23242 | MAT 2:4 | Raja Herodes memanggil semua ketua imam dan guru Taurat berhimpun lalu bertanya, ‘Raja yang dijanjikan oleh Allah itu, di manakah tempat lahirnya?’ |
23441 | MAT 8:27 | Para pengikut Isa tercengang lalu berkata, ‘Angin dan ombak pun mengikut perintah-Nya. Siapakah sebenarnya Dia ini?’ |
23443 | MAT 8:29 | Apabila mereka melihat Isa, mereka berseru, ‘Apakah yang akan Kaulakukan kepada kami, hai Putera Allah? Adakah Engkau hendak menghukum kami sebelum sampai masanya?’ |
23459 | MAT 9:11 | Beberapa orang Farisi yang melihat perkara itu bertanya kepada para pengikut Isa, ‘Mengapa gurumu makan bersama pemungut cukai dan orang yang berdosa?’ |
23462 | MAT 9:14 | Selepas itu para pengikut Yahya Pengimad mendapatkan Isa lalu bertanya, ‘Mengapakah kami dan orang Farisi sering berpuasa tetapi para pengikut-Mu tidak berpuasa?’ |
23476 | MAT 9:28 | Ketika Isa masuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu mendekati-Nya. Isa bertanya, ‘Percayakah kamu bahawa Aku dapat menyembuhkanmu?’ ‘Percaya, Junjungan!’ jawab mereka. |
23531 | MAT 11:3 | Mereka bertanya, ‘Adakah Tuan ini orang yang dijanjikan Allah akan datang, atau perlukah kami menunggu orang lain?’ |
23568 | MAT 12:10 | Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya. Beberapa orang di sana cuba mencari salah Isa supaya dapat mendakwa-Nya. Mereka bertanya kepada-Nya, ‘Tidakkah menyembuhkan orang pada hari Sabat melanggar hukum?’ |
23581 | MAT 12:23 | Orang ramai di situ ketakjuban lalu bertanya sama sendiri, ‘Mungkinkah dia ini Anak Daud?’ |
23618 | MAT 13:10 | Para pengikut Isa datang bertanya kepada-Nya, ‘Mengapa Junjungan bercakap kepada mereka melalui ibarat?’ |
23659 | MAT 13:51 | ‘Fahamkah kamu hal-hal ini?’ Isa bertanya kepada para pengikut-Nya. ‘Kami faham,’ jawab mereka. |
23664 | MAT 13:56 | Bukankah saudara-saudara perempuannya ada bersama kita? Dari manakah dia mendapat semua ini?’ |
23697 | MAT 14:31 | Isa segera menghulurkan tangan memegangnya lalu berkata, ‘Engkau yang kurang percaya, mengapa engkau ragu?’ |
23735 | MAT 15:33 | Para pengikut-Nya berkata, ‘Di manakah dapat kami cari makanan yang cukup untuk orang seramai itu sedangkan kawasan ini terpencil?’ |
23736 | MAT 15:34 | Isa bertanya, ‘Berapa banyak roti yang ada padamu?’ ‘Tujuh buku,’ sahut mereka, ‘dan beberapa ekor ikan kecil.’ |
23754 | MAT 16:13 | Isa pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Menurut kata orang, siapakah Putera Insan ini?’ |
23756 | MAT 16:15 | Isa bertanya, ‘Menurut kamu, siapakah Aku ini?’ |
23779 | MAT 17:10 | Para pengikut Isa bertanya kepada-Nya, ‘Mengapakah guru Taurat berkata Ilyas mesti datang dulu?’ |
23788 | MAT 17:19 | Para pengikut Isa mendapatkan-Nya dan bertanya ketika tiada orang lain di situ, ‘Mengapakah kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?’ |
23793 | MAT 17:24 | Apabila Isa dan para pengikut-Nya sampai di Kapernaum, pemungut-pemungut cukai rumah ibadat datang kepada Petrus lalu bertanya, ‘Adakah gurumu membayar cukai rumah ibadat?’ |
