Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   Word-Word.’    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23240  MAT 2:2  Mereka bertanya, ‘Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.’
23246  MAT 2:8  Raja Herodes menyuruh ahli-ahli ilmu bintang pergi ke Baitlahim dengan perintah demikian: ‘Pergilah dan carilah Anak itu sedaya upaya. Apabila kamu menjumpai-Nya beritahulah aku, supaya aku juga dapat pergi menyembah-Nya.’
23297  MAT 4:19  Isa berkata kepada mereka, ‘Ikutlah Aku. Aku akan mengajarmu menjala manusia menjadi pengikut-Ku.’
23554  MAT 11:26  Ya Bapa, memang inilah kehendak-Mu.’
23579  MAT 12:21  Bangsa-bangsa asing akan bersandar harap kepada-Nya.’
23596  MAT 12:38  Selepas itu beberapa orang guru Taurat dan orang Farisi berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, kami ingin melihat suatu alamat mukjizat daripada-Mu.’
23605  MAT 12:47  Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Isa, ‘Ibu dan saudara-saudara lelaki-Mu hendak bercakap dengan-Mu.’
23608  MAT 12:50  Sesiapa yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, merekalah saudara lelaki, saudara perempuan dan ibu-Ku.’
23684  MAT 14:18  Isa berkata, ‘Bawalah makanan itu kepada-Ku.’
23694  MAT 14:28  Petrus berkata, ‘Junjungan, jika benar Engkau, suruhlah aku berjalan di atas air mendapatkan-Mu.’
23725  MAT 15:23  Isa diam tidak menjawab. Para pengikut-Nya memohon kepada-Nya, ‘Suruhlah wanita itu pergi. Dia mengikut kita meraung-raung.’
23848  MAT 19:17  Isa menjawab, ‘Mengapa kamu bertanya kepada-Ku apa yang baik? Hanya ada Satu yang baik. Sekiranya kamu ingin masuk ke dalam hidup, patuhilah hukum-Nya.’
23882  MAT 20:21  ‘Apakah permintaanmu?’ tanya Isa. Ibu itu menjawab, ‘Junjungan berjanjilah bahawa apabila Engkau menjadi raja, kedua-dua orang anakku itu akan duduk di kiri kanan-Mu.’
23884  MAT 20:23  Isa berkata kepada mereka, ‘Memang kamu akan minum dari cawan-Ku dan diimadkan secara Aku diimadkan. Tetapi Aku tidak berhak menentukan siapa yang akan duduk di kiri kanan-Ku kerana tempat itu milik mereka yang telah ditentukan oleh Bapa-Ku.’
23914  MAT 21:19  Dia melihat sebatang pokok ara di tepi jalan. Apabila Dia mendekatinya dan mendapati pokok itu hanya berdaun tidak berbuah, Dia berkata kepadanya, ‘Janganlah berbuah lagi selama-lamanya.’ Serta-merta pokok itu layu dan mati.
24144  MAT 26:21  Sambil makan itu Dia berkata, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, seorang daripadamu akan mengkhianati-Ku.’
24149  MAT 26:26  Ketika mereka sedang makan, Isa mengambil roti, mengucap syukur lalu memecah-mecahkan dan membahagikannya kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, ‘Ambil dan makanlah, ini tubuh-Ku.’
24152  MAT 26:29  Tetapi, Aku berkata kepadamu, Aku tidak akan minum air anggur dari saat ini hinggalah hari Aku minum air anggur bersamamu dalam kerajaan Bapa-Ku.’
24161  MAT 26:38  Dia berkata kepada mereka, ‘Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati. Duduklah di sini berjaga bersama-Ku.’
24162  MAT 26:39  Isa pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, ‘Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, biarlah kehendak-Mu berlaku, bukan kehendak-Ku.’
24179  MAT 26:56  Tetapi segala ini dilakukan untuk menunaikan apa yang tersurat di dalam kitab nabi-nabi.’ Setelah itu semua pengikut Isa meninggalkan-Nya, masing-masing melarikan diri.
