23264 | MAT 3:3 | Yahyalah yang dimaksudkan dalam nubuat Nabi Yasyaya: ‘Suara seorang berseru di gurun: “Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskan jalan untuk-Nya.” ’ |
23282 | MAT 4:4 | Isa menjawab, ‘Telah tersurat: “Manusia hidup bukan dengan roti saja tetapi dengan setiap firman Allah.” ’ |
23284 | MAT 4:6 | Iblis berkata kepada Isa, ‘Jika Engkau Putera Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: “Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.” ’ |
23285 | MAT 4:7 | Isa menjawab, ‘Tetapi telah tersurat: “Janganlah engkau menduga Allah, Tuhanmu.” ’ |
23288 | MAT 4:10 | Jawab Isa, ‘Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: “Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya saja engkau beribadat.” ’ |
23638 | MAT 13:30 | Biarkanlah lalang tumbuh di antara gandum hingga sampai musim menuai. Ketika itu aku akan menyuruh orang yang menuai nanti mencabut lalang dahulu, mengikat dan membakarnya. Selepas itu barulah gandum dituai dan disimpan di dalam jelapang.” ’ |
23711 | MAT 15:9 | Sia-sialah mereka menyembah-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah peraturan manusia.” ’ |
23850 | MAT 19:19 | hormati ibu bapamu; kasihi sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi diri sendiri.” ’ |
23865 | MAT 20:4 | Dia berkata kepada mereka, “Pergilah bekerja di ladang anggurku. Aku akan memberimu upah yang berpatutan.” ’ |
23876 | MAT 20:15 | Bukankah hakku berbuat sesuka hati dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu busuk hati kerana aku bermurah hati?” ’ |
23900 | MAT 21:5 | ‘Katakanlah kepada puteri Sion, “Rajamu datang kepadamu dengan rendah hati, menunggang seekor keldai, seekor anak keldai yang muda.” ’ |
23908 | MAT 21:13 | Dia berkata kepada mereka, ‘Telah tersurat, “Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa, tetapi kamu telah menjadikannya sarang pencuri.” ’ |
23911 | MAT 21:16 | Mereka berkata kepada Isa, ‘Kamu dengarkah apa yang mereka katakan?’ Isa menjawab, ‘Ya, belum pernahkah kamu baca, “Dari mulut kanak-kanak dan bayi yang sedang menyusu, Engkau telah menyediakan puji-pujian.” ’ |
24026 | MAT 23:39 | Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mulai sekarang engkau tidak akan melihat-Ku lagi sehingga engkau berkata, “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan.” ’ |
24141 | MAT 26:18 | Isa menyuruh mereka ke bandar, mencari seorang tertentu dan mengatakan kepadanya, ‘Guru berkata, “Masa-Ku sudah hampir; Aku akan menyambut perayaan Paska di rumahmu bersama para pengikut-Ku.” ’ |
24287 | MRK 1:3 | ‘satu suara berseru di gurun, “Sediakanlah jalan bagi Tuhan, luruskanlah jalan bagi-Nya.” ’ |
24404 | MRK 4:12 | supaya ‘ “Mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak faham; kerana sekiranya mereka mengerti, mereka akan bertaubat dan diampuni!” ’ |
24655 | MRK 9:48 | Di sana ‘ “cacingnya tidak akan mati, dan apinya tidak akan padam.” ’ |
24676 | MRK 10:19 | Kamu tahu perintah-perintah Allah: “Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan memberi kesaksian palsu, jangan menipu, hormati ibu bapamu.” ’ |
24712 | MRK 11:3 | Jika sesiapa bertanya kepadamu, “Mengapa kau berbuat demikian?” katakan, “Junjungan memerlukannya, dan Dia akan segera memulangkannya.” ’ |
24726 | MRK 11:17 | Kemudian Dia mengajar mereka, kata-Nya, ‘Tidakkah tersurat: ‘ “Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa bagi semua bangsa.”? ‘Tetapi kamu telah menjadikannya “sarang pencuri.” ’ |
24753 | MRK 12:11 | Inilah perbuatan Allah, sungguh hebat di mata kami.” ’ |
24823 | MRK 13:37 | Apa yang Kukatakan kepadamu, Kukatakan kepada semua: “Berjagalah!” ’ |