23794 | MAT 17:25 | Petrus menjawab, ‘Tentu sekali.’ Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat berkata apa-apa, Isa bertanya, ‘Simon, bagaimana pandanganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memungut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?’ |
23797 | MAT 18:1 | Pada ketika itu para pengikut Isa datang bertanya kepada-Nya, ‘Siapakah yang dianggap terbesar antara orang di dalam kerajaan syurga nanti?’ |
23817 | MAT 18:21 | Petrus datang mendapatkan Isa lalu bertanya, ‘Junjungan, jika saudaraku berdosa terhadapku, berapa kalikah harus kuampuni dia? Sehingga tujuh kali?’ |
23834 | MAT 19:3 | Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Isa. Mereka bertanya, ‘Adakah Taurat kita membenarkan seorang lelaki menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?’ |
23838 | MAT 19:7 | Kata orang Farisi itu, ‘Kalau begitu, mengapakah Musa memberikan hukum membenarkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?’ |
23847 | MAT 19:16 | Pada suatu hari seorang pemuda datang berjumpa Isa lalu bertanya, ‘Tuan Guru, apakah perbuatan baik yang harus aku lakukan untuk mendapat kehidupan kekal?’ |
23849 | MAT 19:18 | Pemuda itu bertanya, ‘Hukum yang mana?’ Isa menjawab, ‘ “Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu; |
23851 | MAT 19:20 | ‘Semua hukum ini telah kupatuhi,’ kata pemuda itu. ‘Adakah lagi yang harus kulakukan?’ |
23856 | MAT 19:25 | Para pengikut Isa hairan mendengar kata-kata itu lalu bertanya, ‘Kalau begitu, siapakah yang dapat diselamatkan?’ |
23858 | MAT 19:27 | Petrus berkata, ‘Kami telah meninggalkan segala-galanya dan mengikut-Mu. Apakah yang akan kami terima?’ |
23882 | MAT 20:21 | ‘Apakah permintaanmu?’ tanya Isa. Ibu itu menjawab, ‘Junjungan berjanjilah bahawa apabila Engkau menjadi raja, kedua-dua orang anakku itu akan duduk di kiri kanan-Mu.’ |
23883 | MAT 20:22 | Isa berkata kepada kedua-dua orang anak lelaki ibu itu, ‘Kamu tidak tahu apa yang kamu minta itu. Sanggupkah kamu minum dari cawan penderitaan yang akan Kuminum?’ ‘Sanggup,’ jawab mereka. |
23893 | MAT 20:32 | Isa berhenti lalu memanggil mereka dan bertanya, ‘Apakah yang kamu mahu Kulakukan untukmu?’ |
23905 | MAT 21:10 | Apabila Dia masuk ke Baitulmaqdis, seisi kota itu kagum lalu bertanya, ‘Siapakah ini?’ |
23911 | MAT 21:16 | Mereka berkata kepada Isa, ‘Kamu dengarkah apa yang mereka katakan?’ Isa menjawab, ‘Ya, belum pernahkah kamu baca, “Dari mulut kanak-kanak dan bayi yang sedang menyusu, Engkau telah menyediakan puji-pujian.” ’ |
23918 | MAT 21:23 | Apabila Isa masuk ke rumah ibadat, ketua imam dan tua-tua datang kepada-Nya ketika Dia sedang mengajar, ‘Dengan kuasa apakah kamu melakukan semua ini? Dan siapakah yang memberimu kuasa itu?’ |
23920 | MAT 21:25 | Pengimadan Yahya dari manakah asalnya? Daripada Allah atau daripada manusia?’ Mereka pun berbincang sama sendiri, ‘Kalau kita kata, “Daripada Allah,” dia akan berkata, “Kalau begitu, mengapa kamu tidak mempercayainya?” |
23926 | MAT 21:31 | ‘Antara dua itu, yang mana melakukan kehendak bapanya?’ Mereka menjawab, ‘Yang sulung.’ Isa berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, aku berkata kepadamu, pemungut cukai dan pelacur akan memasuki kerajaan Allah terlebih dahulu daripadamu. |
