Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   Word-Word.    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23215  MAT 1:2  Ibrahim beroleh anak yang dinamai Ishak, Ishak beroleh Yakub, dan Yakub beroleh Yudah serta saudara-saudaranya.
23229  MAT 1:16  Maka Yakub beroleh Yusuf, suami Maryam, Maryamlah yang melahirkan Isa yang dipanggil al-Masih.
23230  MAT 1:17  Dengan demikian, ada empat belas keturunan dari Ibrahim hingga ke Daud; empat belas keturunan dari Daud hingga ke masa pembuangan di Babel; dan empat belas keturunan dari masa itu hingga kelahiran al-Masih.
23232  MAT 1:19  Yusuf, seorang yang takwa dan berakhlak, tidak mahu memalukan Maryam di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam.
23233  MAT 1:20  Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, ‘Hai Yusuf keturunan Daud! Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu. Dia mengandung melalui kuasa Roh Suci.
23249  MAT 2:11  Mereka masuk ke situ dan melihat Anak itu dengan ibu-Nya Maryam. Mereka pun sujud menyembah Anak itu, lalu mempersembahkan emas, dupa dan mur kepada-Nya.
23277  MAT 3:16  Setelah diimadkan, Isa keluar dari air dengan segera. Lalu terbukalah langit dan dia melihat Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya.
23289  MAT 4:11  Iblis pun meninggalkan Isa dan para malaikat datang melayani-Nya.
23302  MAT 4:24  Berita tentang Isa tersebar di seluruh Siria. Maka, ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yang mengidap penyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya.
23304  MAT 5:1  Ketika Isa melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah para pengikut-Nya kepada-Nya.
23314  MAT 5:11  ‘Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu kerana mengikut-Ku.
23320  MAT 5:17  ‘Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan tetapi untuk menunaikan segala-galanya.
23338  MAT 5:35  Jangan bersumpah demi bumi, kerana bumi ini alas kaki-Nya. Atau demi Baitulmaqdis, kerana itu kota Raja Agung iaitu Allah.
23348  MAT 5:45  Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Allah menerbitkan matahari yang dicipta-Nya untuk orang yang benar dan orang yang mungkar. Dia menurunkan hujan untuk orang yang taat mahupun yang ingkar akan kehendak-Nya.
23360  MAT 6:9  ‘Berdoalah demikian: “Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu.
23361  MAT 6:10  Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.
23364  MAT 6:13  Janganlah biarkan kami tergoda, Selamatkanlah kami daripada si durjana. Engkaulah yang memiliki kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.”
23396  MAT 7:11  Kamu yang berdosa pun tahu memberikan sesuatu yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan sesuatu yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya.
23397  MAT 7:12  Apa yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukan kepada mereka, kerana inilah ajaran Taurat dan nabi-nabi.
23415  MAT 8:1  Isa turun dari bukit itu dan ramai orang mengikut-Nya.
23439  MAT 8:25  Para pengikut Isa datang membangunkan-Nya. Mereka berkata, ‘Ya Junjungan, selamatkan nyawa kami semua daripada maut!’
23441  MAT 8:27  Para pengikut Isa tercengang lalu berkata, ‘Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya. Siapakah sebenarnya Dia ini?’
23457  MAT 9:9  Isa meninggalkan tempat itu. Dalam perjalanan Dia melihat seorang pemungut cukai bernama Matius sedang duduk di tempat memungut cukai. Isa berkata, ‘Ikutlah Aku’. Lalu Matius berdiri dan mengikut-Nya.
23458  MAT 9:10  Ketika Isa sedang makan di rumah Matius, ramai pemungut cukai dan orang berdosa makan bersama Isa dan para pengikut-Nya.
23467  MAT 9:19  Isa pun bangun lalu pergi bersamanya, diiringi oleh para pengikut-Nya.
23468  MAT 9:20  Ketika itu, ada seorang wanita yang telah mengidap penyakit pendarahan selama dua belas tahun. Dia mendekati Isa dari belakang lalu menyentuh hujung jubah-Nya.
23471  MAT 9:23  Apabila Isa sampai di rumah ketua itu, Dia nampak para pemain seruling dan semua orang di situ kelam-kabut.
