23284 | MAT 4:6 | Iblis berkata kepada Isa, ‘Jika Engkau Putera Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: “Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.” ’ |
23409 | MAT 7:24 | ‘Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atas batu. |
23411 | MAT 7:26 | Sesiapa yang mendengar tetapi tidak menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. |
23604 | MAT 12:46 | Sedang Isa berbicara dengan orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya datang berdiri di luar kerana hendak bercakap dengan Isa. |
23644 | MAT 13:36 | Selepas itu Isa meninggalkan orang ramai lalu masuk ke rumah. Pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya lalu berkata, ‘Terangkanlah kepada kami maksud ibarat lalang di antara gandum itu.’ |
24057 | MAT 24:31 | Sangkakala akan dibunyikan dengan kuatnya, dan Putera Insan akan menghantar malaikat-malaikat-Nya ke seluruh pelosok bumi untuk menghimpunkan umat pilihan Allah. |
24117 | MAT 25:40 | ‘Raja akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.” |
24122 | MAT 25:45 | ‘Dia akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu tidak melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamu tidak melakukannya kepada-Ku.” |
24131 | MAT 26:8 | Apabila pengikut-pengikut-Nya melihat perbuatan wanita itu, mereka marah lalu berkata, ‘Mengapa membazir begini? |
24149 | MAT 26:26 | Ketika mereka sedang makan, Isa mengambil roti, mengucap syukur lalu memecah-mecahkan dan membahagikannya kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, ‘Ambil dan makanlah, ini tubuh-Ku.’ |
24158 | MAT 26:35 | Petrus berkata kepada Isa, ‘Kalaupun aku terpaksa mati bersama-Mu, aku tidak akan menyangkal-Mu, Junjungan!’ Demikian jugalah kata pengikut-pengikut-Nya yang sebelas orang lagi. |
24163 | MAT 26:40 | Kemudian Dia pergi kepada pengikut-pengikut-Nya dan mendapati mereka telah tertidur; lalu Dia berkata kepada Petrus, ‘Apa? Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga bersama-Ku?’ |
24168 | MAT 26:45 | Setelah itu Dia mendapatkan pengikut-pengikut-Nya lalu berkata, ‘Adakah kamu masih tidur dan berehat? Lihatlah, masanya telah menjelang, dan Putera Insan sedang dikhianati untuk diserahkan ke tangan orang berdosa. |
24274 | MAT 28:10 | Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Jangan takut. Pergilah dan suruh saudara-saudara-Ku ke Galilea. Di sana mereka akan melihat-Ku.’ |
24305 | MRK 1:21 | Isa dan pengikut-pengikut-Nya tiba di Kapernaum. Pada hari Sabat berikutnya, Isa masuk ke saumaah lalu mengajar. |
24377 | MRK 3:20 | Selepas itu Isa masuk ke sebuah rumah, tetapi begitu ramainya orang yang datang berkumpul semula sehingga Isa dan pengikut-pengikut-Nya tidak sempat makan. |
24389 | MRK 3:32 | Pada waktu itu, orang ramai duduk di sekeliling Isa berkata kepada-Nya, ‘Lihatlah! Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar. Mereka memanggil Engkau.’ |
24473 | MRK 5:40 | Tetapi mereka mentertawakan Isa. Setelah menyuruh mereka semua keluar, Isa mengajak ibu bapa anak itu dan pengikut-pengikut-Nya masuk ke bilik tempat anak itu terbaring. |
24625 | MRK 9:18 | Apabila roh itu menyerangnya, dia menghempas-hempas tubuhnya ke tanah, mulutnya berbuih, giginya mengertak dan badannya menjadi kaku. Aku memohon pengikut-pengikut-Mu menghalau roh itu tetapi mereka tidak dapat melakukannya.’ |
