23407 | MAT 7:22 | Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami, bukankah kami telah menyampaikan perkhabaran Allah dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?” |
23585 | MAT 12:27 | Kamu berkata Aku menghalau roh-roh iblis kerana diberi kuasa oleh Beelzebul. Kalau begitu, siapa yang memberikan kuasa menghalau roh-roh iblis kepada pengikut-pengikutmu? Oleh itu merekalah yang akan menjadi hakimmu. |
23606 | MAT 12:48 | Tetapi Isa menjawab, ‘Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara lelaki-Ku?’ |
23959 | MAT 22:18 | Isa mengetahui niat jahat mereka lalu berkata, ‘Hai munafik! Mengapa kamu cuba memerangkap-Ku? |
23983 | MAT 22:42 | ‘Apa pendapatmu tentang al-Masih? Anak siapakah Dia?’ ‘Anak Daud,’ jawab mereka. |
24176 | MAT 26:53 | Adakah kamu sangka Aku tidak boleh berdoa supaya Bapa-Ku menghantar lebih daripada dua belas tentera malaikat untuk menolong-Ku? |
24185 | MAT 26:62 | Imam Besar berdiri lalu berkata kepada Isa, ‘Tidakkah kamu menjawab apa-apa? Apakah yang didakwakan oleh dua orang ini terhadap-Mu?’ |
24390 | MRK 3:33 | Isa menjawab, ‘Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?’ |
24478 | MRK 6:2 | Pada hari Sabat Dia mula mengajar di saumaah. Jemaah di situ hairan mendengar ajaran Isa. ‘Dari manakah Dia memperoleh semua ini?’ tanya mereka. ‘Apakah kebijaksanaan yang ada pada-Nya? Bagaimanakah Dia dapat melakukan mukjizat? |
24757 | MRK 12:15 | Patutkah kami bayar, ataupun tidak?’ Tetapi Isa tahu bahawa mereka itu munafik lalu berkata, ‘Mengapa kamu menduga-Ku? Bawakan sekeping wang perak untuk Kulihat.’ |
24883 | MRK 14:60 | Imam Besar bangkit berdiri di tengah-tengah kesaksian itu lalu bertanya kepada Isa, ‘Tidakkah Kamu mahu menjawab apa-apa? Apakah yang disaksikan oleh mereka ini terhadap-Mu?’ |
24899 | MRK 15:4 | Pilatus bertanya lagi kepada-Nya, ‘Tidakkah Engkau mahu menjawab apa-apa? Lihat betapa banyaknya tuduhan mereka terhadap-Mu?’ |
25210 | LUK 5:34 | Isa menjawab, ‘Dapatkah tetamu-tetamu pengantin lelaki diminta berpuasa selagi pengantin lelaki itu ada bersama-sama? |
25261 | LUK 6:46 | ‘Mengapakah kamu memanggil Aku, “Ya Junjungan, ya Junjungan,” tetapi tidak mematuhi perintah-Ku? |
26026 | LUK 23:22 | Pada kali ketiga Pilatus berkata kepada mereka: ‘Apakah kesalahan-Nya? Aku tidak mendapati Dia bersalah sehingga patut dikenakan hukuman mati. Oleh sebab itu, aku akan menyebat-Nya dan kemudian membebaskan-Nya.’ |
26043 | LUK 23:39 | Seorang daripada penjahat yang disalib di situ mula menghina Isa. Dia berkata, ‘Bukankah Engkau al-Masih? Selamatkanlah Diri-Mu dan kami!’ |
26098 | LUK 24:38 | Tetapi Isa berkata kepada mereka, ‘Apakah sebabnya kamu takut? Mengapakah hatimu ragu-ragu? |
26356 | JHN 6:30 | Mereka bertanya kepada-Nya, ‘Apakah tanda ajaib yang dapat Kautunjukkan supaya kami melihatnya lalu percaya kepada-Mu? Apakah yang dapat Kaulakukan? |
