23264 | MAT 3:3 | Yahyalah yang dimaksudkan dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘Suara seorang berseru di gurun: “Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskan jalan untuk-Nya.” ’ |
23538 | MAT 11:10 | Tentang orang itulah telah tersurat dalam ayat Kitab Suci: “Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu.” |
23911 | MAT 21:16 | Mereka berkata kepada Isa, ‘Kamu dengarkah apa yang mereka katakan?’ Isa menjawab, ‘Ya, belum pernahkah kamu baca, “Dari mulut kanak-kanak dan bayi yang sedang menyusu, Engkau telah menyediakan puji-pujian.” ’ |
24113 | MAT 25:36 | Aku tidak berpakaian dan kamu memberi-Ku pakaian; Aku sakit dan kamu melawat-Ku; Aku di dalam penjara dan kamu datang kepada-Ku.” |
24117 | MAT 25:40 | ‘Raja akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.” |
24120 | MAT 25:43 | Aku orang asing dan kamu tidak menerima-Ku masuk ke rumahmu; Aku tidak berpakaian dan kamu tidak memberi-Ku pakaian; Aku sakit, Aku di dalam penjara, dan kamu tidak melawat-Ku.” |
24122 | MAT 25:45 | ‘Dia akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu tidak melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamu tidak melakukannya kepada-Ku.” |
24141 | MAT 26:18 | Isa menyuruh mereka ke bandar, mencari seorang tertentu dan mengatakan kepadanya, ‘Guru berkata, “Masa-Ku sudah hampir; Aku akan menyambut perayaan Paska di rumahmu bersama para pengikut-Ku.” ’ |
24287 | MRK 1:3 | ‘satu suara berseru di gurun, “Sediakanlah jalan bagi Tuhan, luruskanlah jalan bagi-Nya.” ’ |
25291 | LUK 7:27 | Dialah yang dikatakan dalam Kitab Suci: ‘ “Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu.” |
25481 | LUK 11:7 | ‘Sahabat itu menjawab dari dalam rumahnya, “Janganlah ganggu aku kerana pintu sudah dikunci dan kami semua telah pun masuk tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa.” ’ |
25619 | LUK 13:32 | Isa menjawab, ‘Pergilah beritahu si musang, “Pada hari ini dan esok Aku mengusir roh-roh iblis serta menyembuhkan orang tetapi pada hari ketiga Aku akan menyelesaikan tugas-Ku.” |
26217 | JHN 3:28 | Kamu semua menjadi saksiku bahawa aku telah berkata, “Aku bukanlah al-Masih, tetapi aku diutus sebelum-Nya.” |
26717 | JHN 13:18 | ‘Apa yang Kukatakan itu bukanlah tentang kesemua kamu. Aku mengenal setiap orang yang telah Kupilih. Tetapi apa yang tersurat di dalam Kitab Suci pasti terjadi, “Orang yang makan bersama-Ku akan berpaling menentang-Ku.” |
26814 | JHN 16:19 | Isa tahu bahawa mereka ingin bertanya kepada-Nya. Lalu kata-Nya kepada mereka, ‘Tadi Aku berkata, “Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat-Ku, dan tidak lama kemudian kamu akan melihat-Ku.” Adakah kamu mempersoalkan kata-Ku itu? |
27046 | ACT 2:28 | Kau telah memberitahuku jalan hidup, dan Engkau akan memenuhiku dengan kebahagiaan di hadirat-Mu.” |
27117 | ACT 4:26 | Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian, dan para pemimpin bermuafakat untuk melawan Tuhan dan melawan Dia yang diurapi-Nya.” |
27464 | ACT 13:33 | Allah telah melaksanakan untuk kita apa yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kita, dengan membangkitkan Isa daripada kematian, sebagaimana yang tersurat di dalam Zabur bab dua: ‘ “Engkaulah Putera-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.” |
27528 | ACT 15:17 | supaya semua bangsa yang lain akan mencari Tuhan, bangsa asing yang Kupanggil menjadi umat-Ku.” |
27620 | ACT 17:28 | “Kerana-Nya kita bergerak serta ada di dunia ini.” Sebagaimana kata penyair bangsamu, “Kita adalah anak-Nya.” |
27788 | ACT 22:16 | Sekarang mengapa kamu berlengah-lengah lagi? Bangunlah untuk diimadkan dan minta dihapuskan segala dosamu sambil menyeru nama-Nya.” |
27790 | ACT 22:18 | lalu melihat Dia dan mendengar kata-kata-Nya kepadaku, “Segeralah keluar dari Baitulmaqdis, kerana mereka tidak akan menerima kesaksian daripadamu tentang-Ku.” |
30072 | HEB 3:10 | Oleh itu Aku murka dengan keturunan itu, dan Aku berkata, “Hati mereka sentiasa sesat, dan mereka tidak mengenal jalan-Ku.” |
30073 | HEB 3:11 | Maka Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku, “Mereka tidak akan masuk ke dalam rehat-Ku.” ’ |
30152 | HEB 7:21 | Imam-imam lain telah diangkat tanpa sumpah, tetapi Isa al-Masih telah menjadi imam dengan sumpah daripada Allah yang berfirman kepada-Nya: ‘Tuhan telah bersumpah dan tidak akan mengubah ketetapan: “Engkau menjadi imam selama-lamanya.” ’ |
30831 | REV 3:17 | Kamu berkata, “Aku kaya dan cukup segala-galanya, tiada kekurangan apa-apa.” Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sebenarnya dalam keadaan yang serba kekurangan dan amat menyedihkan. Kamu miskin, telanjang dan buta. |