24217  MAT 27:19  Sedang gabenor duduk di atas kerusi penghakiman, isterinya berkirim pesan kepadanya, ‘Jangan apa-apakan orang yang tidak bersalah; hari ini aku banyak menanggung azab dalam mimpi kerana-Nya.’
24247  MAT 27:49  Yang lain berkata, ‘Jangan hiraukan Dia; mari kita lihat kalau Ilyas datang menyelamatkan-Nya.’
24274  MAT 28:10  Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Jangan takut. Pergilah dan suruh saudara-saudara-Ku ke Galilea. Di sana mereka akan melihat-Ku.’
24278  MAT 28:14  Kalau hal ini sampai ke telinga gabenor, kami akan melembutkan hatinya dan kamu tidak akan diapa-apakan.’
24311  MRK 1:27  Hal ini menyebabkan semua orang tercengang lalu berbisik sesama sendiri, ‘Adakah ini suatu ajaran baru? Dia memerintah roh-roh durjana dengan penuh kuasa dan mereka menurut kata-Nya.’
24392  MRK 3:35  Sesiapa yang melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku.’
24560  MRK 7:28  ‘Benar, Tuan,’ jawab wanita itu, ‘tetapi anjing di bawah meja pun makan sisa yang dijatuhkan oleh anak-anak.’
24569  MRK 7:37  Mereka sungguh hairan dan berkata, ‘Dia melakukan segala-galanya dengan baik sekali. Dia membolehkan orang tuli mendengar dan orang bisu berkata-kata.’
24598  MRK 8:29  ‘Tetapi menurut kamu, Aku ini siapa?’ tanya Isa. Petrus menjawab, ‘Engkau ialah al-Masih.’
24644  MRK 9:37  ‘Sesiapa yang menerima kanak-kanak seperti ini kerana-Ku, menerima-Ku. Sesiapa yang menerima-Ku, menerima Allah yang mengutus-Ku.’
24694  MRK 10:37  Mereka berkata kepada-Nya, ‘Kurniailah kami duduk di kiri dan kanan-Mu dalam kemuliaan-Mu.’
24723  MRK 11:14  Oleh itu Isa berkata kepada pokok itu, ‘Tiada siapa akan makan buahmu lagi selama-lamanya.’ Para pengikut-Nya mendengar kata-kata itu.
24841  MRK 14:18  Sedang mereka duduk menikmati jamuan, Isa berkata, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, seorang daripada kamu yang makan bersama-Ku akan mengkhianati-Ku.’
24845  MRK 14:22  Sedang mereka makan, Isa mengambil roti lalu memberkatinya dan kemudian membahagikannya kepada mereka dan berkata, ‘Ambil, makanlah, ini tubuh-Ku.’
24854  MRK 14:31  Tetapi Petrus berkata dengan lebih tegas lagi, ‘Kalaupun aku terpaksa mati bersama-Mu, aku tidak akan menyangkal-Mu.’ Semua yang lain pun berkata demikian.
24859  MRK 14:36  Kata-Nya, ‘Abba, Bapa, segala-galanya dapat Kaulakukan. Edarkanlah cawan ini daripada-Ku. Namun, berlakulah kehendak-Mu, bukan kehendak-Ku.’
25017  LUK 1:55  yang dijanjikan kepada nenek moyang kita Ibrahim dan semua keturunannya untuk selama-lamanya.’
25056  LUK 2:14  ‘Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggi dan damai sejahtera di bumi bagi orang yang berkenan pada hati-Nya.’
25090  LUK 2:48  Ketika ibu bapa-Nya melihat-Nya, mereka juga kagum lalu ibu-Nya berkata, ‘Anakku, mengapakah Engkau berbuat demikian terhadap kami? Ibu dan ayah begitu bimbang mencari-Mu.’
25139  LUK 4:7  Jadi, jikalau Engkau menyembah aku, keseluruhannya akan menjadi kepunyaan-Mu.’
25280  LUK 7:16  Setiap orang ketakutan lalu memuji Allah: ‘Seorang nabi yang agung telah muncul di kalangan kita!’ dan ‘Allah telah mendatangi umat-Nya.’