26388 | JHN 6:62 | Bagaimana nanti kalau kamu melihat Putera Insan naik semula ke tempat asal-Nya? |
26423 | JHN 7:26 | Lihatlah, Dia bercakap di hadapan orang ramai, tetapi mereka diam sahaja. Adakah para pemerintah itu benar-benar tahu bahawa Dia al-Masih? |
26432 | JHN 7:35 | Orang Yahudi berkata sesama sendiri, ‘Ke manakah Dia hendak pergi sehingga kita tidak dapat menemui-Nya? Adakah Dia hendak pergi kepada orang Yahudi yang tinggal di perantauan di kalangan orang Yunani untuk mengajar orang Yunani?’ |
26445 | JHN 7:48 | Adakah mana-mana pemerintah atau orang Farisi percaya kepada-Nya? |
26496 | JHN 8:46 | ‘Siapakah antaramu yang dapat membuktikan Aku berdosa? Jika Aku berkata benar, mengapa kamu tidak mempercayai-Ku? |
26574 | JHN 10:24 | Orang Yahudi pun berkumpul di sekeliling-Nya lalu berkata, ‘Sampai bilakah Engkau membiarkan kami bertanya-tanya? Katakanlah dengan jelas: Adakah Engkau ini al-Masih?’ |
26600 | JHN 11:8 | Para pengikut-Nya menjawab, ‘Tuan Guru, bukankah orang Yahudi di situ baru saja hendak merejam-Mu? Sekarang Engkau hendak pulang ke situ?’ |
26737 | JHN 13:38 | Isa menjawab, ‘Benarkah kamu rela mati untuk-Ku? Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, sebelum ayam berkokok, kamu akan menyangkal Aku tiga kali. |
26747 | JHN 14:10 | Filipus, tidakkah kamu percaya bahawa Aku di dalam Bapa, dan Bapa di dalam-Ku? Segala yang Kukatakan kepadamu bukanlah daripada-Ku, tetapi daripada Bapa yang tinggal di dalam-Ku yang melakukan semua pekerjaan itu. |
26875 | JHN 18:21 | Mengapakah kamu menyoal-Ku? Tanyalah mereka yang pernah mendengar apa yang Kukatakan kepada mereka. Mereka tahu apa yang Kukatakan itu.’ |
27116 | ACT 4:25 | yang melalui lidah hamba-Mu Daud telah berfirman: ‘ “Mengapa bangsa-bangsa asing naik berang dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia? |
27278 | ACT 8:33 | Dia dihina dan keadilan direntap daripada-Nya, maka siapa akan mengisahkan keturunan-Nya? Nyawa-Nya direnggut dari muka bumi.’ |
27589 | ACT 16:37 | Akan tetapi Paulus berkata, ‘Mereka telah menyebat kami di hadapan orang ramai tanpa menyiasat, sungguhpun kami orang Rom. Mereka telah memasukkan kami ke dalam penjara. Sekarang mereka hendak membebaskan kami senyap-senyap? Tidak boleh begitu! Hendaklah mereka sendiri datang membawa kami keluar.’ |
28064 | ROM 3:5 | Tetapi jika kemungkaran kita menunjukkan kebenaran Allah, apa yang harus kita katakan? Adakah Allah tidak adil menimpakan kemurkaan-Nya? (Aku bercakap sebagai seorang manusia.) |
28139 | ROM 6:3 | Atau tidakkah kamu tahu bahawa semua kita yang diimadkan dalam al-Masih telah diimadkan ke dalam kematian-Nya? |
28219 | ROM 8:35 | Siapa yang akan memisahkan kita daripada kasih al-Masih? Kekacauan atau kesusahan atau penganiayaan atau kebuluran atau ketelanjangan atau bahaya atau pedang? |
