-Ku yang paling rendah pun kerana dia pengikut-Ku, akan menerima ganjaran.’ |
23538 | MAT 11:10 | Tentang orang itulah telah tersurat dalam ayat Kitab Suci: “Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu.” |
23553 | MAT 11:25 | Selepas itu Isa mengucap syukur, ‘Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil, orang yang tidak terpelajar. |
23556 | MAT 11:28 | ‘Marilah ke sisi-Ku, wahai kamu yang lelah memikul beban berat; Aku akan membebaskanmu daripada bebanmu. |
23557 | MAT 11:29 | Ikutlah perintah-Ku dan terima ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan sejahtera. |
23568 | MAT 12:10 | Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. Beberapa orang di sana cuba mencari salah Isa supaya dapat mendakwa-Nya. Mereka bertanya kepada-Nya, ‘Tidakkah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar hukum?’ |
23576 | MAT 12:18 | ‘Inilah hamba-Ku yang telah Kupilih, Yang Kukasihi dan Kuredai Roh-Ku akan Kuanugerahkan kepada-Nya, dan keadilan-Ku akan diisytiharkan-Nya kepada semua bangsa. |
23578 | MAT 12:20 | Buluh yang halus terkulai tidak akan dipatahkan-Nya, Pelita yang malap tidak akan dipadamkan-Nya, Dia akan berjuang sehingga tercapai keadilan, |
23588 | MAT 12:30 | ‘Jika seseorang tidak berpihak kepada-Ku, ini bererti dia menentang-Ku. Jika seseorang tidak mengumpulkan bersama-Ku, ini bererti dia mencerai-beraikan. |
23618 | MAT 13:10 | Para pengikut Isa datang bertanya kepada-Nya, ‘Mengapa Junjungan bercakap kepada mereka melalui ibarat?’ |
23650 | MAT 13:42 | Mereka akan dihumbankan ke dalam relau yang berapi-api, tempat ratapan dan kertakan gigi. |
23658 | MAT 13:50 | Orang durjana itu akan dihumbankan ke dalam relau yang berapi-api, tempat ratapan dan kertakan gigi. |
23711 | MAT 15:9 | Sia-sialah mereka menyembah-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah peraturan manusia.” ’ |
23718 | MAT 15:16 | Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Kamu masih tidak faham. |
23725 | MAT 15:23 | Isa diam tidak menjawab. Para pengikut-Nya memohon kepada-Nya, ‘Suruhlah wanita itu pergi. Dia mengikut kita meraung-raung.’ |
23732 | MAT 15:30 | Ramailah yang datang mendapatkan-Nya, membawa orang yang tempang, buta, lumpuh, bisu dan yang mengidap pelbagai penyakit. Isa menyembuhkan mereka. |
23754 | MAT 16:13 | Isa pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Menurut kata orang, siapakah Putera Insan ini?’ |
23757 | MAT 16:16 | Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’ |
23763 | MAT 16:22 | Petrus menarik Isa ke tepi lalu menegur-Nya, ‘Junjungan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Semua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu, Junjungan!’ |
23765 | MAT 16:24 | Kemudian Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Jika sesiapa ingin mengikut-Ku, lupakan kepentingan diri, pikul salib dan ikut Aku. |
23774 | MAT 17:5 | Sedang Petrus berkata-kata, segumpal awan yang bersinar-sinar meliputi mereka. Dari awan itu kedengaran suara berkata, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-Nya!’ |
23779 | MAT 17:10 | Para pengikut Isa bertanya kepada-Nya, ‘Mengapakah guru Taurat berkata Ilyas mesti datang dulu?’ |
23792 | MAT 17:23 | Mereka akan membunuh-Nya, tetapi Dia akan dibangkitkan semula pada hari ketiga.’ Mendengar kata-kata itu, para pengikut Isa berdukacita. |
