23457 | MAT 9:9 | Isa meninggalkan tempat itu. Dalam perjalanan Dia melihat seorang pemungut cukai bernama Matius sedang duduk di tempat memungut cukai. Isa berkata, ‘Ikutlah Aku’. Lalu Matius berdiri dan mengikut-Nya. |
26924 | JHN 19:30 | Setelah Isa menerima air anggur masam itu, Dia berkata, ‘Sudah selesai’. Dia menundukkan kepala lalu menyerahkan nyawa-Nya. |
26930 | JHN 19:36 | Semua ini dilakukan supaya berlakulah yang tersurat di dalam Kitab Suci, ‘Tidak satu pun tulang-Nya akan dipatahkan’. |
28036 | ROM 2:6 | Allah akan ‘membalas kepada setiap orang setimpal dengan perbuatannya’. |
28166 | ROM 7:7 | Jadi, apakah yang akan kita katakan? Adakah hukum itu dosa? Sama sekali tidak! Memang aku tidak mungkin tahu apa itu dosa kecuali melalui hukum. Kerana aku tidak mungkin tahu apa sebenarnya keinginan jahat jika hukum tidak mengatakan, ‘Jangan ingini milik orang’. |
28343 | ROM 13:9 | kerana perintah-perintah, ‘Jangan berzina’, ‘Jangan membunuh’, ‘Jangan mencuri’, ‘Jangan bersaksi bohong’, ‘Jangan ingini milik orang lain’ dan perintah-perintah yang lain adalah terangkum dalam perintah ini, ‘Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri’. |
28507 | 1CO 4:6 | Saudara-saudaraku! Untuk kebaikanmu, segala ini telah kukerjakan dalam diriku dan Apolos supaya dengan mengikut teladan kami, kamu dapat mengerti kata-kata hikmat ini: ‘Janganlah melampaui apa yang telah tersurat’. Dengan demikian, kamu tidak memegahkan seseorang daripada yang lain. |
28933 | 2CO 4:6 | Allah telah berfirman, ‘Hendaklah cahaya bersinar dari dalam gelap’. Allah juga yang telah membuat cahaya itu bersinar dalam hati kita, sehingga kita dapat mengenal kemuliaan Allah di wajah Isa al-Masih. |
30133 | HEB 7:2 | Kepadanya juga Ibrahim menyerahkan sepersepuluh daripada segala yang dibawanya. Melkisedek mula-mula diterjemahkan sebagai ‘raja kebenaran’; kemudian dia dipanggil juga sebagai ‘raja Salem’, bermakna ‘raja kesejahteraan’. |
31102 | REV 19:16 | Pada jubah dan paha-Nya tertulis nama: ‘RAJA SEGALA RAJA, JUNJUNGAN SEGALA JUNJUNGAN’. |