Wildebeest analysis examples for:   zlm-zlmKSZI   Word.’    February 11, 2023 at 20:03    Script wb_pprint_html.py   by Ulf Hermjakob

23234  MAT 1:21  Maryam akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Isa. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.’
23244  MAT 2:6  ‘Hai Baitlahim di Yudea, Kau bukanlah yang terkecil antara kota utama Yudea, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’
23251  MAT 2:13  Selepas itu malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf lalu berkata, ‘Herodes akan mengeluarkan perintah supaya mencari dan membunuh Anak itu. Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di situ hingga Aku berfirman kepadamu.’
23253  MAT 2:15  Mereka tinggal di situ hingga kematian Raja Herodes. Maka berlakulah firman Tuhan menerusi nabi-Nya: ‘Aku memanggil Putera-Ku keluar dari Mesir.’
23256  MAT 2:18  ‘Satu suara terdengar di Ramah, rintih ratap dan perkabungan. Rahel meratapi anak-anaknya, tidak mungkin dilipur hatinya, kerana mereka tiada lagi.’
23258  MAT 2:20  Kata malaikat itu, ‘Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel, kerana orang yang hendak meragut nyawa Anak itu telah mati.’
23261  MAT 2:23  Dia menetap di kota yang bernama Nasaret. Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh para nabi: ‘Dia akan dipanggil Orang Nasaret.’
23273  MAT 3:12  Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang dan membakar sekam di dalam api yang tidak mungkin padam.’
23276  MAT 3:15  Tetapi Isa menjawab, ‘Biarkanlah demikian untuk sekarang, kerana dengannya kita akan menunaikan segala kebenaran.’ Yahya pun patuh.
23278  MAT 3:17  Kemudian kedengaran suara Allah berfirman, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.’
23281  MAT 4:3  Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, ‘Jika Engkau Putera Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.’
23287  MAT 4:9  Kata Iblis kepada Isa, ‘Semua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.’
23312  MAT 5:9  Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.’
23416  MAT 8:2  Seorang yang mengidap penyakit kusta datang bersujud di hadapan-Nya sambil berkata, ‘Tuan, sekiranya Tuan mahu, Tuan dapat menyembuhkanku.’
23418  MAT 8:4  Lalu Isa berkata kepadanya, ‘Dengarlah, jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada seorang imam. Selepas itu persembahkan korban sebagaimana diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka.’
23420  MAT 8:6  ‘Junjungan, hambaku sakit di rumah, terlantar di katil tidak dapat bergerak, dan amat derita.’
23421  MAT 8:7  Isa menjawab, ‘Baiklah, Aku akan pergi menyembuhkannya.’
23423  MAT 8:9  Aku juga di bawah perintah pegawai atasan tentera, dan ada askar di bawah tanganku. Apabila aku menyuruh seorang askar, “Pergi!” dia pun pergi. Apabila aku menyuruh askar lain, “Mari!” dia pun datang. Apabila aku menyuruh hambaku, “Buat ini!” dia melakukannya.’
23426  MAT 8:12  Sebaliknya anak-anak kerajaan itu akan dihumbankan ke dalam kegelapan di luar; di sana akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.’
23427  MAT 8:13  Lalu Isa berkata kepada ketua tentera itu, ‘Pulanglah! Apa yang kamu percayai itu akan terjadi.’ Pada ketika itu juga sembuhlah hamba ketua tentera itu.
23431  MAT 8:17  Isa melakukan semua itu supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yasyaya: ‘Dialah yang membawa kelemahan kita dan menanggung penyakit kita.’
23433  MAT 8:19  Seorang guru Taurat mendapatkan Isa lalu berkata, ‘Tuan Guru, aku sanggup mengikut-Mu ke mana-mana saja.’
23434  MAT 8:20  Isa menjawab, ‘Musang ada lubangnya dan burung ada sarangnya, tetapi Putera Insan tidak ada tempat untuk berehat.’
23435  MAT 8:21  Seorang pengikut lain berkata, ‘Junjungan, izinkanlah aku pulang dahulu untuk menguburkan jenazah bapaku.’
23436  MAT 8:22  Tetapi Isa menjawab, ‘Ikutlah Aku. Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka.’
23445  MAT 8:31  Roh-roh iblis itu merayu kepada Isa, ‘Jika Engkau hendak menyuruh kami keluar, suruhlah kami masuk ke dalam tubuh babi sekawan itu.’
23450  MAT 9:2  Beberapa orang membawa kepada-Nya seorang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Ketika Isa menyedari betapa teguhnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Tegapkan hatimu, anak-Ku! Dosamu telah diampunkan.’