23472  MAT 9:24  Dia berkata, ‘Keluarlah kamu semua! Anak ini bukan mati, cuma tidur.’ Mereka mula mentertawakan-Nya.
23476  MAT 9:28  Ketika Isa masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekati-Nya. Isa bertanya, ‘Percayakah kamu bahawa Aku dapat menyembuhkanmu?’ ‘Percaya, Junjungan!’ jawab mereka.
23481  MAT 9:33  Isa menghalau roh iblis itu dan serta-merta orang itu mula berkata-kata. Semua yang melihatnya tercengang lalu berkata, ‘Belum pernah kami lihat hal begini di Israel!’
23508  MAT 10:22  Setiap orang akan membencimu kerana nama-Ku. Tetapi sesiapa yang bertahan hingga akhir akan diselamatkan.
23513  MAT 10:27  Apa yang Kukatakan kepadamu secara sulit, sampaikanlah kepada orang ramai. Apa yang dibisikkan di telingamu, umumkanlah merata-rata.
23523  MAT 10:37  ‘Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku.
23524  MAT 10:38  Sesiapa yang enggan memikul salibnya dan mengikut-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku.
23526  MAT 10:40  ‘Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga, dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yang mengutus-Ku.
23530  MAT 11:2  Yahya Pengimad yang meringkuk di penjara mendengar tentang apa yang dilakukan oleh al-Masih. Yahya pun menyuruh beberapa orang pengikutnya untuk pergi berjumpa Isa.
23555  MAT 11:27  ‘Bapa-Ku telah menyerahkan segala-galanya kepada-Ku. Tiada yang mengenal Putera kecuali Bapa, dan tiada yang mengenal Bapa kecuali Putera dan orang yang diberitahu oleh Putera tentang Bapa.
23568  MAT 12:10  Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. Beberapa orang di sana cuba mencari salah Isa supaya dapat mendakwa-Nya. Mereka bertanya kepada-Nya, ‘Tidakkah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar hukum?’
23574  MAT 12:16  Dia berpesan kepada mereka supaya jangan memberitahu sesiapa tentang-Nya.
23580  MAT 12:22  Setelah itu seorang yang buta dan bisu kerana dirasuk roh iblis dibawa kepada Isa lalu disembuhkan-Nya.
23588  MAT 12:30  ‘Jika seseorang tidak berpihak kepada-Ku, ini bererti dia menentang-Ku. Jika seseorang tidak mengumpulkan bersama-Ku, ini bererti dia mencerai-beraikan.
23607  MAT 12:49  Dia menunjuk kepada para pengikut-Nya lalu berkata, ‘Inilah ibu-Ku dan saudara-saudara lelaki-Ku.
23610  MAT 13:2  Sungguh ramai orang datang berhimpun mendapatkan-Nya. Isa pun masuk ke dalam sebuah perahu dan duduk di situ manakala orang ramai itu berdiri di pantai.
23620  MAT 13:12  Sesiapa yang mempunyai sesuatu akan diberi lebih banyak lagi, sehingga melimpah-limpah. Sebaliknya, sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang ada padanya pun akan diambil.
23630  MAT 13:22  Orang yang menerima benih di semak duri ialah orang yang mendengar perkhabaran itu, tetapi kerunsingan tentang hal-hal duniawi dan godaan harta kekayaan mengasyikkannya lalu dia tidak dapat menghasilkan apa-apa.
23659  MAT 13:51  ‘Fahamkah kamu hal-hal ini?’ Isa bertanya kepada para pengikut-Nya. ‘Kami faham,’ jawab mereka.
23665  MAT 13:57  Dengan demikian mereka marah dengan-Nya. Isa berkata kepada mereka, ‘Seorang Nabi dihormati kecuali di kampung halamannya dan di kalangan kaum keluarganya sendiri.’
23687  MAT 14:21  Jumlah yang makan kira-kira lima ribu orang lelaki, belum dihitung wanita dan kanak-kanak.
23701  MAT 14:35  Orang di situ mengenal Isa lalu menyebarkan berita kedatangan-Nya ke serata daerah itu. Ramailah dibawa orang sakit kepada-Nya.
23702  MAT 14:36  Mereka merayu Isa supaya mengizinkan orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Dengan sentuhan itu sahaja pun mereka sembuh.
23710  MAT 15:8  “Allah berfirman: Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata tetapi hati mereka jauh daripada-Ku.
23740  MAT 15:38  Jumlah yang makan empat ribu orang lelaki; belum dikira wanita dan kanak-kanak.
23759  MAT 16:18  Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu inilah akan Kubina jemaah-Ku. Maut pun tidak dapat merobohkannya.