23794 | MAT 17:25 | Petrus menjawab, ‘Tentu sekali.’ Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat berkata apa-apa, Isa bertanya, ‘Simon, bagaimana pandanganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memungut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?’ |
23797 | MAT 18:1 | Pada ketika itu para pengikut Isa datang bertanya kepada-Nya, ‘Siapakah yang dianggap terbesar antara orang di dalam kerajaan syurga nanti?’ |
23798 | MAT 18:2 | Isa memanggil seorang kanak-kanak, disuruh-Nya berdiri di hadapan mereka semua. |
23799 | MAT 18:3 | Isa pun berkata: ‘Ketahuilah! Kecuali kamu bersikap seperti kanak-kanak, kamu tidak akan memasuki kerajaan syurga. |
23811 | MAT 18:15 | ‘Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah mendapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukan diam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya dia mahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya mendapat kembali saudaramu. |
23815 | MAT 18:19 | ‘Ketahuilah juga, setiap kali dua orang daripadamu di dunia ini bersetuju untuk memohon sesuatu daripada-Ku, permohonan itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku di syurga; |
23816 | MAT 18:20 | kerana apabila dua atau tiga orang berhimpun kerana-Ku, Aku ada di situ bersama mereka.’ |
23845 | MAT 19:14 | Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku, jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang masuk ke dalam kerajaan syurga.’ |
23854 | MAT 19:23 | Isa pun berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Sesungguhnya, sukar sekali bagi orang kaya memasuki kerajaan syurga. |
23860 | MAT 19:29 | Setiap orang yang telah meninggalkan rumah, atau saudara lelaki, saudara perempuan, ibu bapa, anak-anak, atau ladang kerana Aku, akan menerima seratus kali ganda apa yang ditinggalkannya dan akan memperoleh hidup kekal. |
23869 | MAT 20:8 | ‘Setelah hari petang, tuan punya ladang anggur itu berkata kepada ketua pekerja, “Panggillah pekerja-pekerja itu dan bayarlah upah masing-masing, mulai daripada pekerja yang datang terakhir hingga kepada pekerja yang datang awal sekali.” |
23898 | MAT 21:3 | Sekiranya ada orang berkata apa-apa, katakan kepadanya, “Junjungan memerlukannya.” Dia akan terus membenarkan kedua-dua keldai itu dibawa pergi.’ |
23904 | MAT 21:9 | Orang ramai yang berjalan di hadapan dan di belakang Isa berseru-seru, ‘Hosana bagi Anak Daud!’ ‘Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan!’ ‘Hosana di tempat yang maha tinggi!’ |
23910 | MAT 21:15 | Tetapi apabila ketua imam dan guru Taurat melihat segala mukjizat yang dilakukan-Nya, dan kanak-kanak berseru di dalam rumah ibadat, ‘Hosana bagi Anak Daud!’ mereka berasa marah. |
23915 | MAT 21:20 | Apabila dilihat oleh para pengikut-Nya, mereka hairan dan bertanya, ‘Bagaimana pokok ara itu boleh layu dan mati serta-merta?’ |
23919 | MAT 21:24 | Isa menjawab, ‘Aku juga akan bertanya sesuatu kepadamu. Jika kamu memberitahu-Ku, Aku akan menyatakan kepadamu dengan kuasa apa Aku melakukan segala ini: |
23954 | MAT 22:13 | ‘Raja itu pun berkata kepada hamba-hambanya, “Ikat kaki dan tangan orang ini, buangkan dia ke kegelapan di luar. Di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.” |
23985 | MAT 22:44 | “Tuhan telah berfirman kepada Junjunganku: ‘Duduklah di kanan-Ku, sehingga Kujadikan musuh-Mu alas kaki-Mu.’” |