28270 | ROM 10:14 | Jadi, bagaimana mereka dapat menyeru kepada-Nya sedangkan mereka tidak beriman kepada-Nya? Dan bagaimana mereka dapat beriman kepada-Nya sedangkan mereka tidak pernah mendengar tentang-Nya? Dan bagaimana mereka dapat mendengar sedangkan tiada sesiapapun yang mengajar mereka tentang-Nya? |
28311 | ROM 11:34 | ‘Kerana siapakah yang mengetahui fikiran Tuhan? Siapa yang menjadi penasihat-Nya? |
28444 | 1CO 1:13 | Adakah al-Masih berbelah-bahagi? Bukannya Paulus yang mati di kayu salib untukmu! Bukanlah sebagai pengikut Paulus kamu telah diimadkan! |
28451 | 1CO 1:20 | Jadi, di manakah orang yang bijak? Di manakah ahli Taurat? Di manakah orang berilmu zaman ini? Bukankah Allah telah menunjukkan bahawa kebijaksanaan dunia sebenarnya kebodohan semata-mata? |
28508 | 1CO 4:7 | Siapakah yang menjadikan dirimu lebih baik daripada yang lain? Apakah yang ada padamu yang tidak kamu terima? Jadi, jika kamu memang menerimanya, mengapakah kamu bermegah, seolah-olah apa yang ada padamu itu bukan kurnia-Nya? |
28538 | 1CO 6:3 | Tidakkah kamu tahu bahawa kita akan mengadili para malaikat? Apatah lagi hal ehwal hidup sehari-hari? |
28651 | 1CO 10:16 | Bukankah cawan kesyukuran yang kita berkati itu menunjukkan kita sama-sama mengambil bahagian dalam darah al-Masih? Bukankah roti yang kita pecah-pecahkan itu menunjukkan kita sama-sama mengambil bahagian dalam tubuh al-Masih? |
28654 | 1CO 10:19 | Adakah maksudku bahawa berhala, atau makanan yang dipersembahkan kepada berhala, tidak bererti apa-apa? |
28690 | 1CO 11:22 | Apa! Tidakkah kamu mempunyai rumah untuk makan minum di dalamnya? Atau adakah kamu memandang hina jemaah Allah dan hendak memperkecil orang yang tidak mempunyai apa-apa? Apakah akan kukatakan kepadamu? Akan kupujikah kamu dalam hal ini? Tentunya tidak! |
28772 | 1CO 14:26 | Jadi bagaimana, saudara-saudaraku? Apabila kamu berhimpun, hendaklah masing-masing menyampaikan mazmur, atau pengajaran, atau wahyu, atau sesuatu dalam lidah, ataupun pentafsirannya. Tetapi hendaklah semuanya bertujuan untuk membina jemaah. |
28982 | 2CO 6:16 | Adakah hubungan antara rumah Allah dengan berhala-berhala? Kita adalah rumah Allah Yang Hidup, seperti dalam firman-Nya, ‘Aku akan tinggal dalam mereka dan berjalan di antara mereka. Aku akan menjadi Allah Tuhan mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.’ |
29080 | 2CO 11:23 | Kerana mereka para pelayan al-Masih? Aku berkata sebagai orang bodoh: Aku lebih lagi! Aku lebih banyak bertungkus-lumus, lebih kerap disebat, lebih sering dipenjarakan, selalu sahaja diancam maut. |
29173 | GAL 3:4 | Adakah segala yang kamu deritai itu sia-sia sahaja – kalaulah sebenarnya sia-sia? |
30080 | HEB 3:18 | Dan kepada siapakah Allah bersumpah bahawa mereka tidak akan masuk ke dalam rehat-Nya? Tak lain tak bukan kepada mereka yang tidak taat. |
31019 | REV 15:4 | Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, Ya Tuhan, dan memuliakan nama-Mu? Kerana hanya Engkaulah Yang Maha Suci. Semua bangsa akan datang dan sujud menyembah-Mu, kerana penghakiman-Mu telah ternyata.’ |