24536 | MRK 7:4 | Apabila pulang dari pasar, mereka juga tidak akan makan sebelum membersihkan diri. Banyak lagi peraturan yang diamalkan oleh mereka, seperti hal membasuh cawan, kendi, dan bekas tembaga.) |
24551 | MRK 7:19 | Kerana sesuatu itu tidak masuk ke hatinya tetapi ke dalam perutnya, kemudian keluar semula.’ (Dengan demikian Dia menyatakan semua makanan halal.) |
24613 | MRK 9:6 | (Sebenarnya Petrus tidak tahu apa yang hendak dikatakannya, kerana ketiga-tiganya ketakutan.) |
24741 | MRK 11:32 | Tetapi, kalau kita berkata, “Daripada manusia”...’ (Mereka takut akan orang ramai itu yang semuanya menganggap Yahya seorang nabi.) |
26023 | LUK 23:19 | (Barabas telah dipenjarakan kerana terlibat dalam satu rusuhan yang berlaku di kota dan kerana pembunuhan.) |
26155 | JHN 1:42 | Selepas itu, Andreas membawa Simon berjumpa dengan Isa. Isa memandang Simon lalu berkata, ‘Kamu Simon anak Yahya, tetapi kamu akan digelar Kefas.’ (Kefas sama ertinya dengan Petrus, yakni batu pejal.) |
26234 | JHN 4:9 | Perempuan Samaria itu menjawab, ‘Bagaimana Tuan seorang Yahudi meminta minum daripadaku, seorang perempuan Samaria?’ (Orang Yahudi tidak berurusan dengan orang Samaria.) |
26336 | JHN 6:10 | Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Ajaklah mereka duduk.’ (Di situ ada banyak rumput.) Mereka itu pun duduk, kira-kira lima ribu orang lelaki semuanya. |
26419 | JHN 7:22 | Musa telah memberimu peraturan bersunat. Oleh itu, pada hari Sabat pun kamu hendak menyunatkan anak lelakimu. (Sebenarnya peraturan bersunat itu bukanlah bermula daripada Musa, tetapi daripada nenek moyangmu sebelumnya.) |
26436 | JHN 7:39 | (Yang dimaksudkan oleh Isa ialah Roh Suci yang akan diterima kelak oleh orang yang percaya kepada-Nya. Pada masa itu Roh Suci belum dikurniakan, kerana Isa belum dimuliakan.) |
27011 | ACT 1:19 | Seluruh penduduk Baitulmaqdis mendapat tahu hal itu lalu menamakan tanah itu Hakal Dama dalam bahasa mereka, iaitu Tanah Darah.) |
28064 | ROM 3:5 | Tetapi jika kemungkaran kita menunjukkan kebenaran Allah, apa yang harus kita katakan? Adakah Allah tidak adil menimpakan kemurkaan-Nya? (Aku bercakap sebagai seorang manusia.) |
28447 | 1CO 1:16 | (Sebenarnya, aku juga mengimadkan Stefanus sekeluarga. Selain itu, aku tidak ingat siapakah lagi yang kuimadkan.) |
29619 | COL 4:10 | Aristarkhus, temanku dalam penjara, berkirim salam kepadamu. Demikian juga Markus, saudara sepupu kepada Barnabas. (Kamu telah mendapat arahan tentangnya; kamu harus menyambut jika dia datang mengunjungimu.) |
31094 | REV 19:8 | Isterinya diberi kain khasah yang halus, suci berseri-seri untuk dipakai.’ (Kain khasah yang halus melambangkan segala perbuatan benar yang dilakukan oleh orang salih.) |