24048 | MAT 24:22 | Kalaulah Allah tidak menyingkatkan masa itu, tiada seorang pun akan selamat. Namun, untuk umat pilihan-Nya, Allah menyingkatkan masa itu. |
24090 | MAT 25:13 | ‘Oleh itu berjaga-jagalah, kerana kamu tidak tahu hari dan waktunya Putera Insan datang. |
24108 | MAT 25:31 | ‘Apabila Putera Insan datang dengan segala kemuliaan-Nya, diiringi sekalian malaikat suci, Dia akan duduk di atas takhta kemuliaan-Nya. |
24109 | MAT 25:32 | Semua bangsa akan berhimpun di hadapan-Nya, dan Dia akan mengasing-asingkan mereka, sebagaimana gembala mengasing-asingkan domba daripada kambing. |
24111 | MAT 25:34 | ‘Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, “Marilah, kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disediakan untukmu sejak dunia dicipta. |
24118 | MAT 25:41 | ‘Selepas itu Dia akan berkata kepada mereka yang di sebelah kiri-Nya, “Nyahlah dari sisiku, kamu yang terlaknat, ke dalam api abadi yang telah disediakan untuk Iblis dan para penyokongnya; |
24123 | MAT 25:46 | ‘Mereka itu akan menanggung azab hukuman selama-lamanya, manakala mereka yang benar akan menikmati hidup kekal.’ |
24135 | MAT 26:12 | Dengan menuangkan minyak wangi ini ke atas tubuh-Ku, dia melakukannya untuk pengebumian-Ku. |
24145 | MAT 26:22 | Mereka sungguh berdukacita, dan setiap orang daripada mereka berkata kepada-Nya, ‘Junjungan, tentunya aku bukan orang itu?’ |
24156 | MAT 26:33 | Petrus menjawab, ‘Kalaupun semua yang lain goyah kerana-Mu, Junjungan, aku tidak akan goyah.’ |
24158 | MAT 26:35 | Petrus berkata kepada Isa, ‘Kalaupun aku terpaksa mati bersama-Mu, aku tidak akan menyangkal-Mu, Junjungan!’ Demikian jugalah kata pengikut-pengikut-Nya yang sebelas orang lagi. |
24162 | MAT 26:39 | Isa pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, ‘Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, biarlah kehendak-Mu berlaku, bukan kehendak-Ku.’ |
24165 | MAT 26:42 | Bagi kali kedua, Dia pergi dan berdoa, ‘Ya Bapa-Ku, jika cawan ini tidak mungkin beredar daripada-Ku melainkan Kuminum, biarlah kehendak-Mu berlaku.’ |
24179 | MAT 26:56 | Tetapi segala ini dilakukan untuk menunaikan apa yang tersurat di dalam kitab nabi-nabi.’ Setelah itu semua pengikut Isa meninggalkan-Nya, masing-masing melarikan diri. |
24186 | MAT 26:63 | Tetapi Isa berdiam diri. Imam Besar berkata kepada-Nya, ‘Demi Allah yang hidup, katakan kepada kami, adakah kamu ini al-Masih, Putera Allah?’ |
24210 | MAT 27:12 | Ketika Dia dituduh oleh ketua-ketua imam dan tua-tua, Dia tidak berkata suatu apa. |
24211 | MAT 27:13 | Kemudian Pilatus berkata kepada-Nya, ‘Tidakkah kamu dengar betapa banyaknya tuduhan terhadapmu dalam kesaksian mereka?’ |
24227 | MAT 27:29 | Mereka membuat mahkota daripada duri lalu meletakkannya di atas kepala Isa dan menggenggamkan mensiang di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut kepada-Nya sambil mengejek-Nya, ‘Hai Raja orang Yahudi!’ |
24229 | MAT 27:31 | Setelah selesai mereka mempermainkan-Nya, mereka melucutkan jubah ungu itu dan mengenakan semula pakaian-Nya lalu membawa-Nya untuk disalib. |
24233 | MAT 27:35 | Selepas itu mereka menyalib-Nya, dan membahagikan pakaiannya dengan membuang undi, maka berlakulah seperti yang di nubuatkan: ‘Mereka bahagikan pakaian-Ku antara mereka, untuk mendapat pakaian-Ku mereka membuang undi.’ |
24236 | MAT 27:38 | Dua orang perompak disalib bersama-Nya, seorang di kanan dan seorang di sebelah kiri-Nya. |