23935 | MAT 21:40 | Selepas itu Isa bertanya, ‘Apabila tuan punya ladang itu pulang, apakah yang akan dilakukannya kepada penyewa-penyewa itu?’ |
23958 | MAT 22:17 | Jadi, katakanlah pendapat-Mu kepada kami. Haruskah kita membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?’ |
23961 | MAT 22:20 | Isa bertanya kepada mereka, ‘Gambar dan nama siapakah ini?’ |
23977 | MAT 22:36 | ‘Tuan Guru, perintah manakah yang terutama dalam Taurat?’ |
23983 | MAT 22:42 | ‘Apa pendapatmu tentang al-Masih? Anak siapakah Dia?’ ‘Anak Daud,’ jawab mereka. |
23986 | MAT 22:45 | ‘Jika Daud menyebut Dia yang diutus oleh Allah itu “Junjungan,” bagaimana mungkin Dia itu anak Daud?’ |
24029 | MAT 24:3 | Ketika Isa duduk di atas Bukit Zaitun, para pengikut-Nya datang mendapatkan-Nya. Pada masa itu tiada orang lain di situ. Mereka bertanya, ‘Junjungan, beritahulah kami bila semuanya akan terjadi? Apakah tanda-tanda kedatangan-Mu dan akhir zaman?’ |
24138 | MAT 26:15 | Dia berkata kepada mereka, ‘Apakah yang sanggup kamu berikan kepadaku kalau kuserahkan Dia kepadamu?’ Mereka memberinya tiga puluh keping wang perak. |
24145 | MAT 26:22 | Mereka sungguh berdukacita, dan setiap orang daripada mereka berkata kepada-Nya, ‘Junjungan, tentunya aku bukan orang itu?’ |
24148 | MAT 26:25 | Ketika itu Yudas yang akan mengkhianati-Nya bertanya, ‘Tuan Guru, akukah orangnya?’ Isa berkata kepadanya, ‘Kamu telah mengatakannya.’ |
24173 | MAT 26:50 | Isa berkata kepadanya, ‘Kawan, mengapakah kamu datang?’ Orang ramai itu pun menangkap Isa. |
24177 | MAT 26:54 | Bukankah kejadian ini mesti berlaku supaya yang tersurat di dalam Kitab Suci ternyata benar?’ |
24186 | MAT 26:63 | Tetapi Isa berdiam diri. Imam Besar berkata kepada-Nya, ‘Demi Allah yang hidup, katakan kepada kami, adakah kamu ini al-Masih, Putera Allah?’ |
24189 | MAT 26:66 | Bagaimana pendapatmu?’ Mereka menjawab, ‘Dia patut dibunuh.’ |
24209 | MAT 27:11 | Gabenor bertanya kepada Isa yang berdiri di hadapannya, ‘Adakah Kamu Raja orang Yahudi?’ Isa berkata, ‘Begitulah seperti katamu.’ |
24211 | MAT 27:13 | Kemudian Pilatus berkata kepada-Nya, ‘Tidakkah kamu dengar betapa banyaknya tuduhan terhadapmu dalam kesaksian mereka?’ |
24219 | MAT 27:21 | Gabenor berkata kepada mereka, ‘Yang mana antara dua orang ini kamu mahu aku bebaskan dan serahkan ke tanganmu?’ Mereka menjawab, ‘Barabas!’ |
24244 | MAT 27:46 | Kira-kira pukul tiga petang, Isa berseru dengan suara yang lantang, ‘Eloi, Eloi, lama sabakhtani?’ maksudnya ‘Ya Allah, Ya Tuhan-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?’ |
24347 | MRK 2:18 | Pada suatu masa ketika para pengikut Yahya Pengimad dan pengikut orang Farisi berpuasa, beberapa orang datang kepada Isa lalu bertanya, ‘Pengikut Yahya Pengimad dan pengikut orang Farisi sedang berpuasa, mengapa pengikut-Mu tidak?’ |
24361 | MRK 3:4 | Kemudian Dia menyoal orang di situ, ‘Manakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau jahat? Menyelamatkan atau membinasakan orang?’ Tetapi semuanya berdiam diri. |
24422 | MRK 4:30 | ‘Bagaimanakah kerajaan Allah?’ kata Isa lagi. ‘Apakah ibarat yang dapat digunakan untuk menjelaskannya? |
