28443 | 1CO 1:12 | Inilah yang kumaksudkan: Ada orang yang berkata, ‘Aku mengikut Paulus’; ada yang berkata, ‘Aku mengikut Apolos’; ada yang berkata, ‘Aku mengikut Petrus’; dan ada pula yang berkata, ‘Aku mengikut al-Masih.’ |
28705 | 1CO 12:3 | Oleh itu aku menyatakan kepadamu, tiada siapapun yang bersuara di bawah pimpinan Roh Allah akan berkata: ‘Isa terkutuk’; dan tiada siapapun dapat mengakui, ‘Isa adalah Junjungan Yang Esa,’ kecuali di bawah bimbingan Roh Suci. |
30133 | HEB 7:2 | Kepadanya juga Ibrahim menyerahkan sepersepuluh daripada segala yang dibawanya. Melkisedek mula-mula diterjemahkan sebagai ‘raja kebenaran’; kemudian dia dipanggil juga sebagai ‘raja Salem’, bermakna ‘raja kesejahteraan’. |
30244 | HEB 11:5 | Melalui iman Henokh (juga disebut Idris) dipindahkan supaya dia tidak mengalami kematian, ‘dan tidak dapat dijumpai kerana Allah telah memindahkannya’; kerana sebelum dia dipindahkan, dia telah menerima kesaksian, bahawa dia mendapat keredaan Allah. |