24817 | MRK 13:31 | Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kata-Ku tidak akan lenyap. |
24860 | MRK 14:37 | Kemudian dia kembali kepada pengikut-pengikut-Nya dan mendapati mereka sedang tidur, lalu Dia berkata kepada Petrus, ‘Simon, kamu tidur? Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga? |
25032 | LUK 1:70 | Demikianlah firman-Nya dengan perantaraan nabi-nabi-Nya yang suci dari zaman dahulu kala, |
25142 | LUK 4:10 | kerana dalam Kitab Suci ada tersurat, ‘ “Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya untuk melindungi-Mu |
25164 | LUK 4:32 | Mereka kagum mendengar ajaran-Nya kerana kata-kata-Nya berwibawa. |
25209 | LUK 5:33 | Mereka berkata kepada Isa, ‘Pengikut-pengikut Yahya kerapkali berpuasa dan berdoa. Demikian juga pengikut-pengikut orang Farisi. Tetapi pengikut-pengikut-Mu ini makan dan minum sahaja.’ |
25216 | LUK 6:1 | Pada hari Sabat Isa berjalan melalui ladang-ladang gandum dan pengikut-pengikut-Nya memetik bulir gandum, menggosoknya dengan tangan lalu memakannya. |
25228 | LUK 6:13 | Setelah hari siang, Isa memanggil pengikut-pengikut-Nya dan daripada mereka itu, Dia memilih dua belas orang yang digelar-Nya rasul: |
25235 | LUK 6:20 | Isa berpaling kepada pengikut-pengikut-Nya lalu berkata: ‘Diberkatilah kamu yang miskin, kerana kamulah yang empunya kerajaan Allah. |
25264 | LUK 6:49 | Akan tetapi, orang yang mendengar kata-kata-Ku dan tidak mahu mematuhinya umpama seorang yang membina rumah di atas tanah tanpa asas. Apabila dilanda arus sungai, rumah itu akan roboh dan kerosakannya besar sekali.’ |
25275 | LUK 7:11 | Tidak lama kemudian, Isa pergi ke sebuah bandar yang bernama Nain; pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai pergi bersama-Nya. |
25333 | LUK 8:19 | Ibu Isa dan adik-beradik-Nya datang kepada-Nya tetapi mereka tidak dapat bertemu dengan-Nya kerana kesesakan orang ramai. |
25334 | LUK 8:20 | Isa diberitahu, ‘Ibu dan adik-beradik-Mu berada di luar dan hendak bertemu dengan-Mu.’ |
25335 | LUK 8:21 | Isa menjawab kepada mereka, ‘Ibu-Ku dan adik-beradik-Ku ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melaksanakannya.’ |
25336 | LUK 8:22 | Pada suatu hari Isa bersama pengikut-pengikut-Nya menaiki sebuah perahu. Isa berkata kepada mereka, ‘Marilah kita pergi ke seberang tasik.’ Lalu mereka bertolak. |
25386 | LUK 9:16 | Isa mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu. Lalu Dia menengadah ke langit sambil mengucap syukur atas makanan itu dan membahagi-bahagikannya. Dia memberikan makanan itu kepada pengikut-pengikut-Nya untuk dihidangkan kepada orang ramai. |
25388 | LUK 9:18 | Pada suatu hari semasa Isa berdoa bersendirian, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya. Isa bertanya kepada mereka, ‘Mengikut orang ramai, siapakah Aku?’ |
25455 | LUK 10:23 | Isa berpaling kepada pengikut-pengikut-Nya lalu berkata secara sulit, ‘Diberkatilah mata yang melihat segala perkara yang kamu lihat. |
25470 | LUK 10:38 | Isa dan pengikut-pengikut-Nya meneruskan perjalanan dan sampai di sebuah kampung. Seorang perempuan yang bernama Marta menyambut Dia ke rumahnya. |
25791 | LUK 18:34 | Tetapi pengikut-pengikut-Nya tidak mengerti sepatah kata pun. Maksud kata-kata ini dirahsiakan daripada mereka. Mereka tidak memahami apa yang dikatakan oleh Isa. |
25839 | LUK 19:39 | Antara orang ramai itu ada beberapa orang Farisi yang berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, suruh pengikut-pengikut-Mu diam.’ |