25334  LUK 8:20  Isa diberitahu, ‘Ibu dan adik-beradik-Mu berada di luar dan hendak bertemu dengan-Mu.’
25360  LUK 8:46  Tetapi Isa berkata, ‘Ada orang menyentuh Aku kerana Aku tahu bahawa kuasa telah keluar daripada-Ku.’
25475  LUK 11:1  Isa berdoa di suatu tempat dan setelah Dia berhenti, salah seorang daripada pengikut-Nya berkata, ‘Junjungan, ajarlah kami berdoa seperti Yahya mengajar pengikut-pengikutnya.’
25606  LUK 13:19  Keadaannya umpama biji sesawi yang ditanam orang di dalam kebunnya. Benih itu tumbuh dan menjadi pokok lalu burung di udara membuat sarang pada cabang-cabangnya.’
25618  LUK 13:31  Pada masa itu beberapa orang Farisi datang kepada Isa dan berkata, ‘Pergilah dari sini ke tempat yang lain. Herodes hendak membunuh-Mu.’
25734  LUK 17:14  Apabila Isa melihat mereka, Dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.’ Dalam perjalanan, mereka pun sembuh.
25785  LUK 18:28  Petrus berkata, ‘Kami telah meninggalkan rumah untuk mengikut-Mu.’
25866  LUK 20:18  ‘Sesiapa yang jatuh pada batu itu akan hancur luluh, dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan remuk-redam.’
25887  LUK 20:39  Beberapa orang ahli Taurat berkata, ‘Tuan Guru, betul jawapan-Mu.’
25952  LUK 22:19  Lalu Isa mengambil roti kemudian mengucap syukur kepada Allah. Setelah itu Dia memecah-mecahkan roti itu lalu memberikannya kepada pengikut-pengikut-Nya, sambil berkata, ‘Inilah tubuh-Ku yang diberikan untukmu. Berbuatlah sedemikian demi mengingati-Ku.’
25965  LUK 22:32  Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila kamu kembali kepada-Ku, kuatkanlah saudara-saudaramu.’
25966  LUK 22:33  Petrus berkata kepada Isa, ‘Junjungan, hamba sedia ke penjara dengan-Mu dan mati bersama-sama.’
26020  LUK 23:16  Oleh itu, aku akan menyebat-Nya, kemudian membebaskan-Nya.’
26026  LUK 23:22  Pada kali ketiga Pilatus berkata kepada mereka: ‘Apakah kesalahan-Nya? Aku tidak mendapati Dia bersalah sehingga patut dikenakan hukuman mati. Oleh sebab itu, aku akan menyebat-Nya dan kemudian membebaskan-Nya.’
26041  LUK 23:37  lalu berkata, ‘Jika Engkau Raja orang Yahudi, selamatkanlah Diri-Mu.’
26045  LUK 23:41  Bagi kita, hukuman ini adil kerana kita menerima balasan yang setimpal; tetapi orang ini tidak melakukan kesalahan apa-apa.’
26046  LUK 23:42  Dia berkata kepada Isa, ‘Ya Isa, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu.’
26099  LUK 24:39  Tengoklah tangan dan kaki-Ku. Inilah Aku. Sentuhlah Aku dan tengok. Hantu tidak berdaging dan bertulang sebagaimana yang kamu lihat ada pada-Ku.’
26169  JHN 2:5  Namun, ibu Isa berkata kepada pelayan-pelayan di majlis itu, ‘Buatlah apa saja yang disuruh-Nya.’
26191  JHN 3:2  Dia mengunjungi Isa pada suatu malam lalu berkata, ‘Tuan Guru, kami tahu bahawa Engkau guru yang datang daripada Allah. Tidak mungkin seseorang melakukan mukjizat seperti yang Kaulakukan kecuali Allah menyertai-Nya.’
26215  JHN 3:26  Mereka pergi kepada Yahya dan berkata, ‘Tuan Guru, seorang yang bersama Tuan Guru di seberang Sungai Yordan dulu, orang yang Tuan Guru tunjukkan kepada kami, Dia mengimadkan orang dan semua orang pergi kepada-Nya.’