24881 | MRK 14:58 | ‘Kami telah mendengar Dia berkata, “Aku akan membinasakan rumah ibadat yang diperbuat dengan tangan ini, dan dalam tiga hari Aku akan membina rumah ibadat yang diperbuat tanpa tangan.” ’ |
25100 | LUK 3:6 | Semua manusia akan melihat penyelamatan yang dikurniakan oleh Allah.” ’ |
25136 | LUK 4:4 | Isa menjawab, ‘Dalam Kitab Suci tersurat, “Manusia hidup bukan hanya dengan roti sahaja.” ’ |
25140 | LUK 4:8 | Tetapi Isa menjawab, ‘Dalam Kitab Suci tersurat, “Hendaklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya sahaja engkau beribadat.” ’ |
25143 | LUK 4:11 | dan mereka akan menatang-Mu dengan tangan mereka supaya kaki-Mu tidak terantuk pada batu.” ’ |
25144 | LUK 4:12 | Tetapi Isa menjawab, ‘Kitab Suci juga mengatakan, “Janganlah engkau menduga Allah, Tuhanmu.” ’ |
25155 | LUK 4:23 | Isa berkata kepada mereka, ‘Sudah tentunya kamu akan menyebut bidalan ini kepada-Ku, “Tuan tabib, ubati dirimu! Buatlah di kota-Mu sendiri apa yang kami dengar Kaubuat di Kapernaum.” ’ |
25215 | LUK 5:39 | Dan tiada sesiapapun gemar minum air anggur yang baru selepas dia minum air anggur yang lama kerana katanya, “Yang lama itu lebih baik.” ’ |
25284 | LUK 7:20 | Apabila mereka datang kepada Isa, mereka berkata, ‘Yahya yang mengimadkan itu menyuruh kami datang kepada Tuan untuk bertanya, “Adakah Tuan yang akan datang itu, atau haruskah kami menantikan seorang yang lain?” ’ |
25459 | LUK 10:27 | Ahli Taurat itu menjawab, ‘ “Engkau hendaklah mengasihi Allah, Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh kekuatanmu dan dengan sepenuh fikiranmu serta engkau hendaklah mengasihi sesama manusia seperti dirimu sendiri.” ’ |
25478 | LUK 11:4 | Ampunkanlah dosa-dosa kami, sebagaimana kami mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami; janganlah biarkan kami tergoda.” ’ |
25481 | LUK 11:7 | ‘Sahabat itu menjawab dari dalam rumahnya, “Janganlah ganggu aku kerana pintu sudah dikunci dan kami semua telah pun masuk tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa.” ’ |
25622 | LUK 13:35 | Sekarang rumahmu akan ditinggalkan sama sekali. Aku berkata kepadamu bahawa kamu tidak akan melihat Aku sehingga tiba masanya kamu berkata, “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan!” ’ |
25646 | LUK 14:24 | Aku berkata kepadamu bahawa tiada seorang pun antara mereka yang telah dijemput itu, akan menikmati jamuanku ini.” ’ |
25689 | LUK 15:32 | Kita patut bersuka ria kerana adikmu ini telah mati dan hidup kembali; dia telah sesat dan ditemui kembali.” ’ |
25720 | LUK 16:31 | ‘Tetapi Ibrahim berkata, “Jikalau mereka tidak mahu mendengar pengajaran kitab Musa dan nabi-nabi, mereka tidak akan percaya sekalipun seorang bangkit daripada kematian.” ’ |
25730 | LUK 17:10 | Begitu juga dengan kamu. Apabila kamu telah berbuat segala yang diperintahkan kepadamu, kamu hendaklah berkata, “Kami ini hamba yang tidak layak menerima apa-apa; kami cuma menjalankan kewajipan kami.” ’ |
25777 | LUK 18:20 | Engkau mengetahui hukum-hukum Allah, iaitu: “Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan berdusta, hormati bapa dan ibumu.” ’ |
25827 | LUK 19:27 | Sekarang, bawalah ke mari seteru-seteruku yang tidak mahu aku menjadi raja mereka. Bunuhlah mereka di hadapanku.” ’ |
25831 | LUK 19:31 | Jikalau ada orang bertanya kepadamu, “Mengapakah kamu melepaskan keldai?” kamu hendaklah berkata kepadanya, “Junjungan memerlukannya.” ’ |
25846 | LUK 19:46 | Dia berkata kepada mereka, ‘Telah tersurat, “Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa”; tetapi kamu telah menjadikannya “sarang pencuri.” ’ |