25972 | LUK 22:39 | Isa meninggalkan tempat itu lalu pergi ke Bukit Zaitun seperti kebiasaan-Nya. Pengikut-pengikut-Nya pergi bersama Dia. |
26110 | LUK 24:50 | Kemudian Isa membawa pengikut-pengikut-Nya ke luar kota sehingga Baitani. Di situ Dia mengangkat tangan-Nya lalu memberkati mereka. |
26112 | LUK 24:52 | Pengikut-pengikut-Nya menyembah-Nya dan kembali ke Baitulmaqdis dengan penuh kegembiraan. |
26166 | JHN 2:2 | Isa dan pengikut-pengikut-Nya juga dijemput ke majlis itu. |
26176 | JHN 2:12 | Setelah itu Isa bersama ibu-Nya, saudara-saudara-Nya dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke Kapernaum lalu tinggal di situ beberapa hari. |
26186 | JHN 2:22 | Apabila Isa bangkit daripada kematian, para pengikut-Nya teringat kata-kata-Nya itu. Dengan demikian percayalah mereka akan Kitab Suci dan kata-kata Isa. |
26196 | JHN 3:7 | Janganlah hairan akan kata-kata-Ku bahawa kamu semua perlu dilahirkan semula. |
26267 | JHN 4:42 | Mereka berkata kepada perempuan itu, ‘Sekarang kami percaya bukanlah kerana kata-katamu tetapi kerana kami telah mendengar kata-kata-Nya sendiri dan kami tahu Dialah al-Masih, Penyelamat umat manusia di dunia.’ |
26297 | JHN 5:18 | Kata-kata-Nya ini mengukuhkan lagi niat orang Yahudi hendak membunuh-Nya. Bukan sahaja Dia melanggar hukum hari Sabat, malah juga mengatakan Allah itu Bapa-Nya, iaitu menyamakan diri-Nya dengan Allah. |
26303 | JHN 5:24 | ‘Sesungguhnya aku berkata kepadamu, sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus-Ku akan mendapat hidup yang kekal dan tidak akan dihukum. Dia telah terlepas daripada kematian dan mendapat hidup sebenar. |
26386 | JHN 6:60 | Antara para pengikut yang mendengar kata-kata-Nya itu, ramai yang berkata, ‘Ajaran ini terlalu susah difahami. Siapakah yang dapat menerimanya?’ |
26400 | JHN 7:3 | Oleh itu, saudara-saudara Isa berkata kepada-Nya, ‘Beredarlah dari sini ke Yudea, supaya pengikut-pengikut-Mu dapat melihat perbuatan-Mu. |
26407 | JHN 7:10 | Apabila saudara-saudara-Nya telah bertolak untuk menghadiri perayaan itu, Isa pun pergi juga secara diam-diam. |
26412 | JHN 7:15 | Orang Yahudi tercengang mendengar kata-kata-Nya lalu berkata, ‘Bagaimanakah orang ini begitu berpengetahuan walaupun tidak dididik?’ |
26487 | JHN 8:37 | Aku tahu kamu keturunan Ibrahim, tetapi kamu ingin membunuh-Ku kerana kata-kata-Ku tidak mendapat tempat dalam dirimu. |
26564 | JHN 10:14 | ‘Akulah gembala yang baik. Aku mengenal domba-domba-Ku dan domba-domba-Ku mengenal-Ku, |
26577 | JHN 10:27 | Domba-domba-Ku mendengar suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut-Ku. |
26696 | JHN 12:47 | ‘Sekiranya seseorang mendengar kata-kata-Ku tetapi tidak mematuhinya, Aku tidak akan menghukumnya. Aku datang bukan untuk menghukum dunia ini tetapi untuk menyelamatkannya. |
26701 | JHN 13:2 | Semasa Isa dan pengikut-pengikut-Nya sedang makan malam, Iblis sudahpun menimbulkan niat di hati Yudas anak Simon Iskariot untuk mengkhianati Isa. |
26775 | JHN 15:7 | Sekiranya kamu tetap dalam-Ku, dan kata-kata-Ku tetap dalammu, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki, permohonan itu akan dikabulkan. |
26782 | JHN 15:14 | Kamu sahabat-sahabat-Ku jika kamu melaksanakan perintah yang telah Kuberikan. |
26873 | JHN 18:19 | Imam besar menyoal Isa tentang pengikut-pengikut-Nya dan ajaran-Nya. |
