Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   Word-Word?’    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23606  MAT 12:48  Tetapi Isa menjawab, ‘Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara lelaki-Ku?’
23915  MAT 21:20  Apabila dilihat oleh para pengikut-Nya, mereka hairan dan bertanya, ‘Bagaimana pokok ara itu boleh layu dan mati serta-merta?’
24140  MAT 26:17  Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, pengikut-pengikut Isa mendapatkan-Nya lalu berkata, ‘Di manakah Junjungan mahu kami sediakan jamuan Paska untuk-Mu?’
24163  MAT 26:40  Kemudian Dia pergi kepada pengikut-pengikut-Nya dan mendapati mereka telah tertidur; lalu Dia berkata kepada Petrus, ‘Apa? Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga bersama-Ku?’
24185  MAT 26:62  Imam Besar berdiri lalu berkata kepada Isa, ‘Tidakkah kamu menjawab apa-apa? Apakah yang didakwakan oleh dua orang ini terhadap-Mu?’
24191  MAT 26:68  Mereka berkata, ‘Bernubuatlah pada kami, hai al-Masih! Siapa yang memukul-Mu?’
24215  MAT 27:17  Setelah mereka berhimpun, Pilatus bertanya, ‘Yang mana kamu mahu aku bebaskan dan serahkan ke tanganmu, Barabas atau Isa yang dipanggil al-Masih?’
24220  MAT 27:22  Pilatus bertanya kepada mereka, ‘Jadi, apa yang harus kubuat dengan Isa yang dipanggil al-Masih?’ Kesemua mereka berkata kepadanya, ‘Salibkan Dia!’
24221  MAT 27:23  Gabenor berkata, ‘Mengapa, apakah kejahatan yang telah dilakukan-Nya?’ Tetapi mereka berseru semakin lantang, ‘Salibkan Dia!’
24463  MRK 5:30  Pada saat itu Isa sedar ada kuasa yang telah keluar daripada-Nya lalu Dia bertanya, ‘Siapa yang menyentuh jubah-Ku?’
24464  MRK 5:31  Para pengikut-Nya berkata, ‘Lihatlah orang berasak-asak di sekeliling Engkau. Bagaimana Engkau boleh bertanya siapa yang menyentuh-Mu?’
24592  MRK 8:23  Isa memegang tangan orang buta itu lalu memimpinnya ke luar dari pekan itu. Isa meludahi mata orang buta itu. Kemudian Dia meletakkan tangan-Nya pada orang itu lalu bertanya, ‘Adakah kamu melihat apa-apa?’
24835  MRK 14:12  Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, ketika mereka menyembelih anak domba Paska, para pengikut Isa berkata kepada-Nya, ‘Di manakah Engkau mahu kami pergi menyediakan jamuan Paska untuk-Mu?’
24883  MRK 14:60  Imam Besar bangkit berdiri di tengah-tengah kesaksian itu lalu bertanya kepada Isa, ‘Tidakkah Kamu mahu menjawab apa-apa? Apakah yang disaksikan oleh mereka ini terhadap-Mu?’
24899  MRK 15:4  Pilatus bertanya lagi kepada-Nya, ‘Tidakkah Engkau mahu menjawab apa-apa? Lihat betapa banyaknya tuduhan mereka terhadap-Mu?’
24909  MRK 15:14  Kata Pilatus kepada mereka, ‘Mengapa? Apakah kejahatan yang telah dilakukan-Nya?’ Tetapi mereka semakin kuat berseru, ‘Salibkan Dia!’
25091  LUK 2:49  Lalu Isa menjawab, ‘Mengapakah ibu dan ayah mencari Aku? Tidakkah ibu dan ayah mengetahui Aku harus melakukan kerja Bapa-Ku?’
25339  LUK 8:25  Isa berkata kepada mereka, ‘Di manakah imanmu?’ Mereka pun takut dan hairan serta berkata sesama sendiri, ‘Siapakah orang ini sehingga angin dan ombak pun menurut perintah-Nya?’
25850  LUK 20:2  Mereka berkata kepada-Nya, ‘Katakanlah kepada kami atas kuasa siapakah Engkau laksanakan segala perkara ini. Siapakah yang memberikan kuasa ini kepada-Mu?’
25968  LUK 22:35  Isa berkata kepada mereka, ‘Ketika Aku mengutus kamu keluar tanpa dompet atau beg atau kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?’ Mereka menjawab, ‘Satu pun tidak.’
