23384 | MAT 6:33 | Utamakanlah kerajaan Allah dan laksanakan kebenaran-Nya; Allah akan memberikan semua itu kepadamu. |
23734 | MAT 15:32 | Isa memanggil para pengikut-Nya lalu berkata, ‘Aku kasihan kepada orang ramai ini. Sudah tiga hari mereka bersama-Ku; sekarang mereka kehabisan makanan. Aku tidak mahu menyuruh mereka pulang dengan perut kosong, kalau-kalau pengsan nanti di tengah jalan.’ |
24113 | MAT 25:36 | Aku tidak berpakaian dan kamu memberi-Ku pakaian; Aku sakit dan kamu melawat-Ku; Aku di dalam penjara dan kamu datang kepada-Ku.” |
24162 | MAT 26:39 | Isa pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, ‘Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, biarlah kehendak-Mu berlaku, bukan kehendak-Ku.’ |
24241 | MAT 27:43 | Dia percayakan Allah. Biar Allah menyelamatkan-Nya sekarang, kalau Allah mahu mengakui-Nya; kerana Dia berkata, “Aku Putera Allah.”’ |
24539 | MRK 7:7 | Sia-sialah mereka menyembah-Ku; sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah peraturan manusia.” |
24995 | LUK 1:33 | Dia akan merajai keturunan Yakub selama-lamanya; dan kerajaannya berkekalan.’ |
25013 | LUK 1:51 | Dia telah menunjukkan kekuatan tangan-Nya; Dia telah mencerai-beraikan mereka yang berhati bongkak. |
25030 | LUK 1:68 | ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan bangsa Israel! Kerana Dia telah datang dan menebus umat-Nya; |
25476 | LUK 11:2 | Isa berkata kepada mereka, ‘Apabila kamu berdoa, katakanlah: ‘ “Ya Bapa, sucilah Namu-Mu; Datanglah kerajaan-Mu; |
25730 | LUK 17:10 | Begitu juga dengan kamu. Apabila kamu telah berbuat segala yang diperintahkan kepadamu, kamu hendaklah berkata, “Kami ini hamba yang tidak layak menerima apa-apa; kami cuma menjalankan kewajipan kami.” ’ |
26039 | LUK 23:35 | Orang ramai yang berdiri di situ memandang sahaja sementara para pemimpin masyarakat mengejek-ngejek-Nya, ‘Orang lain diselamatkan-Nya; biarlah Dia menyelamatkan diri-Nya sekarang jikalau Dia sesungguhnya al-Masih yang dipilih oleh Allah.’ |
26702 | JHN 13:3 | Isa tahu bahawa Bapa telah menyerahkan segala perkara kepada-Nya; bahawa Dia datang daripada Allah dan akan pulang kepada-Nya. |
26778 | JHN 15:10 | Jika kamu menurut perintah-Ku, kamu akan tetap dalam kasih-Ku; sebagaimana Aku menurut perintah Bapa dan tetap dalam kasih-Nya. |
26804 | JHN 16:9 | tentang dosa kerana mereka tidak percaya kepada-Ku; |
26845 | JHN 17:17 | Sucikanlah mereka dengan kebenaran-Mu; firman-Mu adalah kebenaran. |
26996 | ACT 1:4 | Pada suatu hari ketika Isa bersama mereka, Dia berpesan supaya mereka jangan meninggalkan Baitulmaqdis. Kata-Nya, ‘Haruslah kamu menantikan apa yang dijanjikan Bapa, dan yang telah kamu dengar daripada-Ku; |
27453 | ACT 13:22 | Setelah Allah memecatnya daripada takhtanya, Allah memberi mereka Daud pula sebagai raja. Allah berfirman tentang Daud, “Aku mendapati Daud, anak Isai, seorang yang menyenangkan hati-Ku; dia akan melakukan segala yang Kuingini.” |
27464 | ACT 13:33 | Allah telah melaksanakan untuk kita apa yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kita, dengan membangkitkan Isa daripada kematian, sebagaimana yang tersurat di dalam Zabur bab dua: ‘ “Engkaulah Putera-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.” |
27624 | ACT 17:32 | Apabila mendengar ‘membangkitkan-Nya daripada kematian’, ada yang mengejek-ejek; tetapi ada yang berkata, ‘Kami mahu mendengar lagi kamu bercakap tentang perkara itu.’ |
27626 | ACT 17:34 | Namun, ada beberapa orang yang menjadi pengikut Paulus dan percaya akan kata-katanya; di antaranya ialah Dionisius anggota Areopagus, dan seorang wanita bernama Damaris, serta beberapa orang lagi. |
28146 | ROM 6:10 | Dengan kematian-Nya, Dia telah mati kepada dosa sekali untuk selama-lamanya; tetapi dengan kehidupan-Nya, Dia hidup kepada Allah. |