26034 | LUK 23:30 | Pada masa itulah ’ “mereka akan berkata kepada gunung-gunung, ‘Timpalah kami!’ dan kepada bukit-bukit, ‘Timbusi kami!’” |
26067 | LUK 24:7 | “Putera Insan harus diserahkan kepada orang berdosa. Dia akan disalib dan bangkit pada hari yang ketiga.” ’ |
26357 | JHN 6:31 | Nenek moyang kami makan manna di gurun, sebagaimana tersurat di dalam Kitab Suci: “Dia memberikan roti dari syurga untuk dimakan oleh mereka.” ’ |
26812 | JHN 16:17 | Sebilangan pengikut Isa tertanya-tanya sesama sendiri, ‘Apakah maksud kata-Nya, “Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat-Ku, dan tidak lama kemudian kamu akan melihat-Ku”? Dia juga berkata, “Aku akan pergi kepada Bapa.” ’ |
26915 | JHN 19:21 | Ketua-ketua imam Yahudi pula berkata kepada Pilatus, ‘Janganlah tulis: “Raja Orang Yahudi.” Tetapi, tulislah: “Dia berkata Dia raja orang Yahudi.” ’ |
27472 | ACT 13:41 | ‘ “Dengarlah hai orang yang menghina Allah! Kamu akan terkejut dan punah! Apa yang Kulakukan kini tidak akan kamu percayai, walaupun diterangkan kepadamu!” ’ |
27478 | ACT 13:47 | Inilah perintah Tuhan kepada kami: ‘ “Aku telah menetapkan bahawa kamu menjadi cahaya kepada semua bangsa asing, dan melalui-Mu Allah akan menyelamatkan seluruh dunia.” ’ |
27729 | ACT 20:35 | Dalam semua perkara aku telah menunjukkan teladan kepadamu iaitu bagaimana kamu juga patut bekerja demikian untuk menolong orang yang lemah; dan ingatlah firman Junjungan Isa, “Memberi itu lebih berkatnya daripada menerima.” ’ |
27858 | ACT 24:21 | Pada waktu itu aku hanya melafazkan kata-kata yang sama, iaitu, “Tentang kebangkitan daripada kematianlah aku didakwa di hadapanmu pada hari ini.” ’ |
27994 | ACT 28:27 | Kerana hati umat ini telah buntu, mereka pekakkan telinga, dan pejamkan mata. Kalau tidak demikian, mereka tentu melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, dan mengerti dengan hati, lalu berpaling kepada-Ku dan Aku menyembuhkan mereka. ” ’ |
28243 | ROM 9:20 | Tetapi siapakah engkau, hai manusia, maka engkau menghujahi Allah? ‘Adakah ciptaan berkata kepada penciptanya, “Mengapa kaubuat aku begini?” ’ |
28249 | ROM 9:26 | dan, ‘akan terjadi bahawa di mana telah dikatakan kepada mereka, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ di situlah mereka akan dipanggil ‘anak-anak Allah yang hidup.” ’ |
28359 | ROM 14:11 | Kerana telah tersurat: ‘ “Demi hidup-Ku,” Tuhan berfirman, “Setiap orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku; dan setiap lidah akan mengaku kepada Allah.” ’ |
28450 | 1CO 1:19 | Telah tersurat: ‘Allah berfirman, “Aku akan memusnahkan kebijaksanaan orang yang bijak. Dan kepandaian orang yang pandai Aku akan ketepikan.” ’ |
30073 | HEB 3:11 | Maka Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku, “Mereka tidak akan masuk ke dalam rehat-Ku.” ’ |
30084 | HEB 4:3 | Kita yang telah beriman memang masuk ke dalam rehat itu, sebagaimana firman-Nya: ‘Maka Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku, “mereka tidak akan masuk ke dalam rehat-Ku,” ’ walaupun pekerjaan-Nya telah selesai sejak dunia diasaskan. |
30152 | HEB 7:21 | Imam-imam lain telah diangkat tanpa sumpah, tetapi Isa al-Masih telah menjadi imam dengan sumpah daripada Allah yang berfirman kepada-Nya: ‘Tuhan telah bersumpah dan tidak akan mengubah ketetapan: “Engkau menjadi imam selama-lamanya.” ’ |
30207 | HEB 10:7 | Kemudian Aku berkata, “Lihatlah, Aku telah datang – dalam naskhah kitab tersurat tentang-Ku – untuk melakukan kehendak-Mu, Ya Allah.” ’ |
31082 | REV 18:20 | Bergembiralah melihat keadaannya, wahai syurga dan sekalian orang salih, para rasul serta nabi yang suci, kerana Allah telah menghukumnya kerana perbuatannya terhadapmu!” ’ |