23761  MAT 16:20  Selepas itu Isa berpesan kepada para pengikut-Nya supaya jangan memberitahu sesiapa bahawa Dia al-Masih.
23768  MAT 16:27  Sudah hampir waktunya Putera Insan datang bersama para malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia akan memberi balasan kepada setiap orang menurut perbuatannya.
23771  MAT 17:2  Apabila mereka memandang Isa, mereka mendapati-Nya berubah: Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan.
23783  MAT 17:14  Setelah Isa dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya itu kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang berlutut di hadapan-Nya.
23787  MAT 17:18  Isa mengherdik roh iblis itu. Roh iblis itu pun keluar dari anak itu lalu dia sembuh serta-merta.
23800  MAT 18:4  Oleh itu, orang yang dianggap terbesar dalam kerajaan syurga ialah yang merendah diri dan bersikap seperti kanak-kanak.
23853  MAT 19:22  Apabila mendengar jawapan Isa, pemuda itu beredar dari situ dengan dukacita, kerana dia seorang yang kaya-raya.
23858  MAT 19:27  Petrus berkata, ‘Kami telah meninggalkan segala-galanya dan mengikut-Mu. Apakah yang akan kami terima?’
23867  MAT 20:6  Pada kira-kira pukul lima petang dia pergi lagi ke pasar dan melihat beberapa orang berdiri-diri tidak berbuat apa-apa. Dia menanya mereka, “Mengapa kamu membuang masa tidak membuat apa-apa kerja?”
23879  MAT 20:18  ‘Dengarlah, kita sekarang ke Baitulmaqdis. Di sana Putera Insan akan dikhianati dan diserahkan kepada ketua imam dan guru Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya.
23890  MAT 20:29  Isa meninggalkan Yerikho bersama para pengikut-Nya. Ramai orang mengikut mereka.
23895  MAT 20:34  Isa mengasihani mereka. Dia menyentuh mereka, dan dengan serta-merta mereka dapat melihat, lalu mereka pun mengikut-Nya.
23897  MAT 21:2  Dia berkata, ‘Pergilah ke pekan yang di hadapan itu. Apabila kamu memasukinya, kamu akan melihat seekor keldai tertambat, serta anaknya. Lepaskan keldai itu dan bawa kedua-duanya kepada-Ku.
23901  MAT 21:6  Kedua-dua orang pengikut Isa itu pun pergi menjalankan segala yang disuruh-Nya.
23956  MAT 22:15  Beberapa orang Farisi pergi dan berpakat bagaimana hendak memerangkap Isa dengan menyoal kata-kata yang digunakan-Nya.
23987  MAT 22:46  Tidak seorang pun terjawab soalan Isa. Sejak hari itu, tiada siapa berani menanya Isa apa-apa.
23997  MAT 23:10  Janganlah suruh orang memanggilmu “Pemimpin,” kerana pemimpinmu hanya satu, iaitu al-Masih.
24029  MAT 24:3  Ketika Isa duduk di atas Bukit Zaitun, para pengikut-Nya datang mendapatkan-Nya. Pada masa itu tiada orang lain di situ. Mereka bertanya, ‘Junjungan, beritahulah kami bila semuanya akan terjadi? Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?’
24033  MAT 24:7  Bangsa akan bertarung dengan bangsa, kerajaan dengan kerajaan. Kebuluran dan gempa bumi akan berlaku di merata-rata.
24035  MAT 24:9  ‘Setelah itu kamu akan ditangkap dan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Semua orang akan membencimu kerana kamu pengikut-Ku.
24036  MAT 24:10  Pada masa itu ramai pengikut-Ku yang tidak lagi beriman kepada-Ku. Mereka akan saling mengkhianati dan membenci.
24043  MAT 24:17  Orang yang di atas bumbung ketika itu usahlah masuk ke rumah mengambil apa-apa.
24061  MAT 24:35  Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.
24108  MAT 25:31  ‘Apabila Putera Insan datang dengan segala kemuliaan-Nya, diiringi sekalian malaikat suci, Dia akan duduk di atas takhta kemuliaan-Nya.