23454  MAT 9:6  Aku akan membuktikan kepadamu bahawa di bumi ini Putera Insan berkuasa mengampunkan dosa.’ Kemudian Isa berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Bangun, angkat tikarmu dan pulanglah.’
23461  MAT 9:13  Kajilah erti ayat ini: “Aku menghendaki belas kasihan, bukan binatang korban.” Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa.’
23465  MAT 9:17  Begitu juga, tiada siapa akan menuangkan air anggur yang baru ke dalam bekas kulit yang lama, kerana bekas itu akan pecah dan air anggur itu akan terbuang. Air anggur yang baru patut dituangkan ke dalam bekas kulit yang baru juga supaya kedua-duanya selamat.’
23466  MAT 9:18  Sedang Isa berkata-kata dengan para pengikut Yahya Pengimad, seorang ketua saumaah bersujud di hadapan-Nya lalu berkata, ‘Anak perempuanku baru meninggal dunia. Datanglah, letakkan tangan-Mu di atasnya supaya dia hidup kembali.’
23469  MAT 9:21  Fikir wanita itu dalam hatinya, ‘Apabila kusentuh jubah-Nya, pasti aku akan sembuh.’
23470  MAT 9:22  Isa menoleh dan melihatnya lalu berkata kepadanya, ‘Tetapkanlah hatimu, anak-Ku! Kerana imanmu kamu sembuh.’ Serta-merta wanita itu sembuh.
23472  MAT 9:24  Dia berkata, ‘Keluarlah kamu semua! Anak ini bukan mati, cuma tidur.’ Mereka mula mentertawakan-Nya.
23478  MAT 9:30  Pada ketika itu juga mereka menjadi celik. Isa berpesan kepada mereka bersungguh-sungguh, ‘Jangan ceritakan hal ini kepada siapapun.’
23482  MAT 9:34  Tetapi orang Farisi berkata, ‘Ketua roh iblis telah memberi Isa kuasa untuk menghalau roh-roh iblis.’
23486  MAT 9:38  Berdoalah kepada Tuan punya tuaian itu supaya menghantar pekerja untuk menuai.’
23528  MAT 10:42  Ingatlah: Sesiapa yang memberi minum walau hanya air sejuk kepada seorang pengikut-Ku yang paling rendah pun kerana dia pengikut-Ku, akan menerima ganjaran.’
23547  MAT 11:19  Ketika Putera Insan datang, Dia makan dan minum, lalu semua orang berkata, “Lihatlah dia ini: gelojoh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orang berdosa!” Namun demikian, kebijaksanaan terbukti benar dengan perbuatannya.’
23558  MAT 11:30  Perintah yang Kuberi kepadamu mudah diturut, dan beban yang Kuberi mudah dipikul.’
23570  MAT 12:12  Betapa lebih berharganya manusia daripada domba? Oleh itu, berbuat baik pada hari Sabat tidak melanggar hukum.’
23571  MAT 12:13  Setelah itu, Isa berkata kepada orang yang lumpuh sebelah tangannya itu, ‘Hulurkanlah tanganmu.’ Orang itu pun menghulurkan tangannya yang lumpuh lalu pulih sama seperti tangan yang sebelahnya.
23582  MAT 12:24  Apabila orang Farisi mendengar tentang itu, mereka menjawab, ‘Dia dapat menghalau roh-roh iblis kerana diberi kuasa oleh Beelzebul, ketua roh iblis.’
23595  MAT 12:37  Kata-katamu sendiri akan dijadikan ukuran sama ada kamu bersalah atau tidak.’
23603  MAT 12:45  Roh itu lalu pergi memanggil tujuh roh lain yang lebih durjana daripadanya. Semuanya memasuki tubuh orang itu dan menetap di situ. Akhirnya keadaan orang itu lebih teruk daripada dahulu. Inilah yang akan terjadi kepada manusia durjana zaman ini.’
23631  MAT 13:23  Tetapi orang yang menerima benih di tanah subur ialah orang yang mendengar perkhabaran itu dan memahaminya lalu menghasilkan seratus kali, enam puluh kali atau tiga puluh kali ganda.’
23640  MAT 13:32  Biji sesawi itu paling kecil di antara semua benih, tetapi apabila tumbuh, menjadi tumbuhan yang lebih besar daripada semua tumbuhan lain sehingga menjadi sebatang pokok tempat burung membuat sarang.’
23641  MAT 13:33  Kemudian Isa menceritakan suatu ibarat lagi, ‘Kerajaan syurga seperti ini: Seorang wanita mencampurkan sedikit ragi dengan tiga sukat tepung sehingga adunan itu naik.’
23643  MAT 13:35  Maka terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi: ‘Aku akan bertutur kepada mereka melalui ibarat, Aku akan menyampaikan kepada mereka hal-hal yang dirahsiakan sejak dunia dicipta.’