26250  JHN 4:25  Perempuan itu berkata, ‘Aku tahu Mesias yang disebut al-Masih akan datang. Apabila Dia datang, Dia akan memberitahu kami segala-galanya.’
26353  JHN 6:27  Janganlah berusaha mendapatkan makanan yang boleh basi. Berusahalah mendapatkan makanan yang dapat bertahan sampai hidup kekal. Itulah makanan yang akan diberikan kepada-Mu oleh Putera Insan, kerana Allah Bapa telah melantik-Nya.’
26355  JHN 6:29  Isa berkata, ‘Inilah pekerjaan yang dikehendaki Allah iaitu supaya kamu percaya kepada Dia yang diutus-Nya.’
26371  JHN 6:45  Ada tersurat di dalam tulisan para nabi: “Semua manusia akan diajar oleh Allah.” Dengan demikian, seorang yang mendengar dan belajar daripada Bapa akan datang kepada-Ku.’
26377  JHN 6:51  Akulah Roti Hidup yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini akan hidup kekal. Roti yang akan Kuberikan untuk hidup manusia di dunia ini adalah tubuh-Ku.’
26424  JHN 7:27  Orang ini, kita tahu tempat asal-Nya.’ Tetapi, apabila al-Masih datang, tiada siapa yang tahu akan tempat asal-Nya.’
26426  JHN 7:29  Aku mengenal-Nya kerana Dialah yang mengutus-Ku dan Aku datang daripada-Nya.’
26468  JHN 8:18  Aku memberi kesaksian tentang diri-Ku. Bapa yang mengutus-Ku juga memberi kesaksian tentang diri-Ku.’
26476  JHN 8:26  Ada banyak lagi yang perlu Kukatakan dan Kuadili tentangmu. Tetapi Dia yang mengutus-Ku dapat dipercayai. Aku menyampaikan kepada dunia apa yang Kudengar daripada-Nya.’
26479  JHN 8:29  Dia yang mengutus-Ku ada di sisi-Ku. Dia tidak pernah membiarkan Aku keseorangan, kerana Aku sentiasa melakukan apa yang diredai-Nya.’
26545  JHN 9:36  Orang itu menjawab, ‘Siapakah Dia, Junjungan? Katakanlah kepadaku, supaya aku dapat percaya kepada-Nya.’
26568  JHN 10:18  Sesiapapun tidak dapat meragut nyawa-Ku. Aku menyerahkannya dengan rela. Aku berkuasa menyerahkan nyawa-Ku dan berkuasa mengambilnya semula. Inilah tugas yang Kuterima daripada Bapa-Ku.’
26634  JHN 11:42  Aku tahu Engkau memang sentiasa mendengar permintaan-Ku. Aku menyebutnya untuk kebaikan semua orang di sini, supaya mereka percaya Engkau mengutus-Ku.’
26668  JHN 12:19  Orang Farisi berkata sesama sendiri, ‘Lihatlah, sia-sia segala usaha kita. Seluruh dunia telah mengikut-Nya.’
26678  JHN 12:29  Antara orang ramai yang mendengar suara itu, ada yang berkata, ‘Guruh.’ Tetapi ada pula yang berkata, ‘Bukan. Malaikat bercakap kepada-Nya.’
26681  JHN 12:32  Apabila Aku diangkat tinggi di atas bumi, Aku akan menarik semua manusia kepada-Ku.’
26699  JHN 12:50  Aku tahu bahawa perintah-Nya itu membawa hidup kekal. Oleh itu apa yang Kukatakan, Kusampaikan sebagaimana disuruh oleh Bapa-Ku.’
26719  JHN 13:20  Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, sesiapa yang menyambut orang yang Kuutus, menyambut Aku. Sesiapa yang menyambut-Ku, menyambut Dia yang mengutus-Ku.’
26720  JHN 13:21  Setelah melafazkan kata-kata itu, Isa berasa gundah. Dia pun berkata dengan terus-terang, ‘Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, salah seorang daripadamu akan mengkhianati-Ku.’