24239 | MAT 27:41 | Begitu jugalah ketua-ketua imam, guru-guru Taurat dan tua-tua, turut mengejek Isa: |
24244 | MAT 27:46 | Kira-kira pukul tiga petang, Isa berseru dengan suara yang lantang, ‘Eloi, Eloi, lama sabakhtani?’ maksudnya ‘Ya Allah, Ya Tuhan-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?’ |
24276 | MAT 28:12 | Setelah bermesyuarat dengan tua-tua, mereka memberikan sejumlah wang yang besar kepada askar-askar yang berkawal itu |
24282 | MAT 28:18 | Isa berkata kepada mereka, ‘Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. |
24285 | MRK 1:1 | Inilah permulaan Injil tentang Isa al-Masih, Putera Allah, |
24286 | MRK 1:2 | Seperti yang tersurat dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘Lihatlah, Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu’ |
24303 | MRK 1:19 | Sejurus berjalan, Isa melihat dua orang lagi adik-beradik, bernama Yakobus dan Yahya, anak Zebedeus. Mereka sedang duduk mengemaskan jala di dalam perahu. |
24313 | MRK 1:29 | Isa dan pengikut-Nya, termasuk Yakobus dan Yahya, keluar dari saumaah itu lalu ke tempat kediaman Simon dan Andreas. |
24321 | MRK 1:37 | Setelah menjumpai-Nya, mereka berkata: ‘Semua orang sedang mencari-Mu!’ |
24329 | MRK 1:45 | Tetapi orang itu menyebarkan hal itu merata-rata dan terus-menerus, sehingga Isa tidak dapat masuk ke bandar terang-terangan. Isa tinggal di luar kota di tempat-tempat yang lengang, namun orang dari pelbagai kawasan datang kepada-Nya. |
24368 | MRK 3:11 | Apabila orang yang dirasuk roh-roh durjana melihat-Nya, mereka sujud di hadapan-Nya lalu berseru, ‘Engkau Putera Allah.’ |
24389 | MRK 3:32 | Pada waktu itu, orang ramai duduk di sekeliling Isa berkata kepada-Nya, ‘Lihatlah! Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar. Mereka memanggil Engkau.’ |
24401 | MRK 4:9 | Lalu kata-Nya, ‘Jika kamu bertelinga, dengarlah.’ |
24426 | MRK 4:34 | Dia tidak berkata-kata kepada mereka tanpa ibarat. Tetapi apabila Dia sendirian dengan para pengikut-Nya, Dia menerangkan segala-galanya. |
24427 | MRK 4:35 | Pada petang itu juga, Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Marilah kita pergi ke seberang sana.’ |
24432 | MRK 4:40 | Kemudian Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Mengapa kamu begitu takut? Mengapa kamu masih tidak percaya?’ |
24451 | MRK 5:18 | Ketika Isa menaiki perahu, orang yang tadinya dirasuk roh iblis itu memohon kepada-Nya, supaya dia dibenarkan menyertai-Nya. |
24465 | MRK 5:32 | Tetapi Isa memandang sekeliling-Nya, mencari orang yang telah menyentuh-Nya itu. |
24467 | MRK 5:34 | Isa berkata kepadanya, ‘Hai anak-Ku, imanmu telah menyembuhkan kamu. Pergilah dengan sejahtera dan sembuhlah daripada penyakitmu.’ |
24483 | MRK 6:7 | Dia memanggil pengikut-Nya yang dua belas itu, lalu mengutus mereka berdua-dua, serta memberi mereka kuasa atas roh-roh durjana. |
24487 | MRK 6:11 | Sebaliknya, jika penduduk sesuatu kota enggan menerimamu atau mendengar kata-katamu, pergilah dari situ dan kebaskan debu daripada tapak kakimu sebagai kesaksian terhadap mereka.’ |
24507 | MRK 6:31 | Orang yang datang dan pergi di situ begitu ramainya sehingga Isa dan para pengikut-Nya tidak sempat makan. Oleh itu, Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Marilah ke tempat yang sunyi supaya kita dapat bersendirian, dan berehat sebentar.’ |