23427 | MAT 8:13 | Lalu Isa berkata kepada ketua tentera itu, ‘Pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan terjadi.’ Pada ketika itu juga sembuhlah hamba ketua tentera itu. |
23696 | MAT 14:30 | Tetapi apabila menyedari betapa kencangnya angin, Petrus berasa takut lalu mula tenggelam. ‘Junjungan! Selamatkan aku!’ serunya. |
23799 | MAT 18:3 | Isa pun berkata: ‘Ketahuilah! Kecuali kamu bersikap seperti kanak-kanak, kamu tidak akan memasuki kerajaan syurga. |
24309 | MRK 1:25 | Isa membentak roh itu, ‘Diam! Keluar daripada orang ini!’ |
24389 | MRK 3:32 | Pada waktu itu, orang ramai duduk di sekeliling Isa berkata kepada-Nya, ‘Lihatlah! Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar. Mereka memanggil Engkau.’ |
24395 | MRK 4:3 | ‘Dengarlah! Seorang peladang pergi menabur benih. |
24431 | MRK 4:39 | Isa bangun lalu memarahi angin dan berkata kepada ombak, ‘Diam! Tenanglah!’ Angin pun reda dan laut menjadi tenang. |
24706 | MRK 10:49 | Oleh itu Isa berhenti dan memberi perintah supaya dia dipanggil. Mereka pun memanggil orang buta itu sambil berkata, ‘Bergembiralah! Dan bangkitlah! Dia memanggilmu.’ |
25022 | LUK 1:60 | Tetapi ibunya berkata, ‘Tidak! Namanya ialah Yahya.’ |
25167 | LUK 4:35 | Isa memarahi roh iblis itu, ‘Diam! Keluar daripada dia!’ Roh iblis itu menghempaskan orang itu di hadapan mereka lalu keluar daripadanya tanpa mencederakannya. |
26409 | JHN 7:12 | Orang ramai berbisik-bisik tentang-Nya. Ada yang berkata, ‘Dia seorang yang baik.’ Ada pula yang berkata, ‘Tidak! Dia membawa ajaran sesat!’ |
26628 | JHN 11:36 | Semua orang Yahudi yang hadir berkata, ‘Lihatlah! Dia sungguh kasih akan Lazarus.’ |
26707 | JHN 13:8 | Petrus berkata kepada Isa, ‘Tidak! Junjungan sekali-kali tidak boleh membasuh kakiku!’ Namun, Isa menjawab, ‘Jika Aku tidak membasuhmu, kamu tidaklah lagi mempunyai bahagian dalam apa yang Kulakukan.’ |
27241 | ACT 7:56 | Dia berkata, ‘Lihatlah! Aku nampak syurga terbuka dan Putera Insan berdiri di sebelah kanan Allah!’ |
30890 | REV 7:12 | Mereka berkata, ‘Amin! Segala pujian, kemuliaan, kebijaksanaan, kesyukuran, kehormatan, kuasa dan kebesaran bagi Allah Tuhan kami selama-lamanya! Amin.’ |
30908 | REV 8:13 | Kemudian aku melihat dan mendengar seekor burung helang yang terbang tinggi berseru nyaring, ‘Sengsara! Sengsara! Sengsaralah sekalian penghuni bumi kerana tiga malaikat lagi yang akan meniup sangkakalanya.’ |
31090 | REV 19:4 | Dua puluh empat orang tua-tua dan empat makhluk itu pun sujud menyembah Allah yang bersemayam di atas takhta sambil berkata, ‘Amin! Segala puji bagi Allah!’ |