23644  MAT 13:36  Selepas itu Isa meninggalkan orang ramai lalu masuk ke rumah. Pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya lalu berkata, ‘Terangkanlah kepada kami maksud ibarat lalang di antara gandum itu.’
23660  MAT 13:52  Isa berkata, ‘Oleh itu setiap guru Taurat yang telah menerima ajaran tentang kerajaan syurga adalah seperti ketua rumah yang mengeluarkan barang baru dan barang lama simpanannya.’
23665  MAT 13:57  Dengan demikian mereka marah dengan-Nya. Isa berkata kepada mereka, ‘Seorang Nabi dihormati kecuali di kampung halamannya dan di kalangan kaum keluarganya sendiri.’
23668  MAT 14:2  Herodes berkata kepada orang di bawahnya, ‘Ini tentu Yahya Pengimad. Dia telah bangkit daripada kematian! Sebab itulah dia ada kuasa melakukan mukjizat.’
23681  MAT 14:15  Apabila menjelang petang, para pengikut Isa mendapatkan-Nya lalu berkata, ‘Hari sudah hampir malam dan kawasan ini terpencil. Suruhlah orang yang ramai ini pergi, supaya dapat membeli makanan di pekan.’
23682  MAT 14:16  Tetapi Isa menjawab, ‘Mereka tidak usah pergi. Berilah mereka makan.’
23683  MAT 14:17  Kata para pengikut Isa, ‘Kita hanya ada lima buku roti dan dua ekor ikan.’
23693  MAT 14:27  Isa segera berkata kepada mereka, ‘Tenanglah. Aku Isa. Jangan takut.’
23713  MAT 15:11  Apa yang masuk ke mulut seseorang tidak menajiskannya, tetapi apa yang keluar dari mulutnya, itulah yang menajiskannya.’
23716  MAT 15:14  Jangan hiraukan orang Farisi. Mereka itu orang buta yang memimpin orang buta. Apabila orang buta memimpin orang buta, kedua-duanya masuk ke dalam parit.’
23717  MAT 15:15  Petrus berkata, ‘Terangkanlah maksud ibarat tadi kepada kami.’
23722  MAT 15:20  Segala itulah yang menajiskan, bukan makan dengan tidak membasuh tangan mengikut adat.’
23726  MAT 15:24  Isa berkata kepada wanita itu, ‘Aku diutus khusus kepada orang Israel yang seperti domba sesat.’
23727  MAT 15:25  Wanita itu mendekati Isa dan menyembah-Nya sambil berkata, ‘Tuan, tolonglah aku.’
23728  MAT 15:26  Isa menjawab, ‘Tidaklah wajar mengambil makanan anak-anak dan mencampakkannya kepada anak-anak anjing.’
23729  MAT 15:27  ‘Benar, Tuan,’ balas wanita itu, ‘tetapi anak-anak anjing pun makan sisa yang jatuh dari meja tuannya.’
23730  MAT 15:28  Oleh yang demikian Isa berkata kepadanya, ‘Kamu seorang wanita yang teguh iman. Apa yang kamu inginkan itu akan berlaku.’ Serta-merta anak wanita itu pulih.
23734  MAT 15:32  Isa memanggil para pengikut-Nya lalu berkata, ‘Aku kasihan kepada orang ramai ini. Sudah tiga hari mereka bersama-Ku; sekarang mereka kehabisan makanan. Aku tidak mahu menyuruh mereka pulang dengan perut kosong, kalau-kalau pengsan nanti di tengah jalan.’
23736  MAT 15:34  Isa bertanya, ‘Berapa banyak roti yang ada padamu?’ ‘Tujuh buku,’ sahut mereka, ‘dan beberapa ekor ikan kecil.’
23745  MAT 16:4  Manusia zaman yang durjana dan derhaka ini ingin melihat alamat mukjizat. Tetapi satu alamat pun tidak akan ditunjukkannya kecuali alamat Nabi Yunus.’ Setelah berkata demikian, Isa pun pergi dari situ.
23747  MAT 16:6  Isa berkata kepada mereka, ‘Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.’
23748  MAT 16:7  Mereka mula berkata-kata sesama sendiri, ‘Dia berkata begitu kerana kita tidak membawa roti.’
23752  MAT 16:11  Mengapa kamu tidak mengerti bahawa Aku tidak bercakap tentang roti. Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.’
23755  MAT 16:14  Mereka menjawab, ‘Ada yang berkata Yahya Pengimad; ada yang berkata Ilyas; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain.’
23757  MAT 16:16  Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’
23760  MAT 16:19  Aku akan memberikan kunci kerajaan syurga kepadamu. Apa yang kauikat di dunia akan diikat juga di syurga. Apa yang kauuraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga.’
