25344 | LUK 8:30 | Isa bertanya kepadanya, ‘Siapakah namamu?’ Dia menjawab, ‘Legion’ kerana dia telah dirasuk oleh ramai roh iblis. |
26516 | JHN 9:7 | Isa berkata kepadanya, ‘Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam’ (Siloam bererti ‘diutus’ dalam bahasa Ibrani). Orang itu pun pergi membasuh muka. Apabila dia kembali, dia sudah dapat melihat. |
27495 | ACT 14:12 | Dengan demikian Barnabas dipanggil mereka ‘Zeus’ dan Paulus disebut ‘Hermes’ kerana dia yang terutama bercakap. |
28885 | 2CO 1:17 | Jika aku merancang begitu, adakah ini menunjukkan aku tidak berpendirian tetap? Atau adakah aku merancang seperti orang duniawi, demikian mudah berkata ‘ya’ dan ‘tidak’ pada saat yang sama? |
28886 | 2CO 1:18 | Demi Allah Yang Maha Setia, apa yang kami katakan kepadamu bukanlah ‘ya’ atau ‘tidak.’ |
28887 | 2CO 1:19 | Ini kerana Isa al-Masih, Putera Allah yang telah disampaikan berita-Nya kepadamu oleh aku, Silwanus dan Timotius, bukanlah ‘ya’ dan ‘tidak,’ tetapi pada-Nya ada ‘ya’ semata-mata. |
28888 | 2CO 1:20 | Isa adalah ‘ya’ bagi semua janji Allah. Oleh itulah melalui-Nya kita menyebut ‘Amin’ demi kemuliaan Allah. |
29065 | 2CO 11:8 | Aku telah ‘merompak’ jemaah-jemaah lain dengan menerima ganjaran daripada mereka untuk melayanimu. |
30433 | JAS 5:12 | Saudara-saudaraku, ini sangat penting-janganlah bersumpah ketika mengikat janji. Jangan bersumpah demi langit, bumi atau apa-apapun. Katakan ‘ya’ apabila maksudmu ya, dan ‘tidak’ apabila maksudmu tidak. Dengan demikian tidaklah kamu dihukum Allah. |
30906 | REV 8:11 | (Bintang itu bernama ‘Apsintus’ iaitu ‘Pahit’.) Sepertiga air menjadi pahit dan ramai orang mati kerana meminumnya. |