26734  JHN 13:35  Daripada sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-Ku.’
26744  JHN 14:7  Dengan mengenal-Ku, kamu mengenal Bapa-Ku juga. Mulai sekarang kamu mengenal-Nya, malah sudahpun melihat-Nya.’
26811  JHN 16:16  Isa berkata, ‘Tidak lama lagi, kamu tidak akan melihat-Ku dan tidak lama kemudian, kamu akan melihat-Ku.’
26885  JHN 18:31  Kemudian Pilatus berkata kepada mereka, ‘Ambillah Dia, adili mengikut undang-undangmu.’ Orang Yahudi menjawab, ‘Kami tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menjatuhkan hukum mati ke atas seseorang.’
26891  JHN 18:37  Dengan demikian Pilatus pun berkata kepada-Nya, ‘Jadi, adakah kamu seorang raja?’ Isa menjawab, ‘Betul katamu. Aku seorang raja. Aku dilahirkan ke dunia untuk memberi kesaksian tentang kebenaran. Setiap orang yang memihak kepada kebenaran mendengar suara-Ku.’
26951  JHN 20:15  Isa berkata kepada Maryam, ‘Puan, mengapa menangis? Siapakah yang kamu cari?’ Pada sangkaan Maryam, Dia tukang kebun di taman itu. Dengan demikian Maryam berkata, ‘Tuan, jika kamu telah mengalihkan jenazah Isa, beritahulah aku di mana kamu letakkan-Nya, supaya dapat kuambil jenazah-Nya.’
26970  JHN 21:3  Simon Petrus berkata kepada mereka, ‘Aku hendak pergi menangkap ikan.’ Mereka berkata kepadanya, ‘Kami hendak pergi bersama-sama.’ Mereka pun pergi menaiki perahu. Tetapi semalaman tiada seekor ikan pun dapat ditangkap oleh mereka.
26982  JHN 21:15  Selepas sarapan bersama-sama, Isa bertanya kepada Simon Petrus, ‘Simon anak Yahya, adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku lebih daripada mereka ini?’ Petrus menjawab, ‘Ya Junjungan, Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu.’ Isa berkata kepadanya, ‘Berilah anak-anak domba-Ku makan.’
26983  JHN 21:16  Bagi kali kedua Isa bertanya, ‘Simon anak Yahya, adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku?’ Petrus menjawab, ‘Ya Junjungan, Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu.’ Isa berkata kepadanya, ‘Peliharalah domba-domba-Ku.’
27014  ACT 1:22  dari masa Isa diimadkan oleh Yahya sampailah ke hari Dia diangkat naik dari kalangan kita, seorang daripada mereka haruslah menjadi saksi di samping kita tentang kebangkitan-Nya.’
27054  ACT 2:36  ‘Oleh itu, hendaklah seluruh orang Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Isa, yang kamu salib itu, Junjungan dan al-Masih.’
27160  ACT 5:32  Kami menjadi saksi dalam semua hal ini, begitu juga Roh Suci yang dikurniai Allah kepada semua yang taat akan perintah-Nya.’
27299  ACT 9:14  Sekarang dia datang ke Damsyik membawa kuasa daripada ketua-ketua imam untuk menangkap semua orang yang menyebut nama-Mu.’
27301  ACT 9:16  Aku akan menunjukkan kepadanya segala kesengsaraan yang akan ditanggungnya kerana-Ku.’
27371  ACT 10:43  Semua nabi bersaksi tentang-Nya bahawa setiap orang yang percaya kepada Isa akan diampunkan dosanya dengan nama-Nya.’
27595  ACT 17:3  Dia menyatakan dan menunjukkan bahawa al-Masih mengalami kematian dan kemudian bangkit daripada kematian; juga katanya, ‘Isa yang kusebutkan kepadamu inilah al-Masih.’
27636  ACT 18:10  kerana Aku menyertaimu. Tiada seorang pun akan dapat mencederakanmu, kerana ramai orang di kota ini umat-Ku.’
28374  ROM 15:3  Al-Masih tidak menyukakan hati-Nya sendiri; sebaliknya telah tersurat: ‘Segala celaan daripada mereka yang mencela-Mu telah menimpa-Ku.’