23769  MAT 16:28  Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, beberapa orang di sini tidak akan menemui maut sebelum melihat Putera Insan datang sebagai Raja.’
23773  MAT 17:4  Petrus berkata kepada Isa, ‘Junjungan, sungguh baik bagi kita berada di sini. Kalau Junjungan mahu, biar kudirikan tiga buah khemah suci; satu untuk Junjungan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Ilyas.’
23776  MAT 17:7  Isa datang menyentuh mereka sambil berkata, ‘Bangunlah. Jangan takut.’
23778  MAT 17:9  Mereka turun dari atas gunung itu. Isa mengeluarkan perintah, ‘Jangan beritahu sesiapapun apa yang telah kamu lihat, selagi Putera Insan belum dibangkitkan daripada kematian.’
23781  MAT 17:12  Tetapi sesungguhnya Aku berkata kepadamu, Ilyas sudahpun datang tetapi orang tidak mengenalnya. Mereka berbuat sesuka hati kepadanya. Begitulah mereka akan lakukan kepada Putera Insan.’
23785  MAT 17:16  Aku sudahpun membawanya kepada pengikut-pengikut-Mu, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya.’
23790  MAT 17:21  Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa dan berpuasa.’
23792  MAT 17:23  Mereka akan membunuh-Nya, tetapi Dia akan dibangkitkan semula pada hari ketiga.’ Mendengar kata-kata itu, para pengikut Isa berdukacita.
23794  MAT 17:25  Petrus menjawab, ‘Tentu sekali.’ Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat berkata apa-apa, Isa bertanya, ‘Simon, bagaimana pandanganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memungut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?’
23796  MAT 17:27  Tetapi usahlah kita singgung perasaan orang. Pergilah memancing di laut. Ambillah ikan pertama yang kautangkap, dan bukalah mulutnya. Engkau akan mendapati sekeping duit syiling sebesar empat dirham. Ambillah duit itu dan berikan kepada mereka, untuk-Ku dan untukmu.’
23816  MAT 18:20  kerana apabila dua atau tiga orang berhimpun kerana-Ku, Aku ada di situ bersama mereka.’
23818  MAT 18:22  Isa menjawab, ‘Bukan tujuh kali. Tujuh puluh kali tujuh kali.’
23831  MAT 18:35  ‘Begitulah Bapa-Ku yang di syurga akan memperlakukan setiap orang daripadamu yang tidak mengampuni saudaranya dengan ikhlas.’
23837  MAT 19:6  Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan.’
23840  MAT 19:9  Sesungguhnya jika seseorang lelaki menceraikan isterinya, kecuali kerana isterinya melakukan pencabulan, dan lelaki itu berkahwin pula dengan perempuan lain, dia berzina.’
23841  MAT 19:10  Para pengikut Isa berkata, ‘Kalau begitulah hidup suami isteri, lebih baiklah tidak berkahwin langsung.’
23843  MAT 19:12  Ada beberapa sebabnya seseorang itu tidak berkahwin. Ada yang dilahirkan begitu, ada yang dibuat orang begitu, dan ada pula yang membuat dirinya begitu untuk mengabdikan diri kepada Allah. Biarlah ajaran ini diterima oleh yang mampu menerimanya.’
23845  MAT 19:14  Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku, jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang masuk ke dalam kerajaan syurga.’
23852  MAT 19:21  Isa menjawab, ‘Jika kamu ingin menjadi sempurna, jualkanlah segala harta bendamu dan sedekahkan wang itu kepada orang miskin. Kamu akan mendapat harta di syurga. Setelah itu, ikutlah Aku.’
23855  MAT 19:24  Aku berkata kepadamu, lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya memasuki kerajaan Allah.’
23857  MAT 19:26  Sambil memandang mereka Isa menjawab, ‘Hal itu mustahil bagi manusia, tetapi bagi Allah tidak ada satu pun yang mustahil.’
23877  MAT 20:16  Isa berkata lagi, ‘Begitulah, orang yang terakhir akan menjadi yang terdahulu, dan orang terdahulu akan menjadi yang terakhir.’
23880  MAT 20:19  Kemudian mereka akan menyerahkan-Nya kepada bangsa yang tidak mengenal Allah. Dia akan diejek, disebat dan disalib oleh mereka. Tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan semula.’
23889  MAT 20:28  Demikianlah Putera Insan: Dia datang bukan untuk dilayan, tetapi untuk melayan, serta menyerahkan nyawa-Nya untuk menjadi tebusan bagi umat manusia.’
23898  MAT 21:3  Sekiranya ada orang berkata apa-apa, katakan kepadanya, “Junjungan memerlukannya.” Dia akan terus membenarkan kedua-dua keldai itu dibawa pergi.’