26086  LUK 24:26  Bukankah al-Masih harus menderita sedemikian untuk mencapai kemuliaan-Nya?’
26254  JHN 4:29  Perempuan itu berkata, ‘Marilah lihat seorang yang menyebutkan kepadaku segala yang telah kulakukan. Mungkinkah orang itu al-Masih?’
26393  JHN 6:67  Oleh yang demikian, Isa bertanya kepada pengikut-Nya yang dua belas itu, ‘Adakah kamu juga akan meninggalkan-Ku?’
26416  JHN 7:19  Tidakkah Musa menyampaikan hukum Taurat kepadamu? Tetapi tidak seorang pun di antara kamu yang melaksanakan hukum Taurat itu. Mengapakah kamu hendak membunuh-Ku?’
26417  JHN 7:20  Orang ramai menjawab, ‘Kamu dirasuk roh iblis! Siapa pula yang hendak membunuh-Mu?’
26455  JHN 8:5  Di dalam hukum Taurat, Musa memberi perintah supaya perempuan demikian direjam sampai mati. Bagaimanakah pendapat-Mu?’
26574  JHN 10:24  Orang Yahudi pun berkumpul di sekeliling-Nya lalu berkata, ‘Sampai bilakah Engkau membiarkan kami bertanya-tanya? Katakanlah dengan jelas: Adakah Engkau ini al-Masih?’
26582  JHN 10:32  Tetapi Isa berkata kepada mereka, ‘Aku telah banyak melakukan perbuatan baik yang diserahkan Bapa kepada-Ku. Perbuatan manakah yang mendorong kamu merejam-Ku?’
26877  JHN 18:23  Isa berkata kepadanya, ‘Sekiranya yang Kukatakan itu salah, tunjukkanlah kepada semua orang di sini apa kesalahan itu. Tetapi kalau kata-kata-Ku benar, mengapa kamu menampar-Ku?’
26880  JHN 18:26  Seorang daripada hamba imam besar ada di situ. Dia saudara kepada hamba yang ditetak putus telinganya oleh Petrus. Dia berkata kepada Petrus, ‘Bukankah kamu yang kulihat di taman itu bersama-Nya?’
26888  JHN 18:34  Isa menjawab, ‘Adakah kata-kata ini daripada dirimu sendiri, atau adakah orang lain mengatakannya kepadamu tentang diri-Ku?’
26904  JHN 19:10  Kemudian Pilatus berkata kepada-Nya, ‘Kamu tidak menjawab soalanku? Tidakkah kamu tahu aku berkuasa untuk menyalib-Mu atau membebaskan-Mu?’
26983  JHN 21:16  Bagi kali kedua Isa bertanya, ‘Simon anak Yahya, adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku?’ Petrus menjawab, ‘Ya Junjungan, Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu.’ Isa berkata kepadanya, ‘Peliharalah domba-domba-Ku.’
26984  JHN 21:17  Bagi kali ketiga Isa bertanya kepadanya, ‘Simon anak Yahya, adakah kamu mengasihi-Ku?’ Petrus sedih kerana Isa bertanya kepadanya bagi kali ketiga, ‘Adakah kamu mengasihi-Ku?’ Lalu dia menjawab, ‘Junjungan, Engkau mengetahui segala-galanya. Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu!’ Isa berkata kepadanya, ‘Berilah domba-domba-Ku makan.’
26987  JHN 21:20  Petrus menoleh lalu melihat pengikut yang dikasihi oleh Isa sedang mengikut mereka. Pengikut itulah yang duduk dekat dengan Isa ketika makan malam dahulu dan bertanya kepada-Nya, ‘Junjungan, siapakah yang akan mengkhianati-Mu?’
28242  ROM 9:19  Seorang daripadamu akan berkata kepadaku, ‘Kalau begitu, mengapa masih menyalahkan kita? Kerana siapa yang dapat menentang kehendak-Nya?’
28278  ROM 11:1  Oleh itu aku bertanya, ‘Adakah Allah telah menyingkirkan umat-Nya?’ Sama sekali tidak! Aku sendiri seorang berbangsa Israel, keturunan Ibrahim, daripada suku Benyamin.
28478  1CO 2:16  Ini kerana: ‘Siapakah yang mengetahui fikiran Tuhan? Siapakah yang berupaya menasihati-Nya?’ Namun demikian, kita mempunyai fikiran al-Masih!