24432 | MRK 4:40 | Kemudian Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Mengapa kamu begitu takut? Mengapa kamu masih tidak percaya?’ |
24442 | MRK 5:9 | Kemudian Isa bertanya kepadanya, ‘Siapa namamu?’ Orang itu menjawab, ‘Legion, kerana kami ini ramai sekali.’ |
24478 | MRK 6:2 | Pada hari Sabat Dia mula mengajar di saumaah. Jemaah di situ hairan mendengar ajaran Isa. ‘Dari manakah Dia memperoleh semua ini?’ tanya mereka. ‘Apakah kebijaksanaan yang ada pada-Nya? Bagaimanakah Dia dapat melakukan mukjizat? |
24479 | MRK 6:3 | Bukankah Dia ini tukang kayu, anak kepada Maryam, saudara kepada Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon? Bukankah saudara-saudara perempuan-Nya tinggal di sini?’ Oleh itu mereka enggan menerima-Nya. |
24500 | MRK 6:24 | Gadis itu pergi bertanya kepada ibunya, ‘Apakah yang patut kuminta?’ Jawabnya, ‘Kepala Yahya Pengimad.’ |
24513 | MRK 6:37 | Tetapi Isa menjawab, ‘Kamu berilah mereka makan.’ Para pengikut-Nya bertanya, ‘Haruskah kami pergi membeli roti berharga dua ratus dinar untuk memberi mereka makan?’ |
24573 | MRK 8:4 | Para pengikut Isa menjawab, ‘Di tempat terpencil ini, di mana hendak dicari makanan yang cukup untuk semua orang ini?’ |
24574 | MRK 8:5 | Isa bertanya kepada mereka, ‘Berapa banyakkah roti yang ada padamu?’ ‘Tujuh buku,’ jawab mereka. |
24588 | MRK 8:19 | bagaimana Aku memecah-mecahkan lima buku roti untuk lima ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?’ ‘Dua belas,’ jawab mereka. |
24589 | MRK 8:20 | ‘Dan apabila Aku memecah-mecahkan tujuh buku roti untuk empat ribu orang, berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?’ ‘Tujuh,’ jawab mereka. |
24590 | MRK 8:21 | Lalu Isa berkata kepada mereka, ‘Kamu masih belum faham lagi?’ |
24596 | MRK 8:27 | Setelah itu Isa dan para pengikut-Nya pergi ke pekan-pekan di sekitar Kaisarea Filipi. Di tengah jalan Isa bertanya kepada mereka, ‘Menurut orang, Aku ini siapa?’ |
24598 | MRK 8:29 | ‘Tetapi menurut kamu, Aku ini siapa?’ tanya Isa. Petrus menjawab, ‘Engkau ialah al-Masih.’ |
24618 | MRK 9:11 | Mereka bertanya kepada Isa, ‘Mengapa guru-guru Taurat berkata Ilyas mesti datang dulu?’ |
24623 | MRK 9:16 | Isa bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Tentang apa kamu bersoal jawab dengan mereka?’ |
24628 | MRK 9:21 | Isa bertanya kepada bapa anak itu, ‘Sejak bila dia begini?’ Bapa anak itu menjawab, ‘Sejak dia kecil lagi. |
24635 | MRK 9:28 | Selepas itu Isa masuk ke rumah. Ketika tiada lagi orang lain di situ, para pengikut-Nya bertanya kepada-Nya, ‘Mengapa kami tidak dapat menghalau roh itu?’ |
24640 | MRK 9:33 | Mereka tiba di Kapernaum. Setelah tiba di rumah, Isa bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Apa yang kamu persoalkan di jalan tadi?’ |
24659 | MRK 10:2 | Orang Farisi datang kepada-Nya untuk menduga-Nya. Mereka bertanya, ‘Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya?’ |
24660 | MRK 10:3 | Dia menjawab, ‘Apa yang diperintahkan oleh Musa kepadamu?’ |