26877 | JHN 18:23 | Isa berkata kepadanya, ‘Sekiranya yang Kukatakan itu salah, tunjukkanlah kepada semua orang di sini apa kesalahan itu. Tetapi kalau kata-kata-Ku benar, mengapa kamu menampar-Ku?’ |
26984 | JHN 21:17 | Bagi kali ketiga Isa bertanya kepadanya, ‘Simon anak Yahya, adakah kamu mengasihi-Ku?’ Petrus sedih kerana Isa bertanya kepadanya bagi kali ketiga, ‘Adakah kamu mengasihi-Ku?’ Lalu dia menjawab, ‘Junjungan, Engkau mengetahui segala-galanya. Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu!’ Isa berkata kepadanya, ‘Berilah domba-domba-Ku makan.’ |
27053 | ACT 2:35 | sehingga Kujadikan musuh-musuh-Mu alas kaki-Mu.’” |
27086 | ACT 3:21 | Al-Masih mesti tetap di syurga hingga sampai masa Allah memulihkan segala-galanya, seperti yang difirmankan-Nya dahulu kala melalui lidah nabi-nabi-Nya yang suci. |
27120 | ACT 4:29 | Ya Tuhan, lihatlah ugutan mereka dan kurniakanlah kepada hamba-hamba-Mu ini, sepenuh keberanian untuk menyampaikan firman-Mu. |
27790 | ACT 22:18 | lalu melihat Dia dan mendengar kata-kata-Nya kepadaku, “Segeralah keluar dari Baitulmaqdis, kerana mereka tidak akan menerima kesaksian daripadamu tentang-Ku.” |
28280 | ROM 11:3 | ‘Ya Tuhan, mereka telah membunuh nabi-nabi-Mu dan meruntuhkan tempat penyembahan-Mu; dan hanya aku yang tinggal, dan mereka sedang berusaha untuk membunuhku’? |
28310 | ROM 11:33 | Oh, betapa kaya kebijaksanaan dan pengetahuan Allah! Penghakiman-Nya tidak terduga, dan jalan-jalan-Nya tidak mungkin diselami! |
28984 | 2CO 6:18 | ‘Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu, anak-anak-Ku lelaki perempuan, ‘demikianlah firman Tuhan Yang Maha Kuasa. |
30047 | HEB 2:3 | bagaimana kita mungkin terlepas daripadanya jika kita mengabaikan penyelamatan yang sedemikian besar? Pada mulanya Junjungan telah menyebutkannya, dan kemudian orang yang telah mendengar kata-kata-Nya itu turut mengesahkannya. |
30213 | HEB 10:13 | Dari saat itu Dia menanti hingga musuh-musuh-Nya dijadikan alas kaki-Nya. |
30490 | 1PE 2:24 | Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk kebenaran. Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu. |
30766 | REV 1:1 | Inilah wahyu Isa al-Masih yang dinyatakan Allah kepada-Nya supaya Dia menyampaikan kepada hamba-hamba-Nya segala yang pasti segera terjadi. Al-Masih menghantarkan malaikat-Nya untuk memberitahu perkara-perkara itu kepada hamba-Nya Yahya. |
30805 | REV 2:20 | Namun, Aku mencelamu kerana satu perkara: Kamu membenarkan perempuan bernama Izebel yang mengaku dirinya nabiah Allah itu mengajar umat-Ku. Dia mengajar dan menyesatkan hamba-hamba-Ku sehingga mereka melakukan pencabulan dan makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala. |
30969 | REV 12:10 | Kemudian aku mendengar suara lantang berkata di syurga, ‘Sekarang penyelamatan, kekuatan, kerajaan Allah Tuhan kita, dan kuasa al-Masih-Nya telah tiba; kerana penuduh saudara-saudara kita, yang telah menuduh mereka siang malam di hadapan Allah Tuhan kita telah disingkirkan. |
31152 | REV 22:3 | Segala yang terlaknat tiada lagi. Takhta Allah dan Anak Domba ada di dalam kota itu, dan hamba-hamba-Nya berbuat ibadat kepada-Nya. |
31155 | REV 22:6 | Katanya kepadaku, ‘Ini kata-kata yang dapat dipercayai dan benar. Allah, Tuhan segala roh nabi-nabi, telah menyuruh malaikat-malaikat-Nya menunjukkan dengan segera kepada hamba-hamba-Nya apa yang akan terjadi.’ |