28214 | ROM 8:30 | Dan orang yang ditentukan Allah dari mulanya dahulu dipanggil-Nya; orang yang dipanggil-Nya itu diperbenar-Nya; orang yang diperbenar-Nya itu dipermuliakan-Nya pula. |
28227 | ROM 9:4 | Mereka itu orang Israel. Untuk mereka pengangkatan sebagai anak Allah; untuk mereka kemuliaan ilahi; perjanjian-perjanjian; penerimaan hukum, ibadat di rumah ibadat, dan janji-janji. |
28248 | ROM 9:25 | Sebagaimana telah disampaikan-Nya melalui Hosea: ‘Aku akan memanggil mereka “umat-Ku” sedangkan mereka bukan umat-Ku; dan Aku akan memanggil dia “orang yang Kukasihi” sedangkan dia bukan orang yang Kukasihi.’ |
28276 | ROM 10:20 | Kemudian Yasyaya lantang berkata, ‘Aku telah ditemui oleh mereka yang tidak mencari-Ku; Aku menyatakan diri-Ku kepada orang yang tidak memohon kehadiran-Ku. |
28280 | ROM 11:3 | ‘Ya Tuhan, mereka telah membunuh nabi-nabi-Mu dan meruntuhkan tempat penyembahan-Mu; dan hanya aku yang tinggal, dan mereka sedang berusaha untuk membunuhku’? |
28299 | ROM 11:22 | Oleh itu, fikirkanlah belas ihsan dan juga kekerasan-Nya; kekerasan kepada mereka yang terjerumus; belas ihsan kepada kamu, asalkan kamu berterusan dalam belas ihsan-Nya. Jika tidak, kamu juga akan dibuangkan. |
28321 | ROM 12:8 | Orang yang dianugerahi kurnia untuk menasihati, hendaklah dia menggunakannya dalam memberikan nasihat; kalau untuk memberi, lakukanlah dengan murah hati; kiranya untuk memimpin, berilah pimpinan dengan bersungguh-sungguh; dan jika untuk menunjukkan belas kasihan, lakukanlah dengan sukacita. |
28324 | ROM 12:11 | jangan biarkan kerajinanmu berkurangan; hendaklah semangatmu tetap berkobar-kobar; sentiasa abdikan diri kepada Tuhan. |
28359 | ROM 14:11 | Kerana telah tersurat: ‘ “Demi hidup-Ku,” Tuhan berfirman, “Setiap orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku; dan setiap lidah akan mengaku kepada Allah.” ’ |
28550 | 1CO 6:15 | Kamu tahu bahawa tubuh kamu itu sebahagian tubuh al-Masih; maka wajarkah kamu menjadikannya sebahagian tubuh seorang pelacur? Tidak sekali-kali! |
28730 | 1CO 12:28 | Allah telah menentukan tempat masing-masing anggota jemaah: Pertama sebagai rasul-rasul, kedua nabi-nabi, ketiga guru-guru; seterusnya mereka yang diamanahkan untuk melakukan pelbagai mukjizat, mereka yang diberi kurnia untuk menyembuhkan, untuk memberikan pertolongan, untuk memimpin dan untuk bertutur dalam aneka lidah. |
28827 | 1CO 15:41 | Kemuliaan matahari berbeza dengan kemuliaan bulan, dan berlainan pula dengan kemuliaan bintang-bintang; manakala kemuliaan bintang-bintang berbeza antara satu sama lain. |
28906 | 2CO 2:14 | Tetapi syukur kepada Allah yang sentiasa memimpin kami ke arah kemenangan dalam al-Masih, dan melalui kami menyebarkan keharuman pengenalan-Nya merata-rata; |
29100 | 2CO 12:10 | Oleh itu, aku rela menanggung pelbagai kelemahan, celaan, kesempitan, penganiayaan dan kesusahan untuk al-Masih; kerana apabila aku lemah, ketika itulah aku kuat. |
29408 | EPH 6:4 | Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan. |
29905 | 2TI 2:11 | Kata-kata ini benar: Jika kita mati bersama-Nya, kita juga akan hidup bersama-Nya; |
30032 | HEB 1:2 | Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Putera-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Putera-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta. |
30038 | HEB 1:8 | Tetapi tentang Putera itu Dia berfirman: ‘Takhta-Mu, Ya Allah, kekal selama-lamanya; Tongkat kebenaran adalah tongkat kerajaan-Mu. |
30040 | HEB 1:10 | Dan: ‘Pada mulanya, Engkau, Tuhanku, yang meletakkan asas bumi, dan seluruh langit adalah hasil kerja tangan-Mu; |
30056 | HEB 2:12 | Dia berkata: ‘Aku akan mengisytiharkan nama-Mu kepada saudara-saudaraku; Di tengah-tengah perhimpunan Aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.’ |
31002 | REV 14:7 | Katanya dengan suara lantang, ‘Takutilah Allah dan muliakan Dia, kerana sudahlah sampai saat penghakiman-Nya; dan sembahlah Dia yang menjadikan langit dan bumi, laut dan mata air.’ |