24674 | MRK 10:17 | Ketika Dia sedang melangkah ke jalan, seorang datang berlari-lari, berlutut kepada-Nya dan bertanya, ‘Wahai Guru yang baik, apakah yang harus kulakukan untuk mewarisi hidup kekal?’ |
24683 | MRK 10:26 | Para pengikut-Nya merasa sungguh hairan, lalu berkata sama sendiri, ‘Kalau begitu, siapa yang dapat diselamatkan?’ |
24693 | MRK 10:36 | Isa bertanya kepada mereka, ‘Apa yang kamu mahu Aku buat untukmu?’ |
24695 | MRK 10:38 | Tetapi Isa berkata kepada mereka, ‘Kamu tidak tahu apa yang kamu minta. Sanggupkah kamu minum daripada cawan yang Kuminum, dan diimadkan dengan pengimadan yang Kuterima?’ |
24708 | MRK 10:51 | Isa berkata kepadanya, ‘Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?’ Orang itu menjawab, ‘Tuan Guru, aku ingin melihat.’ |
24714 | MRK 11:5 | Beberapa orang yang berdiri di situ bertanya kepada mereka, ‘Apa yang kamu buat, melepaskan anak keldai itu?’ |
24737 | MRK 11:28 | Mereka berkata kepada-Nya, ‘Dengan kekuasaan apakah Kamu melakukan perkara-perkara ini? Siapa yang memberi-Mu kekuasaan untuk melakukannya?’ |
24757 | MRK 12:15 | Patutkah kami bayar, ataupun tidak?’ Tetapi Isa tahu bahawa mereka itu munafik lalu berkata, ‘Mengapa kamu menduga-Ku? Bawakan sekeping wang perak untuk Kulihat.’ |
24758 | MRK 12:16 | Mereka pun membawakannya kepada Isa. Dia berkata kepada mereka, ‘Gambar dan nama siapakah ini?’ Mereka berkata kepada-Nya, ‘Kaisar.’ |
24770 | MRK 12:28 | Seorang guru Taurat datang mendengar mereka bersoal jawab. Dia sedar bahawa Isa telah menjawab dengan baik. Dia pun bertanya kepada-Nya, ‘Perintah manakah yang terutama?’ |
24779 | MRK 12:37 | ‘Jadi, Daud sendiri memanggil-Nya “Junjungan.” Bagaimana Dia boleh dianggap anak Daud?’ Orang ramai mendengar kata-kata Isa dengan sukacita. |
24790 | MRK 13:4 | ‘Katakanlah kepada kami, bilakah hal-hal itu akan berlaku? Apakah tanda-tandanya semua ini akan terjadi seperti yang telah dikatakan?’ |
24842 | MRK 14:19 | Mereka mula berdukacita. Seorang demi seorang berkata kepada-Nya, ‘Akukah orang itu?’ |
24884 | MRK 14:61 | Tetapi Isa berdiam diri, tidak menjawab sepatah pun. Imam Besar itu bertanya lagi kepada-Nya, ‘Adakah Kamu al-Masih, Putera Allah Maha Suci?’ |
24887 | MRK 14:64 | Kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya sendiri! Apakah pendapatmu?’ Lalu mereka semua menjatuhkan hukum ke atas-Nya, bahawa Dia patut dibunuh. |
24897 | MRK 15:2 | Pilatus bertanya kepada-Nya, ‘Adakah Kamu Raja orang Yahudi?’ Isa menjawab, ‘Begitulah seperti katamu.’ |
24904 | MRK 15:9 | Pilatus bertanya, ‘Adakah kamu mahu aku membebaskan kepadamu Raja orang Yahudi?’ |
24907 | MRK 15:12 | Pilatus berkata kepada mereka, ‘Kalau begitu, apa yang kamu mahu kulakukan kepada Dia yang kamu panggil Raja orang Yahudi?’ |
24929 | MRK 15:34 | Pada pukul tiga petang, Isa berseru dengan suara lantang, ‘Eloi, Eloi, lama sabakhtani?’ Ertinya, ‘Ya Allah, Ya Tuhan-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?’ |
24945 | MRK 16:3 | Mereka berkata-kata sesama sendiri, ‘Siapa yang akan menggulingkan batu daripada pintu makam untuk kita?’ |
24996 | LUK 1:34 | Lalu Maryam berkata kepada malaikat itu, ‘Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, sedangkan aku masih dara?’ |