24110  MAT 25:33  Dia akan meletakkan domba di sebelah kanan-Nya dan kambing di sebelah kiri-Nya.
24127  MAT 26:4  Mereka berpakat untuk memperdaya Isa dan membunuh-Nya.
24133  MAT 26:10  Tetapi apabila Isa mengetahui kemarahan mereka, Dia berkata, ‘Mengapakah kamu menyusahkan wanita ini? Dia telah melakukan sesuatu yang baik untuk-Ku.
24135  MAT 26:12  Dengan menuangkan minyak wangi ini ke atas tubuh-Ku, dia melakukannya untuk pengebumian-Ku.
24146  MAT 26:23  Isa menjawab, ‘Orang yang mencecahkan tangannya bersama-Ku ke dalam bekas akan mengkhianati-Ku.
24170  MAT 26:47  Ketika Dia sedang berkata-kata itu, seorang daripada pengikut-Nya yang dua belas, Yudas, datang diiringi orang yang sangat ramai dan bersenjatakan pedang serta belantan. Mereka datang daripada ketua-ketua imam dan tua-tua.
24172  MAT 26:49  Dengan segera dia menghampiri Isa sambil berkata, ‘Selamat sejahtera, Tuan Guru!’ lalu mencium-Nya.
24178  MAT 26:55  Kemudian Isa berkata kepada orang ramai itu, ‘Patutkah kamu datang, bagaikan hendak menangkap perompak, dengan pedang dan belantan, untuk membawa-Ku pergi? Hari demi hari Aku duduk bersamamu, mengajar di rumah ibadat, dan kamu tidak menangkap-Ku.
24182  MAT 26:59  Ketua-ketua imam dan seluruh Majlis Agama telah mencari kesaksian palsu terhadap Isa supaya dapat membunuh-Nya.
24190  MAT 26:67  Setelah itu mereka meludah muka-Nya dan memukul-Nya. Ada yang menampar-Nya.
24200  MAT 27:2  Mereka menyuruh orang mengikat-Nya. Kemudian mereka membawa-Nya lalu menyerahkan-Nya kepada gabenor, Pontius Pilatus.
24201  MAT 27:3  Apabila Yudas yang mengkhianati-Nya melihat bahawa Isa telah dijatuhi hukum mati, dia menyesali perbuatannya lalu mengembalikan tiga puluh keping wang perak ke hadapan ketua-ketua imam dan tua-tua.
24212  MAT 27:14  Tetapi Isa tidak berkata sepatah pun, sehingga amat hairan gabenor melihat-Nya.
24226  MAT 27:28  Mereka melucutkan pakaian-Nya dan menyarungkan jubah ungu ke tubuh-Nya.
24227  MAT 27:29  Mereka membuat mahkota daripada duri lalu meletakkannya di atas kepala Isa dan menggenggamkan mensiang di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut kepada-Nya sambil mengejek-Nya, ‘Hai Raja orang Yahudi!’
24236  MAT 27:38  Dua orang perompak disalib bersama-Nya, seorang di kanan dan seorang di sebelah kiri-Nya.
24237  MAT 27:39  Orang yang lalu di situ melemparkan kata-kata kufur kepada-Nya. Sambil menggeleng-gelengkan kepala
24240  MAT 27:42  ‘Dia telah menyelamatkan orang lain; diri-Nya sendiri tidak dapat diselamatkan-Nya. Kalau benar dia Raja Israel, turunlah dari kayu salib itu sekarang, baru kami percaya kepada-Nya.
24270  MAT 28:6  Dia tidak ada di sini, kerana Dia telah bangkit semula, seperti yang dikatakan-Nya. Marilah lihat tempat Dia dibaringkan dulu.
24271  MAT 28:7  Kemudian, segeralah pergi dan katakan kepada para pengikut-Nya bahawa Dia telah bangkit daripada kematian, dan Dia mendahului kamu ke Galilea. Di sana kamu akan melihat-Nya. Lihatlah, aku telah memberitahumu.’
24273  MAT 28:9  Dalam perjalanan, tiba-tiba Isa menemui mereka sambil berkata, ‘Salam sejahtera!’ Lalu mereka pun mendekati Isa dan memegang kaki-Nya serta menyembah-Nya.
24280  MAT 28:16  Kemudian, pengikut Isa yang sebelas itu pergi ke Galilea, ke gunung yang telah ditetapkan oleh-Nya.
24281  MAT 28:17  Di sana mereka melihat-Nya lalu menyembah-Nya. Namun demikian, ada antara mereka yang ragu.